Buli bukan benda baharu.. Dulu istilahnya "Ragging" .... dan Buli adalah satu fenomena biasa di mana-mana sekolah... tak kira di sekolah asrama atau sekolah biasa... malah ada juga buli berlaku di Institut Pengajian Tinggi..
Apakah hukuman terhadap pembuli?? Biasanya hukuman adalah digantung persekolahan atau paling tidak pun diberhentikan persekolahan. Abis tue.. selepas diberhenti atau dibuang sekolah.... si pembuli tetap akan masuk sekolah lain.. dan ianya tetap juga akan berlaku... tapi dilokasi lain...
Pada gua la... Untuk menyelesaikan masalah buli nih.... satu pendekatan baharu yang patut kita ambil...
Kita patut mengasingkan kesemua pesalah buli ini dalam satu pusat tahanan khas... semacam Penjara .... dimana semua pembuli ini akan merasa bagaimana mereka pula dibuli... Mereka tak berminat nak belajar... jadi buat apa kita masukkan mereka ke sekolah... tak kisah la mereka Juvana atau Dewasa...
Mereka tidak layak menerima pendidikan dan persekolahan... Mereka hanya layak kita jadikan buruh paksa untuk projek-projek infrastruktur awam... macam buat jalan ka... buat jambatan ka... buat jalan keretapi ka.... kita bagi depa kerja kasar... kaki dan tangan dirantai... dan dipakaikan baju khas berwarna terang yang mudah kita semua kenal.... Tandakan logo pada baju mereka itu dengan tulisan besar "BULI"
Dan mereka kita kawal secara kasar oleh pegawai khas yang memantau mereka buat kerja... kalu boleh kita buatkan siaran langsung semua kerja yang mereka buat.... live telecast...
Inilah baru bermanfaat buat mereka... semua pembuli mesti kena hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun... selepas itu barulah mereka akan dipindahkan ke penjara awam yang biasa.... Supaya mereka ader akal.... tak berlagak dan tak samseng dah...
Dengan cara ini... kita akan dapat mengurangkan budak-budak baharu yang akan terlibat dengan tindakan buli... sebab orang dah gerun....
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???