Wednesday, 10 December 2014

last day kerja

salam semua..

hari ni last day kerja sebelum cuti panjang.tak lama pun ambil 2 minggu ja.sebelum kenduri dan selepas kenduri.eksaited ada neves pun ada..19/12/14 inshaallah lepas sembahyang Jumaat dah bergelar Cik Puan hehe..haish macam2 pikir..doakan semuany berjalan lancar ya.

dup dap dup dap neves aihh..,macam tak percaya pun ada.tapi alhamdulillah Allah makbulkan doa nak kahwin sebelum umur 26.walaupun serba kekurangan tapi Allah cukupkan dengan rezekiNya pelbagai cara.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullah..

Doakan ayu ya.selamat balik dan kembali kerja..eh tak nak pikir kerja lagi nak cuti puas2 dulu hehe..inshaallah semoga dipermudahkan ;-)

Tuesday, 2 December 2014

Dugaan ketika Bertunang

salam semua.

Alhamdulillah hampir 4 bulan menjadi tunangan orang,tinggal beberapa lebih kurang 2-3 minggu ja nak jadi isteri orang.tak di nafikan lah masa tempoh bertunang ni ada dugaan yang diberi.yang penting memang kena sabar sangat2 dan ignore ja jangan ambil sesuatu maslaah itu terlalu berat

macam ayu sebelum tunang lagi dah rasa dalam sebulan dua sebelum tunang tu en.Anip la lain macam sikit perangai.sebelum ni ok ja.tapi kena sabar la kan.kalau dia marah ka merajuk ka diam jala kena kawal perasaan bila dia dah ok memang time tu luah habis2 lah geram la kan tertiba nak emosi hehe.alhamdulillah dia faham

bila lepas bertunang pulak sebulan awal tu memang dugaan betul kalau orang fikir masih baru kan tak dalah teruk sangat tapi kitaorang time tu lah semua benda tak kena nak gaduh ja kerja.masa tu lah syaitonn ni kuat sangat hasut macam2 fikir tak nak kahwin dengan dia lah banyak benda buruk2 ja kena hasut.memang kalau tak sabar terkeluar jugaklah nak putus tunang.tapi kena fikir balik lah kan semua benda dah settle family pun dah kenal 5 tahun boleh tahan takkan hal kecik pun nak sampai putus tunang kan.

alhamdulillah dapat atasi tempoh2 tegang tu.lepas ja pada sebulan tu dah ok dah tak dalah teruk2 sangat kalau ada pun gaduh manja2 ja haha.lagi pun kitaorang duduk jauh2 tempuh bertunang ni baru sekali 2 ja jumpa,bagus jugak tengah darah manis ni kan.memang sekarang ni pun ayu tak keluar sangat terperuk ja dekat umah.takut jugakkan apa2 jadi.

kesimpulan nya kena lah banyak bersabar nanti lepas kahwin banyak lagi nak kena hadap kan.ni baru sikit ja hehe.inshaallah mintak2 apa yang datang nanti mampu lalui.

Tuesday, 25 November 2014

Walimatulurus

salam semua..

lama tak update blog rasa janggal pulak.tula tinggal lelama lagi kan hehe..Alhamdulillah kurang lagi sebulan bakal upgrade status hidup dari bujang kepada isteri orang.sebenarnya tak ada kalut sangat nak prepare semua sebab awal-awal lagi dah cuba settle kan semua.tinggal nanti lagi seminggu sebelum majlis baru nak settle buat hantaran and doorgift.

so tak dalah gelabah lain macam kan fikir banyak benda tak siap.ayu ni jenis eksaited awal-awal ja bila last2 nanti dah malas tu yang sedaya upaya siapkan awal.6 bulan sebelum kahwin dulu tak dalah rasa pape sangat.yang tau ok dah nak kahwin.settle kan semua benda pun macam tak ad aperasaan ja.haha

bila lagi sebulan nak kahwin  ni baru lah rasa lain macam sikit.lebih kepada perasaan sendiri.neves kot.tapi inshaallah masih mampu kawal perasaan lagi takut bila time nak nikah tu ja darah gemuruh naik hehe..

kepada yang dekat2 nak datang majlis ayu sila lah ya.jemput hadir ;-)







Friday, 12 September 2014

Kambing Panggang Golek Madu

Salam..

untuk sesiapa yang tinggal area Selangor dan Kuala Lumpur yang ingin perkhidmatan Kambing Panggang Golek Madu boleh hubungi Syaheed(Boy) 0129804608 untuk tempahan.

setakat ini rata-rata yang sudah mencubanya sangat berpuas hati.segala resepi untuk kambing golek ni direka khas oleh usahawan muda ni.alhamdulillah semakin hari tempahan semakin banyak bila ramai yang dah mencuba air tangan tokey ni hehe..

segala jenis majlis keraian di terima seperti akikah,tunang,kahwin,majlis untuk korporat,kerajaan,swasta mahupun persendirian.kalau ada yang nak tempah boleh lah call ya..cakap nama Ayu manalah tau kot dapat diskaun..haha..

Dibawah antara majlis keraian yang mengambil tempahan dari Bro Syaheed..








Untuk tempahan

Syaheed(Boy) 0129804608
Selangor,Putrajaya,K.lumpur

boleh follow blog dorang kat sini KambingPanggangMadu

Untuk tempahan luar boleh contact Syaheed jugak.kalau nak tempah call la ya ;-) inshaallah dijamin sedap,murah dan berkualiti hehe ;-)

Monday, 25 August 2014

Kursus Kahwin

Salam semua...

Setiap pasangan yang nak kahwin ni lah benda wajib buat dulu kan hehe..masa dekat U dulu member2 pakat kalut ambil tapi ayu relax lagi sebab time tu buzy sangat nak pergi kursus pun tak sempat kalau tidak dapat lah murah sikit RM45 ja..

bila buat dekat luar mahal sikit RM80.tapi alhamdulillah lah kitaorang pun dah settle kan benda ni awal.bulan 5 haritu ayu ajak en anip terus pergi buat sementara masa tu dia tak pergi kerja dekat Pahang lagi.

masa dulu selalu dengar meber2 cita pergi kursus kahwin ni best gelak ja kerjanya haha..so tak da pengalaman tak tua lah apa yang dorang cakap kan..

tapi time ayu pergi tu tak da lah benda yang lawak sangat mybe ikut penceramah kot.jahat jugak time tu tak sabar ja nak habis cepat2..haha..tapi oklah ilmu yang penceramah cerita tu untuk bekalan kita kahwin nanti kan.semua benda nak kena tahu maklumlah bukan senang nak jadi isteri/suami pada masa yang sama kerja pulak tu nanti nak jadi ibu/ayah pulak.kalau tak ada ilmu kucar kacir gak la..

Alhamdulillah sijil pun dah dapat kitaorang suruh dorang pos ja sebab tak dapat nak pergi ambil.masa ayu ambil tu kursus di putrajaya under Al Shahir tempat pun ok senang cari dekat Kompleks Kejiranan Persint 16..

macam2 ura pasal kursus kahwin ni kan nak buat seminggu la ada qiamulail lah tapi maybe susah kot nak laksanakan peserta pun masing2 kerja ada yang tak tentu masa kan..apa pun lega dah ada tak ada expired date tu yang senang sikit hehe

Friday, 22 August 2014

22 Ogos 2014



Salam semua..

Alhamdulillah Jumaat yang indah cuaca yang baik.hari ni jugak 'mereka' pulang ke tanah air.Alhamdulillah takziah buat semua ahli keluarga.

sangat sedih kita yang tak ada kaitan darah daging pun turut hiba mengenang nasib mereka yang ahli keluarga apa ntah lagi.ketika hayat mungkin kita tidak kenal siapa mereka saat tiada seluruh negara meratapi inshaallah moga mereka tenang di 'dunia' sana.

semoga ahli keluarga mereka tenang dan redha dengan ketentuanNya sama2 kita doakan mereka kuat inshaallah...hanya doa yang mampu kita kirimkan...


Al-fatihah.....

Monday, 18 August 2014

Alhamdulillah ;-)

Salam syawal semua,sedikit lewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kalau ada salah dan silap harap maafkan ya..

Alhamdullilllah syawal bermula dengan baik walaupun bulan ni asyik tak sihat ja tapi syukur atas nikmat yang lain.

Alhamdulillah 6 syawal hari tu selamat menjadi tunangan orang.dugaan badan tak sihat apa pun tak boleh buat nasib lah ada saudara datang tolong mama.. tidak kesian jugak mama sorang2.. nak gagah tolong memang tak larat sangat2..

Syukur majlis berjalan lancar seperti yang di rancang semuanya dipermudahkan.pelbagai cara kan rezeki dariNya..Alhamdulillah banyak nikmat yang tidak kita duga.jadi kena belajar untuk bersyukur hehe


Alhamdulillah saat bergelar tunangan orang bakal mak mertua insyaallah ;-)

masa ni en anip macam blur orang pakat panggil masuk nak senyum pun tak boleh dah haha.first time kan jumpa saudara semua nak pulak masing2 suruh buat gaya macam2bertambah panik la dia haha..last sekali baru ok

all my HERO hehe..mama dengan ayu ja perempuan pasni meriahlah mama 
dengan menantu perempuan menantu laki sorang jala ;-)

pasangan 8/2/14 & 2/8/14 tak plan sebenarnya semua kebetulan terbalik dengan 
tarikh adik tunang..senang nak ingat tarikh lepas ni hehe

outdoor shoot candid2 ja ni Alhamdulillah semua dipermudahkan sepupu dan kawan2 sendiri ja
pakat nak tolong tangkap pic.

idea en anip la ni ala2 selfie ..perut tu kena cover lagi makin kembang pulak nampak dia tu hehe

 entah gaya apa ni sekali tengok macam nak terbang ja.
apa2 jala tak terpikir apa dah mana yang disuruh ikutkan ja hehe

 aksi spontan..saudara yang banyak menolong belanja la sikit pic dengan dorang hihi

 fefeeling model sekejap edisi ayu&anip ;-p

last pic okla sikit2 kan banyak nanti tak larat scroll hehe..

Alhamdulillah selesai semua nya.pertolongan Allah tu kita tak jangka semua yang terjadi masa majlis ni semua last minute dari pelamin,photographer,saudara datang tolong2..banyak sangat benda yang tak di jangka dengan dugaan demam lagi tapi inshaallah bersangka baik benda yang pasti dipermudahkan.Alhamdulillah syukur...

inshaallah doakan persediaan untuk majlis nanti berjalan lancar ya..nanti yang dekat2 perlis tu datanglah kenduri nanti ayu jemput lain;-)

oh yaa kalau ada yang nak sewa baju,veil dan tudung yang ayu pakai tu bagi tau la ye.pakai sekali ja sayang pulak nak biar saja kalau ada yang nak beli atau tempah pun boleh ;-)

Tuesday, 22 July 2014

sedar tak sedar dah 3 bulan!

salam semua salam 24 Ramadhan..

sedar tak sedar dah nak habis ramadhan kali ni.ya Allah tersangatlah cepat masa berlalu..agak buzy jugak tahun sedar tak sedar nak masuk bulan 8 dah!

mungkin semua pun rasa macam tu jugak kan.dan sedar tak sedar jugak dah hampir 3 bulan tak update blog! pantas nya masa berlari..hehe ada yang ingat ayu lagi ka?

selama tu jugak lah blogwalking pun dah ke laut!mana yang ja terjah tu pun jadi silent reader hehe.nak raya ni baru lah nak sempat kunjung mengunjung..hehe

oklah tak nak membebel panjang,sempena bulan baik jom kita audit diri,moga Ramadhan kali ini lebih dari yang lepas dan moga kita bertemu ramadhan yang akan datang.

fikir yang baik2,bersangka yang baik2,inshaallah yang datang pun baik2 ;-).

Friday, 30 May 2014

Pilih untuk Bahagia

Salam semua...


Setiap jalan hidup adalah pilihan sama ada untuk terus menderita atau mencipta bahagia.. tiada satu pun manusia dalam dunia terlepas dari dugaan dan cabaran.. dan itulah kehidupan! kita kena hadapi walau pahit walau masin kena telan ;-)

Setiap hari adalah peluang untuk kita berusaha berubah ke arah kebaikan..alhamdulillah Allah masih lagi beri peluang itu. syukur dan berusaha! hidup kita singkat.umur yang hilang kita boleh kira..umur yang tinggal? hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

pilih untuk BAHAGIA. positif kan semua inshaallah lapang dada menerima semua ketentuan takdir dengan hati terbuka redha dan cipta kebahagiaan yang kita cari ;-)



ALHAMDULILLAH..SYUKUR..


Wednesday, 28 May 2014

Bergambar di Atmosphere Seri Kembangan


Salam semua..Salam Israk Mikraj..

Sesi berjalan dan tangkap lama dah tak buat habit ni..hehe..tertiba teringat dekat henset sebelum ni ayu pakai samsung kamera dia memang suka sangat clear n cantik..pastu rosak tukarlah Lenovo sebab baru kan pastu murah n ramai cakap kualiti ok!

apa kan daya..bila dah beli kualiti dia tak berapa ok sangat..tak sampai sebulan ayu pakai henset hang pastu terus pergi tukar.tapi apa nak buat kan.terima ajo lah.hehe..ni antara berapa pic dari Lenovo kamera belaakng ok.cuma kamera depan tak boleh lawan samsung..hehe

ok jom layan beberapa street mural art dekat atmosphere seri kembangan..bagi ayu not bad sangat kreatif..sebab sendiri tak pandaikan nak buat ni semua..hehe kagum!

 Jom naik vespa,dok belakang eh?hehe

 nyenyaknya en anip ni tidoq..poyo ja ;-p

konon2 nak sandar la tu ;-p

 motif?tunggu tren nak pi Sydney!sampai ke cik abg oiii..hehe

pon pon pon..bapaku pulang dari kota..bapaku belikan kereta.hehe

Sebenarnya ada banyak lagi tau art dekat sana..yang suka kan art2 macam ni boleh lah pergi..tempat pun baru buka so tak ramai orang lagi bolehlah bergambar sakan..hehe..landmark belakang giant seri kembangan selangor..




Thursday, 22 May 2014

Budak ni dah 25 tahun lah!

Salam semua..
Alhamdulillah sempat jugak nak siapkan entry..hihi..ok hari ni kita nak story sikit..ada budak tu dah bertambah umur lah..hehe..

kadang rasa macam cukup matang kadang rasa macam tak cukup umur lagi.haha..sedar tak sedar dah 25 tahun!sekejapnya masa sekarang kan..kalau zaman kanak2 dulu rasa lambat ja nak besar.hehe..seakrang dah besar rasa aihh cepat betul sekejap ja setahun berlalu..


ok kita tempek sikit budak 25 tahun ni!hihi..besar dah besar dah cuma tinggi tu tak berapa.haha..sekarang bila duduk dengan adik2 dorang dah tinggi dari kakak la..kita pulak kena buli!huh..

sebenarnya tarikh besday minggu lepas. 14 Mei 2014..ada yang sama tak? so hari tu pergi kerja dendiam ja tak gitau sapa.haha..kononnya seganlah tu ;-P..sejak kerja ni time besday tak da rasa sangat dah pun..faktor umur kot..

ok sekian iklan pasal budak ni..doakan yang baik2 ya..inshaallah yang baik2 untuk kita semua..hehe


Thursday, 15 May 2014

Surprise for Mr Anip ;-)

Salam Semua..moga sihat2 belaka hendaknya..hehe
Dah lama terperam nak story2 tapi asyik buzy ja kan..kali ni kita update sikit..hehe..

Sesaja ja sebenarnya ni..fikir2 lama tak buat surprise dekat sorang pokcik tu..tertiba teringat nak order coklat dari Cikna..so boleh lah buat surprise kan.

memandangkan En Anip nak mula kerja dah..pastu dah habis study kira 2 in 1 lah surprise ni..lepas dah decide semua terus contact Cikna..ikut kreativiti Cikna lah nak buat cam mana janji warna biru+purple n tema ubat2an..hehe

 Jeng..jeng..jeng...dah sampai...
alhamdulillah puas hati sangat..sampai2 tak da rosak pun..
packaging pun cantik!kita suka..hehe

 nampak tu muka pokcik dapat suprise..hehe..senyum lebaqq naa..haha

Kita pun nak jugak tempek..hehe..
mata kuyu sambil duduk tepi jalan pun jadi lah kan ;-P

Ok sesapa nak order boleh contact cikna ye..inshaallah pasti puas hati.. ;-)



p/s:nanti ayu terjah korang ya..lama gila tak BW..huhu

Tuesday, 29 April 2014

SweetScarfbyAyu Jom tengok!

Salam semua...

Ada koleksi baru dari ayu...wideshawl n halfmoon..Alhamdulillah batch 1 dan batch 2 dah habis..sekarang ayu buka untuk batch ke 3..(yang batch ke 2 ada beberapa otw nak siap sabar ya..nanti dah siap ayu inform k,delay sekejap hari tu ;-))

Shawl yang ayu buat ni 100% atas permintaan customer boleh request warna shawl + lace + manik..inshaallah puas ati..feedback yang ayu dapat alhamdulillah sangat baik dari cust2..tq tau! ;-)

Sangat sesuai untuk pakai raya nanti,majlis2 atau jalan2 pun boleh ja..sebab ayu pun pakai g berjalan..hihi..untuk tunang n kahwin pula ayu ada jugak tempahan yang tengah ayu siapkan..kena heavy sikit lah kan..majlis special..hehe

 Contoh Wideshawl,boleh request warna lain lagi ;-)
halfmoon pun sama..


WideShawl yang boleh digayakan dengan 3 cara..lagi kreatif banyak cara lagi 
boleh buat dengna wideshawl ni ;-)..banyak warna pilihan ada

Pink+Biru untuk wideshawl..kombinasi yang sangat padan kan?
boleh request pelbagai lagi warna ..
Purple+Pink halfmoonshawl di bahagian atas boleh digayakan dengan 2 cara..
lebih pun boleh ikut kreativiti..hehe

Contoh HalfmoonShawl boleh digayakan dengan 2 cara 
Kebanyakan order jenis ni..
so ikut permintaan dan keinginan korang suka
design yang mana 1 ;-)


Chiffon 3drosebrooch..untuk order boleh contact ayu ;-)

Ayu ada buat page untuk koleksi2 shawl ni..kalau sudi boleh like ye ;-)
FB dan IG:
search #sweetscarfbyayu

Tq semua..kalau nak order untuk bertunang,nikah,raya,majlis,
atau jalan2..hehe..boleh contact ayu

 nanti dah siap contoh untuk tunang dan nikah
ayu update lagi..nak tempah

whatapss : 0103737834@0133609640



Monday, 14 April 2014

Sebulan lagi...

Salam semua..alhamdulillah bertemu Isnin kembali.kerja tetap kerja kan..hehe

masuk ja tahun baru terus angka umur pun berubah..rasa pantas sangat masa berlalu baru baca2 impian tahun lepas tengok2 tahun ni dah nak masuk umur baru

itulah hidupkan..kadang terlalu leka kita tak sedar masa dah tinggalkan kita..masa yang berlalu tu terlalu bernilai dan tak mungkin dapat dibeli..

lagi sebulan dah nak masuk umur baru..pertengahan 20-an dah..cepatnya rasa dah 8 tahun tinggal alam persekolahan..azam tahun ni inshaallah moga tercapai..antara banyak2 nak yang satu ni termakbul dulu..huhu..inshaallah kena usaha doa tawakal kan..

sedar tak sedar jugak dah habis suku untuk tahun ni.sangat pantas..itulah akhir zaman kan..masa ni tak sempat kita nak kejar.kadang 24 jam tu macam tak cukup..

inshaallah kena jadi orang yang bijak urus masa seimbang semua nya kan..

ok dah habis bebel pagi2,nanti free ayu BW ya ;-)



untuk sesiapa yang nak tempah tudung
 boleh tengok entry ni  <<Tempahan>>

Wednesday, 9 April 2014

Harga Promosi shawl halfmoon + lace + beads

Salam semua..

entry sebelum ni ayu ada bagi tau pasal customade halfmoon kan..ada 10 warna available sebelum ni..alhamdulillah ada 3 tempahan ayu tengah siapkan..

untuk batch yang pertama ni ayu buat promosi customade halfmoon+lace+beads harga dari RM35-RM39..normal price dari RM43 lepas ni.tapi still murah lagi kan.hikhik..

apa lagi jom lah grab dulu!!ada lagi 7 warna pilihan...


contoh design macam entry dekat bawah atau ke sini <<tempahan>> .. yang untungnya customade ni boleh request korang punya design sendiri..so exclusive sikit kan..hihi..inshaallah kain ada yang terbaik tak nipis tak tebal sangat.dan senang nak bentuk..


kalau ada yang nak order boleh whatapps ayu ya..
0103737834 @ 0133609460


Monday, 7 April 2014

Tempahan dibuka ;-)

Salam semua..alhamdulillah sempat jugak karang entri untuk harini..

sebelum tu ayu nak war-war kan ayu ada jual customade tudung sekarang.. shawl halfmoon..
inshaallah kain yang terbaik yang ayu pilih tak nipis tak tebal..

tambah seri pula dengan lace dan manik tabur..kalau ada yang nak tempah boleh contact ayu ya.inshallah harga mampu milik..

untuk tudung nikah pun ayu ada buat jugak.nanti ayu sertakan gambar..

 antara warna yang masih available...pink tinggal 1 je lagi...

 ni antara contoh tepi tudung dan tepi kepala...kualiti tudung yang sebenar seperti warna biru lembut tau..yang biru gelap tu ayu testing ja..hehe

 
 ni contoh yang untuk atas kepala..kalau tambah manik lagi boelh buat tudung nikah dah..hehe

ni antara applique shawl yang ayu buat untuk majlis sanding member...

kalau ada yang nak order boleh whatapps ayu ya..
0103737834 @ 0133609460

gitau jer dari blog ayu..nanti ayu bagi diskaun sikit.hikhik

Friday, 4 April 2014

Selamat Pengantin Baru!!!!!


Alhamdulillah bulan lepas selamat pergi Kelantan untuk meraikan pasangan pengantin sama cantik sama padan sama vouge sama semua2 lah..hehe

4hari 3 malam dekat Kelantan ingatkan cukup masa nak pergi semua tempat..rupanya rasa singkat ja masa..kitoarang stay dekat Rose Homestay dekat dengan wakaf che yeh..alhamdulillah orang Kelantan semua baik2 peramah ja tuan homestay..hehe..boleh lah rekemen sangat selesa dan lengkap semua..

Malam hari Jumaat tu majlis akad nikah,so kitaorang ramai2 dari KL ni pergi lah untuk menjadi saksi hari bahagia pasangan pengantin..haha..ni kali kedua ayu tengok member kahwin akad nikah..orang lain yang nak kahwin kita yang rasa berdebar,yang jadi pengantin lagi lah kan ;-p..alhamdulillah selesai di ijabkabulkan...

Akad nikah
 
Alhamdulillah dah sah suami isteri..hehe

keesokan harinya pula kitaorang pergi makan kenduri belah perempuan dekat Ketereh..layan gambar lah eh..tertulis banyak pulak..hehe

Bilik pengantin hias sendiri..ok kan?simple and nice!

kami rasmi dulu pelamin ;p

2 dara pingitan..hehe




 



gambar outdoor pengantin...

Ok habis dah gambar..cantik2 kan semua?hehe..selamat sudah majlis kahwin..alhamdulillah berjalan lancar..

tak sempat nak jalan2 pusing kelantan..nanti lah pergi lagi..boleh gitu?hehe..apapun

 Selamat Pengantin Baru buat akak Riesa & Nomis..
moga dimurahkan rezeki, bahagia bersama hingga akhir hayat hendaknya..
Amin Amin Amin...