Thursday, September 30

'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'

Dah hari terakhir. tetiba nak join contest dari blog z@ck ni.


Syarat pertandingan :

1) Warganegara Malaysia.
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini.
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog ini adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'.
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara nak join:

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang just perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?

3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'. Tak perlu buat sticky post sebab aku sendiri pun tak gemar sticky-sticky ni.


Gambar yang dipertaruhkan..

Gambar raya bersama kawan2 GACOS. tengok lah bertapa sakannya beraya sampai ngan hidangan2 raya pun kami ambek gambar hehe..

MC n Insuran

Tengah bz menyuap mee + maggi goreng + paru sambal tetiba mau citer pasal mc. *benti makan serta merta hehe.. just nak citer yang sepanjang hidup saya tak penah ambek mc. kalau sakit ambek cuti terus. kalau larat jalan ke opis gigih jugak ke opis. namanya nak pi jumpa tuan doktor n ambek mc tidaklah hehe..

Sebab tu masa my friend promote insuran suatu masa dulu (6 tahun lepas) saya buat endah tak endah je. apa barang ambek insuran. saya kan jarang sakit. iskk.. iskk.. riak sungguh la time tu. satu lagi sebab saya punya gaji time tu paras hidung je. mana nak ambek insurannya. kang sebab ambek insuran tak makan plak. sebab tak makan sakit. pastu warded. haa.. kan dah dapat duit insuran free hahaha..

Tapi tah napa tetiba kesedaran ambek insuran timbul. rasanya sebab masa tu dah mampu ambek insuran. gaji pun dah paras tengkuk dah. tak der paras idung lagi. 5 tahun lepas (bulan 12 2005) dengan rasminya saya ambek insuran. ambek ngan org yang sama yang beriyer2 promote insuran kat saya suatu ketika dulu. memang rezeki dia ngan saya.

Sekarang w/pun tak penah claim pun insuran tu tapi kalau sakit rasa secure sket. tak der aa pikir mana mau dapat duit kalau bebetoi sakit teruk nanti. yang penting saya tak kan menyusahkan org lain. ini dah aa sakit dah menyusahkan org. pastu bil2 hospital pun nak menyusahkan org lagi. ini boleh menimbulkan marah hahaha..

So pada sesiapa yang belum ambek insuran tu saya nasihatkan ambek la. tak kisah aa sket ke banyak. janji ada untuk cover kita nanti. kita ni kalau nak sakit bukan boleh ditahan2. dia nak mai dia mai je. tak der kasi salam der. sama gak ngan accident. malang tak berbau yer. yang berbau kentut je hehe.. eh macam kata2 ejen insuran plak hehe.. ok saya bukan ejen insuran tapi just mengingatkan antara satu sama lain n untuk kesenangan kita dan keluarga jugak. dalam bahasa kasarnya tak der aa kalau sakit tu nak menyusahkan org je hehe..







p/s : saya ambek insuran prudential. kalau nak ambek berhubungan aa dengan org yang berkaitan yer. saya BUKAN ejen insuran :)

Tuesday, September 28

Cik Mimi

Mimi demam lagi. asyik demam je. kali ni rasanya sebab dia kena aircond masa balik dari kampung pas raya aritu. bising dia dalam kete. sejuk sangat kot. sib baik la tak jem. kalau jem lagi lama perjalanannya. sampai umah dia bersin kuar darah. takut saya tengok. tapi jap je. sejam pastu aktif balik. tapi esoknya mula demam plak. sian mimi. masuk kali ni dah 3 kali dia demam.

Nak tunjuk aksi2 mimi tido dengan sonoknya bulan puasa aritu. mimi kalau tido memang nyenyak tak ingat2. siap berdengkur2 tu hehe..

Nyenyaknya tido

aksi akrobatik kiri


Aksi akrobatik kanan

adeh. sakit badan aku tido akrobatik.. ;p

Friday, September 24

Raya Strata 2010

Ini rasanya raya terakhir saya ngan strata HQ. tahun depan kat mana plak agaknya saya sambut raya. apa pun dah namanya raya harus bergembira. konsep raya tahun ni adalah potluck. masing2 pun bawak makanan masing2 pastu kongsi ramai2. saya seperti biasa dah jadik tokey rendang. tiap2 tahun pun bawak rendang. sonok dengar org puji rendang saya. pasni takder aa korang rasa lagi rendang sedap saya tu hehe..

Memula kita baca doa dulu. hj alias yang baca doa. amin.. jemput makan semua.

Dan selepas tu bermulalah aktiviti 'berebut2' ambek makanan. masing2 pun simpan perut.

Yang tudung pink membelakangkan kamera tu saya tau. orang tak penting harus gambar sipi2 je hak hak hak.. orang lain makan saya tengok. saya perati respon rendang saya. alhamdulilah tiap2 pinggan ada seketul rendang saya. pas makan siap puji2 lagi. TQ lah korang. ada rezeki ada aa lagi korang rasa rendang tu :)

Orang sibuk makan saya sibuk borak. apa tah saya borak ngan kama tu. cam ye2 je hehe..

Cantik puding ni. sedap pun sedap. saya makan ni je campur ngan coktail. tak lalu mau makan yang lain sebab hidung dah penuh bau rendang. macam2 menu ada tadi. tak der gambar keseluruhan. antaranya nasik dagang, sate, lemang, rendang, koktail, pusing, lontong, roti jala n so on. tak ingat dah. antara banyak2 tu 2 jenis je saya makan. yang lain tapau bawak balik makan kat umah :)

Dari kami warga seksyen strata HQ mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin kepada semua. mesti saya rindu ngan gambar ni tahun depan. harap2 tahun depan kegembiraan macam ni dapat saya rasa lagi :)

Thursday, September 23

Bunga

Bila nak baik ulser kat mulut ni. dalam raya keempat aritu ada 3 tumbuh kat dalam mulut. 2 kat lidah n 1 kat bibir. cuba bayangkan cam ner mau makan dengan 2 ulser kat lidah? nak meludah pun payah jangan kata nak makan. arini tinggal 1 lagi kat lidah. lambat sangat baiknya plak yang ni. yang 2 aritu 3 4 hari baik dah. yang ni dah lama tak baik2. susahnya nak makan. itulah kan. tuhan baru tarik sket je nikmat makan. dah payah nak makan. sib baik payah nak makan je. kalau tak bleh makan langsung lagi lah masalah. bersyukurlah dengan apa yang ada.

Aritu masa pi klinik (time demam sebulan) doktor cakap saya ada gastrik. so takut dah nak ikat2 perut. dah la. semua pun cakap saya makin susut sekarang. mana tak susut. demam je sebulan. dah aa demam bulan puasa plak tu. cer cakap celah mana nak makan banyak. dah demam harus tader selera kan. buka ari2 makan sesenduk nasik je. tu pun kadang2 banyak buang dari masuk mulut. iskk.. iskk.. tetiba takut plak rasa. kang kurus balik cam zaman belajo2 dulu cam ner huhu..

Ok abeh citer mintak simpati tu huhu.. tadi hj alias datang. rupanya dia baru pasan kat unit ni saya sekuntum je bunga hehe..

hj : ooo.. kat sini satu je bunga..
saya : (sambil angkat tangan) yer! saya lah tu..
hj : (sambil gelak2..) diorg buli cik la camtu..
saya : takder lah. saya yang buli diorg hahaha..
hj : (gelak besar)

Nak balik kampung.. nak balik kampung.. tak sabo mau balik kampung. padahal baru je balik sini 4 hari aritu hehe.. suka ati saya lah. kampung saya. bukan saya nak balik kampung korang pun hahaha..

Tuesday, September 21

Reunion SKSR 86 - 91



Bermula dengan jemputan dari facebook ni. tak sangka kami dapat realisasikan reunion kecik kami. Saya ingat je reunion ni. tapi nak gi sorang2 malu plak. msg zaimah pn penganjur. kalau ada kawan takder aa segan sangat. saya masa sekolah rendah dulu mana berkawan sangat. kalau sorang tu saya kawan yang tu lah sampai kesudah. so bila nak jumpa2 ngan diorg ni malu plak rasa w/pun kenal mengenali :)

Sib baik zaimah reply msg saya dan rela hati nak ambek saya kat umah. tqvm zaimah. jasamu dikenang! dalam 5.05 zaimah ambek kat umah. zaimah datang ngan zalila. rasanya zalila ni saya jumpa last masa saya praktikal kat pejabat tanah tahun 2003 aritu. dia datang nak ambek borang SPA8 untuk mintak keje. lama kan tak jumpa :)

Pastu kami terus gerak ke rumah fazilah. fazilah volunteer nak buat reunion umah dia. so kami ramai2 berkumpul kat umah dia. saya, zaimah ngan zalila sampai dulu. ingat dah tak der nak mai lepas tu. rupanya ramai gak. sorang2 mai. semua ngan family masing2. zaimah je tak bawak suami. sorok katanya hehe..

Bebudak laki yang mai almost saya tak jumpa sejak darjah 6 kecuali idris sebab idris satu sekolah ngan saya tingkatan 4 ngan 5. so last jumpa tingkatan 5 la. pastu nampak2 dia naik motor lalu depan umah je. syukri plak lepas darjah 6 masuk MTD pastu terus fly ke jepun. last tengok dia dalam cari menantu tv9. dia masuk ngan isteri dia sekarang la. tapi masa tu belum kawen la :) dah ada anak sorang dah. kerja penterjemah katanya. ngan company jepun.

Sihabuddin sama cam syukri dari darjah 6 saya tak jumpa. yang saya tau dia sekolah agama lepas darjah 6. tak sure agama mana. sekarang dah jadik ustaz pun. dia ngajar kat sabah. dah 5 tahun katanya. azhar plak yang mesra ngan panggilan M sama ngan saya masa form 1 sampai 3. lepas tu saya pindah sekolah. dia? entah. stay situ jugak rasanya. bila tanya keje apa katanya buat reban ayam hehe..

Yang pompuan plak fazilah last saya jumpa masa dia kawen 7 tahun lepas. bila salam mak fazilah dia cakap saya tak penah mai umah dia. penah la makcik. saya datang masa kawen fazilah mak cik hehe.. fazilah pun cikgu. salina or sally masa kawen maszuha tahun lepas ada jumpa. kebetulan sangat. saya balik bukan sebab majlis kawen tu pun. sajer2 balik. pastu mak ajak pi. pastu jumpa sally. memang kebetulan. sally keje HR rasanya kat APM.

Zaimah jarang gak jumpa. tapi selalu sms jugak. kami jadik rapat masa dia memula posting ngajar pas KPLI tahun 2003 kot. saya tumpangkan dia kat umah member2 kat tmn u. so kalau datang umah member2 tu ada aa gak jumpa dia. zalila plak pembantu cikgu ke apa tah kat kg bantal. jauhnya la. tapi tak per. rezekikan.

Antara yang sempat di snap petang tu.

2 dara dan 2 mak dara hehe.. dari kiri zaimah, zalila, saya n sally


Satu bapak budak, 1 belum jadik bapak budak n sorang teruna huhu.. dari kiri azhar, idris n sihabuddin.

2 bapak budak n 1 bakal bapak budak insyallah :) dari kiri syukri, azhar n idris.

Yang hadir ada aa 9 org termasuk tuan rumah. alhamdulilah. ada gak yang sudi nak datang. ada gak nak kata insyallah tapi tak nampak2. tak pelah. mungkin lain kali plak kita jumpa kan. nanti tahun depan kita buat besar besaran lagi. datang ramai2 tau. :)


Dari kiri depan saya, zalila, zaimah, sally, 3 org sebelah sally tu anak buah dia, syukri tengah dukung anak, wife dia kat sebelah.
Dari kiri belakang sihabuddin, suami fazilah, fazilah n azhar

Insyallah tahun depan kita buat lagi majlis camni eh. dapat gak mengeratkan silaturrahim dan bertukar2 cerita lepas dekat 20 tahun tak jumpa. tahun depan genap 20 tahun kami batch 86 -91 tinggalkan SKSR. harap tali silaturrahim kami bertambah utuh selari dengan kematangan umur kami. Selamat Hari Raya Semua. Insyallah jumpa lagi tahun depan :)


Monday, September 20

Aidilfitri 1431

Raya tahun ni macam tak raya. demam dan sakit kepala tak baik2. masin betoi mulut cakap saya akan demam sebulan. dan memang genap2 sebulan je terus baik alhamdulilah. saya mula demam 10 puasa aritu. semalam 10 syawal still demam2. tapi bangun pagi tadi alhamdulilah kepala ringan. rasa semangat je nak gi kije :)

Dah 11 raya kan. baru nak citer pasal raya. punyalah gigih bawak laptop ngan broadband balik umah semua. bukak kejap2 je sakit kepala baring terus terbiar huhu.. saya mula cuti raya 8hb. balik pagi tu lah. tapi lewat. dah kul 10 baru gerak sebab gatal pi jalan2 kat jalan TAR malam tu. kul 2 baru balik umah. dengan demamnya memang tak larat. ikut nasihat jalil saya balik lewat sket pagi tu. katanya saya sibuk sangat nak balik lepas subuh. cam lah tak der masa lain nak balik huhu..

Khamis barulah sibuk2 buat persiapan raya. cam biasa rumah kami akan hidang lemang ngan rendang pagi raya. tahun ni ayah buat 4 batang je. mak cakap pulut tak cukup. nak beli lagi kata tak payah pulak sebab nanti tak abeh. yelah tak abeh. pagi raya je dah abeh lemang2 tu semua. rendang plak buat 3 ekor ayam ngan sekilo daging. kuih? seperti biasa kuih tunjuk2 je. oleh kerana saya dikategorikan dengan sakit so kejap2 je saya jenguk dapur. tu pun mak sibuk suh saya baring huhu..

Pagi raya mak, ayah ngan adik gi solat raya. kami dua beradik (adik no 2) konon2 kemas umah, hidang semua la. adik kata kami kena buat sungguh2 nanti mak balik tak bebel. dah aa tak gi solat raya. keje kat umah pun tak buat huhu.. tengah kemas2 umah dah ada bebudak kasi salam nak raya. adik siap sound suh datang jap lagi "kakak belum mandi pun lagi" katanya hahaha..

Lepas mak ngan adik balik solat raya orang mula datang. jiran2 lah yang ramai. diorg memang suka datang umah kami. garang2 mak saya pun dah besar2 ni semua rapat ngan mak saya. sebab tu kalau ada menantu2 jiran yang berat mulut ngan mak saya dia bising2. sebab anak2 jiran semua ringan mulut ngan mak saya :)

Pas jiran datang plak rombongan blok. saya tak tau baper org yang mai sebab bz basuh pinggan ngan cawan kat dapur. baru rombongan angkat punggung anak sedara mak plak datang sefamily. riuh rumah. lepas diorg balik ada lagi jiran2 yang mai. sampai tengahari tu memang tak kering tangan basuh tangan huhu..

Bila lengang sket kami ambek peluang bergambar. gambar main2 je. lepas antar org kat pintu kami tetiba posing kat depan umah huhu..

Cik imah ngan ain jannah. org suh tunjuk gigi sebab selalu bergambar masam je. dah tunjuk gigi mata plak tutup hahaha..


Kami 3 beradik. tengok lengan baju saya bersinsing lagi. kata baru siap basuh pinggan hehe..


Kata baju sama. harus bergambar bersama. saya ngan cik imah. tak sama pun sebenarnya. lebih kurang je. kain pun jenis lain. tapi cam sama kan :)

Saya? tahun ni raya sebuah rumah je. hehe.. oklah tu. saya memang bukan kaki jalan. org kenduri kat kampung pun payah nak gi. biar nanti saya kawen tak der org mai huhu.. tapi sebuah rumah pun saya jumpa 8 org kawan ngan family diorg lagi. oklah tu. oklah ptg raya pertama saya gi reunion sekolah rendah saya dulu. yang tu nanti next entry eh. tata..

Friday, September 3

Mood Raya

Lama saya tak apdet blog kan. entah naper bulan puasa tahun ni dugaan besar betoi. saya duk asyik la dengan demam. ni pun tak sihat betoi lagi. kepala still pening2 lalat. batuk plak tu. sib baik tak baper nak teruk. sebab demam abeh semua keje terbengkalai. umah dah macam tongkang pecah. tak berkemas. terawih jangan cakap la. tahun ni baru dapat 2 hari terawih. teruk betoi la. duk asyik demam je. nak bangun pun tak larat. besar betoi dosa saya agaknya sampai demam berlarutan sampai lebih 2 minggu dah ni. bila lah nak sihat ni. moga2 Allah ampunkan dosa saya :)

Kat radio era ni duk pasang lagu raya je. terus rasa nak raya makin meluap2. sabar2 lagi 4 hari je lagi. pasni babai putrajaya n hello to jerantut hehehe.. dari 3 beradik saya yang akan sampai kat kampung dulu (rabu pagi). adik no 2 katanya rabu petang. n yang bongsu khamis pagi huhu.. sampai awai bleh cop parking bawah bumbung hahaha..
Lilypie Next Birthday Ticker