Sunday, July 14, 2013

PatUt X BayAr PiNjAmAn PTpTn

ermm..salam sejahtera buat semua pembaca..huhu sebenarnya crispy nk tulis entry ni dah 2 3hari dah,tapi tak berkesempatan.sibuk sikit. tajuk PTPTN (perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional)???? apa kaitan dengan crispy? hehehe.. al kisah......

crispy belajar di utara dan mampu menghabiskan semua semester berkat jasa baik PTPTN la. kalau tidak,keluarga crispy xmampu nak taja crispy belajar.terpaksa ambik pinjaman. terima kasih jugak pada PTPTN. dua tiga hari ni, crispy selalu fikir berkenaan dengan bayar balik pinjaman. memang lah, crispy xgraduate lagi, tapi crispy dah habis belajar dan dah bekerja,walaupun hanya guna sijil SPM saja. tapi ok la,sebab crispy tinggal sorang,tanggungan setakat ni cuma sewa rumah,dan keperluan diri je.

Crispy xpernah lupa untuk bayar balik hutang PTPTN tu, cuma crispy dalam dilema lagi,bila nak start bayar, sebab crispy ingat nak ambik motor. kalau keluarkan motor secara hutang, lagi bertambah hutang crispy, kalau nak keluar cara cash, xcukup duit. adoiiiiiii..... tak tahu mana satu.

tapi kan, kenapa pihak PTPTN xcuba adakan satu department untuk recovery hutang PTPTN ek? kalau telekom,celcom digi, Moccis boleh bagi kes pada collection agency untuk kutip bil tertunggak, kenapa tidak PTPTN? kalau ada agent yang tiap-tiap bulan call penghutang dan push penghutang bayar hutang PTPTN, mesti ramai yang bayar dan habiskan hutang PTPTN dengan cepat.

dengan cara ni, boleh wujudkan lagi peluang pekerjaan lagi untuk collection agency.. nak pakai ramai orang sebab nescaya ramai yang amik loan PTPTN ni. crispy tak tau lah kalau PTPTN memang dah buat cara macam ni, tapi setakat ni crispy xde terima sebarang call lagi untuk buat byrn berkenaan dengan hutang PTPTN. kalau cuma mengharapkan kesedaran individu sendiri untuk bayar, ermmm... maklum saja lah, penghutang akan bagi seribu satu alasan untuk tidak membayar hutang.. itu lah pengalaman yang crispy dapat sepanjang crispy berada di unit kredit dan recovery ni... huhuhu

walau macam mana pun, untuk crispy, crispy akan cuba bayar, walaupun bukan secara consistent, tapi, akan cuba.crispy tahu tanggungjawab kita sebagai penghutang...hehehehe anda yang berhutang??? macam mana? sudah buat bayaran????????????

renung-renungkan... dan selamat beramal... hahahahhahaa



Saturday, June 29, 2013

BiLa KeLantAn MasUk PaDanG BoLa

salam semua... dah lama betul crispy x update blog ni... maklum lah.. dah xdok di hostel lagi dah.. dah xde wifi nak update selalu. berukbeng pun baru je beli,itu pun amik gyte yang sikit jer. takut xmampu nak bayar bulan, dah la dengan kos-kos kehidupan yang lain lagi.. gaji dah ciput, lagi nak hidup macam gaji besar kan.. memang tak la.. huhuhu

malam ni sebenarnya ada game, Kelantan Vs Johor.. tapi aq pelik betul, bila kelantan masuk padang je, macam-macam orang dok mengata, itu la ini la.. facebook crispy tu, bila malam ada game, dekat wall memang bersepah duk kutuk kelantan. kata menang xbermaruah la,main kasar la,bakar stadium la.. crispy akui,memang betul pernah ada sejarah kelantan buat hal, tapi nak kutuk pun tengok pada keadaan semasa la. kalau malam tu kelantan main dengan cara baek,peminat pun xde nak buat hal,apa hal la korang nak mengutuk orang, crispy rasa benda tu xbetul dan XPERLU pun korang nak pertikaikan..terima saja kekalahan dari pasukan yang korang sokong tu,pengadil dekat padang tu korang tengok xbuat kerja ke???

crispy orang kelantan, sebab tu bila ada isu-isu macam ni, crispy pelik, kenapa pertikaian tu sampai nak mengata, mengutuk kami warga kelantan..fanatik dan semangat orang kelantan memang tinggi, kalau kami warga kelantan ada buat salah,tegur dan bagi penyelesaian untuk xberlaku lagi, bukannya sekali buat salah, untuk game akan datang, korang nak kutuk kami lebih-lebih. yang xminat bola pun kena... bila tanya, "awak orang mana?" dan bila terpacul jawapan KELANTAN, terus nak pinggirkan kitorang.. apa ni???? matang la sikit... sebelum nak mengata tu,tengok dulu keadaan... jangan ikut sedap mulut je...






itu la pesan crispy... crispy bukan buat post ni sebab kelantan menang... tapi crispy sedih bila orang duk kutuk-kutuk negeri kelahiran crispy. macam crispy cakap tadi, tengok keadaan sebelum nak keluarkan penyata, kalau permainan tu adil dan bersih, terima la walau apa pun keputusannya, kalau game tu kotor, korang nak mengutuk pun korang punya pasal. kalau game dah ok,korang xpuas hati jugak, korang main sendiri, baru tau macam mana rasa susahnya nak menangkan sesuatu team tu, tapi kalau ko sendiri pun xpandai main bola,mulut je lancang, xpayah la... buang masa jer..

itu saja luahan hati crispy... korang nak terima, korang terima, kalau xpuas hati dengan apa crispy tulis, close kan tab blog crispy ni. kisah pulak aku,korang xpuas hati dengan kata-kata aku?????
buang yang keruh amik yang jernih, kalau orang cerdik pandai, pasti faham kata-kata aku,

Sunday, May 12, 2013

aq terkena lagi....

ermmm dah lama betul x log in blog... ingatkan blog aq dah kena block dah... huhuhuuhuhu sekarang ada cerita sedey nak sampaikan... ini kisah hidup sendiri ler...

mungkin dah badi aq gamaknya... bila bercinta, harta pastinya jadi taruhan. dulu, masa first time bercinta, suka sangat nak tiru orang, orang tukar handphone dengan pakwe, kita pun nak tukar jugak, last2 handphone aq yang kena jual, lelaki tu lesap macam tu jer.. handphone baru beli xsampai setahun dah kena jual..  syang nya handfon tu dah xkeluar lagi dah.

pas tu jumpa dengan cinta sejati... ermm MOHD HAFIZ.... pergh!!! memang menyesal giler putus dengan dia, dah xdapat dah... dia dah tunang..ermm kenapa lah aq buat hal masa bercinta dengan dia... aisey man....

percintaan ketiga, cinta main2 jugak... ermmm yang betul2 tangkap cintan cuma dengan hafiz tu jer.. 4thun kot dengan dia, yang ni baru setahun, ermmm, banyak pow duit, duit pinjam xbayar pun.. belum lagi kira yang belanja dia, yang support modal nak start keje dia... adoiiii... dekat 2k, duit ptptn habis macam tu jer..

sekarang ni... yang terrbaru... baru je kena... laptop aq!!! kena kebas macam tu jer.. aq pergi kerja, kau boleh kebas laptop aq bawa lari, pas tu handfon dia semua dah xaktif... memang dia nak sangat laptop tu.. jangan dia mandram gambar aq kat dalam tu sudah la...adoiiii susah betul...

sekarang aq dah susah nak percayakan sesapa lagi dah... harta selalu tergadai...tensen betul... ada ke orang yang xpayah bercinta... aq nak terus kawen jer... senang...huhuhuuh

nak dijadikan kisah, masa laptop tu hilang, berharap sangat dia pulangkan laptop tu, aq bernazar, andai kata dia TAK pulang kan laptop tu dalam masa seminggu, aq akan potong rambut... hari ni...terpaksa la... dah macam jantan... tapi hensem jugak aq ni... hahahahaha... mana2 tomboy yang nak try kapel dengan aq boley la... hehehehe try and error jer... ni aq dah nak chow, nak pergi beli wax... nak style kan rambut baru aq ni... hehehehe

bye....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...