Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Monday, October 31, 2011

first time try pakai pashmina...

smalam eiqa g jalan2 ngan En. misteri..
nk tau ke spe??
tunggu slps ini... huhu
sat g eiqa bg tau spe En. misteri 2..

haha.. eiqa try2 la jg fashion terbaru pashmina nie...
tp nasib baek menjd tau..
nmpk ok la...
sbb sblm nie x pernah nk try.. huhu..

first time try.. haha




















haha... eiqa x la cntk..
tp eiqa tetap bersyukur..huhu





































huhu.. tp eiqa x berapa pandai sgt bab2 shawl nie..
nie kirenye percubaan pertama menjd la..
haha

ha... nk tgk x mke En.misteri?
nie dier En.misteri kesayangan eiqa...


















En.misteri eiqa nie nama dier Mohamed Azrie...
eh dier nie dh berpunya la...
En.misteri nie eiqa yg punyala..hehe..
ensem x??

2 je la yg eiqa nk membebel ari nie...
k la... bubye..... hehe

Saturday, October 29, 2011

exam dh dtg!!

tidak!!
tanggal 31.10.2011...
exam dh dtg!!
eeyyy...
knp cpt sgt...
xske...xske....xske....
hehe..

















btw, hope korg doakan eiqa ye...
semoga eiqa dpt buat yg terbaik!!
aja-aja fighting!!
he3... tiru gaya korea la pula...

Friday, October 28, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

td mse jalan2...
jumpa pasal entri nie..
eiqa pon try2 la nk join...
jom la kte join sme2...
hehe














spe yg nk join jom g kat tuan punye blog nie...

Azim Razak

Penyakit berpeluh (hyperhydrosis)




















pernah dgr x pasal peyakit yg ske berpeluh kat tgn 2??
so ari nie eiqa nk kongsi sket pasal nie...

penyakit berpeluh berlebihan nie dinamakan hyperhydrosis..
Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita.
Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka.

kadang2 ada pesakit yang x ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba krn tangan yg basah ketika bersalaman.
Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki.
kesian pd mereka2 nie sbb ia mengganggu kehidupan seharian..

Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui.
Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

penyakit nie ada rawatan utk merawat penyakit nie..
so spe2 yg rase ade penyakit mcm nie...
pergila jumpa doktor ye...he3

Thursday, October 27, 2011

kenapa ye semua orang mesti akan ade masalah?

huh.. soalan nie susah la aku nk jawab...
knp mesti kene ade masalah??
pelik..

boleh x sehari xkan ade masalah langsung...
kan bgs cm 2...
tenang je hidup nie...
hmm...

aku penat la....

Monday, October 24, 2011

kisah percintaan...



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi
sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. 
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang 

menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan 

abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa 

abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. 

Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, 
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. 
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. 
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. 

Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, 
di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya.





Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. 
Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih 
dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…

sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. 
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. 

Adakah cinta memerlukan sebab? 
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. 
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. 
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita (^_^)

hargailah diri..




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya
dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , 

tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. 

Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. 

Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. 

Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih 
berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,

dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi 
yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah 

akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, 
lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih 

mempunyai nilai yang tersendiri. 
Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, 
terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, 

hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Friday, October 21, 2011

tanggungjawab suami....



huh.. tanggungjawab lelaki bknnye senang..
bkn sekadar nikah,
kerje n bg nafkah...

kalo ckp pasal nikah,
disini la tanggungjawab nya bermula..
so, suami kenela ambil serius perkara ni...



‎" Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia
dengan mas kahwinnya RM..."

Bunyi macam senang bukan???
Nah ini erti yang lebih besarnya....

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya,apa saja dosa dia buat, 

dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, 
aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, 
dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. 
Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka 
dan malaikat Zabaniyah melibas ku hingga pecah badan aku"

Wednesday, October 19, 2011

Pasangan Suami Isteri



Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada 

suaminya untuk hidup tanpa dirinya.. 
Dia meminta kepada suaminya untuk tidak 
menghubungi dia langsung selama sehari..

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, 

saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya 

tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, 
kerana si isteri terkena kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis 

“Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? 
Saya mencintai kamu selamanya..”

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh…

"hargailah dier sebelum kehilangan nya"



"hargailah dier sebelum kehilangan nya"
ayat nie btol2 bermakna..
2 la yg terjd kat aku..
so, aku nasihatkan korg,
hargai lah org yg menyayangi korg...
kalo x korg akan menyesal...

mungkin selama aku dgn dier,
aku x hargai dier...
mungkin aku x nmpk berapa dlm kasih dier kat aku...
lps perkara nie terjadi,
baru aku sedar dier btol2 berharga dlm hati aku..
dier btol2 penting dlm hati aku..

mungkin org x faham
ape yg aku rasa...
biar aku sorg yg rase benda nie...
walaupon menyakitkan..

kadang2 aku berfikir,
aku takut utk bersamanya,
sebab.....
aku xnk dier sakit kerana aku...
aku xnk dier tercalar kerana aku lg...
aku xnk menyakiti dier lg...
aku xnk kehilangan dier lg buat selama2nya...

ya allah,
jika benarlah dier adalah jodohku
satukan lah kami dgn ikatan perkahwinan yg sah...
amin....

Cinta sampai mati..


cinta sampai mati..
sume org nk cinta yg mcm nie...

wei kau...
walaupon skarg kte bw haluan masing2...
tp aku pasti suatu hari nanti 
tuhan akan pertemukan kte
jika jodoh adalah milik kte...

susah aku nk lpekan ko...
aku nk kte jd mcm nie...
bercinta sampai mati..
maksud aku, 
mungkin kte berhenti sekejap dari bercinta...
mungkin tuhan nk kte bercinta slps kahwin..
mungkin jg tuhan nk uji sedalam mne cinta kte berdua..

wei kau...
aku nk kau jd milik aku..
selama 4thn kte kenal...
kadang2 aku rasa hati kte dh bersatu..
kte ade perasaan yg sama..
kte nie seolah2 cubit peha kanan, 
peha kiri jg yg terasa sakit nya..
mcm 2 la kadang2 aku rasa..

wei kau.. 
aku tau aku jahat..
tp kadang2 aku dpt rasa perasaan sedih kau...
aku slalu terfikirkan kau...
bleh x aku nk letak plaster kat hati kau yg luka 2??


hmm...
ape aku nk buat...
skarg aku tau aku xde hak nk buat ape2..
aku takot ade org yg gantikan tmpt aku kat hati kau..
takot sgt...

wei kau...
aku akan simpan tempat kau dlm hati aku..
aku akan jaga tmpt kau..
harap kau faham... 

aku doakan yg terbaik utk ko...
kebahagiaan kau adalah kegembiraan aku..
sayang kau sgt2....


Monday, October 17, 2011

Jenis-jenis Perfume...



agak2nya korg tau x jenis2 perfume yg tahan lama atau x??
kali nie eiqa ajar mcm mne nk tau jenis2 perfume ye...

utk korg yg ske beli minyak wangi,
beli la yg thn lame..
mmg la mahal..
tp kalo dh beli, berbaloi tau...
hahaha...


Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu:
1.Perfume (parfum)
2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)
3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)
4. Cologne

1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.
2. EAU DE PARFUM (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.
Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.
4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Sunday, October 16, 2011

kisah benar: kenapa x rogol saya??



Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. 

Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. 

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
 Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. 

Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. 

Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Saturday, October 15, 2011

terima kasih kepada follower yg ke-100..



xsangka follower blog eiqa dh sampai 100..
follower2 yg laen jg x dilupakan..
terima kasih kpd semua...



follower eiqa yg ke-100 adalah
Cik Fezzylah Shafiee...
terima kasih Cik Fezzylah Shafiee...
korg g la melawat blog dier...
blog "sejuta rasa mak usu"....

Darjat Seorang Isteri..




1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.



Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..





Mengapa Cincin Perkahwinan disarungkan Di Jari Manis?



satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,
kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.seterusnya,,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Friday, October 7, 2011

sayang mak!!!



Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul)



Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...



Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak


Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...


Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...


Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..


Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..


Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..


Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..


Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..


Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...


Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..


Aku selalu teringatkan ..... Mak..


Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..


Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..


Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..


Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..


Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..


Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..


Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..


Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..


kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..


Yang selalu berleter kat aku... Mak..


Yang selalu puji aku.... Mak..


Yang selalu nasihat aku...... Mak..


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..


Bila sedih, aku cari..... Mak..


Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..



Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..

Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..


Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..


Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu... Aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon mak..


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......


Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......


Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....


Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......


Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur

lalu menghulurkan  sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu 
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA




Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap
wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada

mukasurat yang sama ditulisnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra