Salam,
Seperti yang teman janjikan dulu, teman upload gambar projek yang teman lakukan untuk kilang penetasan ayam. Tuan2 semua leh rujuk post teman sebelum ini mengenai sebuah pusat penetasan yang dalam pembinaan dimana teman terlibat sama untuk menjayakannya. Bahagian teman adalah untuk mereka system dalaman elektrik terutama untuk keperluan peralatan dalam bangunan ini. Teman terpaksa merahsiakan lokasi dan pemilik kilang ini tetapi cukuplah teman katakan yang nama kilang ini cukup dikenali, kalau anda penternak ayam tentu anda sangat mengenali nama ini.
Dibawah adalah sebahagian gambar yang sempat teman rakamkan:
Ini adalah gambar laluan shower untuk pekerja memasuki atau keluar dari kawasan produksi. Sebelum pekerja masuk ke kilang mereka terlebih dahulu perlu memasuki kawasan foot wash dimana kasut perlu malalui kawasan yang mengandungi air pembasmi kuman. Kesemua staf termasuk bosnya sekali tiada pilihan perlu melalui kawasan rawatan ini sebelum memasuki kawasan kilang. Kemudian untuk memasuki kawasan bangunan kilang itu sendiri hanya ada satu jalan iaitu melalui shower ini. Peringkat permulaan adalah bilik persalinan dimana pekerja akan menukar baju dan menyarungkan pakaian khas ( termasuk pakaian kalis air) dan melalui 3 siraman air, yang pertama siraman air biasa dan kedua siraman air berubat dan disiram semula dengan air bilasan. Penghujung kawasan ini ada satu lagi foot bath dimana pekerja perlu memijak. Apabila mahu keluar proses yang sama perlu dilakukan.
Didalam fasiliti ini lengkap dengan tempat sembahyang, kantin dan juga ruang berehat untuk pekerja. So apabila masuk pekerja hanya dapat keluar apabila shif tamat sahaja. Ini bagi mengawal pergerakan pekerja dan mengurangkan peratusan kebarangkalian jangkitan penyakit berlaku.
Ini adalah kawasan bilasan terakhir. Sory susunan gambar kurang teratur dan bercampur aduk.
Dibawah ini adalah contok kotak telur yang akan digunakan untuk menempatkan telur yang baru sampai. Salah satu teknik yang digunakan disini adalah telur akan disimpan dalam coldroom untuk satu tempoh masa untuk menunggu giliran memasuki Incubator. Tujuan bilik ini adalah untuk memberhentikan proses pengeraman atau melanjutkan usia telur dan mengekalkan telur dalam keadaan baik.
Ini pula adalah gambar tray yang akan digunakan untuk tujuan setter, iaitu proses dimana telur memasuki fasa pertama pengeraman, telur tak akan digolek dan hanya akan didiamkan dengan suhu pengeraman selama 3-4 hari. Banyak sungguh tray yang digunakan.
Ini pula adalah gambar kilang sedia ada yang mampu mengeluarkan anak ayam dengan kekuatan 2 kali seminggu. Bila kilang baru siap kelak kekuatan kilang ini menjadi 5 kali pengeluaran selama seminggu. Pada masa gambar ini diambil, proses penghantaran anak ayam sedang dilakukan, sejam selepas ini berderet lori beratur untuk membawa anak ayam keladang penternakan. Semua anak ayam diletakkan dalam kotak ( seperti dalam gambar ) dan telah siap divaksin ( spay ). Boleh teman katakan yang suasana disini sangat gamat sehinggakan nak bercakap pun perlu sedikit menjerit. Riuh betul bunyi anak ayam.
Lagi gambar kotak pengumpulan telur yang baru sampai ..
Ok kalau tuan semua nak tahu inilah gambar rumah incubator yang digunakan. Ruang ini hanya dapat diaksess oleh jurutera dimana pekerja biasa tak tahu apa yang ada didalam. Lihat tangga yang ada, teman perlu memanjat dan memeriksa setiap pendawaian dan saiz kabel yang digunakan. kalau dilihat pada kotak plastik yang berwarna putih dibahagian tepi itu adalah bekas raga untuk hacther dimana anak ayam akan menetas dalam bekas ini.
Ini adalah mesin hatcher yang diasaingkan dengan incubator induk.
Ini adalah jenama mesin penetasan skala industri yang digunakan dalam kilang ini.
Ini adalah panel kawalan dimana suhu dan maklumat akan disetkan. Semua papan kawasan ini akan bersambung terus ke bilik kawasan dan juga office untuk dipantau oleh pengurus. Kalau ada apa2 masalah, pengera akan berbunyi.
Ini adalah tray automatik untuk mengerakkan telur. Dalam gambar ini anda dapat lihat satu bahagian tray tetapi didalam sesebuah incubator dapat menempatkan 50 biji tray sama seperti ini.
Ini adalah deretan Incubator yang digunakan. sangat kemas dan canggih.
Terdapat lebih dari 10 lorong incubator sama seperti dalam gambar ini men lengkap dengan setter, incubator dan hatcher. Cuba bayangkan berapa luas bangunan ini dan betapa besarnya skala penetasan ini. Teman nak buat pemeriksaan bangunan ini pun mengambil masa hampir 1 minggu. Jangkaan beroperasi kilang ini adalah pada hujung tahun. Cuma proses saringan dan pembersihan telur masih dilakukan secara manual termasuk fasa scan ( fasa 4 hari terakhir) dimana telur akan di imbas untuk melihat embrio sebelum diletakkan didalam hatcher. Kalau dapat di autamatikan sepenuhnya mesti lagi hebat kilang ini. Agak2 sebiji mesin ini berapalah harganya kan?
Teman sangat bertuah kerana terlibat dalam projek ini dan mengetahui sedikit sebanyak bagaimana proses mengkomersialkan penetasan ini dapat dilakukan. Dan yang paling best, teman perlu datang ke kilang ini sebulan sekali untuk melihat perkembangan semasa pembinaan dan juga selepas ianya beroperasi. Perlu menghadiri mesyuarat dan memastikan semua proses penetasan dijalankan dengan lancar. Mungkin teman dapat belajar sedikit sebanyak trick dan cara penetasan terbaik .
Semua gambar didalam ini adalah untuk rujukan bersama dan teman berharap tiada pihak yang cuba memanupulasi gambar ini untuk tujuan peribadi. Insyallah kalau takde aral melintang, teman akan mengupload gambar semasa kilang ini beroperasi kelak.. sekian..