Friday, March 9, 2018

Aku Seorang Jurutera

Dalam sedar atau tidak aku sedari, sudah hampir 7 tahun aku berkecimpung dalam kerjaya pembinaan. Tamat saja belajar aku didedahkan dengan dunia kerjaya yang amat mencabar dimana hampir 50% pelajaran yang diajar ketika di universiti tidak digunakan dalam kerjaya aku. 

Hampir 6 tahun juga aku masih mencari apa itu erti cinta. Apalah guna jadi jurutera kalau tak bercinta Kah kah kah!

9/3/2018

Setelah sekian lama tidak menulis blog aku cuba gagahkan diri untuk menulis, Walaupun otak sudah letih memikirkan hal kerja yang takkan habis sampai ke sudah. Hampir setahun lebih membiarkan blog aku berhabuk. Kalau ikut kata orang tua dibiarkan rumah tinggal lebih 40 hari mungkin sudah ada penunggu yang menumpang disitu. 

Nama blog pun coretan hati setan dah lama tak update segala jenis penunggu hantu jin setan pun ada gamaknya.