Last day pepagi da cergas nak merendekkk....heheheh this time da pandai sikit keluar jee hotel terus ke sogo(senang nak ingat) naik MTR dari East Tsim Sha Tsui terus ke kowloon dari situ tukar MTR (ambil Tung Chung Line) untuk sampai ke lantau island.
Masa kami sampai orang tak ramai lagi still leee posing posing tapi time turun tuuu lam kul 11am cam tuu berbaris sampai keluar....haaaa nasib pepagi kami da keluar...kalau tak memang mandi peluh laaa jawabnya.
ada 2 cabel satu biasa & satu lagi Crystal Cabin
(Equipped with a glass bottom, the all new Ngong Ping 360 Crystal Cabin is designed to feast your eyes with an astonishing bird's eye view. Feel the magic of the boundless sea and the rolling grassland slopes right underneath your feet. The new perspective allows you to look at an extraordinarily uncluttered scenery, as if you are flying on your own. Such an amazing experience will undoubtedly spice up your Ngong Ping Cable Car journey.)- info crystal_cabin
mula mula tu memang cuak sangat..aku lee paling penakut sekali heheheeh tapi lelama tuu kiranya ok lee alah alah leh kontrol takut tuuu ..terus jadi teruja....
view...cantikkk
sok ada rezeki tiap skoll break nak bawa budak budak melawat HK..
budak niii siap cakap next time datang lagi.....sikit tak takut...
posing lagi.....malas nak crop crop tu pasal kasut pon leh nampak
Da abis tawaf area situ cepat cepat kitaorg naik balik MTR nak ke central kami terus berjalan ke China Ferry Terminal (CFT) yang terletak kurang 1km dari Tsim Sha Tsui. Memula tuu melilau gak leeee...last last tanya security haaa lam mall upanya hehehehe
CFT ni terletak dalam shopping complex. Departure hall nya kat Level 2. So kalau agak-agak macam sesat, boleh tanya kat security/police yang memang banyak kat area shopping complex tu.
Tiket feri ke Macau ni pun kami beli walk in aje. Ada banyak syarikat yang beroperasi untuk feri ke Macau antaranya Turbojet, First Ferry dan Cotaijet.
Kami ambil First Ferry $HK166.00 pegi sahaja..so balik x 2 yeee...perjalanan 1jam 15min jee sempat lee kitaorg lelap mata lam tuuu & berlabuh kat area macao peninsular ...ada 2 pelabuhan satu lagi lupa kat mana entah..heheheh!!!
Que nak beratur kat imigresen tu agak panjang, tapi prosesnya cepat. Tak cam memula msk HK cuak gak bila kastam tuuu lama benar dok membelek pasport kawan aku...sbb lam tuu ada visa masuk china...t 15min gak leee meunuggu settel....
Tapi make sure, dah siap isi arrival card awal-awal dalam feri. Dah setel imigresen, kami pun keluar dari terminal. Kat luar terminal, penuh dengan macam-macam bas.
Lam airport macau
Bagi yang nak mengunjungi Macau, satu benda yang special dengan Macau ni ialah setiap kasino dan hotel-hotel 5 stars kat sini akan sediakan free shuttle.
Free shuttle ni pulak boleh dinaiki oleh sesiapa je. Tak kesahlaaa samada kita tinggal atau tak kat hotel dia, atau kita berjudi/tak kat kasino depa,
still FREE OF CHARGE!
The Venetian - sebuah kompleks membeli-belah, hotel, casino dan resort terbesar seumpamanya di dunia.
Kebanyakkan kasino-kasino baru yang very the vazzz tahap VVVVVVIP adalah di area Cotai Strip. Antaranya The Venetian (kasino terbesar didunia)-owned by the Las Vegas Sands corporation, City of Dreams, Galaxy, Hard Rock Hotel n etc.
sangat cantik....lepas tuu wangi pulak tuuu siap bau perfume lagi....very da glamous one...
Kedai-kedai di sini dibina dengan berkonsepkan kota Venice di Itali, siap dengan terusan dan siling yang dilakarkan awan-awanan siang. Terasa sungguh hidup dan ceria suasana persekitaran pusat beli-belah tersebut.
Kami kesuntukan masa untuk menjenguk kedai-kedai yang ada, maka bersesi foto sahajalah yang sempat sebelum nak merempit balik HK pulak..flight balik kul 9malam....
Sungguh tidak puas rasanya berada di sini ditambah pula banyak lagi kemudahan yang disediakan tidak di'explore'.
Dari Tsim Sha Tsui kami berjalan ke area Avenue of Stars...sepanjang jalan bersepah designers boutique...kagum aku !!
HK ni memang best laaaa. Dah tahap Gardens or Pavi kat KL. Penuh dengan designers boutique - Dior, Burberry, Coach n etc. Yeahh, kat HK ni every ceruk n every shopping malls penuh dengan designer boutiques. LV punya boutiques 6-7 outlets selamba je bukak within the same area
Kami berjalan dan bergambar sepanjang Avenue of Stars pulak. Avenue of Stars ni lebih kurang macam Hollywood Walk of Fame lah. Sepanjang jalan penuh dengan signature n tapak tangan bintang-bintang terkemuka HK seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Andy Lau, Chow Yun Fatt, Jet Li, Maggi Cheung n etc. Ada jugak patung Bruce Lee dan macam-macam patung kat sini.
Seronok laa berjalan sambil bergambar, menghirup angin laut dan menikmati pandangan indah. Walaupon kelang kabut memandang kan time tuu da kul 6pm so apalagi dah leee nak balik hotel ambil luggage then terus ke airport....walaupon penat tapi PUAS semua tempat kami jejah....