27.1.21

PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH (PPM PRA)

Assalamualaikum..

Ada ke yang singgah blog saya lagi? hihihi.. Dah lama sangat tak menaip kat sini.. Bertahun-tahun dah sunyi sepi..

Pagi semalam masa tengah syok melayan perasaan sambil dengar lagu, tiba-tiba teringat kat blog.. Jadi harini rasa macam nak update, dan mungkin rasa macam nak update selalu kat sini, at least ada tempat saya nak bercerita walau tak tahu ada ke tak orang nak baca.

Jadi, untuk entri pertama setelah bertahun menghilang ni, saya nak cerita serba sedikit pengalaman kerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah.. Tapi sebelum tu izin kan saya bahasakan diri saya sebagai Azi, lebih mesra dibaca kan? hihihi

Azi mula kerja sebagai PPM ni masa bulan April 2018, maknanya bulan 4 ni genap la 3 tahun Azi kerja sebagai PPM di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Klang. Dekat Pra ni ada 2 kelas, tapi masa Azi lapor diri kat pra tu ada seorang je PPM masa tu, namanya Kak Yati. Lepas seminggu Azi kerja, Kak Yati pindah, Mira PPM baru ambilan yang sama dengan Azi ganti tempat Kak Yati. Jadi kat prasekolah tu, lengkaplah 2 kelas, 2 PPM..

Kalau korang yang tengah membaca ni tengah tunggu panggilan untuk jawatan PPM, mesti korang tertanya-tanya kan, apa skop kerja PPM? Meh sini kita baca sikit apa skop kerja PPM ^_^


SKOP KERJA PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah 
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. 
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah. 
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. 
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. 
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah. 
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah. 
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah. 
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah. 
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. 
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah. 

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah 
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. 
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan. 
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah. 
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. 
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah. 
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya. 
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. 
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. 

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. 
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. 
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain. 
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. 

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid 
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih. 
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. 
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat. 
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. 
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. 
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.


Haaa.. dah baca? Banyakkkk kannnn? *nangis*... Tapi tu pun banyak lagi kalau diikutkan, tapi tak masuk dalam list.


Jadual harian Azi dengan rakan PPM Azi kat sekolah pulak macam ni;

6.50 am : Sampai sekolah, thumb print kedatangan, bukak pra, masak air

7.00 am : Buat sarapan sambil menyambut kehadiran murid

7.30 am : Kemas sarapan, cuci cawan

7.40 am : Mula memasak kudapan, potong buah, cuci peralatan

8.40 am : Masuk kelas bantu guru & membimbing murid-murid

9.20 am : Hidang kudapan sambil kawal murid-murid cuci beratur untuk cuci tangan

9.30 am : Layan murid-murid makan & kawal murid *murid tambah nasi, tambah lauk

10.00 am : Membimbing & mengawal murid-murid menggosok gigi (sekolah lain tak tahu lah buat ke tak, tapi sekolah Azi cikgu suruh buat hari-hari *nangis lagi)

10.20 am : Masuk kelas bantu guru & membimbing murid-murid

11.30 am : Mengiring murid-murid ke pagar untuk pulang, kawal murid-murid di pondok

12.00 am : Cuci pinggan-pinggan, cawan-cawan yang murid dah pakai, menyediakan bahan memasak untuk esok, siang ayam, siang ikan, potong bawang dsb

1.00 pm : REHAT *yeayyy, penat gila kotttt

2.00 pm : Kemas kelas, lap papan putih, lap habuk, sapu lantai, mop lantai

3.00 pm : Cuci tandas, buang sampah, kalau siap awal bolehlah buat kerja-kerja berkaitan fail

4.00 pm : BALIK *finally T_T

Ya, gitulah ceritanya, ulang sampai pencen kihkihkih.. Tapi lain sekolah, lain la jadualnya, bergantung pada cikgunya laaaa.. 

So, itu ajelah yang Azi nak cerita tentang kerja Azi.

Owh, last but not least, ya Azi ada degree, ada je yang tanya, "tak ada kerja helok sikit ke boleh buat? Gred ni utk SPM je".. atau ada jugak ayat "rugi belajar sampai degree, last-last kerja jadi pembantu je"

Ni nak kasi tahu, bukan tak ada kerja, ada je kerja, sebelum dapat kerja PPM ni, Azi kerja sebagai Graphic Designer, bos tu menjanjikan gaji RM1800 selepas 3 bulan tempoh percubaan which is still rendah untuk degree, tapi setelah hampir 6 bulan bekerja gajiku tetap diberi RM1500 sahaja, itupun belum lagi tolak KWSP, tolak MC and cuti, dah tolak-tolak tinggal RM1300 je tu pun kadang-kadang tak sampai.. Lol, better lagi kerja PPM ni kan, at least ada pencen.. 

Anddddd, yang cakap rugi belajar sampai degree tapi kerja pembantu je, eh eh eh, sedap nya mulutmu bercakap, suka hati la aku nak kerja apa, yang penting aku tak memilih kerja. Karang kalau graduate tak bekerja, dicop memilih kerja pulakkk.. So, lantak jelah ye tak??

Ok, nanti Azi sambung lagi okay.. Doakan Azi ada mood nak menaip lagi.. kihkih

Assalamualaikum ^_^

Belanja sikit gmbar latest