Thursday, June 30, 2011

Lavender Pokok Halau Nyamuk

Akhir-akhir ini aku kerap benar melayari blog yg.berkaitan tanaman bunga.
Wah bila melawat blog mereka yg.minat menanam bunga atau yg.terlibat dengan penjualan bibit bunga..
aku pun tambah bersemangat untuk menambah koleksi bunga-bunga di taman miniku.
Aku teringin menanam bunga ini.
Benar kah ini Lavender si penghalau 'nyamuk'?

Atau yang ini?


Terlalu ingin aku mendapatkan bibit bunga lavendar dan rosmery, hingga aku sangat mengharapkan seorang teman dari Indonesia 'Yuni" mengirimkan aku bibit bunga lavender dan rosmery, juga beberapa pokok bunga Ros, yg dia usahakan.Kami berbalas email.Tidak pasti hasilnya bagaimana.
Dia sedang berusaha membantu ku.

Menurut member di satu blog, katanya lavendar dalam gambar yg,pertama di atas, ada di 'cameron highland'
Banyak benar bunga yg.aku suka, kenapa ek?..

Tuesday, June 28, 2011

Bunga Rose dan warnanya.

Benar  kah ini?
dalam ilmu psikology, aku pernah belajar mengenai psikology warna.Pensyarah psikology aku yg.mengajar subjek ni meminta Aku dan pelajar yang lain  menjawab 'questionaire' untuk melihat personaliti diri sendiri.
Hasil ujian ini, aku tergolong dalam warna emas ( kekuningan ) tak ingat nama psikologynya.
Bayaklah yg.menarik mengenai pengertian warna tu dan memang ku rasa benarlah dengan personaliti diriku.

Balik rumah aku tak sabar nak minta 'ir' menjawab 'questionaire' tu, dan keputusannya dia tergolong dalam warna 'Hijau'.

Hemm warna hijau..pada seorang lelaki..wah..terlalu sukar nak tunjukkan rasa 'cinta' mendalamnya, sukar melafazkan kata-kata sayang, walau pun sebenarnya sayang dan cintanya sepenuh hati.Cuma golongan hijau tak pandai meluahkan perasaan, mereka ingin di lihat dan di puja, pada masa yg.sama tak reti nak membalas, sangat cool, tenang dan bersahaja.Sedikit pendiam, tapi kalau kena gaya, mereka sangat ramah.Jarang bercakap dan mudah mesra.

Bagus watak ni pada seorang lelaki kerana, tak membangkitkan emosi cemburu pd.pasangan.Sebab watak warna hijau ni.. tak pandai nak memulakan perkenalan..kerana mereka pandai sembunyi di sebalik hijau daun pisang.Hehehe..'aku sayang dan cinta kamu' itulah kata azimat yg.ikhlas..hingga kini tak di ulang.Kalau nak dengar balik, kena merayu dulu.Best kan.

Ini pula pengertian bunga rose dan warnanya. Sumber dari pameran bunga 2011, yg akan berlangsung di putera jaya, kl.pd.1 - 17 julai nanti.Kalau aku banyak duit, aku nak sangat pergi.Hemm apakan daya, rumah ku masih dalam projek.
Bunga Tema Festival
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011


Ros

Bunga Ros (Mawar) mempunyai lebih 100 spesies dan kebanyakannya tumbuh di Asia dan hanya sebilangan kecil tumbuh di Eropah, Amerika Utara dan Afrika Utara. Bunga ini melambangkan keindahan dan menjadi pilihan ketika meraikan majlis istimewa.

Fakta menarik tentang ros:

- Perkataan rose berasal daripada perkataan Latin `rosa'
- Saiz bunga ros di Malaysia tidak sama dengan di Eropah kerana perbezaan cuaca
- Buah bunga ros dipanggil rose hip, yang berbentuk bulat, berwarna merah dan boleh dimakan
- Bunga ini menjadi lambang kepada cinta dan kecantikan

Simbol warna bunga ros:

- Merah : cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan
- Kuning : kegembiraan, kebahagiaan, kebebasan dan persahabatan
- Putih : penghormatan dan kesucian hati
- Merah jambu : kesyukuran dan bergaya
- Merah jambu pekat : terima kasih
- Merah jambu cair : sedih, simpati dan persahabatan
- Jingga : teruja dan bangga
- Biru : misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru
- Gabungan merah dan putih :  penyatuan
- Gabungan merah dan kuning :  setia, gembira

Kategori bunga ros:

1. Ros Liar (Wild Roses) menawarkan lebih 100 spesies, antaranya:
- Rosa Canina
- Rosa Rugosa
- Rosa Sericea
- Rosa Pimpinellifolia

2. Ros Taman Tradisi (Old Garden Rose). Ia wujud sebelum tahun 1867, iaitu sebelum kehadiran bunga ros Hybrid Tea yang pertama, Rosa La France, berasal dari Eropah dan Mediterranean. Bentuk bunganya unik dan harum. Antara kumpulan old garden roses yang popular adalah:
- Alba
- Centifolia
- Moss
- China
- Portland
- Damask

3. Ros Menjalar (Climbing Roses) Ia hidup menjalar pada pagar, rumah dan pergola. Antara kumpulan ros yang menjalar ialah:
- Climbing Old Brush
- Rosa Laevigata

4. Ros Taman Moden (Modern Garden Roses). Ia baka keturunan dari Old Garden Roses, yang merangkumi 2 kelompok iaitu:
- Floribunda
- Hybrid Tea

Festival Bunga &
Taman Putrajaya 2011


Tarikh: 9 - 17 Julai 2011

Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

Tema: Ros Untuk Selamanya

Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad). Masuk percuma.

Best nye kalau dapat datang kann.Kalau nak tahu lanjut mengenai pameran ni, lawatlah web di bawa ni.
http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
Hem kalaulah member2 kat KL tu dapat pergi dan belikan aku bunga 'penghalau nyamuk'-lavender dan rosmary..bestkan.Apakan daya.   

                                                    Ini aje lah bunga-bunga ros aku teman bersuka mencari ilham.Milik sendiri.









Monday, June 27, 2011

' Generasi Remaja Zaman Jepun'

Kemarin 25 jun sabtu
Petang dapat berita abang sulung ibu aku 'Haji Tasan Boleng' masuk wad di hospital K.Belud.
Aku dan 'ir' bergegas melawatnya.Saat aku menemui 'maakkauu'maksudnya bapa saudara, aku rasa terharu.
ketika mencium tangannya, hatiku terasa sebak.Entah kenapa pandangan matanya menyimpan banyak sejarah perkembangan hidup dunia ini khususnya daerah ku 'kota belud'
Pakcik sudah terlalu uzur.Dia sesak nafas dan batuk.

Saat pertemuan, dia nyatakan teringin nak makan daging ayam salai atau yg.digoreng.
'ir' bergegas mendapatkan menu yg.diminta pakcik.Sementara aku dan 'ina' isteri pakcik aku, berbual dan melayan semua soalan pakcik. Pakcik aku ni rajin bercerita, kisah-kisah lama.Aku cukup suka bersama pakcik abang sulung ibu aku ini.

Menurut cerita pakcik dan cerita ibu aku, sewaktu tentera jepun mendarat di Sabah dan berkuasa di tanah Melayu pada tahun 1941, ibu dah cukup remaja dan sempat berkerja menanam padi di sawah milik keluarga, tapi hasilnya di ambil oleh tentera jepun.Masa tu abang sulung ibu aku juga sengsara berkerja menyara datuk  dan nenek aku, banyak cerita yg.pakcik dan ibu kongsikan kepadaku.

Adik beradik ibu aku tak ramai.Mereka cuma 3 beradik.Abang sulung ibu Haji Tasan, ibu aku Nuriah, dan adik ibu aku aruah pakcik Jamal.Pakcik Jamal adik ibu aku meninggal beberapa tahun yg. lalu.Aku kesal tak dapat menyimpan gambar aruah pakcik Jamal.Ibu, anak perempuan seorang dalam keluarganya.

Nenek aku, iaitu ibu kepada ibu aku di masa hayat nya, seorang bidan kampung.Dia bertanggung jawab merawat ibu2 mengandung dan menyambut kelahiran bayi.Zaman itu hospital kerajaan di daerah k.Belud belum ada.Nenek aku ada kemahiran ilmu perbidanan dan merawat bayi.  Sebab itulah agaknya ramai cucu2nya berjaya mengikuti bidang perubatan, khususnya doktor dan juru rawat.Alhamdulillah.Untuk 'Acit ' lihatlah darah keturunan itu.Pepatah melayu mengatakan, 'baka/bibit' yang 'baik' jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh di darat menjadi gunung.Justru itu, berjuanglah walau dengan cara sendiri.Insyallah,kau akan berjaya jua akhirnya.Salam sayang untuk mu dari semua keluarga.'maatoo' kemarin cari kamu.kata nya 'minggo acit?',
kebetulan malam kemarin, aku dan Irfan pergi lagi menemuinya..happy dia jumpa irfan.Masih lagi dia tanya mana acit, mana ayu?..ayu belum pergi jumpa 'maatoo' apa pun kita sama-sama doakan agar seluruh keluarga kita selamat dunia akhirat .

Aku kongsikan gambar  'ibu' aku dan abang ibu aku ni..'maakkauu'
Mereka ni remaja zaman Jepun, sebab tu..mereka kelihatan macam jepun juga 'nyaa langah' maksudnya tak tinggi.he he he..sebab itu, aku ikut ibu. Kak Roy masa kat MG dulu selalu jerit panggil aku 'pendekk' hahaha..anehnya, aku tak marah pun..mungkin sebab aku terlalu sayangkan kak Roy.
Sampai kini saat ini aku sangat teringatkan kak Roy dan rindukan kemesraannya.Salam sayang buat kak Roy di singapura.
                                                  ibu aku dan abang sulungnya (dua beradik lahir sebelum kedatangan Jepun)
              Harta yang tak dapat di tukar milik..bila ia berlalu..ia akan kekal dimata dan terkubur di dalam hati.
                                   Suatu hari, antara kita akan pergi.Ada sebak di hatiku.'AKU SAYANG KAMU'.

                                          Baju hijau 'inna' isteri ayah saudara aku.Baju unggu bertudung kakak, anak sulung  ayah saudara aku.si manis duduk dekat kipas tu, ibu mertua abang mat.
                                         Saat manis, melihat keluarga berkumpul.abang2 sepupu aku dan abang kandung aku, abang Hamidun kemeja putih lengan panjang. Abang Lim pun ada bersama berbaju hitam.
                       kak siti lian yang tersayang..melaksanakan majlis pertunangan anak saudara aku 'siti alus'
                aku suka gambar ni. saat duduk semeja dan berbual2, abang Mat, Ir, dan abang Ramo(Omar), ketiga2 nya terlalu serius..entah apa yg.dibualkan. 'ir'..i love you.
                                     Dalam gambar ni,bakal doktor tu pun ada, Asraf baju  hitam anak abang omar, menantu aku pun ada tu yg. pakai cermen mata baju kuning ..ustaz dari selangor..suami anak saudara aku ustazah Ros.
                                          Ini lagi satu baju merah jambu..abang sepupu aku sebelah aruah ayah aku
'kak soyoh' dan yang baju hijau' abang Din" juga sepupu aku sebelah aruah ayah.

Saturday, June 18, 2011

'sepi yang kau tinggalkan' senja 18 jun



Sesaat aku sunyi
ku rasa sepi sekali
ada airmata yang tertitis

tak ada bicara lirih
hanya ada sendu menyebak dada
senja ini muram
terasa saat kemarin
kita tertawa dan melewati waktu terluang
mendengar bisikan bayu laut
tika  kita sepakat menghabiskan waktu bersama
mengamati gelagat anak ikan
menggamit tawamu yang riang dan penuh canda


seperti tak pernah ada duka
meski hari hari esok
antara kita akan pulang
rebah di pangkuan senja merah
melewati kelam malam
sendiri sendiri tanpa teman

Di penjuru serambi kata
maafkan tingkah dan ulah
andai ada menyentuh rasa
sesungguhnya
'saat ini aku terluka mengenangkan manisnya saat bersama'
'aku rindu kamu'

Tuesday, June 14, 2011

Sudirman - Warisan (Live)


Menghadiri seminar Integeriti Dalam Pendidikan siang tadi, membuatkan hati ku bercampur aduk.
Lahir berbagai rasa.Aku bangga dengan warisan ku,aku mengenang semula guru2 sekolah rendahku..semua mereka yg.telah menyumbang melahirkan suasana aman dan kemakmuran di negara ini.

Alhamdulillah syukur kepada Allah.Terimakasih kepada pemimpin2 terdahulu, sekarang dan hari esok.
Siapa pemimpin itu??..
Setiap individu.
Pemimpin pada diri sendiri, keluarga, anak murid, kaki tangan, komuniti masyarakat dan sebagainya.
Integeriti (semua perilaku yang baik) yang wajib dan perlu menjadi amala dalam menjalani kehidupan setiap saat selagi bernyawa..Ibu bapa dah ajar, guru2 dah ajar.Pensyarah dah ajar, pakcik dan makcik dah ajar. Tak cukup, Allah  yang menciptakan alam ini dan segala isinya, menurunkan buku 'al kitab, kitab terakhir Al Quran' kepada rasul terakhir nabi Muhammad s.a.w, tujuannya untuk rujukan dan panduan, untuk mmenjadi contoh dan di ikuti..'pemimpin' yg.benar.

Kalau dah di ajar dan pernah belajar, kenapa perbuatan RASUAH, masih berleluasa di lakukan oleh individu yg.bergelar 'pemimpin' ??..bahan media negara menyiarkan perlakuan pemimpin yg.mengambil dan membelanjakan wang kerajaan mengikut bajet pembohongan yg.mereka suka..kuasa siapa nak menghalangnye??..'GURU"??..ada tanya di hatiku yg.tidak akan ada jawapannya.Stop!!.

Kami nyanyikan lagu 'Warisan' ini saat di dewan tadi..golongan pendidik nyanyikan lagu ini .Wah..ia mennimbulkan getaran halus di sanubariku.Ada semangat membara di hatiku utk.membaiki mana-mana kesilapan dan kelupaan diri yg.terabai barangkali, akibat kesibukan hidup.Terimakasih ALLAH. Alhamdulillah.

Monday, June 13, 2011

Hampa Lagi!!

Sepanjang cuti sekolah selama 14 hari, aku sentiasa rasa dalam penantian.
Apa yg.aku nanti?
Aku menanti bunga cempaka dari Kelantan.
27 Mei jumaat,hari terakhir sekolah di penggal itu.Member dari kelantan balik kampung cuti bersama keluarga di kelantan.Terlalu nak kan bunga cempaka, aku prin gambar bunga tu, aku bagi duit RM100.00, minta tolong dia belikan di sana, kalau perlu bayar tambang bagasinya, aku sedia, sebagai modal beli dan pendahuluan tambang kapal terbang, aku bagilah seratus ringgit.

Hari ini sekolah bermula untuk penggal ini, sesi petang bermula, aku tunggu member tu dengan senyum yg tak putus2 menguntum seawal pagi isnin, hari ini.
.jam 12.30 kami pun bertemu..Ohh hampanya!!
Bunga tu tak dapat di belinya.

Katanya ada saudaranya menanam bunga yg sama, dan dapatkan bibitnya yg.banyak dijual di Pasar Pagi/setiap Hari Ahad di K.Baru, tapi dia datang jam 11.00 pagi agar senang parking..tapi orang jual bunga tu dah balik.Tak dapatlah beli bunga tu.
Dia kembalikan duit seratus ringgit aku tu dengan gambar bunga..yg.ku titipkan pd.nya 14 hari yg.lalu.
Berair mata hatiku, tapi tak tumpah di mata lihatku.Ada kehampaan yg.dalam.

Tak apalah, mungkin aku akan dapat bunga tu..kiriman sesorang yg.istemewa, manalah tahu..
Aku tunggu saat bunga itu jadi hiasan taman memoriku.  Seperti sejarah Limau Purut pemberian ayah mertuaku.
kini limau purut itu hidup subur di belakang tembok  kamar tidurku..Pokok itu menjadi sumber jiran2 ku apa bila ada yg.berhajat nak buat tom yam, atau nak berubat menggunakan buahnya,,sesiapapun boleh ambil sebagai amal sedekah..pemberian aruah ayah mertuaku dan kenanganku, untuk suatu tempoh yg.panjang.

Cempaka oh cempaka, andai aku bisa memilikimu..suburlah kau menghuni sudut perkarangan desaku.Ku tunggu saat itu.

Untuk menghilangkan sebak hati dan rasa hampa, ku ajak miming, Restu, Irfan Junior dan Anakanda Azie ke Kota Kinabalu, tentu tujuannya membeli keperluan Amira untuk persediaan balik ke IPDA.
Lepas membeli di wisma, kami jalan2 dan makan nasi padang di tempat ini.
Belanja anak2 kesayangan aku ni makan, entah apa2 je lah lauknya..yg penting kami dapat bersama mengukir dan menambah koleksi memori ini.

Best dapat bersama Azie..seperti yg.ku harapkan..ada hibur di hatiku.
Ku kongsikan gambar yg sempat kami abadikan bersama.






                                           







Untuk Miming, selamat belajar dengan tenang bila sampai IPDA nanti. Untuk Azie, bicara yg sempat kita bualkan,merupakan kuliah percuma, tapi cukup untuk ku nyatakan..kehadiranmu menemani insan kesayanganku, sangat2 ku hargai...hanya doa semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan berkat hidup kita semua di dunia dan akhirat di sisi NYA.
Nikmati lagu ini, untukmu 'Bintang Hatiku'


Sunday, June 12, 2011

Cuti sekolah berakhir-esok sekolah 13 jun

14 hari cuti.Apa aku buat? esok  sekolah hari isni. hari selasa aku hadiri taklimat 'integeriti dalam pendidikan'.
Entahlah sepanjang cuti selain kerja2 sekolah, aku sibuk memastikan keperluan menyiapkan bangunan rumah aku tu..tersedia semuanya.Jangan sampai terbengkalai lantaran perkakas tak kecukupan.

Hari2 pula hujan..baik untuk semaian pokok2 ros aku..tapi agak susah untuk menyiapkan bangunan rumah aku tu..cat tak kering, simen tak kering, panjat atap untuk pasang pancuran licin..serba tak kena.Kemarin lantai morzik yg.aku oder dah sampai..aku pilih bunga ros...kualit export dari indonesia..murah  je, RM 2.10 se keping..tapi bila di kali 1500 keping..banyak juga duitnya..itu untuk ruang bilik2 tidur, utk.ruang tamu lain lagi, aku beli tail saiz24"x24", sekeping Rm 22.00, ku beli 150 keping, entah cukup atau tidak.

Banyak duit digunakan.
Oh..masa tulis entry ni, aku dengar lagu 'di ambang sore ' ahmad jais..benar-benar aku rindu keluarga di keningau, abang Ramo. Aku kongsikan wajah abang aku dan isterinya yg sempat aku abadikan sewaktu berkunjung ke rumah mereka di keningau tahun2 lepas.
Wajah abang yg.ceria.

                                          Masa kunjungan kami saat ni..abang cerita masa lalu, sampai jam 2 pagi..kami anak beranak ketawa, dengar cerita2 abang Ramo mengenai kisah2 remajanya samapai dia mula berkerja..anak2 aku turut sama dengar cerita2nya, entah benar entah tidak terutama cerita 'Hantu" di pulau Banggi..dan cerita' aa'Haa' !!
                                          batik kuning abang Mat, batik hitam abang Lim, kurung hijau Miming dan abang Ramo..masa ni sibuk persediaan majlis perkahwinan Lin anak abang Ramo no.3.Best sangat masa ni.Kami adik beradik dapat jumpa di keningau..anak anak aku pun dapat jumpa anak2 abang .

Monday, June 6, 2011

Abang Ramo Telipon dan Berita gembira

6 jun, saat ambik suhaila dan Lia dari sekolah, sesak sekali jalan raya di pekan KB, maklumlah hari isnin musim berkerja.
LG ku berdering, mujur Restu ada bersamaku, dia tolong sambut.
Oh abang Ramoku telefon from kg.Bayangan Keningau.Lama mereka berbual bertukar cerita, aku tak dapat sambut kerana tengah drive.  Bila sampai di perkarangan sekolah sempatlah sekejap aku berbual dengan abang Ramo.  Berita baik disampaikan anakanda Asraf dapat tawaran perubatan lepasan metrik p.labuan.Alhamdulillah.Kalau tak ada perubahan Insyallah bulan ogos berangkat.Syukur Alhamdulillah..akan ramailah kaum kerabat kami join doktor.Ada dr.saijan, ada doktor Hasnah, ada doktor Rashid, ada doktor Faizal, nanti ada doktor Asraf..wah bestkan.Apa pun semuanya ketentuan Allah.

Untuk Hasraf, tahniah dan sekali berjaya, teruskan hingga ke kemuncak kejayaan.Doa semua keluarga untukmu dan keluarga di bayangan.

Cerita abang Ramo.
Abang ramo ni, masa aku masih sekolah dialah tolong uruskan keperluan aku, suraya, dan adik ima.Kami manja betul dengan abang aku ni. Namanya Omarkasih, tapi masa muda2 semua masyarakat saat tu sangat sukakan hero2 hindustan, jadi member abang Omar terbalikkan namanya jadi Ramo.itu nama glamornya.

Saat di talian tadi abang kata dia sangat2 teringatkan aku dan rindukan aku..kebetulan dia terdengar lagu mungkin radio kelasik nasional, kalau tak silap tadi lagu Ahmad Jais" diambang sore nan lalu"..hemm aku pun seawal pagi tadi masa on line tetiba teringat abang Ramo saat membaca keratan akhbar penubuhan
Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) di keningau..aku cari2 juga wajah abang Ramo kut-kut ada sebab abang aku ni suatu ketika dulu sangat aktif politik.

Aku tak jumpa abang Ramo sejak dia dan kak Painah nak pergi menunaikan fardu haji tahun lepas sampai ke hari ini.aku sekeluarga belum berjumpa mereka.Entahlah terlalu sibuk.

Ini lagu kegemaran abang Ramo ku itu.
Lagu lama, abang pun pandai menyanyi dan sangat ceria orangnya dan penyayang.
Salam sayang untuk abang, kakak dan adik2. di Bayangan untuk menantu aku juga ustaz tu..he hehe tak ingat nama, maaf ye, menantu.
Abang Ramo suka sangat dengar lagu2 Ahmad Jais.Aku turut dengar dan bila lagu Ahmad jais berkumandang , mesti hati aku sebut abang Omar Kaseh
Lagu di ambang sore ini abang bagi aku dengar kat telefon tadi..hehehe..
Bila aku teliti seni kata lagu ni, rupanya..abang nak tanya kenapa aku tak ada khabar berita sejak awal tahun 2010 hingga saat tadi dia call aku 6 jun 2011.

Entah apa kena dengan aku, bila aku sibuk dan tak gembira mesti aku 'make dono' je lah abang2 aku yg.sangat menyayangi aku, bukan apa aku takut termengadu masalah aku kat mereka..aku tanggung seorang2 masalah peribadi aku.hingga selesai..baru aku boleh tunjuk muka ceria dan berbualan mesra dengan abang2 aku, yg jaga aku masa kecik2 dulu hingga aku remaja.


Abang2 aku ni ada dua jenis..grup satu sanngat memahami aku dan penyayang, ni abang Ramo lah.
Abang Mat pula sangat  sayang dan kontrol aku, dan rangit bana he hehe..( panas baran dan cepat meradang, tak meradang pasal hal lain, dia marah pasal bab2 boy frind) Abang Mat selalu pesan habiskan sekolah dulu, jangan ada teman lelaki, jangan ikut lelaki keluar jalan2, jangan mahu di dampingi lelaki kecuali kalau dah cukup pasti, lelaki tu..tak akan buat diri mu seperti sampah.

Kalau kami ada surat cinta..abang Mat mesti tapis dulu, pernah surayah dapat surat dari teman sabahan..entah apa cerita kawan kami tu, tak sempat baca..terlalu takut dengan abang Mat, terus kami buang dalam jamban.Ha ha ha manis sekali kenangan itu.
Nasib abang2 kami jaga, kalau tak, tak sempat masuk 'u' dan memiliki kehidupan seperti hari ini.
Abang Lim..penyayang orangnya, sentimental tapi suka sangat meragui sikap aku dan adik2 yg.lain.

abang Lim teman aku menangis masa aku gagal tak dapat masuk 'u' dulu gara2 gagal kertas am, sekarang dipanggil pengajian am. Dulu kertas am tu, syarat wajib masuk'u'.so aku masuk maktab, abang Lim bagi aku bekalan duit RM 400. Budi abang abang aku yg.tak terbeli..Hanya Allah yg.bisa membalasnya.


Lagu Ahmad Jais hiburan bersama..abang Ramo dengar lagu ni ye. kalau jumpa blog aku ni. Salam sayang dan hormat selalu untuk abang-abang ku, yg.dikasihi dan di hargai, doaku tak putus untuk kalian.Assalammualaikum.


Ahmad Jais - Ke Mana Di Mana (HQ Audio With Lirik)

Sunday, June 5, 2011

Pelamin Bajau Kota Belud Tradisi Dan Moden. cantik dan antik,yang mana.

Sepanjang cuti sekolah, asal hari sabut dan ahad..awal aku bangun basuh baju..siram bunga..lepas tu siapkan diri, jomm 'ngenda kawin'.(bahasa bajau, ayat tu, maksudnya'mari tengok kahwin')
Cerita pasal undangan majlis perkahwinan ni, aduh..bikin demam, asyik makan aje..satu hari sampai 4 undangan serentak Tak pergi ada rasa segan di hati..apa tidaknya, yg mengundang tu..saudara mara juga merangkap jiran tetangga.Apa lagi cuti ni berat aku bertambah, kulit makin gelap sebabnya aku banyak peluang berjemur merawat semaian ros dan bunga bunga aku di tapak semaian sekangkang kera, asal ada.Alhamdulillah.

Oh masa menghadiri majlis perkahwinan hari sabtu pada 4 jun, kemarin..ada 4 undangan, dua dari majlis yg aku hadir tu..sempat ambik gambar pelamin pengantin.Wah, sangat ceria suasana pelamin itu..
ku kongsikan gambarnya.
                                          Pelamin moden, anak pak Jamru di kg.taun gusi, kb.

                                          sempat lah aku dan best friend aku pk petang pn.Bailan merakam potret kenangan ini.tak sangka jumpa dia kat majlis ni.yang mahal kenangan  baju dia tu, dari padang besar..bersama bunga ros aku, ada kenangan di situ.
                                         Gambar ini pula, pelamin tradisional bajau KB.cantik ke antik? terpulang.Tapi ada cinta di hatiku utk.warisan bangsaku. Pelamin pasangan anak en.Jimin. empu aruah
pak Mutaib( sepupu ibuku)

                                         

oh...bunga ros aku,tak putus berbunga..bunga rerumput yg.lain juga, semuanya sedang mekar berbagai warna aku suka dan rasa bersyukur.Buat Som sahabat ku di ipoh..senyum ros merah ini utk.mu.he hehe.


                                                   dalam aku bertanam bunga, aku ada tanam pokok kantan..aku tak sabar nak tunggu hasilnya, walau pun satu..nak buat laksa..tak beranak dan berdaun lagi pokok ni. baru 4 minggu umurnya..ada serai dan ulam raja juga..oh satu lagi, aku ada semai pokok ulam 'sambung nyawa'.Pernah dengar tak..'ir' bagi aku pokok tu..dia dapat dari kawan.TQ my love.Nampaknya ir sokong aku buat aktiviti tanam2 ni..pagi-pagi..ada wangi mawar dan banyak rama-rama anika warna..best sangat..
                                                    tengok pokok' kantan' ni..daunnya baru dua helai.agak2 hidup tak..doa je.