Salam,
Rasenya dah lama betul teman tak menulis dalam blog, dah lama sangat sampai terlupa pasal blog. Hehehe bukan terlupa sepenuhnya cuma kurang menulis, tetapi perkembangan penternak lain teman tetap ikut. Begitulah kehidupan sekarang nie setelah teman mula melakukan 2 kerja yang teman idam2kan selama ini.
Kini genap sebulan teman bekerja dan dah dapat pun gaji pertama. Apa yang teman nak rumuskan disini adalah mutu kehidupan dan kelakuan aktiviti harian selama melakukan apa yang teman dah buat selama ini. Selama ini teman melakukan kerja menternak sepenuh masa dimana semuanya mengharapkan jualan ternakan atau jualan incubator untuk perbelanjaan harian. Memang cukup kalau nak diikutkan walaupun ada juga terkurnag sbb tuntutan kehidupan sekarang. Kadangkala ada rezeki lebih, teman akan laburkan semula untuk membina reban dan sebagainya.
Untuk pengetahuan tuan semua, sekarang teman bekerja mengikut shif dimana ada yang kerja seperti orang kerja opis, ada yang bekerja macam pengawal keselamatan dan ada yang masanya kerja macam shiff pekerja kilang. Dah itu sahaja kerja yang sesuai dengan pengalaman teman dalam bidang customer servis. Sekarang tugas teman adalah membantu syarikat2 yang mengunakan internet disyarikat teman sekiranya mereka mengalami masalah seperti setting dan sebagainya.
Dengan kehidupan bekerja secara shif, masa terluang teman bersama ternakan semakin banyak dan kerap. Bukan selalu teman terpaksa meninggalkan ternakan dan hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Kini teman dah ada kekuatan dalam segi pengurusan sebab teamn dah tahu apa yang perlu dilakukan kalau teman bekerja dan banyak masa yang perlu diperuntukkan. Dari segi kewangan pun teman dah kembali gagah dengan tambahan duit jualan yang berkenaan dengan ayam. Alhamdulilah dengan rezeki yang diberi.
Apa yang teman perhatikan, jangkaan awal yang teman akan merase tertekan dan penat apabila menjalankan 2 pekerjaan adalah tidak benar sama sekali. Apa yang pasti, segalanya nampak mudah dan hati menjadi lebih aman. Tujuan diri menjadi lebih jelas dan matlamat penternakan menjadi lebih jelas. Sebelum ini kehidupan teman lebih santai dengan memerahkan otak untuk menternak ayam ini. Dengan usaha yang tak berbelah bahagi teman kongsi kebanyakkan ilmu disini(blog) agar dapat menjadi panduan penternak diluar sana yang sentiasa mencari ilmu yang berguna untuk menternak. kini apabila dah bekerja, masa terluang digunakan sepenuhnya dan menjadi lebih bermakna. Pengorbanan berhenti kerja selama 2 tahun akhirnya berbaloi apabila sekarang teman mempunyai ilmu yang cukup untuk menternak ayam, cukup untuk menguruskan reban dengan baik.
Kalau anda pengikut setiap blog teman dari tahun lepas, anda mungkin bersetuju yang teman banyak membuat perubahan samada cara menternak, reban dan cara teman menguruskan reban. Dan anda juga bersetuju dengan masalah yang salih berganti dan sama2 sama kita mengatasinya. Kalau dulu kita lihat banyak masalah yang akan timbul bila kita ingin menternak lebih dari 100 ekor dalam satu tanah, kini ianya nampa macam tidak mustahil lagi. Malah untuk menternak 1000 ekor ayam kampung asli dalam keluasan tanah satu ekar bukan lagi mustahil. Kalau dulu kita tersepit dengan masalah pengurusan reban, kini ada pelbagai cara penternakan samada moden atau tradisional yang boleh kita lakukan. Kalau dulu makanan adalah faktor utama yang mengagalkan penternakan kita, kini ada pelbagai altenatif yang boleh diberikan samada memasak sendiri atau memberi ternakan makanan tambahan yang lain. Kalau dulu kita ada masalah dengan bekalan anak ayam, kini kita boleh menghasilkan anak sendiri denagn teknologi incubator.
Hasrat teman untuk melihat penggunaan incubator secara meluas semakin menjadi kenyataan. Penjualan ditahap membanggakan serta dapat kita jumpa alat ini diserata kampung bagi mereka yang menternak ayam. Incuabtor bukan lagi asing untuk penternak kita ditanah air. Cuma teman belum lagi melihat ayam kmapung asli ini terjual secara meluas dipasar2. Mungkin jualan yang dilakuakn selama ini hanya secara langsung direban atau sekadar dikalangan kenalan.
Cuma teman agak terkejut dengan serangan baru ini yang nampak gayanya memberi impak yang besar pada dunia penternakan kita yang masih mentah. Serangan ini cukup hebat sehingga penternak ayam daging yang dah cangih dan maju pun turut terlibat sama. Pengeluar ayam daging meningkatkan tahap keselamatan serta langkah pencegahan yang terbaik untuk ternakan mereka. Bagi kita penternak kecil inilah yang banyak sekali menjadi mangsa kepada serangan yang melanda. Teman juga turut kagum dengan beberapa penternak kita( ayam asli) yang terselamat dari serangan baru ini. Itu satu petanda pertambahan ilmu dalam penternakan ini kian bertambah baik dan kesedaran mengenai serangan sampar meningkat. Harapan teman, selepas ini, serangan sampar yang seterusnya dapat ditangkis kebanyakkan penternak kita tak kira sekecil mana bilangan ternakan anda. Dengan itu ianya tidak lagi menjadi penghalang kepada anda yang baru atau yang sedang menternak ayam ini.
Syukur juga teman bila teman belum lagi melihat mana2 kawan2 kita yang sebelum ini giat aktif menjalankan skim2 cepat kaya atau skim yang diragui menjalankan projek terhadp ternakan ayam kampung ini. Kalau mereka dah masuk, teman bimbang ternakan ayam kampung ini akan menjadi satu lagi bidang ternakan "gila" yang pada penghujungnya akan meng'kayap'kan orang melayu. Mungkin kesedaran tentang ilmu penternakan yang tinggi dikalangan kita menbuatkan skim2 ini nampak mustahil untuk dihidupkan. Tak perlu puluhan ribu untuk menternak ayam seperti yang dilakuan mereka yang terjebak dengan skim cacing dan sebagainya. Dengan RM 1000 pun kita dah boleh menternak secara kecil2an.
Kini apa yang teman idamkan untuk mempunyai reban mudah urus hampir menjadi kenyataan. Reban dimana ayam mendapat segala keperluannya dan seterusnya mendatangkan hasil kepada penternak. Reban ini biasanya adalah dari jenis reban atas dengan berlantaikan jaring yang memudahkan najis ayam ini jatuh terus ke tanah tanpa menjejaskan ternakan. Ayam terkurung dengan baik dan terurus. Pemberian makanan, pembersihan, pengutipan telur, pembesaran anak ayam, pemberian ubat2 serta vaksin, kekebalan terhadap penyakit dan sebagainya menjadi lebih mudah dan berjaya. Inilah rupa reban yang dicari2 selama ini. Dengan kerja tetap yang teamn ada sekarang, gaji bulanan serta pendapatan tambahan dari jualan ternakan dan produk hiliran akan menjana pendapatan keluarga.
Apa yang boleh anda tiru sekarang, bagi mereka yang betul2 mahu menjadi pengusaha ternakan ayam ini secara komersial, anda boleh mengandakan jumlah ternakan dan memastikan jumlah pengeluaran reban anda mampu untuk menampung modal. Bagi mereka yang berminat tetapi masih lagi bekerja, pesan teman supaya mencari rakan kongsi kalau anda tiada tanah atau kekurangan masa untuk menjaga ternakan. Anda hanya perlu membina reban mengikut jumlah ternakan yang anda ingin ternak.Mungkin anda boleh meniru reban yang teman pernah buat sebelum ini atau dari reban dari penternak lain. Bila dah makin mahir, anda tambah bilangan ternakan anda dengan mengunakan modal secara sedikit2. Bila dah dapat hasil dari jualan, anda ada banyak pilihan samada menjadikannya modal semula atau anda ingin menikmati keuntungan jualan tersebut. Mungkin dari hanya hobi semata2, kini anda mampu mendapat duit tambahan saban bulan. Tetapi kalau anda ada tanah sendiri dan ada kemampuan lebih baik anda lakukannya sendiri.
Cuba bayangkan kalau anda duduk dikawasan rumah yang ada sedikit tanah atau anda memang ada tanah yang tidak digunakan. Dan kemudian anda mulakan dengan mengumpul kayu lama atau kayu yang boleh didapati secara percuma. Mulakan dengan membina reban sedikit demi sedikit. Dah ada reban anda mula merembat mana2 ayam disekeliling. Bela secara terkurung dengan teknik yang betul. Kawasan rumah anda akan menjadi bersih dan takde bau. Kemudiannya ada mula menambah bilangan reban dan ternakan. Tanpa anda sedari dalam masa yang sama anda terpaksa membina lebih banyak reban kerana bilangan anak ayam yang ditetaskan sendiri menajadi dan bertambah. Sedar2 jumlah ternakan matang yang ada dah mencecah 200 ekor. Dan ketika itulah anda mula terpaksa menjual ayam samada anaknya atau induk kerana kurang kawasan lagi untuk menternak.
Dan ketika itu baru anda sedar nikmat penuaian ternakan anda yang kadangkala lebih banyak dari gaji bulanan anda. Aktiviti harian anda mula menjadi lebih baik dan anda dapati semua masa terluang anda dipenuhi dengan masa yang berfaedah. Dan dari sini juga anda dapati diri anda semakin sihat kerana kerap bersenam dengan ternakan anda. Dan apabila anda berada dalam fasa ini barulah anda sebenarnya dah boleh cuba mengorak langkah untuk membina ladang anda sendiri. Dengan perancangan yang teliti, apa yang perlu anda lakukan adalah mengurus kewangan anda sendiri samada bantuan luar atau dari anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengekalkan rentak anda yang ada tetapi cuma mengandakan jumlah ternakan anda. Dari sini barulah anda mampun menjadi pengelaur ternakan ayam kampung asli ini dengan kosisten.
Maaf kalau kali ini tulisan teman terlalu panjang dan berjela. Cuma satu rangkuman apa yang teman lakukan selama ini dan juga untuk buah fikiran untuk anda. Teman pernah dihubungi wakil seseorang untuk meminta teman menghantar bekalan ayam kampung asli ketika usia ayam berada teapt pada 6 bulan. syarantnya adalah yang yg dikeluarkan adalah dair reban teman sendiri dan diberi makanan asli. Bekalan yang diperlkan adalah 100 ekor seminggu dengan harga yang tak boleh teman tolak. Tetapi dengan kapasiti jumlah ternakan teman yang sedikit menyebabkan teman menolaknya. Dalam perbualan tersebut barulah teman tahu yang ayam teman hendak dijadikan bahan utama untuk sup dan perencah kepada masakan lain disebuah hotel. Bila ditanya mengapa tak menggunakan ayam kacuk, beliau kata rase hanyir dan lemak ayan tersebut kini kurang menjadi pilihan kepada chef tersebut disamping dengan bau dan rase anak ayam kampung. Tah tak taulah siapa dari sahabat kita di Malaysia ini yang dapat membuat perjanjian dengan wakil tersebut. akhir kata, teman berharap mereka penternak diluar sana jgnlah putus asa terhadap apa yang melanda anda.. sekian ..jumpa lagi..
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
No comments:
Post a Comment