Friday, May 20, 2011

Asam Pedas & Sawi Goreng

Selalunya lunch ke dinner ke memang simple. Kat rumah ni kalau buat beriya2 pun orang makan ciput dan pelan jer. Dah la orang pun memangnya tak ramai. Kalu masak simple2 cam ni, laju jer diorang layan. Nasi kena masak cukup2 jer kalau tak memang tak cukup. Tak tau nak berhenti selagi nasi kat periuk tu lom habis. Emm... camna tu?

Untuk sayur saya sediakan pakchoy goreng jer. semua main campak2. bawang putih, bawang merah dan cili merah dihiris. Tumiskan bersama sedikit ikan bilis hingga bawang jadi lembut. Masukkan sayur yang telah dicuci. Kacau goreng hingga sayur layu. Matikan api. Hidangkan.

Park Choy Goreng

Lauknya pula Asam Pedas Ikan Kembung. Asam Pedas saya memang simple. Main campak2 jugak. Tak terbantut la selera nak masak asam pedas walau tidak cukup bahan samping. Janji bahan asasnya lengkap.

6 ekor ikan kembung
4 sudu makan cili siap kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
air asam jawa
sedikit belacan
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Bersihkan ikan.
Lumatkan perencah - bawang besar, bawang putih, belacan, halia dan kunyit. Campurkan kedalam cili siap kisar.
Tumiskan bahan perencah hingga naik bau dan garing. Masukkan ikan. Tambahkan air asam dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan tomato jika mahu.
Perasakan dengan garam. Renih seketika sebelum dihidangkan.


senang jer... selamat mencuba!!!

Burger Ayam Iman

ni dinner semalam, Iman yang buatkan. Sedap!!! Pandai anak Mama buat ye... bab2 gini dia memang rajin.

Thursday, May 19, 2011

Pecel Janganan (Pecal Sayuran)

Hari ni jadi 'vegetarian' lak. Kalau dapat hidangan ni, nasi tidak berusik. Orang panggil pecel atau pecal bergantung pada bahasa dan kefahaman memasing. Tapi dalam keluarga kita, hidangan ni di panggil 'Janganan' dari bahasa Jawa yang bermakna sayur-sayuran. Ada gak kata 'Gado-gado'. Tak kisah la, kita bedal jer sebab memang dah jadi favourite.

Sebenarnya lain orang lain cara menyediakannya terutama kuahnya. Jenis2 sayuran tu pun bergantung pada kesukaan kita. Penyediaan kuah kita paling simple, tak perlu tumis2...

Bahan sayur:
Tempe - goreng & potong kecil
Tauhu - goreng & potong
taugeh - celur
kacang panjang - celur
kangkong - potong dan celur
sengkuang - hiris
lobak merah - hiris nipis (kita sagat jer)
timun - hiris nipis


Kuahnya:
Kacang tanah - goreng
cili api
bawang putih
gula dan garam - secukup rasa
perahan air asam jawa

Lumatkan kacang tanah, cili api dan bawang putih. Campurkan air asam jawa. Perasakan garam dan gulanya.



Tuesday, May 17, 2011

Kacang Panjang Garem Asem

dah lama x update blog nih. bukan apa, masak mmg la dah jadi xtvt utama sejak dok rumah ni. tp sejak desktop hancus dan masalah ngan laptop ni x leh guna dah segala usb portnya, jd x dapat nak upload sebarang gambar. kalau anak ada rumah buleh la pinjam hp dia utk snap photo send through infrared, baru la boleh nak posing itu ini. kalau desperate sgt mmg tunggu dia balik sekolah la baru buat segala2nya.

sejak dua menjak ni, badan kurang sehat. jadi masakan pun ikut selera org x sehat jer la. simple2 jer. ingat2 balik zaman dulu kala masa kat kg, apa yg menyeronokan bila makan... hehehe...

arini kita prepare satu masakan arwah emak yg x jumpa kat mana2... jadi sendiri kena buat. x tau la org lain ada masak sayur yg sama ke tidak. tp ini lah versi saya...
Kacang Panjang Garem Asem

kacang panjang - patah2 jer
air asam

bahan tumbuk:
cili kering - direndam
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
belacan
ikan bilis - jgn terlalu lumat
garam
serbuk perasa/gula (optional)

tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. masukkan kacang panjang, gaul rata.
masukkan air asam. kacau rata. biar mendidih sehingga kacang sedikit lembut dan air sedikit kering.
hidangkan.