Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Daulat. Show all posts
Showing posts with label Daulat. Show all posts

05 June 2022

Jin Malaysia Tak Power

Bhai/DeeDee semua...

Betul ka Jin Malaysia nih power-power belaka? Ke Jin Malaysia tak power??

Hahaha



29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



17 June 2021

Setin Mana Cukup

Bhai/DeeDee semua...

Setin mana cukup. Paling cikai 9 tin. Baru la high naik sampai kayangan. Hahahaha..



02 February 2021

Macam Mana Rakyat Nak Percaya?

Bhai/DeeDee semua...

Sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Tunggak Negara iaitu YDP Agong...  Gua paham bila gua membicarakan benda ini... ianya boleh ditakrifkan sebagai satu hasutan kepada rakyat... Tapi gua percaya... rakyat Malaysia pada amnya... ramai yang berfikiran terbuka dan matang.... hanya segelintir sahaja yang pelik pemikiran taksubnya...

Jadi kita tak boleh salahkan rakyat sebenarnya kenapa mereka hilang kepercayaan kepada YDP Agong...

Sebabnya... semasa Sultan Terengganu menjadi YDP Agong.... pernah satu ketika.. rakyat dah berkira-kira (kecoh hampir seminggu) untuk menghantar memorandun dan surat kepada YDP Agong.... apa yang YDP Agong buat... hilang pi luar negara untuk main kuda... ader event...

Then... same thing happen many time sebenarnya....  sampai la yang sekarang

Macam dalam kes sekarang nih... rakyat terbanyak dah sosek-sosek bercerita... sama ader di media sosial atau di media cetak tapi... apa tindakan YDP Agong... YDP Agong seperti tidak memikirkan apa sentimen rakyat terbanyak... YDP Agong dilihat lebih mementingkan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan....

Dan akhirnya... memang rakyat terbanyak akan kecewa...

Ini adalah realiti... jangan la nak marahkan rakyat... jangan la nak marahkan serta amik tindakan menyekat rakyat.... rakyat berhak berbicara... rakyat berhak atas apa yang sepatutnya rakyat dapat... jangan sampai nanti rakyat dah hilang rasa hormat... jangan sampai rakyat jadi derhaka... rakyat pun ader had juga...

Harapnya tidak la sampai Institusi Diraja yang kita semua sanjung dan junjung hilang dari sistem kenegaraan Malaysia dan akhirnya hanya ader di Muzium je...

So please la... sesekali pandang-pandang lah kebawah... lihat, dengar dan hadam denyut nadi rakyat marhaen mustad'afin terbanyak nih....




09 June 2013

SPR Memang Terbaek

Bhai... gua stuju Wan Ahmad tak perlu letak jawatan... betul... sebab dier dah memastikan SPR capai matlamat.... hahaha... capai matlamat nak kasi BN menang walaupun dengan cara paling magik dan celaka.... hahahaha... SPR memang terbaek.... Jadi Wan Ahmad nih dilantik oleh YDP Agong... itu pon atas saranan Perdana Menteri.... err... lu pernah dengar ker YDP Agong selama nih melawan saranan Perdana Menteri.... hahaha... mana boleh la bhai... mana boleh YDP Agong menderhaka terhadap titah Perdana Menteri.... YDP Agong tue ikut jer saranan Perdana Menteri...

56 tahun dah Malaysia nih terbentuk... belum pernah lagi walau sekali pon YDP Agong menolak saranan Perdana Menteri... kira macam aper sajer saranan Perdana Menteri Malaysial.... semua YDP Agong terima..... ini realistik... ini realiti... bukan fitnah dan bukan hasutan.... cuba tengok balik sejarah la bhai.... hahahaha.... gua bukan nak menghina YDP Agong... tapi itulah realistiknya... YDP Agong memang akan ikut aper sajer saranan Perdana Menteri...

Waima nak buat Suruhanjaya Diraja pon ... Perdana Menteri yang buat dan umumkan... patutnya kalu PM yang buat dan umumkan.... dier akan jadi Suruhanjaya Perdana Menteri... biler masa plak dier jadi Suruhanjaya Diraja..... ker... memang Perdana Menteri Malaysia sebenarnya adalah lebih besar dari Raja dan YDP Agong.... hahahaha...... Sebab selama nih.... 56 tahun nih... tak pernah pon YDP Agong sendiri yang buat dan umumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja...... hahahaha... ini fakta bhai... fakta yang terselit dalam sejarah Malaysia.... hahaha

So.... Memang patut la Wan Ahmad tak perlu letak jawatan... sebab dier dah pastikan SPR capai matlamat nak kasik BN menang pada PRU13... tak kisah la dakwat tak kekal ka... pengundi syaitan ka... magik ala Daud Padang Tembaga ka.... hahahaha... semua tue tak kira.... sebab BN sudah menang... sudah dapat 112 kerusi Parlimen..... hahahaha.... so lu orang tak payah nak bising nak ngadu kat YDP Agong..... bukan ader makna pon... kalu nak mintak YDP Agong buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat perjalanan PRU13... hahaha... mana pernah YDP Agong buat dan umumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.... semua kena melalui PM...

Hahaha.... itulah Malaysia.... selagi Melayu Hutan masih ramai hidup... selagi itu la....  hahahaha.... buat la aper pon... Melayu Hutan nih tetap akan memastikan mereka kekal bermindakan duduk dalam hutan..... hahahahaha ... sebab diorang masih tak dapat keluar dari stigma sebelum 1511 lagie.... hahaha...

Diorang masih lagi hidup dalam dimensi Sang Sapurba (Bukit Siguntang Maha Meru).... berkeris bertombak.... hahaha.... Melayu Hutan nih (bukan sajer ader dalam UMNO aaa... tapi dalam PAS dan PKR pon ramai.... hahahaha) masih lagi bermentalitikan berpakaian bercawat kulit kayu dan daun jer.... hahahaha... diorang sudah memerangkapkan diri diorang sendiri lar.... hahahaha

Tak kisah la Melayu Hutan nih dah jadi jutawan ker... bisnesman ker.. belajar tinggi ker.... engineer ka.. loyar ker... hakim ker... arkitek ker... doktor ker... guru ker... ostad ker... ulamak ker... dan lain-lain lagi.... tetap masih lagi berminda hamba sahaya... tetap lagi kekal mudah diperbodohkan dengan cerita-cerita dewata raya,..... cerita dewa dewi dan sebagainyer.... dengan citer-citer mistik dan tahyul.... dengan keramat, daulat dan tulah.... hahahahaha .... lawak betul lar.... hahahaha .... Phuii.....

Padan muka semua.... hahahaha


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan.

Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja.

"Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan.

"Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas forum tentang persempadanan semula pilihan raya di bangunan Majlis Peguam petang tadi.

"Kita ada kerajaan yang sah. Inilah matlamat (pilihan raya) yang paling penting dan ia berjalan lancar.

"Apa lagi yang mereka mahu? Jangan terburu-buru buat kesimpulan hanya kerana dakwat (kekal) mudah dibasuh dari jari. Ia tidak semudah itu," tambahnya.

Peserta himpunan Blackout 505 sebelum ini sering kali menggesa agar anggota SPR meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang lalu.

Sebelum itu, Wan Ahmad sewaktu bercakap dalam forum tersebut, menegaskan SPR tidak boleh lagi menangguhkan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti dituntut peserta himpunan Blackout 505.

Langkah itu katanya sepatutnya dibuat selama lapan tahun sekali berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ia telah ditangguhkan selama dua tahun kerana pilihan raya umum sebelum ini, katanya lagi.

"Pejabat Peguam Negara juga menasihati kami agar tidak menangguhkannya lagi kerana bilangan pengundi semakin bertambah dan kita tidak boleh hanya menutup mata," jelasnya.

Jelasnya, kawasan pilihan raya baru yang akan digariskan selepas persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai.

Pengundi berdaftar dalam kawasan terlibat boleh mengumpulkan 100 orang pengundi berdaftar lain dalam kawasan yang sama untuk membantah persempadanan semula kawasan mereka jika mereka tidak berpuas hati, katanya.

Beliau menjangkakan terdapat banyak bantahan dari pihak BN dan Pakatan akan dikemukakan kerana senarai persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai sebanyak dua kali.

Justeru, SPR katanya khuatir akan kemungkinan tidak mampu menyelesaikan proses persempadanan semula itu dalam masa dua tahun.

08 July 2012

Menyembah Minta Ampun ?

Bhai....Ader orang suruh gua menyembah minta ampun ngan geng-geng Feudal... minta ampun ngan puak-puak Feudal nih.... errr... lu rasa patut ker gua menyembah minta ampun dengan diorang... diorang tue manusia biasa jer macam gua gak... takder maksum mender pon.... stakat citer-citer "TULAH" tue... itu semua khurafat punya citer.... boleh blah....

Setahu gua... selayaknyer gua mintak ampun hanya dalam dua senario nih ajer...

  1. Mintak ampun dengan Allah Taala atas segala dosa-dosa yang gua dah buat selama nih...
  2. Mintak ampun dengan mak bapak gua atas segala perangai buruk yang gua dah buat selama nih kepada diorang...
Err... itu jer dua senario yang wajib gua buat.... sebab ader Hadith Rasulullah S.A.W (kalu tak silap gua lar.... errr... gua dulu skolah Missionary lar.. skolah Gereja Katholik St Micheal) yang menyebutkan dua perkara nih....

Takder plak gua dengar ader Sirah Nabi yang menceritakan kena mintak ampun (siap angkat sembah - karut jer semua tue) ngan puak-puak Feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) nih.... Takkan lar takder sorang perawi hadith pon yang pernah mencatatkan benda nih...

An-Nasa'i, At-Tarmizi, Muslim dan ramai lagi perawi hadith pon takder menceritakan pasai hadith berkaitan perlunya meminta ampun sambil menyembah puak Feudal nih.... nih mana punya citer yang kata kena buat camnie... Nie mesti orang Melayu punya perawi hadith nih...  Sebab kalu orang Melayu... memang banyak benda kurafat yang dibuat... bidaah yang karut... bidaah dhalalah...

Siot jer kena menyembah puak Feudal nih.... awat... diorang nih DEWA ker.... wei... diorang kentut pon bau busuk... belum lagi bau ketiak.... hahahaha ... so aper kejadahnyer gua kena mintak ampun dengan diorang.... diorang samer level ngan gua jer... ataupun lebih rendah level dari gua.... 

Takder maser nyer gua nak mintak ampun dan menyembah diorang..... pigi daaa.... poodah lar... Stakat mintak maaf tue boleh lar... nak mintak ampun dan menyembah... sori maniam lar... hahaha (sori gua takder niat nak kutuk mana-mana orang bernama MANIAM... hahaha)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1