Assalamualaikum!
Kencang betul kan aku blogging sejak2 dah beranak ni. time pregnant dulu pun x mcm ni hak2..nak buat cmno, hidupku skang ni cuma makan, tidur, susukan baby, makan tidur dan susukan baby je haha. mmg la byk ms kan. yang lain2 sumer mak mertua take over.. tunggu la nanti bila dah abes pantang, jangankan nak blogging, nak tengok laptop pun xde masa.
skang boleh la, lepas susukan baby..aku akn cuba sendawakan baby..walaupun dah sendawa, mak mertua akan amek baby untuk sendawakan lagi skalik sebab dia tau menantu dia ni xpandai hak2. pastu didodoikan smpai damia betul2 lena then letak atas tilam. aku? tengok je dr jauh haha. indahnya duk dalam pantang ni :P
okay bukan nak cerita psl tu , tapi nak cerita pasal persiapan mental sebelum bersalin. persiapan lain2 tu kena g tengok post lain lah sebab dah ada kot. cuma yang ni je mcm belum lagi....
bagi aku la, persiapan mental ni sama jugak kepentingannya dengan persiapan lain. org jepun kata "kokoro junbi" ... supaya kita tak terkejut, supaya kita boleh expect what will happen next, supaya kita boleh bertahan, dan mengharungi segalanya dengan ok...
lagi2 untuk 1st timer @ beginner macam aku. 1st time nak bersalin, 1st time nak dapat baby, 1st time nk masuk labour room, 1st time nak pergi hospital dan segala mcm lagi lah. so apa aku buat? ramai yang ckp cerita pengalaman aku bersalin pada minggu ke 37 ( detik-detik cemas... #1 , #2 , #3 dan #4 ) ni nampak mcm mudah je kan. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.
Perkara pertama yang aku risau ialah tanda2 nak bersalin. bermacam2 persoalan yang muncul lam kepala. macam mana contraction tu?
bila nak pergi klinik?
sakit tu mmg sakit sgt ke?
1st time kan. mana nak tau~
perkara kedua pula yang aku bimbang ialah keadaan di hospital.
ramai yang tanya, nak bersalin di hospital mana?
private ke GH?
dah booking ke?
semua tu buat aku buntu gila. dan aku memang x booking pun. mmg bajet nak redah aje.
layanan di hospital macam mana?
nurse garang ke?
doktor garang ke?
mcm mana kalau time pergi nanti hospital penuh?
kena tunggu atas kerusi je time sakit2?
kemudian aku fikir lagi...situasi ketika nak bersalin..
what if baby's condition teruk?
what if berlaku tumpah darah yang teruk nanti.?
what if...mcm tu? mcm ni?
what if baby's condition teruk?
what if berlaku tumpah darah yang teruk nanti.?
what if...mcm tu? mcm ni?
nak tunggu bukaan 10 cm tu laratkah aku? mampukah aku? pernah dengar ayat2 ni tak...
Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
aku ni x pernah patah tulang, terseliuh pn xpernah..setakat luka kena pisau tu ada la..tu pun mcm nak meraung dah. inikan pula tulang patah? cmne aku x fikir banyak kan.. kadang2 tu terfikir, ish boleh ke tanggung nak bersalin ni. rs mcm nak stopkan ms je. rs mcm xnk bersalin lah. rs cuak gila ok. org gila pun x cuak cmni hak2. tapi lama2 aku datang la jugak kesedaran dlm diri. gila apa nk tangguhkan bersalin sbb tu mmg nmpak sgt penakut tahap gaban kan. nak tak nak mmg kena hadapi semua tu. xleyh nak lari dah..
so apa aku buat?
pertama2nya mmg kena berdoa dan bertawakal kepada Allah je. tiap2 hari selepas solat, banyakkan berdoa. mintak semoga dipermudahkan. fitrah manusia, bila dalam ketakutan memang akan bergantung harap kepada yang lebih berkuasa. dan sebagai orang Islam, memang Allah sahaja tempat kita bergantung. so banyakkan berdoa, doa dan jangan putus harap kat Allah.
selain berdoa, perkara yang aku buat ialah...banyakkan membaca! yes! aku taknak cerita pasal baca Al-quran sebab nanti ramai pulak yang cakap jawapan kliche kan. so aku nak bercakap pasal membaca pengalaman-pengalaman orang lain bermula dari rasa contraction sehinggalah selamat bersalin balik rumah.
bila kandungan aku dah masuk minggu ke 30++, tiap2 hari aku akan google cam ni "kandungan minggu ke ##" lepas tu baca semua yang keluar. so that i know what to expect in that particular week. banyak info yang penting. antaranya kebanyakan kelahiran berlaku antara minggu ke 37 dan ke 42. so aku dah set kan awal2, bila2 masa je aku boleh bersalin kalau dah masuk minggu ke 37.
bila baca bermacam2 pengalaman orang bersalin, memang akan buat aku rasa takut dan cuak gila. ada yang cakap serik nak beranak, ada yang pasrah doktor nak bedah pun xpe sebab xtahan sakit contraction. ada yang cakap sambil menahan sakit tu memang menangis je, kejap baring kejap tidur tapi xleyh lelap sebab dah sakit sangat.
bila baca mcm mana hospitality yang diterima pun tetap buat aku risau. pergi la mana2 hospital pun, baik private mahupun hospital kerajaan, sakitnya tetap sama..kalau bernasib baik layanan kat hospital kerajaan kadang kala lagi bagus dari kat private dan kalau bernasib malang, layanan kat hospital private lagi buruk dari hospital kerajaan. kau tempah doktor pun x semestinya kau dapat doktor tu bila nak bersalin. aku bukan nak kecam orang2 yang booking ke apa, cuma ia memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi segala kecaman x kira di mana aku bersalin nanti. so kalau ditakdirkan aku kena maki hamun ke xde la aku meraung sebab kecik hati kan hahaha. sebab aku pernah rasa mcm mana pergi hospital masa keguguran dulu dan terima layanan yang x sepatutnya. dan disebabkan aku x bersedia, mmg aku rs kecik hati dan geram dan rasa nak lempang2, rasa nak buat report rasa nak bakar hospital segala lah. haaa see? bila kita x expect benda2 mcm ni, mmg outcome dia akan teruk la.
Dan Alhamdulillah! everything went very well!
aku berjaya menahan contraction sehingga bukaan 8cm, sebelum panggil nurse sebab da xtahan. tp aku x keluarkan suara mengerang ke, mengaduh ke depan nurse, depan orang lain. sampaikan kakak aku tanya banyak kali kot. xrs sakit ke? mungkin aku ni jenis y boleh tahan.
saat2 nak bersalin, aku pun xbuat onar.. x menjerit, x angkat punggung ketika meneran, nurse pun xde la nk marah2 ke apa.
sebab apa ek? sebab aku banyak baca la! hahaha. sebab aku dah tahu, ramai orang di luar sana yang menjerit lah ape lah semua kena tegur kan, mungkin la cara tu berhemah dan ada y x, so untuk mengelakkannya kita xyah la buat. mmg la kata orang, bila dah sakit nak bersalin tu semua boleh lupa tapi aku percaya, disebabkan ketakutan yang amat sangat dulu, masukkan input banyak2 sementara nak tunggu hari kelahiran, insyaAllah mental kita dah betul2 bersedia untuk menghadapinya.
Sebab Allah xkan menguji seseorang hambaNya melainkan bersesuaian dengan kemampuannya.
Dan aku bersyukur sangat2 sebab aku rs pengalaman aku bersalin ni dipermudahkan sangat2. SANGAT-SANGAT dipermudahkan. banyak lagi pengalaman orang lain yang lagi hebat berbanding aku. apa-apa pun ini pengalaman pertamaku. mungkin pengalaman yang ke2, 3 nanti lain pulak ceritanya. mungkin time tu lebih hebat dugaan yang aku akan lalui.
ok aku dah merapek meraban....
to all mommy-2-be out there, silalah masukkan banyak2 info pasal kehamilan, kelahiran dan segala2nya ke dalam otak tu sementara nak menunggu hari mencemaskan tu. aku yakin dan percaya, sedikit sebanyak ianya akan membantu di kemudian hari.
till then~