Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, September 30, 2012

Menggedik di Times Square!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


semalam eiqa pergi times square.. sebenarnya nak bawa adik eiqa dengan kawan dia..
of coz la yang paling besar dalam gambar tu eiqa.. haha.. yang tengah tu adik eiqa, Ija dan kawan dia, Miza..
Adik eiqa dan kawan dia je yang masuk cosmo world tu.. ala yang permainan tu la..
semalam eiqa pergi, harga tiket Cosmo world,
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM27
Memandangkan dorang berdua ni baru 12 tahun, so kalau beli 2 tiket kanak-kanak, tak akan dibenarkan masuk.. so terpaksa lah eiqa belikan 1 tiket dewasa dan 1 kanak-kanak.. barulah dibenarkan masuk.. lepas tu dorang masuklah cosmo world tu dengan senang hati..
eiqa pon melepak lah kat luar bersama En Azrie dan Adik lelaki eiqa, Asraf..

gambar nie tak penting ye.. hahaha.. (orang dalam gambar ni agak besar ye)

 

Nie la Hero pengarang jantung eiqa, En Azrie dan satu-satunya Hero (adik) dalam keluarga eiqa, Asraf..
semua gambar dalam ni eiqa tak edit.. malas la nak edit..huhu.. ok..eiqa agak malas ye.. 
Sambil-sambil tunggu Ija dan Miza, eiqa dan hero berdua nie merayau-rayau kat times square ni..
mula-mula g makan, main game lepas tu pergi karaoke.. tempat karaoke (box) tu agak tak memuaskan.. *taknak ckp lebih-lebih nanti kena kejar dengan tauke dia sambil pegang parang*


 

ini lah dua orang hero eiqa.. jangan pedulikan perempuan dalam gambar diatas ye..hehe..


yang paling penting bila pergi times square ni, adalah mee sizzling hot plate kat Food court, Times square..
ok.. tu je nak cakap.. thanks ye sebab sudi baca entri eiqa yang tak seberapa nie..

Friday, September 28, 2012

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


hye korang.. dah lama eiqa tak join segmen kan..
eiqa tertarik dengan banner zyra roxx nie.. comel sangat..
jom join sesama.. klik je banner atas nie ye..

 syarat nya sangat simple..
korang tak payah la nak susah2 dengan syarat yang banyak.. hehe..
bila join segmen ni, berkemungkinan korang boleh menambah follower dan kenalan..
setakat nie, follower eiqa hanya ada 1833..


ok.. siap.. tarikh tutup 30.9.2012..
nak join?? klik sini..


Thursday, September 27, 2012

Doa untuk kekasih dari seorang wanita..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


Ya allah..
seandainya telah engkau catatkan..
dia milikku tercipta buatku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan antara kami..
agar kemesraan itu abadi..

ya allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ke tepian yang sejahtera dan abadi..
maka jodohkanlah kami..

ya allah..
ku mohon apa yang telah engkau takdirkan..
ku harap dia adalah yang terbaik untukku..
kerana engkau tahu..
segala isi hatiku..
peliharalah kami dari kemurkaan Mu...

note: semestinya bila seseorang tu bercinta, adalah untuk membina satu keluarga bahagia..

Sunday, September 23, 2012

Cara untuk menarik perhatian atau memikat lelaki (50 cara)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..




1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Manja!
29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

  
note: ini hanya tips sahaja.. hanya untuk suka-suka..terima kasih kepada yang sudi baca..

Friday, September 21, 2012

Ulang tahun hubungan kami ke 5 tahun.. (21 sept 2007)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..

 


  hari nie tanggal 21 september 2012 adalah Hari ulang tahun perkenalan Eiqa dan En. Azrie yang ke 5 tahun. Hubungan Eiqa dan En Azrie bermula masa tahun 2007. masa tu kitaorang dalam tingkatan 3 belum lagi ambil PMR..haha.. tapi alhamdulillah, hubungan kitaorang tak jejaskan exam yang agak besar pada tahun tu.. masing-masing pandai asingkan pelajaran dan hal peribadi..

Entri sebelum ni pon eiqa pernah cerita kan tentang kami. so kali nie rasanya tak payah lah nak cerita kan lagi. tapi tulang belakang hubungan kitaorang nie mestilah En Azrie sendiri.. sebab dia yang banyak pertahankan hubungan kami.. kalau eiqa biasalah, suka ikut perasaan kan. hehe..

En Azrie cakap, dalam perhubungan ada 3K yang penting iaitu Kejujuran, Keikhlasan, dan Kesetiaan. benda nie betul tau.. tapi yang lain -lain tu penting juga cuma 3K ni yang utama.. Kalau korang pegang 3K nie, insyaallah hubungan korang akan bertahan lama..

Selama 5 tahun nie, macam-macam dugaan dan cabaran dalam hubungan kitorang. biasalah adat orang bercinta. kadang-kadang redup kadang-kadang ribut.haha.. bagi eiqa, En Azrie adalah kekasih, kawan dan abang.. dalam bercinta kesabaran amat penting ye..

Dalam bercinta kita kena tetapkan niat kenapa kita bercinta? mestilah untuk berkahwin.. kalau takde niat macam tu, buat apa nak bercinta dan buang masa.. bagi pandangan sesetengah orang, bercinta nie banyak negatif dari positif.. bagi eiqa, bila kita set minda dengan perkara positif, so perkara positif akan berlaku.. Jangan lah sesekali kita dekati perkara yang negatif tu..dengan nie hubungan akan kekal. yang paling penting, masa bercinta jangan ketepikan-Nya (ALLAH S.W.T) serta keluarga sendiri..ye la banyak remaja bila bercinta, ketepikan semua hal.. jangan sesekali macam tu ye.. nanti banyak pula kes yang x elok berlaku.


Thursday, September 20, 2012

Apa itu Lipoma??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..

 

korang pernah dengar tak perkataan Lipoma? 
Lipoma bermaksud tumor benigna, yang biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang. Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.

Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha.
Ciri-ciri lipoma ialah:
  • lembut bila disentuh
  • mudah digerakkan dengan sentuhan
  • saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
  • kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf dan salur darah berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
Lipoma membesar perlahan-lahan. selalunya disedari hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.
Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada.
Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.
Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.

Antara rawatan yang diberikan ialah:
  • suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
  • sedutan lemak (liposuction)
  • pembuangan secara pembedahan

Ada juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor yang dipanggil liposarcoma. Tumor ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.


Sunday, September 16, 2012

Button follow yang comel-comel tu limit 300 sahaja..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..



 
mesti korang pernah nampak button follow macam kat atas ni kan??  eiqa rasa ramai blogger tahu button follow jenis nie, limit nya hanya 300 je. tapi ada sesetengah blogger baru yang masih tak tahu tentang button follow ni. ada blogger yang follow eiqa, bila eiqa nak follow dorang balik, tengok-tengok blog dorang hanya ada button follow dan tiada Gadget follower macam kat bawah.

 
bukan eiqa taknak follow balik, tapi macam mana eiqa nak follow kalau dorang takde gadget follower nie.  tak salah kalau nak letak button yang comel-comel tu.. tapi letakkan sekali gadget follower tu.. supaya senang blogger yang lama-lama tu nak follow korang.. apa yang eiqa perasan, kebanyakan blogger yang takde gadget follower adalah blogger yang guna blogskin.. tak salah pon guna blogskin. tapi buat gadget follower guna kod. kalau nak buat cuba search kat Google..

ok la.. kepada yang follow eiqa, eiqa hanya follow semula blog yang ada gadget follower sahaja..kerana eiqa dah follow banyak blog dan lebih 300.. so, eiqa minta maaf kepada blogger yang eiqa tak dapat nak follow.. tapi pada sesiapa yang follow eiqa, eiqa akan follow korang balik cuma lambat atau cepat sahaja.


Saturday, September 15, 2012

Berkawan hanya untuk kebaikan?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


Bila bercakap pasal kawan, semua orang ada kawan kan.. siapa yang tak de kawan? kalau takde kawan tu mungkin ada sebab-sebab yang tertentu.. kita selalu dengar kawan tu untuk kebaikan tapi sahabat untuk selamanya.. betul ke? tak semua kawan macam tu.. jangan lah kita senang-senang je cop macam tu..
Kawan atau sahabat nie maksudnya seseorang yang tiada pertalian darah (selain daripada keluarga atau saudara-mara) yang berada disamping kita tak kira susah dan senang. 
kadang-kadang kita susah nak cari kawan yang berada disamping kita bila kita susah.. "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui".. memang betul ayat nie.. bila kita dalam keadaan susah dan memerlukan pertolongan, kawan yang sebenar akan beri pertolongan dan sedaya upaya menolong setakat yang mampu. 

eiqa pon mengaku kadang-kadang eiqa nie bukan kawan yang baik. eiqa pon manusia yang tak sempurna. tapi bagi eiqa, eiqa tak pernah gunakan kawan-kawan eiqa untuk kebaikan eiqa sendiri. Tapi sapa lah eiqa nak cakap macam tu.. mungkin eiqa sendiri tak perasan perangai sendiri.. ntah2 eiqa macam tu.. wallahualam.
tapi alhamdulillah, kat kolej eiqa, semua kawan eiqa baik dengan eiqa. dalam berkawan, eiqa kekalkan prinsip macam ni je, "kita berbaik dengan orang, orang akan baik dengan kita"..


Prinsip nie terbukti tau.. korang cubalah.. tapi kalau korang sentiasa baik dengan dia tapi dia still jahat ngan korang, tu maybe ada masalah dalaman lah kot.. huhu.. panjang bebenor eiqa taip, berbalik pada tajuk entri, 'Berkawan hanya untuk kebaikan?' pernah tak korang dengar ayat ni dan pernah tak jumpa kawan yang macam nie? apa? tak tau berkawan untuk kebaikan tu macam mana? itu maksudnya dia berkawan dengan korang, bila dia susah je.. tapi bila dia senang, langsung tak ingatkan korang.. 

faham tak? contohnya si bedah nie tak tegur pon kawan-kawan dia bila dalam kelas. dia syok dengan dunia sendiri dan boipren dia. kawan si bedah ni pernah la tegur bedah tapi masuk telinga kanan keluar kaki kiri. pada suatu hari ni, bedah lupa nak bawa kertas kajang untuk buat nota. bila dah tak bawa mesti la nak pinjam. dia pon pinjam kat si joyah.. sebelum pinjam, jenuhlah bedah nak bodek-bodek joyah.. joyah ingat bedah ni dah ok.. tapi keesokkan harinya bila joyah minta tolong bedah untuk sesuatu perkara, dengan lantang dan bongkaknya bedah cakap dia penat dan tengah sibuk. padahal tengah main henpon.

jenuh eiqa terangkan kat korang.. dah faham? eh cerita di atas nie rekaan je tau. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. penat eiqa mengarang cerita tau.. berdasarkan perkara diatas, apa pendapat korang? kalau kawan korang macam nie, apa yang korang buat? tapi bagi eiqa, kalau kita baik dengan orang tu sebab nak pinjam barang je, tak eloklah.. macam menganiaya orang lah.. Ustaz eiqa masa sekolah rendah dulu cakap dosa tau.. orang tak suka kawan yang macam nie.. so kalo korang terbuat macam nie, eloklah berubah.. *ceh macam kau tu baik sangat*  eiqa cuma nasihatkan je.. kalau nak ikut, ikut lah.. kalau tak nak, tiada paksaan.. kalau sapa-sapa ada pendapat, pandangan atau nasihat silalah komen ye.. 
terima kasih kerana sudi baca entri eiqa nie..

note: amboi-amboi kau eiqa, buat entri boleh, tapi kalau buat projek kajian untuk 3rd year, terkangkang kangkang ko buat ye.. hehehe.. biasalah..

Tuesday, September 11, 2012

Pink princess yang sangat comel!

..Assalamualaikum..

Entri kali ni lebih kepada freebies kot.. sesaje nak share. nie pon eiqa ambik dari http://glitter-graphics.net .. 
sangat comel girl dibawah ni.. kalau nak ambik, tekan right-click dan copy image location.

 


 

 

 

 



ok itu sahaja ye.. geramnya! sangat comel!

Sunday, September 9, 2012

Semoga berjaya kepada calon UPSR 2012..

...Assalamualaikum..


Ada tak calon UPSR yang baca blog eiqa nie? 
mesti ada..ramai blogger terdiri dari calon UPSR kan... 
Kebetulan adik eiqa, Fizzah Azhari pon calon UPSR 2012.. 
UPSR mula pada 11.9.2012 sampai 13.9.2012 kan? 
eiqa nak ucapkan semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2012 termasuk adik kesayangan eiqa..!! buat yang terbaik ye! selamat berjuang!


siapkan peralatan yang diperlukan semasa menjawab exam sebelum tidur.. supaya tidak terlupa untuk bawa ke sekolah..

note: rasanya calon upsr tak online sebab sibuk study.. xpelah..mesti ada yang buka sekejap.. apa-apa pun, malam sebelum exam, jangan tidur lambat ye!

Thursday, September 6, 2012

Berhati-hati semasa menaip entri..

..Assalamualaikum..


Korang tahu tak kegunaan blog? of coz lah untuk post entri..hehe macam-macam kebaikan yang kita dapat daripada berblogging.. kalau dari pengalaman eiqa berblog, eiqa dapat tahu info semasa dengan cepat tanpa baca newspaper, dapat tambah kenalan, sebagai sumber pendapatan, berkongsi cerita, dan banyak lagi lah.. tapi kalau ada kebaikan mesti ada keburukan kan? kalau kita salah guna kan medan blog ni, macam-macam boleh jadi bak kata blogger
Hasrul Hassan "Ada mata yang memerhatikan blogger Malaysia"... klik link untuk baca.. 

apa yang dikatakan oleh blogger Hasrul Hassan tu memang betul. eiqa setuju 100%. 
Blogger kena hati-hati semasa nak post sesuatu entri.. macam nak lahirkan ketidakpuasan hati.. memang kita ada hak untuk bersuara. tapi kalau nak luahkan sesuatu dalam blog, jangan sebut nama seseorang.. contohnya macam ada kes blogger yang tulis entri tentang cikgu..lepas tu, abis semua cikgu dan bakal cikgu marah disebabkan entri tu.. mungkin blogger tu nak luahkan pendapat tetapi cara dia salah.. nampak tak? disebabkan satu entri, habis semua nak naik angin..

Walaupon eiqa baru setahun jagung dalam dunia blog ni, eiqa nak nasihatkan korang, jangan tulis entri berkaitan dengan sensitiviti masyarakat, kumpulan atau seseorang..ambillah perkara nie sebagai iktibar.. ceh wah, baru kenal dunia blog nak nasihatkan orang.. bukan apa.. eiqa tak nak lah masyarakat pandang rendah pada blogger-blogger kat Malaysia ni. 
so, ingat lah orang tersayang tak de kena mengena langsung hehe..


agak panjang jugalah eiqa menaip sambil membebel.. hari ni agak rajin untuk meng'update' blog sebab dapat hirup banyak oksigen. so, otak eiqa pun berjalan lancar seperti sebelum-sebelumnya.. udara agak nyaman malam ni.. alhamdulillah sebab diberikan peluang untuk menghirup udara segar malam. 

Saturday, September 1, 2012

Tanda-tanda mengalami tekanan perasaan..

...Assalamualaikum...

Ada tak diantara korang yang selalu mengalami tekanan perasaan??
apa? tak tahu apa tanda-tanda mengalami tekanan perasaan?
jom tengok tanda-tanda dibawah..

Tanda 1
work-onion-head-emoticonstudying-onion-head-emoticon
yang ni memang famous lebih-lebih lagi exam..

Tanda 2

starving-onion-head-emoticon
bila lapar.. lebih-lebih lagi kalau di asrama dan stok makanan habis..

Tanda 3

scared-onion-head-emoticon
takut yang teramat sangat..

Tanda 4

ill-onion-head-emoticon
masa kita sakit.. kalau kat asrama sakit, seksa tu! kalau kat rumah ada gak orang jaga.

Tanda 5

hate-onion-head-emoticon
bila bencikan seseorang.. lebih-lebih lagi kalau orang tu ada kat depan mata..

Tanda 6

depressed1-onion-head-emoticon
time putus cinta!!

Tanda 7

dead-onion-head-emoticon
nie memang tekanan teruk nie.. sempat lagi garu-garu.

Tanda 8

crying1-onion-head-emoticon
menangis! bila menangis akan rasa sakit kepala. huh memang tekanan..

Tanda 9

beaten-onion-head-emoticon
kena buli atau kena belasah..

Tanda 10

stress-onion-head-emoticon
banyak sangat keje dan assignment!!



kat atas nie tanda2.. kalau korang nak lepaskan tension, tekan link kat bawah nie..

Tips hilangkan tekanan..

note: entri diatas 100% idea eiqa.. jika nak copy paste, sila letak kredit ye.. tq..

Jom join Giveaway ni. Banyak hadiah menarik!!

...Assalamualaikum..

Hye korang!! eiqa ada sponsor satu Giveaway ni..
nak tau giveaway apa? Giveaway yang dianjurkan oleh blogger Jaja Sutera..
tengok bawah ni..


GiveAway : From Sept to Nov by Jaja Sutera


jom join ramai2.. klik je banner kat atas nie ye.. 
banyak hadiah menarik tau.. nak tahu?


klik button atas ni ye.. best kan? jom la join.. klik banner / gambar atas tu ye.. 

klik sini untuk menyertai  >>>> Giveaway Jaja Sutera

Note: kalo nak eiqa sponsor Giveaway korang, contact eiqa kat sini lysosome92@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra