Assalamualaikum.. Nak cerita satu kisah cinta zaman dulu-dulu. Godaan percintaan dalam IPT. Walaupun sudah sedaya upaya mengelak dari bercinta, tapi dah ditakdirkan yang saya akan terperangkap, terjerumus, dan merasai pengalaman menyakitkan itu. Segalanya bermula di awal semester pertama lagi....
Dia memang terkenal sebagai seorang yang lantang mengeluarkan pendapat, menjadi ketua, dan bijak dalam perakaunan. Dan saya, hanyalah seorang yang 'blur' dalam bidang perakaunan. Tak pasti bila dia terpandang saya yang agak sopan dan poyo ni. Sedar-sedar dia dah mengarahkan kawan-kawannya agar mencuri nombor telefon saya. Tiada masa nak melayan kerenah nakal mereka. Saya tetap dengan pendirian, yang lelaki takkan hadir dalam hidup ini.
Suatu hari tanpa diduga mata kami bertentangan di dalam masjid bila tiba-tiba penghadang antara lelaki dan wanita terbalik. Kebetulan saya berada di barisan depan. Dan dia pula sedang membetulkan penghadang tersebut. Cepat-cepat memandang ke bawah sebelum dia perasan. Tapi dalam hati, "Oh..kaki masjid juga rupanya.."
Tak lama kemudian dia dapat menegur saya ketika saya berseorangan balik dari kelas. Cara dia bercakap, menunjukkan dia betul-betul berminat dan terpaut. Dia dengan jujur berterus terang yang dia meminati saya. Hmm..memang tak pernah lagi ada lelaki berani berbuat demikian. Tapi lepas tu saya cuba mengelak lagi dari terserempak dengannya selama 6 bulan.
Masuk sem kedua, dia sudah terkenal dalam pelbagai aktiviti yang diceburi, rapat dengan semua pensyarah perakauanan, dan menjadi ketua dalam pelbagai aktiviti yang kami sertai. Jadi kami kerap terserempak dimana-mana sahaja seluas-luas IPT tersebut. Buat jantung ini sentisa berdebar-debar.
Cara dia mengejar saya menunjukkan dia belum ada kekasih hati. Saya membuka sedikit ruang untuk berkawan dengannya. Dengan niat utama, ingin mendapatkan ilmu perakauanan. Bila berkawan, banyak ciri-ciri lelaki idaman ada pada beliau. Tidak merokok, mengambil berat, dan jujur. Tidak lama kemudian, kawan bertukar menjadi kekasih. Namun dalam fikiran, saya merasakan berkawan adalah lebih bagus. Tapi diri sudah tak dapat dikawal oleh kata-kata puitisnya. Itulah kelemahan wanita, cepat cair.
Namun saya dikejutkan dengan pengakuan beliau tidak lama kemudian. Dia mengaku segalanya hanya lakonan untuk saya menerimanya. Sebenarnya dia perokok tegar sejak zaman sekolah lagi! Dan dia baru putus cinta dengan kekasih zaman sekolah.. sebab kehadiran saya dalam hidupnya. Saya terus bengang dengan kelemahan diri sendiri. Kenapa mudah sangat ditipu, sedangkan selama ini saya sedaya upaya mengelak dari semua ni?
Dia berkali-kali meminta maaf dan berjanji takkan menipu lagi kerana dia sayangkan saya. Ye, saya maafkan sebab dia memang melayan saya dengan baik. Namun lebih menyakitkan bila mengetahui yang dia jarang solat, dan langsung tidak solat bila berada di rumah. 4 tahun berlalu.. saya terus menasihati agar beliau berubah. Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, saya mula berfikir panjang. Mampukah dia menjadi suami dan bapa yang baik kepada anak-anak saya kelak?
Kebaikan yang dia tunjukkan tidak mampu menutup penipuan demi penipuan. Memang dia cinta, tersangat cintakan saya. Namun, cinta yang bagaimanakah? Cintakan saya lebih dari Penciptanya sendiri?
Keputusannya.. "Maafkan saya. Mulai hari ni, kita bawa haluan kita sendiri. Maafkan saya."
Memang saya salah. Melepaskan dia pergi tanpa membawa dia ke jalan yang benar. Mudah berputus asa. Dan keputusan saya memberi luka yang amat mendalam dihatinya sehingga kini. Namun dalam hati saya berdoa semoga dia berfikir dan berubah.
TAMAT.. Kisah Cinta Pertama yang pernah diceritakan dulu..Bila Jarak Memisahkan Kita.
No comments:
Post a Comment