Tuesday, November 2, 2010

are u strong enough???

as i grow up, i dream to be an architect. konon2 best lah...
now i'm on my way to be an architect. give up? argghhh its in my mind somehow!!!
rasa macam nak cakap kat mak, nak kawin terus.. penat sangat. -,-
things do suck sometimes..
but life has been super dooper great. with the experience, adventure, trip, trip, trip and friends all around me.
n definitely my parents and family are always with me when needed! alhamdulillah..
my dad, always motivated me with his long long journey experienced to be what he is now.
thank you dad! so much good words to describe u n mom!
i couldnt care less right now. just go for it!!!
be strong and u'll get it! insyaAllah.

good luck for ur VIVA 3 haidar! :)
n this sem will end. yahooo!!!

Sunday, October 3, 2010

perlahan ia pergi.

kadang kadang.
kita terlalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
tapi bila setiap usaha itu tidak dipandang atau dihargai.
perlahan lahan ia berlalu pergi...................... .

Friday, October 1, 2010

tiada anugerah yang lebih bernilai.

Alhamdulillah.
tiada anugerah setanding keberkatanNya.
semoga diriku dipanjangkan umur agar aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku.

tiada anugerah yang lebih bernilai.
dikelilingi ibu bapa dan keluarga yang bahagia.
semoga kau sentiasa melimpahi rahmat dan kebahagiaan ke atas keluargaku ya Rahim.

tiada anugerah yang lebih bernilai.
diberikan akal fikiran yang berada di batas normal.
kurniakanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat. Maha suci Allah.

tiada anugerah yang lebih bernilai.
diberi peluang merasai kehebatan pancaroba dunia.
berikanlah aku petunjuk dan hidayah mu ya Allah. ya Rahman.

semoga masih ada ruang untukku bersamamu ya Allah yang maha pengampun. Ameen.

Wednesday, September 29, 2010

.ingatanku.ada.padanya.









"pictures speak louder than words"

Monday, May 3, 2010

diam tidak bererti bisu.senyap tidak bererti pekak.

................................................
adakalanya, diam lebih baik.
jika bersuara lebih mendukakan.
adakalanya, senyap dipertaruhkan.
agar mendengar apa yang disuarakan.

mereka berkata.
mereka berbisik.
mereka menjerit.

namun mata ini masih terang.
masih belum buta. cuma rabun sahaja.
masih dapat melihat perbuatan kamu.kamu.kamu.
walau terguris. walau terhiris. simpan saja.

menjaga hati?
arghhh. hati ini yang dilukai.
namun diam adalah pilihanku.
senyap menemaniku.
........................................................

Friday, January 1, 2010

.mimpi.dan.semangat.

"tanpa mimpi dan semangat, orang seperti kita akan mati"

aku pegang kata kata ini.
penuh emosi dan motivasi.
tidak sekali kali aku akan berhenti dari bermimpi.
dengan semangat yang masih berbaki,
akan ku kejar mimpi mimpi tersebut.
yang pasti.
aku mencari keindahan di balik sesuatu keindahan.
yang hanya bisa ditemui dalam mimpi mimpi.

Saturday, November 28, 2009

.b.i.n.t.a.n.g.

malam berseri dengan kehadiran bintang.
aku punya 1 tabiat di mana setiap malam aku akan mendongak ke dada langit.
hanya untuk melihat kehadiran bintang.
kadang juga aku bisa untuk mengira.
walaupun tahu mustahil untuk mengetahui jumlahnya.
aku punya bintang kegemaran ku sendiri.
yang selalu akan bersinar terang.
seperti sentiasa memberi sinar dan harapan.
kadang ada juga malam tanpa bintang.
namun kecantikan malam itu tetap menemani hariku.
walau ianya lebih sepi dan kelam.
.........................
kamu tahu kamu adalah .b.i.n.t.a.n.g. bagiku.
kerlipanmu tidak pernah padam walau saat aku memejamkan mata.