Salam bloggerz..
1. Alhamdulillah dah nak masuk fasa terakhir kita puasa. Sama-sama kita bersyukur sebabnya masih diberi kesempatan untuk berpuasa tahun ni.
2. Kurang lebih lagi 2 minggu bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Dan kita akan menyambut 1 Syawal.
3. Terus kepada point yang nak aku sampaikan. Nikmat ke hari raya?
4. Kalau ditanya kepada aku personally, aku akan katakan bahawa hari raya adalah hanya akan memberi nikmat kepada mereka-mereka yang tertentu saja.
5. Golongan kanak-kanak sebab bebudak tak tahu apa-apa. Yang depa tau hanya kutip duit raya, main bunga api, makan... haha.
6. Golongan kedua adalah mereka yang puasanya adalah diterima Allah s.w.t.
7 Golongan ketiga adalah mereka yang ada sentimental value tentang sesuatu perkara. Contohnya ibu bapa yang merasa anak-anak berkumpul setahun sekali masa balik raya. Dan pada mereka-mereka yang macam bergaduh dua tiga tahun ke, dan hari raya ditakdirkan mereka baik-baik semula.
8. Selain daripada golongan-golongan yang aku sebut di atas, maka mungkin ada lagi mereka yang merasa nikmat raya. Aku malas nak fikir dah... Persoalannya, sebab apa raya kalau kita perhatikan makin tahun makin kurang nikmat?
9. Bagi aku, semua itu datang dari kita jugak. Kita sebenarnya hidup dalam kepura-puraan. Kita hidup dengan tipu diri kita sendiri. Kenapa aku katakan semacam itu?
10. Cuba macam mana kita nak merasakan nikmat raya kalau mula daripada raya pertama sampai raya ke 18, mula daripada tv kerajaan, tv bukan kerajaan, tv free, tv berbayar kita bukan dihambukkan dengan segala haram rancangan hiburan yang tak tentu hala. Nyanyi sana, nyanyi sini, dedah sana dedah sini. WTF? Kita masing-masing buat tak tahu dengan kepincangan yang terang-terang ada dalam hidup kita.
11. Lagi haram, tayangan perdana panggung wayang hari raya pertama. Aku rasa zaman tue makin lama makin suram. Tapi kalau aku tak salah dua tiga tahun lepas berlumba-lumba producer filem kat Malaysia ni yang nak tayangkan filem pada Hari Raya Pertama. Gila tak gila. Mangkuk mana la yang nak tengok filem hari raya pertama? Aku sungguh tak faham atau bagi sapa-sapa yang faham cubalah fahamkan aku yang mungkin kurang pandai ni.
12. Lagi, cuba fikirkan macam mana kita nak rasa nikmat, kalau tiap kali raya ja kita terlalu membazir. Ada yang tukar itu, ada yang tukar ini. Satu set ruang tamu nak tukar. Set langsir tukar. Suma tukar. Kawan aku yang kerjanya di bank mengurus loan penah cakap kat aku kalau nak raya permohonan loan akan meningkat berkali-kali ganda. Lepas tue, pakat-pakat semua tepuk dahi ye.
13. Itu sebenarnya baru sikit kepincangan dalam umat kita yang kita sedar tapi buat endah tak endah. Macam mana la nak rasa nikmat raya. Belum lagi masuk puasa aku dan kita yang entah diterima.
-end-
Nota kaki
Kalau aku katakan yang kita ni lebih pulun salah tak?
Kalau aku katakan kita sengaja pasanga lagu raya stat puasa pertama untuk menipu diri nak timbulkan mood raya salah tak?
Apa lagi kepincangan yang makin hari makin jauhkan nikmat raya dari kita?