Terma dan Syarat

SYARAT PEMBELIAN Nursing Abaya :
-Booking hanya dibenarkan dalam masa sehari sahaja.
-Barang akan hanya dipos setelah mendapat pengesahan bayaran yang secukupnya seperti yang dipersetujui
-Barang yang telah dijual dan disepakati tidak boleh dipulangkan KECUALI untuk pertukaran size atau terdapat kerosakan pada barang tersebut seperti terkoyak, dll.
Sila maklumkan kepada saya dalam masa 2 hari selepas barang tersebut sampai.

Polisi Pertukaran Barangan
Semua barangan yg dibeli boleh ditukar dengan kondisi berikut (hanya laku dalam tempoh dua hari selepas terima barangan & tag masih tidak tercabut):

1- Barangan yg defect (koyak/kotor/jahitan tidak sempurna)
Kami akan tanggung sepenuhnya kos pos return barangan & kos pos semula kepada anda.

2- Salah pilih size
Pertukaran dibolehkan tetapi kos pos ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan (i.e poslaju return kpd kami & poslaju barangan yg baru kpd pelanggan)

PENGIRIMAN
- Pengiriman akan dilakukan setelah pengesahan bayaran telah diterima.
- Bayaran yang diterima lengkap dengan alamat & no telefon sebelum pukul 2 petang akan kami poskan hari yang sama (Isnin - Jumaat)
- Bayaran yg diterima selepas 2 petang akan kami poskan hari bekerja berikutnya
- Kami menggunakan khidmat Pos Laju & Skynet (untuk Parcel). Dalam keadaan normal, barangan akan sampai sehari selepas urusan pos selesai (bergantung pada tempat)
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT kesemua barangan
- Kami tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan/kehilangan barangan semasa urusan pos dilakukan.


PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada kami (terutama SELEPAS pembayaran dibuat)


Syarat-syarat pembelian T-Shirt Muslimah
1. Berapa lamakah produk akan sampai ke tangan pelanggan ?
Kami mengambil masa sehingga 3 hari bekerja bermula daripada pengesahan pembayaran. Kebiasaannya produk akan sampai pada keesokan harinya sekiranyanya tiada apa-apa masalah.

2. Bagaimana sekiranya produk yang di terima rosak ?
Sila hubungi kami dengan menyatakan Invoice No anda, Kami akan 'Refund atau Produk Di tukar'. Kos penghantaran di tanggung oleh kami.

SILA PASTIKAN ANDA MEMILIH SAIZ YANG BETUL SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN 
NO BACKOUT & FUSSY BUYER!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...