hari ini ahad 29 julai. hari ke 9 dalam bulan ramaddhan.Dah 9 hari umat islam menunaikan puasa..termasuklah aku sekeluarga.Tak ponteng lagi.
Meski berpuasa dan melaksanakan tugas2 sekolah dan rumah, emosi utk berkebun, semakin menjadi2 apa bila yg diharap2kan selama ini menjadi kenyataan.Ia menjadi pembakar semangat utk.berusaha keras membersihkan kebun dan terus menerus menyemai benih dan menyediakan tapak bertanaman.
Penat sangat diiringi cuaca yg tersangat panas.dah lama hujan tak turun.Apa pun ku kongsikan gambar utk.kenangan, dalam lingkaran ini.
Apa yg aku tunggu selama ni?..yg aku tunggu tu ialah ..hahaha..buah betik sekaki.
Dah ranum sebiji.
Buah pd.pokok yg ini, besar2.
pokok labu air dah menjalar jauh memanjat pagar,belakang rumah.semoga berbuah banyak.
pokok tomato meski yg hidup cuma sepokok, tapi mengeluarkan banyak putik.
Rasanya tomato ni, tunggu matang sampai warna hijau tua, nak buat menu 'sambal hijau arjuna' resepi rakan blog milik saudara DEDTEA 'blog tentang masakan'
Benih bunga mata hari, nampak besar, baka tak tahu dari jenis apa, aku dapat dari kedai menjual makanan hamster, dia jual kuaci..aku minta 5 butir dan bayar seringgit, tapi cina tu bagi 10 butir dan tak minta bayar, dia kata benih tu mentah hanya utk.burung atau hamster..
so aku kata kalau mentah mungkin boleh hidup, mintalah aku nak cuba tanam, dia bagi jugalah, free je..
Lepas 6 hari benih ni tumbuh.Semoga dari jenis2 yg.hebat2..manalah tau kan.
Benih sawi yg aku semai dalam bekas ni, terlalu rapat, tak tahu macam mana nak alih ni.
Demi benih yg dah tinggi ni..aku berkerja keras menyiapkan tapak tanaman ditengah panas terik, merumput dan mengembur tanah.Semoga usaha ku akan berhasil..semoga hasilnya sempat di tuai saat Rashid dari Banglore balik,Miming dari IPDA dan tentunya kekasih hati 'Restu'...hasilnya dapat disantap bersama anak2ku.
Ini tapak yg aku siapkan dari pagi kemarin sabtu hingga pagi tadi ahad..jam 11 pagi baru benar2 siap.
yang ini aku bersihkan hari sabtu minggu lepas..penat sangat merumput kawasan yg ini.Nak tanam labu kundur biar labu tu bebas panjat pagar.
Tapak yg ini, dah 3 minggu lamanya disediakan dah bersedia utk digunakan sebagai tapak tanaman utk.sawi..aku akan tanam sawi ditapak ini, kalau tak muat baru lah tanam ditapak yg baru disiapkan hari ini.
Ok lah sampai disini.Assalammualaikum.Selamat menjalani ibadat puasa.Semoga Allah terima segala amal ibadat kita, berkat didunia dan akhirat.Amin.