Friday, 27 July 2012

Ini betul-betul bukan cobaan lagi!


Selain dari hujung minggu,bila balik kampung memang blog aku tak berupdates..
sebabnya dah lama laptop rosak,broadband pulak tak beli2 lagi..
hanya dapat blogging dekat ofis ja..
InsyaAllah rezeki ada nanti bolehlah beli laptop baru..
time tu oklah nak blogging kerap sikit..hehe..

kawan-kawan jangan lupa singgah tiup debu kat blog ayu tau..hehe..
nak berhoneymoon kejap,tak lama pun 4 hari ja ;-)..
tapi balik memang confirm kerja banyak..
cuti ni pun macam tak direstu ja..haha..lawak saja..
cuti dah approve..malam ni bertolak balik dengan bodyguad no 2,
dia kerja dekat LCCT so tak jauh sangatlah dengan rumah aku..
hari Rabu kita bertemu lagi ya ;-)..
doakan ayu selamat balik kampung dan 
 balik semula sebagai perantau ya..hehe..


oppss untuk peserta minggu ni ayu dah updates warna KUNING ya
bolehlah terjah dulu..;-)..




bagi yang masih belum join,
jemputlah join segmen pertama ayu ;-)

Segmen: Kenangan Ramadhanku…



Hari sempat nak tulis menulis sikit sebelum bos bagi kerja..hehe
 so,Ayu nak join segmen Kak Dieyna sebelum 
offline 4 hari nak balik kampung malam ni..hehe


Kenangan Ramadhanku....

Kali aku nak cerita pasal kenangan yang aku 
tak dapat lupa semua berlaku dalam Ramdhan Al Mubarak
 yang lepas dan sebelumnya..
 

(pic hari pertama kerja..hehe)


Mungkin ini dikatakan rezeki ramadhan 
takkan aku lupa tarikh ni 1 Ramadhan  1432(3 Ogos 2011),
kali pertama aku kerja,dan hari pertama jugak aku masuk kerja..
saat kali pertama jauh dari family di bulan Ramadhan plak tu..
kena pulak 1 Ramadhan..
nak tak nak sebelum Ramadhan dah kena tolak dari Perlis ke Serdang..
 tapi aku tetap bersyukur rezeki menyebelahi aku 
untuk kerja setelah setahun aku tanam anggur dekat rumah..hehe..
tapi bukan dok saja tau kena tolong mak jaga kedai dan buat kek jugak..
kiranya aku ni perantau bulan Ramadhan lah ya..hehe
inilah kenangan pertama aku ;-)



(comelkan Yatt pun berhijrah..hehe)

 
Kenangan yang kedua pulak
2 tahun lepas,1 Ramadhan 1431
ini berkisar tentang penghijrahan aku
sebelum ni aku 'free hair' tapi bila keluar dengan kawan2 aku pakai tudung..
cuma time dekat rumah atau pergi kedai ja aku  'free hair'
kebetulan pula sebelum tu mama n abah aku pergi umrah
bila aku fikir balik..terlintas dalam hati nak pakai tudung sepenuhnya 
maksudnya melangkah ja setapak keluar dari rumah aku nak pakai tudung
alhadulillah 1 Ramadhan 1431 aku mula pakai sepenuhnya sehingga sekarang
mungkin Allah buka hati aku ketika mama n abah dekat Makkah
Alhamdulillah aku berhijrah,mula-mula memang rasa kekok
sebab orang dekat2 rumah memang bisa tengok aku free hair
last-last alhamdulillah aku selesa begitu..;-)




 

Itulah kenangan aku sampai sekarang aku tak boleh lupa 
sebab semua nya berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..
kawan-kawan macam mana pula?? ;-)

Jom Bersedekah ;-)



Hari baik,Bulan baik eloklah kita bersedekah ;-)
Senyum pun sedekah kan..so senyumlah
banyak jugak dapat  pahala tu ;-)




rasa-rasa kalau lauk banyak macam kat bawah ni
eloklah sedekah kan,tak habis makan seorang tu..hehe




Salam 7 ramadhan..;-)
tersilap tadi masih dok ingat 6..hihi



tq Deqla,prihatin nampak salah disitu..hihi

Tazkirah Jumaat:Sebelum dan Selepas







 Nak tambah satu lagi dalam bulan Ramadhan,
Lapar Sebelum Kenyang,
Berhenti Sebelum Kenyang ye..hehe
Salam 7 Ramadhan kawan-kawan





kata Ayu: Nak siap kan kerja kejap,nak cuti 4 hari..hehehe

Thursday, 26 July 2012

5 lagi Sahabat Alam Maya Ayu ;-)..sapa yer?


Alhamdulillah hari ni aku berkesempatan lagi meng-review 5 lagi kawan di alam maya ni..dah rasa macam bersua muka pulak..sebab semuanya macam dah kenal lama..jomlah kita kenal dengan mereka pula..;-)




Kalau nak tahu Cik Na ni salah seorang kawan Ayu dalam grup GSF jugak.confirmlah peramah n sporting macam ahli yang lain jugak..hehe..Cik Na ni seorang yang kreatif tau..pandai buat coklat.kalau ada yang nak tempah coklat by Cik Na bolehlah terjah blog beliau..tak rugi korang singgah,blog Cik Na pun banyak info,sambil2 baca bolehlah jadi kawan sekali..hehe




Nama dan empunya blog dah terserlah pada headerya..Nilah kawan Ayu lagi sorang,Anis namanya..memang selalu singgah blog Ayu..tanpa disangka usia kami sama...23 tahun..hehe..muda lagi kan ;-)..Anis lak tinggal dekat Sekinchan rasanya jauh jugak dengan Ayu kat Serdang ni..tapi bila berhubung dalam blog rasa dekat pulak..hehe..Jomlah berkawan dengan Anis pula ;-)





Ni kawan Ayu lagi seorang dalam grup GSF jugak..memang peramah lah..nama pun ahli grup GSF kan..hehe...Pemilik nama Asal Syahbanu ni memang fanatik dengan JOZAN..tak percaya??try pi terjah blog beliau tengok...confirm percaya lepas tu..hehe..Jomlah jadi kawan Miss pula..;-)





Nama dan tuan blog dah tertera pada headernya..hehe..kecil molek je kan orang nya..tak sangka umur dah 25 tahun..betul tak cik Eyla??hehe..aweks muda ni..apa rahsia??hehe..Cik Eyla pun seorang yang sporting rajin jugak join segmen or contest sebab ayu pun pernah kena taq ngan Cik Eyla..hehe..jom lah jadi sahabat cik Eyla pula kawan2..;-)








lagi seorang kawan Ayu dalam GSF..hehe..sis Izan..Sis ni mama kepada puteri yang sangat comel yang di panggil Mia..;-)..Kenal sis ni dari follow mengfollow terus menjadi blog yang wajib ayu terjah dan komen..hehehe..memang sangat rajin BW and updates blog..jom lah kita kenal mama Mia ni pula ;-)







Kata Ayu :
 Ini sahaja yang mampu Ayu buat menghargai kawan2 alam maya,dah rasa macam rapat n kenal lama pula..Jom lah kenal dengan mereka pula ;-)..Next review pun dah ada..tunggu ya kawan2 yang lain..hehe

Berkaitan dengan hati ;-)





 

No more gosip-gosip ya..hehe


Pernah rasa tak?
Ayu pernah,maknanya perempuan tulen lah kan ;-)

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena


Perkahwinan Muda


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.
Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.

 Kata Ayu:Mesti kawan-kawan dah tengokkan,ayu pun dah tengok,memang meriah..apa pun berbalik pada niat.sekurang-kurangnya mereka buat apa sekarang dah halal.bab tanggunjawab kalau masing2 dah faham ok.nafkah??PAMA atau sendiri tu tanya dorang erk..hehe..JODOH,AJAL,MAUT ditangan Tuhan ;-)

Baca dalam nada marah..









Terjumpa dekat FB,
first time baca terus nada bertukar jadi macam tengah marah..
Kenapakah??hehe
kawan-kawan pula baca macam mana? ;-)

Renungan khamis disini ;-)


Salam Khamis,Salam 6 Ramadhan Kawan-kawan 











Kata Ayu :Gsf,cepat updates alamat dekat FB,nak bagi kad raya ni..hehe

Wednesday, 25 July 2012

KL gangters vs Ombak rindu..mana lagi best??


Lawak petang..hehe

5 Ramadhan 1433 ;-)


Sama-sama kita manfaat kan Ramadhan kali ini..;-)

Tahun baru gaji baru...


Alhamdulillah 25 haribulan setiap bulan masuk gaji...
gomen pun sama ka?hehe..aku kerja private.
so untuk company aku,financial year habis bulan Jun..
kira masuk bulan Julai gaji baru lah kiranya.
hari tu dah buat review KPI bulan 5 dengan bos..ranking pun bos dah bagi..

so bulan ni lah terjawab berapa kenaikan akan dapat.
susahkan orang tentukan gaji kita..kalau gomen tak macam ni kan?
hari tu review ok lah untuk staff baru macam aku ni..
tak dalah tinggi sangat semua bos bagi average ja,sama rata untuk semua.




Akhirnya terjawab sudah..
gaji kali ni lain sedikit,sekali dengan adjustment.
orang gomen dah dapat kan?sekarang ni giliran orang swasta macam aku plak..hehe
Alhamdulillah memang tak pernah duga,ingat 18% ja tapi lebih rupanya..
rezeki Allah bagi,dalam bulan ramadhan plak tu ;-)
syukurku padaMU

memang dah niat hari tu,nak kongsi rezeki dengan kawan-kawan
tak tahu camna nak buat memang tak da idea
sebab tu terlahirnya segmen sulung..hehe..
 bolehlah berkongsi sedikit rezeki dengan
 kawan-kawan walaupun tak seberapa 
nanti siapa yang bertuah terima dengan hati yang terbuka ya
walaupun tak semua yang dapat,harap segmen ayu 
dapat mengeratkan ukhwah sesama kita
menambah kenalan semua,ada yang bertambah tak?huhu
bagi yang rajin mencari kawan mesti bertambah kan ;-)






Kata Ayu :syukurku padaMu ya Allah,rezeki untuk kedua ibu bapaku juga ;-)
gambar tadi adalah roti tisu..hehe

WW:Wahhh besarnya....


Sapa pernah makan??first time makan terkejut..hehe 
Salam 5 Ramadhan kawan-kawan ;-)

Tuesday, 24 July 2012

Plan 28 sampai 31 Julai ni ;-)

Terasa happy sekejap bila fikir 27 Julai ni..hehe..
yela minggu ni meruntun jiwa ada kerja banyak..
banyak ker?boleh lah tahan,ada ruang berehat lagi ;-)..
tapi kuranglah sikit bila fikir 27 Julai ni nak balik Perlis,
dapat bersahur dan berbuka dengan family..
tanpa dirancang sebenarnya,..kes nya begini....

sedang aku nyenyak tidur,dapat satu panggilan..
4 kali missed call tak berjawab..last sekali terjaga jugak aku,
maybe letih kot sebab waktu tu baru pukul 10 malam,aku tertido..huhu..
sayu ja dengar abah tanya ''tak balik ka posa ni''abah call abang tak angkat''...
alahai niat hati nak balik raya terus nak simpan cuti nanti boleh cuti panjang sikit..


last sekali terus decide dengan adik suruh dia ambil cuti sama-sama..
alhamdulillah cuti dia approve..tunggu aku mintak lak..
dia yang susah nak cuti kalau dah dia dapat tu kira ok lah..;-).
itu yang happy sikit tu walaupun kerja banyak ;-)

Ohh ya lupa nak gitau,peserta segmen yang terbaru
 ayu updates warna HIJAU ya,
kalau ada kelapangan bolehlah kawan-kawan terjah ;-)



Salam 4 ramadhan kawan-kawan ;-)

Langkawi dalam kenangan...


Teringat zaman kecik-kecik dulu..umur belasan tahun kecik lagi kan..hehe..
dulu masa mama tak buka kedai lagi selalu kalau cuti mesti pergi Langkawi..
mungkin sebab Langkawi dekat dengan Perlis kot..jimat kos,
naik plak jeti dekat Kuala Perlis..so tak payah pergi jauh..hehe..

lepas tu bila dah masuk U,kena buat praktikal..
memang akan plan lah dengan member2 nak buat dekat tempat best2..;-)..
untuk yang last punya kami pilih nak buat dekat MARDI Langkawi..
akhirnya tercapai jugak..tapi bukan gambar kat situ yang banyak..
gambar kami berjalan yang banyak..hehe..jom layan ;-)



First time jadi driver kawan-kawan..hehe


dekat telaga tujuh,tak salah naik sampai tahap 3 dah pancit..hehe


Dekat Tanjung Ru,memang best ;-)


4 dara pingitan..hehe


Aku,Milah,Wanie,Syaza ;-)


Dekat Rumah Mahsuri 

Masa ni baru 20 tahun,nampak muda..haha


Dekat MARDI Langkawi,Best praktikal sini ;-)




Kata Ayu :Rembat gambar dekat FB member..dekat aku dah banyak hilang..huhu

Padah kita menundakan solat..



Renungan dan peringatan untuk kita bersama ;-)
Salam 4 Ramadhan 1433 ;-)

Monday, 23 July 2012

Baru sehari puasa..

Hari ni 3 Ramadhan 1433..
siapa masih puasa penuh angkat kening??hehe.
.sekejap sahaja kan,dah 3 hari puasa..
aku pulak baru hari ni dapat sehari,
awal-awal lagi Allah Bagi Cuti..hehe..
so dengan tekunnya aku berpuasa hari ni..
mana tak nya sahur tadi 2x tambah nasi 
makan nasi dengan telur goreng pun berselesa lagi aku..hihi..



Ini tuntutan ya,ayuh kita laksanakan mana yang mampu ;-)

Contest Sulung Chik As !


Fuhhh demi menunaikan janji,rehat 30 minit aku manfaat sebaiknya..
lepas pergi pos barang,sekarang menunaikan 1 lagi janji..hehe

Jom join segmen cik As ni hahh..;-)
tadi dah janji..entri ni buktinya cik as..hihi

tersangatlah senang,apa lagi kawan-kawan jom support cik as..
klik aja banner tu,hadiah memang menambat hatiku ini..hehe



 Dimanakah tempat chik as 'honeymoon'  dulu,berserta tarikhnya sekali.

 Ku terjah entrymu satu persatu,
Demi mencari jawapanmu itu,
Bercuti di Bali gempak gitu,
11-15 Jun 2009 jawapanku.

Cik As ber'honeymoon' di Bali,Indonesia dari
11 jun 2009 sampai 15 Jun 2009 ;-)

Betul ke tak Cik As..hihi





 Kata Ayu:Kerja sedang menunggu,petang sikit kalau free ayu terjah kawan-kawan ya,sambil tu jomlah support Cik As kita ni ;-)

Blog ini akan Ditutup




Arghhh aku pasti rindu sama ini blog,sama kawan-kawan kat sini..
sesi terjah menerjah tak dapat aku buat..huhu..
tapi apa kan daya terpaksa juga aku undur diri..
kawan-kawan tolong jaga blog ni ya..
tolong sapu sawang,kalau ada debu-debu tolong tiup sikit erk..hehe..
jangan lupakan ayu ya..hihi..ingatlah daku dalam doa mu..cheewaahhh romantis gitu..;-)..

blog ini akan ditutup sementara..
tapi jangan risau segmen masih berjalan sehinggah 12 August 2012 ini..
harap ada ramai lagi yang akan terus menyengat segmen ini,wakillah negeri anda..hehe.. mana tau tengok kawan blogger orang sebelah rumahka,
macam En Boni kita tu..hihi..raya boleh lah datang ke rumah kan..
alhamdulillah setakat sekarang ramai dah yang join..

memang I suka terjah-terjah ni sebab tu nak tahu kat mana
 kotlah sebelah rumah jugak..hihi..sapa area Serdang,haa dekat dah lah tu..;-)..
alamak terlebih melalut sudah...nanti jangan lupa lawat teratak Ayu ni ya,..
pasti kunjungan anda dibalas..zassss terjah!!!! ;-)..
Ok esok aku berangkat pagi,menghilangkan diri dari 24/7-27/7/2013..
lama tu..haha..silap sampai 27/7/2012 aja lah...
moh ler,berindu-rinduanlah kita..hehe


nah amik kucing ni kalau rindu..
(perahsantan  sekejap,haha)



Penting!!

Asalnya kena pergi Perak,last minute aku tak payah pergi..
hooreeyyy lah aku..hehe...
so suspens ja atas tu..sebab ingat jadi g..huhu
sorry kawan-kawan ;-)
Monday blueslah..huhuhu


Yang masih belum join segmen,
jomlah support Ayu dan negeri anda ;-) 

Nak promote sikit ;-)


Cantik tak?cantik tak?
hari tu ada order dekat Dear YUI
sempena Hari Ibu..tiap2 tahun memang aku akan bagi hadiah
tapi kalau setiap kali balik memang akan ada surprise untuk dorang
entah kenapa memang suka surprise2 ni..hehe

So tahun ni habis idea dah,sebab Birthday dah bagi coklat..
last2 fikir-fikir try soh Yui buat bantal hiasan ni..
terus mintak Yui post  ke rumah..
kira nak surprise lah konon..hehe

Siap mak aku letak kat dashboard kereta gi..hehe
tq YUI cantik + comel ;-)
kalau ada yang nak order jom terjah blog YUI
macam2 benda lagi dia buat tau
ada yang berkenan boleh order..hehe








Kata Ayu :hari-hari pun hari ibu ;-)Monday pun blues jugak..hehe

Friday, 20 July 2012

Alhamdulillah...


Alhamdulillah hari ni seminggu segmen berjalan..
penyertaan kawan-kawan sudah melebihi 100 orang..
alhamdulillah niat nak kumpul blogger ikut negeri tercapai jugak..
Ayu baru updates peserta sehingga jam 3.00 petang tadi..
peserta yang baru berwarna MERAH..

minggu ni bolehlah kawan-kawan terjah menerjah ya..
manalah tau yang mana dekat boleh buka posa sekali ;-)
boleh kita bertambah kenalan alam maya ada rezeki boleh bersua muka..
jangan malas nak terjah tau!!marah ni..hehe..
tak dalah bila kawan-kawan ada kelapangan terjah lah mencari kenalan baru..
mana tau dk dekat-dekat dengan rumah raya boleh datang kan..hehe.

moga segmen yang ayu buat ni mendapat manfaat pada kawan-kawan semua ya..
sebab nak bagi hadiah untuk semua sekali tak mampu lagi den,
cuma mampu mengeratkan hubungan bila kawan-kawan semua bersatu ajalah..;-)

special untuk semua!!!;-)
ambil lah..hehe
salam Ramadhan 1433 kawan-kawan ;-)
moga ramadhan kali ini membawa rahmat buat semua 






kawan-kawan yang masih belum join,jomlah join ;-) 

Syyyhhhhh..jangan cakap kuat-kuat ;-)


ada jugak camni kan..
pengaruh iklan lah ni..
maknanya menjadi..hehe

Kita bertemu lagi..


Esok 1 Ramadhan 1433..bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh nikmat,penuh berkat..segala jin dan syaitan telah dikurung.maknanya jika kita melakukan ingin melakukan sesuatu yang ditegah Allah itu tulus mulus dari diri kita sendiri.

Tiada hasutan syaitan lagi..bulan inilah bulan untuk kita menilai siapa diri kita yang sebenar.baik atau jahat?so kawan-kawan ita kena fikir habis-habis bila nak buat jahat.kalau bukan diri kita tinggalkanlah kejahatan itu..hehe..


salam ramadhan Al mubarak untuk semua ;-)

Thursday, 19 July 2012

Iqram Dinzly Bodyguard No 1 aku..


wahhh macho tak bodyguard No 1 aku..
sebelum ni aku ada cerita pasal bodyguard no 2 aku,
dan kali ni nak cerita pasal bodyguard no 1 pulak..

serius memang Iqram bodyguard aku tu..dia adik aku yang bawah aku.
tapi jauh panggang dari api kan..
Iqram nampak jambu sikit,aku tak kan??haha..

alkisahnya begini..asal tengok tv kat kampung..
nampak ja muka Iqram mesti tok aku kata,
''hah cuba tengok muka Mizi macam pelakon ni kan?''

sepantas kilat aku pun terus pandang tv,
dan sepantas kilat jugak aku gelak besar..
''hahaha machonya Mizi''

Mizi tu nama adik aku yang 21 tahun sekarang ni
dia keluar lambat bulan 12 baru nak masuk 22 tahun ;-)
jom tengok gambar Bodyguard aku yang real sama tak??


Bagi aku tak sama pun..hihihi..


 Laki tak lepas bab kereta ni..hmmm



wahh ko sejak bila jadi model ni..hehe



Kata Ayu ;Nilah anak bujang kesayangan mama ;-)....peserta segmen dah lebih 100 orang..alhamdulillah,terima kasih atas sokongan kawan-kawan..nanti ayu updates kawan baru ya;-)..yang belum join jomlah pakat join ;-)