Sunday, December 8, 2013

Rindu ku tak punya warna

Rindu ku tak punya warna

Langit cerah sekali
saat pagi menyapa indera
warna warni bunga dihalaman
menyuburkan wangian rindu
rinduku tak punya warna
warnanya punah dikunyah masa..

Beginilah selalunya
sendirian..
menanti hujan senja
mendakap gelap malam
inderaku menjadi leka

sendu ku tak pernah kau tahu
ia terbenam ditembok ego mu..
.....selalunya ia kekal begitu...
.......................................................................................
8 disember, dengan ingatan kasih sayang. Terlalu banyak kenangan dalam lingkaran ini, didalamnya ada puisi2 rasa hasil karya ku.Aku sayang semuanya berhubung dengan rasa, berhubung dengan warna, berhubung dengan masa, masa yg.tidak berulang.

Sunday, June 16, 2013

sempena hari ayah 16 jun 2013


'doa dan alfaatihah untuk ayah'
Rindu aku pada ayah dan ibu..sangat rindu,Allah kasihi ayah dan ibuku, seperti mana mereka menyayangiku ketika  aku masih kecil..amin

Monday, April 22, 2013

Aku dan Angin Malam.

22 april, hari isnin yang tenang.Saat ini jam 9 malam.Di luar rumah cahaya bulan menyimbah pandang.
Mendongak memandang langit yg tinggi dihiasi bintang bintang, ada awan putih nipis berarak gemalai melintasi permukaan bulan.Membentuk bayang bayang indah.  Aku rindu ayah dan ibu yg.telah pergi ke perkampungan abadi dan tidak lagi kembali ke dunia yang aku diami saat ini..ada sunyi di hati ku.

Sudah lama aku tak mencatat apa apa dalam blog asal aku ini.  Di halaman yang satu ini, ada banyak catatan puisi hati ku ditahun tahun sudah.Aku membaca semula catatan2 sepi ku.Hemm memabaca apa yg.aku dah catat, menyedarkan aku betapa sepinya jiwa ku dimasa lalu, namun ada banyak aktiviti yg berjaya aku buat.

Aku ingin berpuisi lagi  saat ini ketika ini.
..........................................................................
Aku dan Angin Malam
..................................
Senyapkanlah diri mu
dengarkan nafas angin
dari mana ke mana
tak siapa pernah bertanya
namanya angin penanya bayu
hadirnya melembutkan malam..

Angin datang dan pergi
melaksanakan tugas sendiri
terkadang ia singgah membelai hujung rambutku
Sesekali ia berbisik
'kalau kau ingin, bertemanlah denganku'
'ku bawa kau melihat bintang'
'ku bawa kau terbang melawat hujung malam'
...hemm dengan mudah aku berkata..
aku hanya mahu ayah dan ibu
walau seketika tapi bermakna
Bawalah aku kesana andai benar kau berkuasa..

Lalu angin pergi
Datang dan pergi
Antara kami saling tidak perduli
Diam diam, aku sepi sekali.

Puisi aku :Puteri Purnama.

.........................................................................
Aktiviti berkebun aku ada di halaman ini.

http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com


Friday, January 4, 2013

Cerita Bersambung Disini dalam lingkaan ini.

Assalammualaikum.
Dalam Lingkaran ini menyimpan memori manis dan menjadi nostalgia dalam perjalanan hidup yang panjang.
Sampai masanya dicawangkan dalam rangkaian yang baru.
Kepada teman yg.masih ingin berteman, teruslah berteman dgn.saya.
Yang jauh di utara, banglore dan mghs members..Alil, Norly, kak Roy, Kak Ani Poline, saya masih mencatat dalam halaman ini

http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com/2012/12/episod-ke-2-dalam-lingkaran-ini.html

http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com

Semoga terus bersama dan saling berhulur salam.Ada kamu dalam ingatan mesraku.
ok.salam ceria.