Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Menteri. Show all posts
Showing posts with label Ketua Menteri. Show all posts

11 January 2023

Lagi Marah Lah Bung Moktar

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Bung Moktar Raden makin mengamuk la... lagi marah lah Bung Moktar... yer la.. dari ader jawatan Timbalan Ketua Menteri.. terus hilang jawatan... Huhuhu...

Ayam terlepas... tangan bau tahi.... 

Seumpama itulah nasib Bung Moktar sekarang... cumanya adakah ianya akan menggugat kestabilan Kerajaan di peringkat Persekutuan sama?? Kita tak tahu... tapi nantikan langkah selanjutnya... jangan ingat ini dah penamat... Huhuhu


Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya hari ini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.

Shahelmy dilantik sebagai timbalan ketua menteri III dan diberi portfolio kerja raya.

Selain Bung Moktar, Hajiji turut menggugurkan dua lagi anggota kabinetnya - Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin (BN-Sukau).

06 January 2023

Sabah Bergolak Lagi?

Bhai/DeeDee semua..

Biar betul... benda panas nih.... UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah telah umumkan menarik diri daripada kerajaan Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mesyuarat parti tersebut malam ini.

Huhuhu



10 December 2022

Tak Bersatu La Kan?

Bhai/DeeDee semua...

Ini lawak... BERSATU Sabah keluar BERSATU.... hahaha... makna kata Tak BERSATU la kan?? Hahaha

Dah bersatu pon keluar bersatu... apernyer bersatu... ini bercerai la maknyanya... Hahahaha... lawak siot... Hahaha

Akta Anti Lompat boleh dikira ka? atau tutup mata ja... hahaha




16 November 2022

Pilihanraya PBT

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi ramai orang nak cuba kembalikan Pilihanraya PBT ... tapi dengan macam-macam halangan dan sekatan... terutama dari puak Melayu yang bilangan mereka di kawasan bandar adalah sedikit...

Sebenarnya tiada masalah... Kerajaan Negeri boleh menetapkan klausa-klausa penting yang kekal dan tidak boleh diubah.. misalnya... syarat seorang Datuk Bandar mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam, Timbalan Datuk Bandar boleh sama ada seorang Melayu, India atau Cina...

Manakala bilangan Ahli Majlis Bandaraya mestilah mencakupi 40%  atau 50% dikalangan orang Melayu ... dan selebihnya boleh lah bangsa India atau Cina... semua peruntukan dan klausa ini tidak boleh ditukar atau diubah melainkan mendapat keizinan dari Menteri Besar / Ketua Menteri disamping keizinan dari Sultan atau Raja-Raja Melayu (atau YDP Agong bagi Wilayah Persekutuan)

Benda boleh dibuat... bukan susah pon... Huhuhu... beza nak buat / benarkan atau tidak jer...

Kita boleh minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mentadbir dan mengendalikan Pilihanraya PBT nih...



23 June 2022

Duit Rasuah RM100k Dalam Sampul Surat Bersaiz A4

Bhai/DeeDee semua...

Biler baca kes Mahkamah melibatkan Lim Guan Eng nih.. gua gelak jer biler baca pemberi rasuah (saksi pendakwa) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dari Consortium Zenith Construction Sdn Bhd itu mengatakan bahawa dia meletakkan RM100k dalam sampul surat bersaiz A4...

Sekejap...

Saiz A4 yer...... kalu pakai duit RM100 sehelai.... mesti ader 1000 helai dalam sampul surat bersaiz A4 tue...  eh..... muat ker??

Hahahaha




18 February 2022

Apa Guna Ada DBP Kalau ...

Bhai/DeeDee semua...

Apa guna ader Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai satu agensi dalam Kerajaan kalu urusan yang melibatkan DBP itu sendiri pun DBP tak boleh nak tetapkan dan patuhi. Adoilah..

Satu perkara yang jelas... Urusan berkaitan bahasa dan perkataan dalam dalam kerangka Melayu yang piawai memanglah urusan DBP. Dan DBP kini lemau dalam menangani permasalahan ini. Tambah lagi dalam DBP itu sendiri berpuak-puak .... berpolitik dalaman... dan bersuku kaum secara assobiyah.

Kita sedia maklum... DBP ... memang sepatutnya ini kerja diorang... tapi serupa hampeh jadinya...



10 October 2021

Janganlah Ketegaq Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Dah lepaskan jawatan EXCO tue... pandai-pandailah nak pulangkan balik hak dan aset kerajaan Negeri.. Itu semua bukan harta mak bapak korang untuk ditaji...

Sampai masa kena pulangkan semua.... sangan nak dok samseng bagai...

Cumanya... baru gua kenal muka Ketua Menteri Melakan nih... hahaha... selama ini gua tak kenal... hahaha.... Adoilah...



07 October 2021

Kena Pecat Akhirnya

Bhai/DeeDee semua..

Dah kena pecat la .... 2 orang ADUN dari UMNO Melaka telah kena pecat.... dan sorang ADUN dari BERSATU pun dah kena pecat...

Semua gara-gara tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka... terus kena pecat

Ini semua betul-betul wayang... Hahahaha.... tapi apa pun mereka berani la pecat terus... tak la macam PKR haritue... biler Azmin dan Zuraidah buat Langkah Sheraton.... takder kena pecat sertamerta... hahaha ... cikai kan PKR... hahaha



05 October 2021

Perang Saudara Di Melaka

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... what happen to Malacca?? Hahaha... Melaka apa jadi?? Melaka Pindah ke?? Hahaha .... Takkan la semua sebab DAP kot... Hahaha...

Sesama UMNO pon berperang ka... hahaha...
Melaka 100% Kerajaan Melayu Islam tetap ranap juge. Salah sapa ? Cina ? India ? Hindu ? Budha ? Yahudi ?

TAMAK, RIAK SOMBONG ni x kenal bangsa atau agama...

Konsesi pasiaq punya pasai daa sanggup tikam menikam ...

Hahaha.... kita gelakkan jer la kan...



Hilang Keahlian Dalam UMNO?

Bhai/DeeDee semua...

Biaq betul... Takkan sampai jadi camtue... Terus gugur dan hilang keahlian dalam UMNO hanya kerana membantah @ tidak bersama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka?

Adoilah...

Ini baru betul sistem yang bagoosh dalam parti... terbaeklah... syabas buat Lembaga Disiplin dalam UMNO... Nasib la Idris Haron dan Nor Azman.... Babai....



04 October 2021

Kerajaan Melaka Tumbang

Bhai/DeeDee semua...

Empat ADUN Melaka telah tarik balik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka. 

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan. 

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar di Melaka, hari ini.

So basically... Kerajaan Melaka sudah tidak ada Majoriti dan Yang Dipertua Negeri (Ali Rustam) perlu melantik Ketua Menteri baharu... Ini perkembangan yang menarik sebab benda ini berlaku tanpa kena mengena dengan Pakatan Harapan... Kemelut ini dari UMNO sahaja.



29 March 2013

Bila Kuasa Sultan Diperkecilkan

Bhai.... Sori aaaa gua lama tak update... Baru jer solosai training... Pack punya training.... Dari pagi sampai ke malam.... Penat ooooo.... Lepak plak kat hotel area Jalan Klang Lama.... Bersebelahan dengan tempat gua training...

Jadi memang gua tak sempat nak tulis mender padai pentadbiran demokrasi negara.... Hahaha... Aper-aper pon nih gua nak tulis something buat bacaan lu orang...

Gua nak citer tentang kedaulatan wilayah dan kawasan jajahan takluk sesebuah kerajaan. Camnie... Lu pon tau kan... Malaysia ditubuhkan atas satu kerjasama dan pakatan beberapa buah kerajaan negeri yang bersetuju pada dasarnya untuk membentuk satu pentadbiran yang kolektif...

Jadi dengan itu maka semua negeri-negeri dan kerajaan mereka bersetuju untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya menjadi negara Makaysia....

Namun... Semua persepakatan dan pentadbiran ini hanyalah diperingkat pusat namun kuasa perogratif, soverign, kedaulatan serta pentadbiran terletak dibawah kuasa kerajaan negeri... Dalam banyak kes... Mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada... Kuasa dan pengaruh Sultan dan Raja-Raja terhadap negeri yang dibawah kuasa dan jajahan takluknya agak kuat...

Tapi... Nampak gayanya sekarang ini....para Sultan dan Raja-Raja Melayu walaupun mempunyai kuasa di negeri dan jajahan takluk mereka... Telah menjadi takut, kecut dan menikus bilamana kuasa perogratif yang ada pada para Sultan dan Raja-Raja Melayu telah diambil alih oleh Perdana Menteri...

Malah Speaker Dewan Undangan Negeri dan para Menteri Besar juga nampaknya seperti sudah kena mandrem serta pengecut tiada telur walaupun untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya dibawah kuasa mereka...

Aper nak jadi la... Bila Najib Razak mempermainkan undang-undang dan perlembagaan negara... Maka nampak sangatlah ketidakperluan untuk dikekalkan Sultan dan Raja... Sebabnya Sultan dan Raja yang ada sekarang ini walaupun boleh dan berani menggunakan kuasa perogratifnya... Tapi terus tak berani nak mengata apa-apa...

Lu orang boleh lihat di DUN Negeri Sembilan... Bilamana Menteri Besar dan Yam Tuan Negeri Sembilan tak berani nak melawan Najib Razak dalam urusan membubarkan DUN Negeri Sembilan...

Begitu juga dengan MB Selangor yang jugak tak berani nak membubarkan DUN dan khabarnya masih menunggu greenlight dari Sultan Selangor tentang keputusan membubarkan DUN...

Takkan lah MB Selangor dari Pakatan Rakyat pon sama jugak takut dengan PM Najib Razak... Takkan la Sultan Selangor pon tak berani nak buat keputusan dier sendiri....

Hahaha... Sori... Tak larat nak tulis lagi nih... Kalu ikut memang akan jadi panjang.... Tapi mata sudah mengantuk... Dan sambil gua menulis kat tepon nih... Mata sudah terlelap banyak kali..... Hahahaha

Babai....

25 February 2013

Disebalik Tabir Insiden DI Lahad Datu

Bhai.... 1Malaysia percaya dengan cerita yang dibawa oleh media iaitu isu di Lahad Datu hanya berkaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.... yang mana perjanjian pajakan dan sewa akan tamat pada bulan Mac 2013...... Betul... cerita ini memang benar.... sesungguhnya benar... tapi ini cuma sebahagian jer.... Hahaha...

Yang tak ramai tahu dan sedar aderlah terdapatnyer 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas Filipina telah berjaya menyusup masuk ke Sabah. Mengikut maklumat yang gua dapat dari kedua-dua cabang informer (Malaysia dan Filipina) mengesahkan bahawa insiden ini memang berlaku.... cuma pasai insiden di Lahad Datu itu lebih glamer.... jadi tenggelam isu ini... dan sememangnya diorang plankan benda nih camnie... sebagai mengalihkan tumpuan...

Okeh.... mengikut maklumat yang gua dapat.... 3 kumpulan kecil anggota pasukan khas (special force) Filipina yang dikenali sebagai "E" Company dalam cabang SRU (Alpha-Two Zero) telah ditugaskan menyusup masuk ke Sabah seawal 5 February 2013.... Mereka ini telah mendapat keizinan dan arahan dari Presiden Filipina untuk melakukan operasi khas untuk menahan dan membawa pulang seorang pesalah yang merupakan saudara kepada Ketua Menteri Sabah (Musa Aman).

Satu kumpulan (gua gelarkan sebagai Kumpulan Alpha) telah menyusup masuk lewat Tawi-Tawi pada awal subuh 5 February 2013 dengan menyamar sebagai nelayan tempatan. Mereka ini telah dibantu oleh beberapa aset Filipina yang sudah lama berada dan menetap di Sabah. Unit seramai 5 orang ini telah lepas menyusup masuk tanpa disedari umum.... Tugasan mereka adalah lebih kepada meninjau dan membuat persiapan lanjut agar lagi dua kumpulan dapat masuk dan beroperasi di Sabah bagi menahan dan membawa pulang Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina.

Pada 9 Februari satu lagi kumpulan kedua (gua gelarkan sebagai Kumpulan Bravo) telah dapat masuk ke Sabah menggunakan bot laju pada awal pagi dan mereka khabarnya lengkap dengan peralatan komunikasi canggih untuk membantu kerja recon yang dibuat oleh kumpulan pertama yang pada 9 Februari 2013 telah berada di Kota Kinabalu. Kumpulan kedua seramai 6 orang telah berpecah kepada dua kumpulan pula untuk tugasan lain

Pada 14 Februari satu lagi kumpulan telah berjaya menyusup masuk bersama-sama dalam kumpulan Kesultanan Sulu yang bergerak dari Jolo. Kumpulan seramai 3 orang anggota ini (gua gelarkan Kumpulan Charlie) akhirnya tidak dapat bergerak lebih jauh untuk bergabung dan beroperasi dengan Kumpulan Alpha dan Bravo kerana mereka tersekat dengan adernyer "Standoff" di Lahad Datu

Kedua-dua kumpulan ini (Alpha dan Bravo) telah tidak dapat dikesan kedudukan dan identiti mereka oleh Cawangan Khas dan MIO .. Ini kerana kumpulan ini telah berjaya melakukan operasi mereka dengan baik setakat ini.... Walaupun begitu... ramai anggota dari Jabatan "E" telah ditugaskan untuk mengesan dan mengenal pasti mereka ini. Malah beberapa pegawai Jabatan "E1, E2 dan E3" Bukit Aman dan IPD Sentul telah dikerahkan beroperasi di Sabah ketika ini.

Operasi untuk mengenalpasti siapakah ahli Kumpulan Charlie yang berada dalam kumpulan 100 orang lebih yang sekarang ini "standoff" di Lahad Datu masih lagi belum berakhir. Malah semua alibi anggota rombongan Kesultanan Sulu tersebut telahpun disemak dan didapati tiada yang bercanggah. PDRM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kor Risik ATM dan kini satu "massive manhunt" telah dan sedang dibuat diseluruh pantai timur Sabah dari Kudat sampai ke Semporna bagi mengenalpasti, mencari dan menahan unit khas Filipina ini.

Maklumat yang gua dapat setakat ini masih lagi berlegar pada isu ini yang mana telah disahkan oleh aset Malaysia yang berada di Filipina. Persoalannya sekarang... aderkah kumpulan ini akan dapat menahan dan membawa pulang Amalilio ke Filipina secepat mungkin setelah mereka mengenalpasti dimanakah sebenarnya Amalilio ditahan dan aderkah Amalilio akan diseludup keluar dari Sabah dalam kelompok rombongan Kesultanan Sulu yang dijangka hanya akan balik ke Jolo sekitar minggu ketiga Mac ini....

Aper-aper pon... kiter tunggu perkembangan selanjutnya... hahaha


Manila mahu bincang ekstradisi Amalilio

Kerajaan Filipina akan menghantar satu pasukan rasmi ke Kuala Lumpur untuk membincangkan ekstradisi saudara kepada ketua menteri Sabah, Manuel Amalilio.

Menurut laporan Philippine Daily Inquirer, setiausaha keadilan negara itu Leila De Lima sudah meluluskan arahan perjalanan bagi satu pasukan pendakwa dan peguam cara negara itu untuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut.

"Pasukan itu akan ke Malaysia pertengahan Mac memandangkan peguam negara Malaysia tidak bersedia buat masa ini untuk menerima pasukan itu," De Lima dipetik sebagai berkata demikian hari ini.

Pendakwa raya negara Claro Arellano, ketua setiausaha keadilan Jose Vicente Salazar dan pendakwa raya serta peguam cara lain adalah tertakluk kepada arahan perjalanan tersebut.

Ketika Manila Manila mendakwa Amalilio adalah seorang warga negara Filipina namun siasatan polis Malaysia menunjukkan beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang memperolehi pasport Filipina secara tidak sah.- SUMBER

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu
3. Black Ops
4. PERINGATAN : Buat Semua Rakan Media Sosial

14 February 2013

Ops Lahad Datu

Bhai... Sori.. sibuk skit dengan hal lain... jadi walaupun gua ader amik pot pasai insiden di Lahad Datu... cumanyer pasai kekangan masa yang menuntut didahulukan yang lain maka lambat la gua nak dapat bagi komen nih... hahahaha... sori aaa..

Okeh.. pertamanya.... Pantai timur Sabah kerap kali dikunjungi oleh lanun. Kes perlanunan di perairan Sabah yang berhampiran dengan selatan Filipina memang tak dapat nak dikekang secara tuntas.... itu sebabnya dulu kawasan nih dikendalikan oleh Pasukan Polis Hutan (PPH) dari kompeni Charlie (dikenali dengan nama KOMBAS)... ramai dikalangan anggota kompeni Charlie nih bersusur galur daripada anggota-anggota yang pernah mendapat latihan di Hulu Kinta dibawah seliaan Komando 69 (Vat 69) ... Malah ramai yang ader kepakaran pelbagai dalam bidang counter espionage.... terutamanya unit pemusnah bom dan unit risik.

Pernah sekali tue... waktu rondaan dengan bot milik PDRM ... ala.... bot fiber yang mempunyai dua injin tue... tetiba terserempak dengan sebuah bot lanun Filipina.... anggota PPH yang senior sekadar melihat sahaja kepada lanun itu sebab sudah tahu perangai diorang... tambah lagi masa tue berhampiran dengan perairan antarabangsa... tapi ader seorang anggota PPH junior yang baru berkhidmat di Sabah telah dengan sengaja membuat beberapa das tembakan amaran kearah bot lanun tersebut...

Mula-mula lanun tersebut melambai-lambai tangan... apabila mereka melihat bot PDRM melepaskan tembakan.... kelihatan seorang lanun mengeluarkan sebuah roket anti personnel jenis LAW 80 dan mengacu-ngacukan roket tersebut kepada bot PDRM... Jurupandu bot PDRM akhirnya mengubah haluan untuk mengelakkan pertempuran... tetapi memerhati dari jauh untuk memastikan lanun itu tidak masuk ke perairan Malaysia... Untuk pengetahuan ... bot lanun tersebut menggunakan injin Mercury 500 sebanyak 4 unit kesemuanya....

Untuk pengetahuan lu orang sumer... kalu ader lanun yang menyerang mana-mana kawasan di perairan Malaysia... biasanya dalam ramai-ramai lanun tue.. mesti ada paling kurang seorang yang memakai topeng... dan biasanya yang memakai topeng ini adalah orang tempatan... rakyat Malaysia.... dan inilah juga sasaran anggota PPH PDRM (kini menjadi Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk ditembak dahulu...

Panjang betul la gua melalut pasai insiden di Sabah.... hahaha.... sori aaa.... insiden yang gua citerkan tue sekitar tahun 90'an dulu.... hahahaha... Jadi aper kaitan dengan Ops Lahad Datu yang kiter baca kat dalam akhbar... kenapa ATM senyap jer... dan kenapa PDRM juga senyap....

Ada dua kemungkinan..... sori... pasai gua belum dimaklumkan sepenuhnya pasai insiden nih...  Kemungkinan yang pertama adalah... larinya beberapa anggota MILF atau MNLF dari serangan tentera Filipina dan mereka cuba menyusup masuk ke Malaysia...

Kemungkinan kedua yang paling gua percayai... hahaha... ini hasil intel yang gua dapat buat setakat nih aderlah.... hehehe.... bahawasanya... ini adalah unit khas dari Tentera Filipina yang masuk ke Lahad Datu sebagai sebahagian dari urusan untuk menahan, menangkap dan membawa balik seorang suspek penipuan yang menyorok di Sabah kerana suspek ini ada kena mengena hubungan persaudaraan dengan Ketua Menteri Sabah... Musa Aman... dan suspek ini dikenali dengan nama Manuel Karingal Amalilio ....

Ini unit pertama untuk cuba menangkap dan mambawa pulang Manuel Karingal Amalilio ... Gua berani jamin ... paling kurang ader dua lagi unit sudah berada di Sabah dan kini bersiap sedia untuk menjalankan operasi mereka... Hahaha...

Jadi... lu paham tak kenapa Kerajaan Malaysia cuba buat benda nih senyap-senyap jer... konon cuba berbincang.... sebab ianya ader kena mengena dengan Musa Aman.... hahaha.... masak nanti kalu media semua tahu.... Nanti kalu ader masa gua akan cuba tanya orang hubungan gua kat Filipina... mana la tau diorang tau pasai isu nih...

Cuba lu orang baca statement Najib Razak nih.... hahaha




13 February 2013

Ali Rustam Mahu Buat Kejutan

Bhai.... Hahaha... gelak giler gua nih... (aiyark.. kata mau menulis secara skema... aper daaa... flip-flop la gua nih... hahahaha)

Sori aaa... sori pasai susah betul lar nak skema nih... mana taknyer.. kalu tulis secara skema... nampak macam buat karangan 600 patah perkataan masa SRP dulu... hahaha... takmo la...  hahaha... okeh.. okeh.. kiter berbalik kepada citer yang kena mengena dengan tajuk "Ali Rustam Mahu Buat Kejutan" ... hahahah

Ali Rustam cukup konfiden yang BN Melaka boleh rampas kembali semua DUN yang dimenangi oleh DAP/Pakatan Rakyat ... Hahaha.. cukup konfiden... yang lagi best tue... tetiba dalam statement dier ... boleh plak dier mengaku yang dier pernah menganaktirikan penduduk bandar yang dikuasai oleh DAP/Pakatan Rakyat .... hahahaha

Dier mengaku tue bhai..... hahaha... lu tarak percaya ka... cer baca artikel yang gua rembat dari Sinar Harian nih... hahahaha

MELAKA – Barisan Nasional (BN) percaya mampu membuat kejutan merampas kembali kesemua kerusi milik pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan maklum balas penduduk.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berdasarkan sokongan rakyat negeri ini yang semakin padu memihak kepada kerajaan negeri, beliau percaya kesemua kerusi yang kini dipegang pembangkang di negeri ini akan bertukar tangan.

“Saya harap pengundi bagi peluang kepada BN supaya pelbagai transformasi lebih hebat dilakukan demi masa depan negara lebih makmur,” katanya semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP), Senator Datuk Chiew Tiang Chai, di sini, semalam.

Menurut Mohd Ali, PPP bakal mewakili BN pada PRU13 bagi kerusi Dun Kota Laksamana yang mencalonkan Tiang Chai untuk berdepan calon DAP.

Saya bagi jaminan penduduk dalam bandar tidak akan dianak tirikan sepertimana masa lepas, walaupun bandar diperintah DAP. Saya tengok wakil rakyat DAP tidak buat kerja,” katanya.

29 December 2010

Sama Level

Pergh... sama level dah... kira aper yang ader dalam citer Tamil dan Hindustan tue ader gak relevennyer kat Malaysia nih... sama level tue.... hahaha..

Kalu dalam citer Tamil atau Hindi... banyak kali ditunjukkan bahawa ader Menteri.. Ketua Menteri ... dan Ahli-Ahli Politik yang korup.. rasuah.. gangster... malah yang jenis kaki perogol pon ader... hahaha... bukan satu dua citer Tamil atau Hindi yang paparkan mesej nih... tapi banyak sangat...

Rupanya... benda yang samer gak ader kat Malaysia....so... agak-agaknyer la.. penerbit filem di India tue smash Ahli Politik, Menteri dan Ketua Menteri kat negara dier ker.... atau dier tembak Ahli Politik, Menteri dan Ketua Menteri di Malaysia nih... hahaha..

Semua kategori ader... cukup syarat... malah maybe ader lebih dari itu....

Bukan setakat Menteri buat maksiat... biasa sangat dengar... tapi sampai ader yang merogol tue.... buka tak biasa dengar... kalu yang dirogolnyer tue pucuk muda... tak terkezut la gua... tapi yang dirogol tue sama tua atau lebih tua dari anak dier sendirik....

Ntah-ntah bukan setakat Menteri ini yang merogol... tapi anak menteri nih pon amik peluang merogol mangsa yang sama... ala... aper der hal... bapak gua buat... takkan gua tak boleh nak buat... kalu bapak gua marah gua buat... gua kasitau mak gua (Datin) pasai nih... hahaha

Macam mana lah ibu bapak Menteri ini nak mengaku anak... sebab perangai macam setan/sotan .. buat malu jer mak bapak dier... ooooo... takper.. maybe pasai dier anak yang tiada ibu dan bapak... hahaha...

29 June 2010

Taib Mahmud Makin Galak

Ugut sana... ugut sini... huh.. Taib Mahmud makin galak nampak... hehehe... itu tandanyer pilihanraya negeri akan berada tidak jauh... gua saspek dalam tahun nih gak... hahaha...

Dengar khabar sekarang nih Taib Mahmud dok antar orang-orang dier kasi ugut ketua puak dan ketua rumah panjang supaya jangan belot kepada BN... sebab nanti akan hilang semuanya.. jawatan, kuasa dan wang ringgit...

Malah gua jugak dapat info yang dier dah start hulur duit dengan kadar yang banyak kepada orang-orang tertentu... Gua masih lagi menunggu laporan dari toyol gua yang kat beberapa bank-bank utama kat Malaysia nih... mungkin diorang ader info... dapat kalu.. gua kasi publish kat sini okeh..

Makin hari makin panas situasi politik di Sarawak... tempias yang sama sampai gak ke Sabah... hahaha.. ader yang sedang kecut perut nih... ader yang tak boleh tidor malam dengan lena nih... ader yang kencing jadi tak lawas... ader yang sampai tak "naik-naik????" ... hahaha

so.... lepas nih ader chan la kita tengok ramai polis ditempatkan di merata Sarawak... hahaha... macam biasa la... kasi takut sama pengundi... dan mintak pengundi undi BN.... hahaha

Aper la nak jadi nih... masih ader lagi budaya ugut mengugut nih... macam budus jer..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1