Friday, April 23, 2010

entry pantas dan pendek

tatkala ini sedang berserabut dengan report experiment enjin
tukar cita2 la camni
jadi PTD ka cikgu ka
keh keh keh gelakkan diri sendiri
kehidupan sedang berserabut
nak bini plisssszzz T.T



wajah penulis ketika bercuti di kyushu peeewitttt~~


Wednesday, April 14, 2010

jangan jadi macam dia

sila klik kasi besaq sket
print screen nih aku amek kat oh!tidak

tengok boleh,tapi jangan ikut macam ahmad tu yer

Saturday, April 10, 2010

keroncong untuk ana

amacam?
jiwang tak lagu baru blog aku?
ngeh3..

lagu ni buat aku teringat member2 1 batch masa kat sc johor dulu r
dyrg suka buat persembahan time majlis2 nyanyi lagu nih

bila maw jumpe lagi wei korang?
ada brani tak nak main futsal?
hihi

Friday, April 9, 2010

tazkirah hari ini-ayat kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'

Thursday, April 8, 2010

eh dh 3rd year dah

bangun2 pagi housemate aku yang boleh di anggap mak kat rumah aku nih buat donut..nyum3x..tercapai keinginan aku nak makan kuih dah 3 ari..hihi..

esok kelas akan bermula.alhamdulillah segala puji buatNYA kerana insyaALLAH esok officially aku akan jadi budak 3rd year.hoihhh,dh 3rd year dah..rasa macam baru semalam jer lambai2 family pakai blazer jpa segala bagai 2 tahun lepas..

so aku nak ucap kan lah terima kasih banyak2 kat semua yang banyak menyokong aku sama ada secara langsung ataupun yang sembunyi2 je sejak dahulu kala..terima kasih yer korang..

3rd year ape yang best?weh cuak giler wei aku..selaku budak mechy kat yamaguchi university nih,3rd year ni la ada 1 benda yang paling di takuti segala jenis budak tak kira sama ada jepang,malaysia,mahupun manusia berbangsa mix seprti aku iaitu jikken(experiment).

report untuk experiment tuh,kalau nak submit,bukan jenis yang anto letak depan bilik lecturer pastu lari jauh2 tuggu dia bagi balik kat ko suruh betul kan..

style faculty aku nih,ko kne submit depan dia,pastu start la dia soal ko pasal experiment yang ko buat tuh..kalo ko dapat jawab semua sekali dengan jaya nyer,dia senyum la main tepuk2 bahu siket(tipu)..

masalah yang akan timbul bila ko tak dapat nak jawab or explain ape kebenda yang ko dok tulis berjela2 cecah lantai kat repot tuh.memang confirm kne la "sikit" kan dengan lecturer tuh..fuhhhh cuakkkk weh...

repot pulok bukan nipis macam repot ko masa spm dulu beb..ada yang cecah 60 70 helai tuhhh..bakal tido sejam dua je nih 1 ari..

welcome to the real world of university yer encik asnizam~~

Thursday, April 1, 2010

But it's ok, you can just call me friend

bahagian yang perang sudah di potong kepada hitam,
facebook pun sudah deactivate balik,
basikal yang lama pun telah di sadai pun dah mula di gerakkan,
beg sekolah pun sudah di cari,
diari untuk tahun ni pun sudah di beli.

a fresh new start for a new sem.
lupakan yang lepas,mulakan hidup baru.
yosh!!
1,2,3 go!

lagu ari ini,fatal flaw dendangan south jordan..
ada budak msia weh dlam band nih..

They told me be careful
They said be weary of you
They warn persistence is the fatal flaw

I find myself waiting
Find myself hoping that you'll
One day fall into my open arms

But it's ok, you can just call me friend
Even though I mind I'll just take the backseat again
In the end I'm here
In the end just sit and stare
The season change not making way
As I'm just waiting waiting waiting for you

But I've been here a time or two
Like trying to fight the dying breath
Why is every step I take so damn hard

I've got some battle wounds from this
I've got the sinking feeling in my skin
I'm getting tired of the night
Just waiting for the light

But it's ok, you can just call me friend
Even though I mind I'll just take the backseat again
In the end I'm here
In the end just sit and stare
The season change not making way
As I'm just waiting waiting waiting for you

But it's ok, you can just call me friend
Even though I mind I'll just take the backseat again
In the end I'm here
In the end just sit and stare
The season change not making way
As I'm just waiting waiting waiting for you

They said be weary of you
They warn persistence is the fatal flaw

hadiah hari jadi yang kedua

mak aku keluar kn aku pukul 830pagi kat bilik sembahyang rumah lama aku pada tanggal 28mac 1988..peh,sudah 22 beb gua tahun ni..sudah tua tua tua walaupun orang cakap muka baby face geli geli geli..

hadiah pertama sudah di terima dari encik puji,dy bagi gua ps2 dia yang dia selalu kalah main PES dengan aku tuh..haha..padahal aku yang bnyak kalah..takpe,aku saje je bagi peluang kat senior..kang kalo menang nnti kata durhaka sama itu senior plok..hihi.

ari ni aku bersama kengkawan ku pegi menolong junior aku yang baru nak pindah masuk rumah baru..maklumlah depa nih sume baru sampai dari msia,takkan kami selaku senior2 yang baik budi pemurah pulok tuh tak nak pi tolong kan..settle2 sume pastu kitorang pi lepak port biasa kat kedai makcik yang hot bernama restoren daifuku..makcik pun nak cakap hot,aduyai rosak otak ku cuti2 nih..

dah order2 tuh,tetiba rasa perut memang lapaq tahap cipan.maklum ler seharian kebulur tak makan.nak order 2 menu sorang,kang makcik tuh pndang pelik plok,dh macam pelarian somalia pulok gamak nyer nti.so aku dengan amet order la lagi 1 menu,mee goreng,kira kongsi r mee tuh..mee goreng makcik ni terbaik wooo,sedap gilos..

dah siap makan,perut seduah membulat macam gunung fuji,kami pun nak balik r sebab nak kejar maghrib kan.

masa nak bayar tuh,aku nak bayar bahagian separuh mee goreng tuh,amet cakap,`xpela,ni kira hadiah hari jadi ko.`..

hehe aku pun tak sangaka dapat hadiah camni,seriously 1st time r dalam hidup..tapi takpe beb,aku menghargai semua yang orang bagi kat aku.sekecik2 benda pun,kalo dy bagi dengan ikhlas kat aku,aku akan ingat n kenang sampai bila2 weh..

kadang2 mak aku bengang gak dengan pangai aku nih.yela,mana tak geram nyer dia kalo hadiah colour pencil yang menang masa darjah 1 dulu pun nak simpan jugak..hihi..

hidup ni sekejap jer,so live your life oke..