Wednesday, 22 January 2014

Cinta dan memiliki perkara berbeza..

Kenapa cinta dan memiliki itu perkara yang berbeza? Kerana cintakan sesuatu atau seseorang, tak semestinya ditakdirkan memiliki. Hanya Allah yang tahu segalanya.

Jangan anggap percintaan yang bertahun-tahun itu akan kekal ke jinjang pelamin. Jangan anggap bila kita memilikinya, kita akan kekal bersamanya sampai bila-bila. Esok lusa dia atau kita pasti akan pergi dulu.

Tapi sanggupkah aku kehilangannya? Orang yang paling ku cintai.. mampukah ku menahan rasa rindu..

Alaaahaaiii sedih pulak entri ni..

Dulu.. hampir 5 tahun dulu saya pasrah jika Mr.K bukan milik saya. Sudah banyak kepahitan yang dilalui, menjadikan diri ini kuat. Tanpa sedar cinta itu ada.. dan tanpa sedar, saya ingin memilikinya. Kerana dia yang saya tunggu selama ni. Tetapi jika tidak ditakdirkan bersama, saya pasrah.

Cinta tak perlu dipaksa. Hanya dia yang berhak memilih dengan siapa dirasakan bahagia. Dan cinta tak semestinya memiliki. Jika dia datang.. bersyukur dan hargailah.


Posted via Blogaway

No comments: