Friday, May 19, 2017

mimpi ngeri

salam
hai

jatuh jantung aku. masa itu memang tak tak boleh berfikir banyak. suami terlibat dalam kemalangan. mujurlah orang nya tak cedera terlalu parah. cuma kereta saja yang parah sesangat. mimpi ngeri aku masa tu. sungguh aku tak mampu fikir.

julung kali jugak lah aku tidur hospital. walaupun hanya menjaga orang sakit. minta situasi ini dijauhkan lagi dari aku. aku tak mahu mimpi ngeri lagi.

Tuesday, May 9, 2017

satu bulan

salam
hai

semalam genap 1 bulan selepas tarikh perkahwinan. aku dah jadi bangsa2 yang nak hitung hari pulak dah. ini semua sima punya kerja. dan dalam pada ini aku dok sibuk marking dan segala mak nenek markah budak2.

dua mggu lalu majlis bertandang sebelah lelaki. sekali lagi aku culture shocked. tp mcm biasa aku dengan perangai bersungguh2 aku adapt dengan culture orang dan study habis2 supaya tak nampak kekok. tak kisah la kalau masih krik2. apa yang aku dapat.. semua yang baik. aku lihat a very positif side of the family. rajin, friendly dan positif. entah lah... bagi aku sangat lain dengan budaya hidup aku yang aku rasa selalunya negatif. ahaha. tak pasal2. aku belajar utk duduk dalam rewang. belajar untuk laju2 balajar bahasa jawa. belajar laju2 untuk elak kan diri dari diserve dan belajar untuk tak jadi krik3. itu yang penting. namun ofkos masih ada cacat di sana sini.

dan dalam sebulan ini suami banyak membantu. bagi sokongan kaw2. tak pernah menghampa kan isteri. haha. seronok pulak dapat suami baik.😊 buat masa ini lah. hahaha

okeh. semuga sebulan ini akan menjadi titik tolak untuk menjadi keluarga yang lebih harmoni. amin.

COVID lagi....