Apa yang tak kena dengan Ustaz Azhar Idrus?
Salam Bloggerz.
Tajuk je gempak. Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan hari ni adalah berkenaan dengan obsesi anak muda sekarang terhadap ikon agama seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Don Daniyal (UDN), Imam Muda (IM) dan lain-lainlah.
Sebelum apa-apa, aku nak tekankan bahawa ini adalah pendapat peribadi aku sebagai seorang yang suka memerhati.
Hanyut
Budak-budak zaman sekarang boleh dikatakan sudah hanyut jauh. Sikit lagi nak tenggelam lepas tue tak timbul-timbul dah. Macam-macam masalah sosial. Pergaulan bebas, seks bebas, anak luar nikah, dadah, gengsterism, dan banyak lagi. Boleh dikatakan tak terkawal.
Kenapa masalah macam tue terjadik?
Banyak sebab beb. Daripada keluarga, masyarakat, negara. Pendek ceritalah, kalau institusi keluarga runtuh, macam mana masyarakat nak jadik ok, dan kalau masyarakat tak ok, macam mana negara nak maju.
Kempenlah macam mana kempen pun, masalah sosial remaja sekarang sampai dah tahap kritikal dan boleh aku katakan jalan penyelesaian adalah kita hanya boleh berdoa dan mendidik budak-budak yang tengah nak besar supaya tak jadik macam generasi sekarang.
Pembimbing
Disaat budak-budak muda sekarang hanyut, bukanlah maknanya mereka tak nak berubah. Budak-budak ni nak berubah, tapi bukan secara drastik.
Menilai daripada apa yang lihat, aku perhatikan, budak-budak muda sekarang nak berubah, tapi bukan secara drastik. Berubah secara perlahan-lahan. Mereka nak suatu cara yang mudah, senang nak faham dan sesuai dengan gaya hidup sekarang.
Makanya, program realiti Imam Muda yang menampilkan anak-anak muda yang segak, berilmu, dan berketrampilan jadik fenomena sampai menengelamkan realiti tv lain. Maka ramailah anak-anak gadis remaja, sama ada yang dara atau tidak, cantik atau tidak, bertudung atau tidak, seksi atau tidak mengimpikan akan mendapat kekasih ataupun suami seperti Imam Muda.
Tapi ramai yang hampa sebab kebanyakan Imam Muda ni dah berkawin. Lulz!
Semua wanita mengimpikan calon suami yang kacak, alim dan baik. Tak salah mengimpikan seperti macam itu. Tapi yang salahnya kalau hari-hari duk mengadap muka Imam Muda, sampai semua menda lupa. Itu salah.
Seorang lagi ikon agama yang sangat top sekarang adalah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Kalau di facebook, sekarang ni berderet-deret kata-kata UAI di share, ditempek dan dijadikan peringatan.
UAI bagi aku seorang yang sangat bijak, dan ada coercive power untuk menarik budak-budak muda supaya meminati beliau. Apa yang beliau sampaikan sangat mudah budak-budak muda faham. Dan budak-budak muda sangat suka dengan UAI sebab bagi aku UAI ni target marketnya adalah anak-anak muda.
Bagi aku, UAI dapat menarik anak-anak muda sebab beliau menekankan persoalan-persoalan yang selalu anak-anak muda fikir, contohnya masalah couple, kawin muda, tutup aurat, dsb. Jadik, budak-budak sekarang sukalah.
UAI jugak pandai. Beliau gunakan facebook, youtube untuk menyampaikan dakwah. Dua menda alah ini sangat dekat dengan budak-budak muda. Jadik secara langsung, dakwah yang disampaikan sangat mudah sampai dan diterima terus. Sapa kata teknologi ni hampeh? Zaman nasyid suara merdu buluh perindu dengan tangan bergerak-bergerak sudah berlalu beb.
Budak-budak muda sekarang melihat UAI sebagai ikon yang mudah mereka ikut. Itu sesuatu yang sangat bagus sebab jarang-jarang sangat ikon agama dijadikan contoh dan ikutan secara besar-besaran.
Negatif?
Dalam perkara ini, cuma satu perkara yang aku kurang gemar. SHARE! Ada segelintir orang yang suka share apa yang UAI dan lain-lain ikon agama cakap tanpa usul periksa atau share menda yang mereka nampak best saja. Bukan keseluruhan yang patut difahami dan disampaikan. Dan lebih malang lagi, share tanpa melakukan apa-apa yang patut untuk memperbaiki diri. Kebanyakan share dari UAI hanyalah pasal kawen, couple, kawen, couple, kawen, couple. UAI tak salah dalam hal macam ni,. Orang yang menggunakan nama beliau, dan tolong share itulah dia yang rasanya nak kena cepuk. Dan aku rasa, kebanyakan yang share tue dengar ceramah beliau pun tak. Tolonglah insaf dan malu dengan perbuatan terbabit. Seriusly, memang aku memang maksudkan.
Lebih baik kita share hadis ke, ayat al-quran ke daripada share menda-menda remeh macam:
- jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
- Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
- Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
- Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
- Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
- HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
Why share menda-menda remeh macam ni? Banyak lagi aku rasa menda-menda yang patut di share. Dan apa yang disampaikan oleh IM, UAI, UDD aku rasa bukan sekadar perkara-perkara itu, tapi banyak lagi yang lebih bermanfaat. Sedihnya, yang dishare adalah perkara-perkara macam di atas yang valuenya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar ikot lubang jubor.
Teruskan berdakwah
Kepada UAI, UDD dan IM, teruskanlah berdakwah kepada anak-anak muda sebab anak-anak muda perlukan bimbingan dan tunjuk ajar supaya menjadik manusia yang lebih baik di sisi Allah s.w.t...
|Nota kaki| Jangan terlalu mengagungkan seseorang sebab insan yang harus diagungkan hanyalah Rasulallah S.A.W..