Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, January 30, 2010

Royalti dan Disiplin PAS

.
"">WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, PENUHI SERTA SEMPURNAKANLAH PERJANJIAN2

( Surah Al Maidah ayat 1 )

Entah kali ke berapa Stadium Sultan Muhd IV sekali lagi menjadi lokasi solidariti Rakyat Kelantan pada Malam 28/1/10. Ajaran TGNA masih melekat di hati sanubari rakyat Kelantan. Bila berdepan masalah besar karenah manusia zalim maka Allah tempat rakyat bermunajat. Baca di sini

Patutnya penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak dipersoal oleh Pemimpin Negara ( BN ) yg waras. Sudah nyata hak rakyat Kelantan untuk mendapat 5% royalti hasil dari pengeluaran minyak mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Firman Allah maksudnya DAN JIKA ENGKAU MENGETAHUI ADANYA PERBUATAN KHIANAT DARI SATU KAUM ( YG MENGIKAT PERJANJIAN SETIA ) MAKA CAMPAKLAH ( PERJANJIAN ITU ) KEPADA MEREKA DENGAN CARA TERUS TERANG DAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG2 YG KHIANAT surah Al Anfal ayat 58.

Sejarah tuntutan royalti minyak bermula bila Dato Husam Musa Exco Perancangan Ekonomi berkempen pada PRK Manik Urai Kelantan. Reaksi pemimpin BN seperti selalunya menafikan hak Kelantan kononya tiada aktiviti pengeluaran minyak di Negeri Kelantan.

Hebat sungguh penolakan BN terhadap isu royalti hinggakan TPM sendiri mengesahkan Kelantan tidak berhak. Maka bersuara sumbanglah sekelian panglima BN Kelantan yg disifatkan “Deny Syndrome”. Klimasnya bila TPM berjanji untuk mengundang CEO Petronas untuk memberi penjelasan di Manik Urai 2 hari sebelum PRK tapi tidak tertunai hingga kini.

Usai PRK Manik Urai dengan kemenangan PAS dengan majoriti tipis, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Exco telah melantik Dato Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Petroleum Kelantan. Bermulalah perjuangan secara rasmi Rakyat Kelantan menuntut hak mereka.

Alhamdulillah berkat kegigihan Dato Husam dan AJKnya serta doa rakyat, PM telah mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan membayar ‘wang ehsan’ kepada Kelantan tak sampai 6 bulan dari tarikh tuntutan dibuat. Pelik dan diluar jangkaan manusia.

PM telah mengaku bahawa berlaku aktiviti pengeluaran hasil minyak di blok Bumi Selatan dan Kelantan akan mendapat ‘wang ehsan’ tapi disalurkan melalui JPP. Betullah pepatah orang tua “lembu punya susu, sapi dapat nama”.

Dato Mustapha Muhamad Bos UMNO Kelantan pula kini beria-ia bercakap soal ‘wang ehsan’ macam ini hasil “kecerdikannya”. Nada suaranya bertukar dalam sekelip mata yg dulunya berada di barisan paling hadapan menafikan hak Kelantan kini mengatur cara untuk pengagihan RM20j ‘wang ehsan’.

Patutnya Dato Mustapha meniru pendirian Ku Li yg sanggup berdepan risiko demi semangat tulen sebagai rakyat Kelantan. Sekalung tahniah buat Ku Li yg mementingkan kebajikan rakyat berbanding politik balas dendam. Jasa dan sumbangan Ku Li akan dikenang oleh rakyat hingga kiamat.

Intipati penerangan Ku Li dapat disimpulkan seperti berikut :

1 ) Rakyat Kelantan berhak mendapat royalti ( wang tunai ) 5% hasil pengeluaran minyak di perairan Kelantan seperti Trengganu, Sabah dan Sarawak

2 ) Negara Malaysia akan berdepan risiko besar ( keyakinan Pelabur Asing ) dari segi perundangan jika menafikan hak Kelantan seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974

3 ) Kewujudan JDA bersama Thailand ialah kerana kecuaian Kerajaan Pusat BN yg membiarkan Thailand meneroka khazanah di Utara Pantai Kelantan. Bekas PM Tun Hussein Onn terpaksa bersetuju dengan tuntutan Thailand apabila berunding untuk membanteras kegiatan komunis di sempadan Malaysia- Thailand.

Apapun tahniah buat Ku Li, TGNA, Dato Husam Musa, Barisan Exco, NGO dan rakyat Kelantan kerana tuntutan yg dibuat hampir menjadi kenyataan. Firman Allah maksudnya “ PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG2 YG BERIMAN”

Keputusan J/Kuasa Disiplin PAS

Firman Allah maksudnya:

WAHAI ORANG YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL ORANG2 YG BUKAN DARI KALANGAN KAMU MENJADI ORANG DALAM ( YG DIPERCAYAI ). MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI2 BERUSAHA MENDATANGKAN BENCANA KEPADA KAMU. MEREKA SUKAKAN APA YANG MENYUSAHKAN KAMU . TELAHPUN NYATA ( TANDA ) KEBENCIAN MEREKA PADA PERTUTURAN MULUTNYA, DAN APA YG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI ( Surah Ali Imran ayat 118 )

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya keluarlah keputusan J/Kuasa Disiplin PAS yg dipengerusikan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada yg pro dan kontra dengan keputusan yg dibuat mengundang perbahasan berterusan. Baca di sini

Patutnya keputusan itu diterima warga PAS dengan hati terbuka tapi berlaku sebaliknya. Kenapa masih wujud golongan yg tidak berpuashati? Adakah kerana J/Kuasa Disiplin Pas memihak, pilih kasih @ tidak telus . Tepuk dada Tanya selera.

Nostalgia J/Kuasa Disiplin UMNO era peralihan Pak Lah kepada Najib sedikit menghantui memori penyokong PAS. Perbezaan hukuman di atas kesalahan yg sama ( Ali Rustam digantung dan Khairy Jamaluddin diberi amaran )

Pertimbangan J/Kuasa disiplim PAS nampak sedikit condong kea rah membela individu tertentu berdasarkan pangkat dan kedudukan. Apakah J/Kuasa Disiplin bertindak secara berkecuali dan mengambil kira kepentingan masa depan PR?

Tuduhan ke atas Dr Hassan Ali bukan kecil impaknya kepada PAS dan PR. Rasanya tidak memadai sekadar amaran bilamana beliau membuat kritikan secara terbuka isu SELCAT dan membidas Exco PR melalui sidang akhbar.

Tuduhan ke atas Khalid Samad juga agak berat. Prinsip parti tidak membenarkan minit mesyuarat parti didedahkan disamping menegur kepimpinan secara terbuka. Patutnya banyak ruang dan saluran untuk beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pemimpin. Penggantungan 6 bulan disifatkan adil sebagai pengajaran untuk beliau.

J/Kuasa Disiplin wajar berrtindak dengan bijak,adil dan telus. Bukan saja telus membuat keputusan tapi wajib dilihat telus oleh ahli-ahli PAS. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti lebih berintegriti berbanding J/Kuasa Disipin UMNO yg sudah terpalit dengan pilih kasih.

UMNO sudah lali dengan lidah bercabang kerana ia dipimpin oleh pendokong korup. Sistem UMNO mesti dijauhi PAS yg berprinsip Islam.

Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti terpelihara dari sifat tercela. Warga PAS hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada apa jua keputusan yg dibuat oleh Dato Tuan Ibrahim dan ahli2nya.

Marilah kita berlapang dada dengan pendirian J/Kuasa Disiplin PAS tanpa sebarang perjudis bersandarkan maksud Firman Allah dlm Surah An Nisa ayat 58 DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA, ( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.

Sekian dari cilipadi007

Thursday, January 28, 2010

Hikayat 2001 malam ( Part 4 )

.
Maka berpening lalatlah akan Dol Serbatahu tatkala melihat akan dia kelaku kepala suku ketua adat tatkala DUIT KUTU ORANG MATI telah hilang lesap. Sayugia kepala ligat otak menipu Dol Serbatahu berfikir bermenung akan helah akan dipersembahkan pada mertuanya Wali Abdal.

Habis keringat otak udang Dol Serbatahu perah akan tetapi tiada dapat akan dia fikir apa muslihat untuk menipu Wali Abdal. Maka merujuklah akan Dol Serbatahu pada Menteri Syahbandar bersama juak utamanya Orang Kaya Mandeliar putar alam adanya.

Mengikut tuan empunya hikayat tersohor dengan bantuan Menteri Syahbandar dan Orang Kaya Mandeliar maka terjumpalah akan helah muslihatnya apakala duduk bertinggung berbincang berteka teki bersoaljawab hampir setengah purnama lamanya.

Maka itu bersegeralah Dol Serbatahu dengan senyum bak kucing liar berak sembelit dalam pasir masuk mengadap bapa mertuanya apakala sudah yakin akan muslihatnya boleh diterima akal Wali Abdal adanya.

Justeru itu diadukan Dol Serbatahu akan Wali Abdal hakikat sebenar DUIT KUTU ORANG MATI telah hilang di makan anai-anai dari Negeri atas Angin.

Apakala diadukan oleh menantunya maka percayalah Wali Abdal akan cerita putar belit rekaan Dol Serbatahu dan sahabat2 autanya. Arakian Wali Abdalpun memanggil tukang lapor dan memberi titah akan dia mohon ditutup buku cerita DUIT KUTU ORANG MATI kerana gerangan anai-anai dari Negeri atas Angin.

Tatkala mendengar arahan Wali Abdal itu maka terlopong ternganga masuk lalat akan mulut Tukang Lapor terkejut beruk yang amat akan kisahnya seperti itik tak sudu ayam tak patuk adanya.

Maka bermadah berselokalah akan Wali Abdal bahawa semua sekali DUIT KUTU ORANG MATI akan pulih seperti sediakala tatkala beralih angin bulan purnama pada minggu pertama setiap bulan. Adapun mengikut kalendar Negeri Gerbang Bulat bulan hanya akan purnama pada tiap-tiap tengah bulan adanya.

Akan hakikat sebenar gerangan apa DUIT KUTU ORANG MATI lesap tidak diadu Dol Serbatahu akan mertuanya.

Adapun menurut juak-juak terdekatnya duit itu telah ditelan kerja besar Dol Serbatahu memanggil rakyat Negeri Gerbang Bulat beradu tubuh badan bersegi bulat untuk menjadi lambang negerinya.

Adapun naik semangat penuh keringat akan Dang Anum Setia isteri Wali Abdal tatkala mengetahui akan Pusat Perut Muda adakan majlis beradu tubuh badan bersegi bulat hasil bijaksana menantunya Dol Serbatahu.

Maka banyaklah akan duit hamba rakyat hangus dibakae menjadi debu arang halus gunanya untuk membuat asap tebal bagi memilih akan juara tubuh badan bersegi bulat adanya.

Arakian amat besar bangganya Wali Abdal tatkala melihat dengan mata kepala sendiri akan pujian juak-juak kaki bodek akan kehebatan becakap senohong Dol Serbatahu. Maka Pusat Perut Muda dianugerahkan Wali Abdal akan sekeping tanah rizab asal tapak rumah pasong dengan niat buat market rakyat kebulur tak makan bergelar Kedai Serban Tok Lebai adanya.

Apakala khabar berita itu sampai kepada Dol Serbatahu maka berpeluh jantanlah akan dia terkejut bukan kepalang akan murah hati mertuanya. Maka diseru diusung diajak berpawah Dol Serbatahu akan seorang saudagar ikan kering bergelar Paduka Dato Kerengga yang amat masyhur bijak membuat laba mengumpul untung akan dia.

Akan Paduka Dato Kerengga itu asal usulnya Tuan Punya Syarikat Timur Jauh berdagang ikan kering di kedai malam bernama Market Gelap Tipu Belaka yang dibuka petang gelap sejak zaman berzaman lamanya. Adapun gerangan apa dibuka petang gelap adalah supaya rakyat mudah tersalah nilai tergamak besar akan ikan keringnya yang banyak berulat hapak kohong adanya.

Maka bertemulah buku dengan ruas, Rabu dengan Khamis tatkala Dol Serbatahu berpawah menghitung untung laba bersama dengan Paduka Dato Kerengga adanya. Akan rakyat jelata sangat maklum apakala berpawah berkongsi bersama Tuan Punya Syarikat Timur Jauh yang tabiatnya suka cantas pucuk tutuh dahan kerat batang habis semua tak bersisa adanya.

Mengikut empunya cerita bermulalah rosak punah ranah hajat baik niat molek Wali Abdal tatkala Dol Serbatahu berpakat bersama Paduka Dato Kerengga makan bertumbuk rusuk berdagang amanah besar suci murni akan mertuanya.

Arakian dek kerana ghairah menghitung laba, kerja licik jahat ligat putar alam Dol Serbatahu bersama Paduka Dato Kerengga telah dimaklumi akan rakyat kebulur tak makan yang menadah janji besar Wali Abdal untuk bermukim di Kedai Serban Tok Lebai sejak zaman bah selut merah adanya.

Maka berasak-asak berduyun-duyun rakyat kebulur tak makan meninggi suara menangkat tangan tanda kena zalim persis tiada langit hendak dijunjung, tiada bumi hendak dipijak.

Sejak itu bermulalah hikayat sejarah panjang lebar perang besar bagai guruh di langit antara Dol Serbatahu dengan Dato Menteri Baitulmal Dan Kebesaran bersaksikan sekalian penduduk desa dan kota melihat Dewa sama Dewa berbalah, rakyat kecil mati kena tindih adanya.

Adapun rakyat Negeri Gerbang Bulat sudah sedia maklum akan keistimewaan Dato Menteri Baitulmal Dan Kebesaran yang petah bercakap, bijak berfikir dan pandai berunding akan dia. Justeru mengikut ilmu firasat Dato Menteri Baitulmal laba rakyat maka untunglah akan dia, rugi rakyat maka rugilah akan dia.

Maka itu ramailah Ahlil Nujum Negara dan Tukang Tilik Nasib berijtihad bahawa Dato Menteri Baitulmal Dan Kebesaran akan dinobatkan sebagai pengganti Wali Abdal di kemudian hari tatkala berundur dalam manis adanya .


Bersambung …………………………………..cilipadi007

Tuesday, January 26, 2010

PEMECAH AMANAH DIPUJA, PEMEGANG AMANAH DIBUANG

.
"">FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA “ PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI2 KAMU ( ANAK ISTERI KELUARGA) DARI API NERAKA…

Kesian rakyat Kelantan, lain yg dijanji lain yg dapat. Inilah cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Banyak bercakap tapi tak buat apa yg dicakap. Cakap senang tapi nak buat susah.

Bukan rakyat tak sayang TGNA. Banyak bukti kasih sayang pada TGNA tak pernah pudar. Apakah kerana kasih sayang membuta tuli memberi lesen untuk TGNA perintah negeri “ikut suka dia”.

Berapa banyak rakyat kena tanggung rugi gara2 TGNA beri kuasa/ lantik anak menantu jaga harta rakyat. Mulanya alkisah PMBK, beli kek hari raya, Kifalah dan terbaru Rumah Kelantan Jln Stonor KL .Baca di sini.

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri Kelantan? Kalau setakat nak jual harta benda kerajaan, tak perlu orang bijak jadi CEO, bagi kat budak kecil pun boleh buat.

Rasulullah saw diutuskan dalam masyarakat jahiliyyah yg hidupnya bertuankan nafsu. Sabda Rasulullah saw “SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA” . Apa yg berlaku di Kelantan harini adalah kerana kurangnya pembentukan akhlak yg mulia.

Akhlak sebuah Kerajaan diukur dengan istilah INTEGRITI, TELUS, BERTANGGUNGJAWAB. Semuanya adalah istilah ciptaan Barat tapi halatujunya kearah Kerajaan yg baik mentadbir untuk kesejahteraan rakyat.

Zaman pasca Kemerdekaan, hampir separuh jawatan utama dalam kerajaan dan GLC disandang oleh Penjajah Inggeris. Tika itu indeks rasuah sangat rendah walaupun pemerintahan dikuasai bukan Islam. Kenapa? Kerana ajaran barat sangat bencikan tumbuk rusuk…kerana INTEGRITI perasuah akan dipandang jijik oleh masyarakat.

Islam juga memusuhi rasuah berdasarkan Hadis Rasulullah “ PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH AKAN DIHUMBAN KE DALAM NERAKA”. Definasi rasuah akan berubah jika diistilahkan sebagai sumbangan, baksis dan pemberian ikhlas. Kenapa ummat Islam terlibat dengan rasuah? Kerana IMAN sudah menipis dan NAFSU menguasai AKAL.

Berada disekeliling TGNA bukan jaminan berakhlak mulia. Akhlak itu berkait rapat dengan hati yg ikhlas melahirkan Iman yg teguh. Nikmat Iman tak dapat diwarisi dari sesiapapun hatta anak beranak Nabi sendiri.

Abu Jahal dan Abu Sufian ( sblm pembukaan Kota Mekah) selalu bertemu Rasulullah saw sebelum dan selepas Baginda diangkat menjadi Rasul. Mereka berdua tidak dipanggil sahabat Rasulullah saw biarpun pernah bertemu, bercakap, berbalah dan sama2 warganegara/ bumiputera Mekah AlMukarramah.

Benteng pemisah antara Rasulullah saw dengan Abu Jahal dan Abu Sufian ialah beriman kepada 6 Rukun Iman. Abu Jahal yg lahir di Mekah dan mati di Mekah tidak dikenang sumbangannya membina tamaddun Kota Mekah.

Sebanyak manapun sumbangan Abu Jahal dan Abu Sufian untuk pembangunan Kota Mekah tetap tidak mendapat pahala kerana tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Maksud Firman Allah “APAKAH KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU MEMBERI MINUM KEPADA JEMAAH HAJI DAN MEMAKMURKAN MASJIDIL HARAM SAMA SEPERTI ORANG2 YG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT”.

TGNA telah melantik menantu sendiri menerajui GLC iaitu PMBK. Pada TGNA menantunya layak kerana memilikki gelaran IR, selalu berjemaah Solat Subuh bersamanya, budak bijak dan berpandangan jauh untuk membela rakyat Kelantan. Sayang sekali dalam banyak kriteria disebut TGNA terpinggir soal akhlak. Sejauh mana akhlak menantunya tidak pernah TGNA ambil tahu.

Menantu yg baik bukan setakat menjaga makan minum pakai anak, isteri dan mertua ipar duai. Menantu yg berakhlak tidak menipu dan pura2 baik di hadapan mertua. Menantu yg berakhlak bila diberi amanah tidak akan khianat. Setiap keputusan dibuat menantu yg berakhlak bukan setakat dipersembahkan kepada mertua tapi kepentingan masyarakat umum diambil kira.

Banyak peluang untuk menantu TGNA berkhidmat bila dilantik CEO PMBK. Sayang sekali menantu TGNA bukan pemuda yg berakhlak biarpun pada TGNA menantu yg baik. Perlantikan CEO PMBK yg tidak amanah bukan setakat merugikan rakyat tapi menconteng arang ke muka mertuanya.

Inspirasi mulia TGNA membina Bazaar Tok Guru masih belum kesampaian. Niat TGNA yg baik akan tergendala bila pengendali projek tidak amanah dengan tugasnya.

Menantu baik TGNA diberi dua pilihan bila merancang Bazaar Tok Guru. Ditangannya diberi ujian antara untung jangka pendek bila memihak kepada pemaju dan untung jangka panjang bila membantu peniaga kecil.

Menantu bijak TGNA memilih berpihak kepada pemaju kerana kurangnya akhlak dan amanah. Bila Pemaju menyediakan dokumen perjanjian dengan terma2 yg berat sebelah tapi dipersetujui menantu baik TGNA biarpun tanah lebihan 4.4 ekar terlepas dari genggaman. Tingkat bawah Bazaar Tok Guru juga dihadiahkan kepada pemaju sesuka hati.

Lupakah kita pada sabda Rasulullah saw “ TIGA CIRI2 ORANG MUNAFIQ IAITU MUNGKIR JANJI, BERCAKAP BOHONG DAN BILA DIBERI AMANAH DIA KHIANAT”

Sayyidina Uthman Affan dikenali sebagai menantu Rasulullah saw yg berakhlak mulia. Gelaran Zunnurain diberi kerana 2 kali beliau mengahwini puteri Rasulullah saw. Beliau pernah dipuji Rasulullah saw kerana kemurahan hati menINFAQkan harta untuk Islam, bukan kerana budi pekertinya. Hanya Malaikat yg memuji dan malu dengan amal Sayyidina Uthman.

Sayyidina Ali juga memenuhi kriteria sebagai menantu yg baik bila mengahwini puteri Rasulullah saw. Beliau dipuji kerana akhlak yg baik dan ilmu yg banyak ( GEDUNG ILMU ) bukan kerana solat subuh berjamaah bersama Rasulullah saw di Masjid Nabawi .

Pengorbanan Sayyidina Ali menggantikan tempat tidur Rasulullah dalam peristiwa Hijrah juga tidak menjadi kredit kepadanya dalam pemerintahan Rasulullah.

Rasulullah saw adalah contoh ulung mertua terbaik tatkala memperisterikan Sayyidatina Aishah puteri Sayyidina Abu Bakar. Kerana sifat MAKSUM sepanjang hidupnya Rasulullah tak pernah puji mertuanya tanpa sebab jelas biarpun IMAN Sayyidina Abu Bakar menyamai Iman seluruh ummah.

Apakah menantu baik TGNA masih menguasai TGNA selepas 31 januari 2010? Apakah diplomasi perletakkan jawatan di PMBK boleh mencuci arang di muka TGNA? Bagaimana nasib tanah anak cucu kita seluas 4.4 ekar di sebelah Bazaar Tok Guru selepas digadaikan 99 tahun kepada pemaju?

Terpulang kepada rakyat untuk menilai baik buruk menantu baik TGNA yg solat Subuh berjemaah di Masjid Pulau Melaka. Kita diberi pilihan antara Sirah Rasulullah saw memimpin ummat Islam atau Episod Baru Kepimpinan Ulama TGNA dan menantu baiknya.

Sekian dari cilipadi007

Syabas AMK

KAMI CERITAKAN KEPADAMU ( WAHAI MUHAMMAD), PERIHAL MEREKA DENGAN BENAR, SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ORANG2 MUDA YG BERIMAN KEPADA TUHAN MEREKA DAN KAMI TAMBAHI MEREKA DENGAN HIDAYAT ( Surah ALKAHFI ayat 13 )

Sekalung tahniah kepada sdr Nazree Yunos yg telah memilih Keadilan sebagai platform untuk meneruskan perjuangan membanteras rasuah di Malaysia.

Tindakan Sdr Nazree harus dipuji. Bukan sedikit tawaran diberi tapi Keadilan menjadi pilihan. Tentunya beliau faham memilih Keadilan bukan jalan ringkas untuk berjaya. Banyak dugaan dan rintangan menjadi teman seperjuangan Keadilan.

Agak cemas juga melihat detik2 terakhir Sdr Nazree sebelum pengumuman rasmi menyertai Keadilan. Umum faham bahawa terdapat pujuk rayu dari UMNO agar Nazree mengikut langkah Ezam. Paling ditakuti ialah terdapat “musang berbulu ayam” iaitu agen Ezam dalam Keadilan yg cuba mengheret Sdr Nazree menyertai UMNO.

Bekas Pengerusi Gerak sebelumnya memilih UMNO setelah merasai nikmat berjuang bersama Keadilan sebelum mengetuai Gerak. Ezam menyertai UMNO dengan alasan yakin bahawa UMNO melalui Presiden Tun Abdullah Badawi membuka ruang untuk memerangi rasuah.

Penubuhan SPRM menjadi titik tolak kemasukan Ezam kotak ke lubok UMNO yg menjadi musuh politiknya sejak sekian lama. Ramai terkejut terutama pemimpin parti politik yg pernah bersama Ezam menjaja rahsia kotak2 rasuah yg kononnya berada bersama Ezam.

Road Show sumpah keramat Ezam dan konco2nya menjadi “senjata makan tuan”. Mush yg disasar tapi peluru mengena diri sendiri. Ezam dan semua jemaah sumpah keramat spt Zahid Mat Arip, Lokman Nor Adam, Ruslan Kasim dll kembali ke pangkuan UMNO. Hanya tinggal Badrulamin sebagai pejuang tulen.

Tindakan Ezam menyertai UMNO sudah dijangka oleh sahabatnya dalam AMK. Ezam memilih jalan selamat bersama UMNO setelah merasai kepayahan bersama Keadilan. Klimaks perjuangan Ezam hingga terpaksa merengkok dalam penjara kerana isu OSA.

Ezam meninggalkan Keadilan dengan harapan ia akan lumpuh dengan ketiadaannya. Memang aura Ezam sebagai Ketua AMK sangat terserlah hingga suaranya juga hampir menyamai Ikon Keadilan DSAI.

Sejarah penubuhan Keadilan juga tercatit nama Ezam sebagai Ketua AMK pertama. Bakat semulajadi Ezam membantu survival Keadilan hinggalah beliau menyertai UMNO. Sangkaan Ezam jauh meleset. Kini Keadilan semakin kukuh di persada politik Malaysia hingga mengetuai Kerajaan Selangor.

Rezeki Ezam untuk bergelar YB tidak dimakbulkan Tuhan. PRU11 tahun 2004 dia bertanding di Parlimen Shah Alam tapi kalah dengan majoriti 4,000 lebih. PRU12 Parlimen Shah Alam dimenangi oleh YB Khalid Samad setelah Ezam tinggalkan Keadilan.

Ruang kosong pusaka sebagai Ketua AMK digalas Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin, seorang tokoh muda berbakat besar. Antara Ezam dengan Shamsul tak banyak bezanya. Kelebihan Ezam hanyalah boleh berceramah meniru suara DSAI, idolanya era reformasi. Hanya suara bukannya inspirasi DSAI menjadi pegangan Ezam.

Sdr Shamsul jauh dilihat islamik mengatasi Ezam bila memimpin AMK. Tarbiyah yg diperolehi dari Kolej Islam Klang sebagai pedoman hinggalah ditabalkan menjadi pemimpin pelajar di UIA. Kalau Ezam terkenal kerana hebat berceramah, Sdr Shamsul jauh lebih hebat. Dengan pemahaman yg baik makna AlQuran dan Hadis menjadi kelebihan Sdr Shamsul yg juga arif berbahasa Arab.

Kelemahan Ezam suka bercakap kemudian baru berfikir sedangkan Sdr Shamsul lebih suka berfikir dulu sebelum bercakap. Fakta berceramah lebih memihak kepada Sdr Shamsul kerana hati yang ikhlas berjuang diberi keberkatan dari Allah. Semoga Sdr ShamsulIstiqamah bersama AMK, bukannya hangat2 tahi ayam seperti Bekas Ketua AMK sebelumnya.

Dengan kemasukkan Sdr Nazree ke dalam Keadilan diharap dapat menyuntik “power” baru untuk AMK. Usaha gigih Sdr Shamsul mengheret Pengerus i Gerak menyertai Keadilan adalah langkah bijak untuk menambahbaik AMK. Ianya penting kerana integriti Gerak akan layu jika kesemua bekas Pengerusinya dicekup UMNO.

Cilipadi kali pertama berpeluang mendengar Sdr Shamsul berceramah di Kg Laut Tumpat 2 hari lepas bersama pimpinan kanan Pas ( YB Dato Ahmad Yaacob TMB, YB Zaki Ibrahim Timb Speaker/ S/U Pas Kelantan, Dato Kamaruddin Jaafar A/Parlimen Tumpat, YB Amiruddin ADUN Batu Caves N/ Ketua AMK )

Motif ceramah adalah untuk memberi penerangan isu tuduhan terbaru terhadap DSAI. Sdr Shamsul berceramah dengan bahasa mudah difahami rakyat tempatan dalam siri ‘road show’ Sumpah Khazaf” . Harapnya kisah road show Ezam menjadi sempadan perjuangan AMK.

Sekali dengar seolah-olah Sdr Shamsul penceramah PAS kerana kepetahan membaca isi Alquran dan Hadis. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia jika suara Sdr Shamsul sampai ke Parlimen mewakili rakyat.

Usai berceramah Sdr Shamsul bergegas pulang ke KL kerana terpaksa hadir mesyuarat penting pada hari Ahad ( 24/1/2010). Sdr Shamsul menerima perit jerih dalam perjuangan sejak mewakafkan diri pada Keadilan.

Rupanya ia adalah hari bersejarah kemasukkan Sdr Nazree kedalam Keadilan yang diusahakannya selama ini. Syabas Sdr Shamsul kerana kejayaan memancing Nazree. Semoga Sdr Nazree ikhlas memilih Keadilan yg serba kekurangan dan penuh pancaroba. Menjadi anggota pembangkang jauh lebih mencabar dari memimpin NGO.

Semoga AMK bertambah efisien dan maju ke depan kea rah menawan Putrajaya dalam PRU13. Insyaallah Sdr Shamsul juga akan dimasyhurkan sebagai Yang Berhormat hasil keringat perjuangan bersama Pakatan Rakyat ( PR ).

Perkasanya AMK memberi impak baik pada PAS dan DAP sebagai rakan kongsi Pakatan Rakyat (PR). Selamat Maju Jaya buat AMK, DPPP dan DAPSY. PRU13 untuk PR menawan PUtrajaya

Sekian dari cilipadi007

Ralat : artikel ini sudah siap pada 24/1/2010 tetapi lewat posting kerana bagi laluan untuk Surat Cikgu Musa

Monday, January 25, 2010

SURAT CIKGU MUSA SALLEH KEPADA PIMPINAN ( 2 )

6.5 Pada 10/4/1986 ( sebelum Mesyuarat Agnong PAS P/Puteh), kumpulan penyokong Ust Muhamad Husin mengadakan stau perjumpaan sulit di Kg Pintu Pupoh, Saring Gaal dengan diberi sekeping kertas ( list/senarai untuk ditulis sendiri mana2 yang hadir tanpa menyatakan sebab kenapa perjumpaan itu dibuat). Selepas selesai daftar nama dan tandatangan dibuat, barulah mereka menanya sebabnya. Apabila selesai saja penerangan itu dan sesudah ramai drpd yg hadir itu pulang, penganjur perjumpaan menulis ayat di bawah senarai nama2 seperti berikut:

KAMI TIDAK SETUJU CIKGU MUSA SALLEH MENJADI ADUN GAAL

s.k.KEPADA SEMUA PERWAKILAN

6.6 Dlm Mesyuarat Agong PAS P/Puteh pada tahun 1986, setelah gagalnya rancangan Ust Muhamad Hussin dan konco2nya membuat undi tidak percaya kpd saya selaku YDP PAS P/Puteh , tiba2 Jasin B Isa ( Pakda Yasin) bangun dan terus menendang DUA kali berturut2 kepada anak saya bernama Ali Akbar Musa, selaku perwakilan Dewan Pemuda Pas Kawasan. Kemudian selepas itu pula, ketika saya sedang bercakap dengan Hj Omar Mohamad ( Speaker DUN) selaku Pengerusi Tetap PAS P/Puteh, dengan tidak disedari tiba2 Pakda Yasin menumbuk pipi saya dengan kuatnya. Majlis mesyuarat itu kelam kabut dan huru-hara seketika.

6.7 Dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1986, Ust Muhamad Hussin dengan menggunakan kereta kepunyaan Cikgu W Ab Rahim W Abdullah yg bernombor PAS 4664 masuk mengempen orang2 PAS di DUN Gaal jangan mengundi saya supaya tewas dalam pilihanraya itu dengan alas an “ kalau Cikgu Musa menang dan PAS menang dan membentuk kerajaan di Kelantan,maka huru haralah pula negeri Kelantan kerana Cikgu Musa hendak jadi MB Kelantan. Berlakulah sepertimana Wan Ismail dengan Dato Nik Man dulu, menyebabkan hancurnya PAS dan Kerajaan Pas Kelantan. Kita akan beri Cikgu Musa kerja Kerajaan”. Sepatutnya saya menang, tetapi justeru itu saya tewas dengan 429 undi sahaja.

6.8 Ketika berucap merasmikan mesyuarat agong PAS P/Puteh tahun 1987, antara lain TGNA telah menyindir saya dengan perkataan kesat dan keji, yg tak sepatutnya keluar dari lisan seorang ulama besar sehingga sanggup banding dgn tempurung bulu, perkataan ranggah, kain tak terpakai ( tak bermutu & tak berguna ), Chin Peng (komunis) dll ( kaset ucapan itu berada dalam simpanan saya). Mesyuarat agong itu adalah mesyuarat pemilihan, yg mana Ust Mustafa Rushdi Abd Ghani ( S/usaha Dewan Ulama PAS Kelantan) melawan saya untuk jawatan YDP Kawasan. Alhamdulillah rezeki sekali lagi Allah memberi kemenangan kpd saya dengan kelebihan 24 undi.

6.9 Selepas beberapa hari drpd mesyuarat agong PAS P/Puteh bagi tahun 1987, saya bersama dgn semua anggota Dewan Harian PAS P/Puteh ( kecuali Ketua Dewan Muslimat) datang ke rumah TGNA meminta maaf di atas kesalahan dan kesilapan saya berhubungn dgn mesyuarat agong itu. Dua kali berturut2 saya lafazkan permohonan maaf. Alangkah sedih dan dukacita saya dan sahabat2 bilamana TGNA menolak/ tidak menerima permohonan maaf saya itu dgn perkataan lebih kurang “ Hamba minta maaf kerana hamba tak mahu mendengar masalah politik. Kalau hal lain, bolehlah kita bincang. Kalau Cikgu nak duduk, duduklah. Kalau nak balik, baliklah. Hamba letih dan nak masuk tidur”. Lepas itu TGNA bangun dan terus masuk kebilik tidurnya dgn meninggalkan kami begitu saja. Selepas beberapa minit TGNA tak keluar, kamipun bangun dan turun serta terus pulang. Ulama apakah semacam ini? Wallah huaklam

6.10 Dlm mesyuarat agong PAS P/Puteh pada tahun 1989, sekali lagi Ust Muhamad Hussin dan konco2nya telah mengambil kesempatan melagakan Ust W Mustafa Rushdi Abd Ghani ( S/Usaha Dewan Ulama PAS Kelantan) untuk merebut jawatan YDP dengan saya. Alhamdulillah sekali lagi saya menang dengan kelebihan 147 undi. Apa yang mendukacitakan saya, perbuatan Ust Wan Mustafa dating bertanding di Kawasan P/Puteh itu adal bercanggah dan melanggar Perlembagaan PAS, yg mana beliau mengambil bahagian dlm mesyuarat agong lebih daripada sekali dalam satu tahun dan lebih daripada satu Kawasan, iaitu sesudah ianya dilantik/ dipilih selaku jawatan Naib YDP Kawasan Kota Bharu bagi tahun 1989, kemudian dating bertanding jawatan YDP PAS P/Puteh tahun 1989 itu dan sesudah tewas di P/Puteh ianya pula balik memegang semula Naib YDP PAS Kota Bharu pada tahun 1989 itu juga.

6.11 Pada 20/3/1990 Sdr W Daud W Bakar selakun ketua Pas Cawangan Nering, Gaal mewakili 8 cawangan PAS dlm DUN Gaal iaitu (1) Nering (2) Telipot (3) Telosan (4) Gong Mengkelis (5) Kemal (6) Gaal Hulu (7) Wakaf Licong (8) Gong Nangka, kononya menentang / tak akan member kerjasama dengan PAS P/Puteh dibawah pimpinan saya. Bantahan ini telah diambil kira oleh TGNA.

6.12 Dlm bulan September 1990 kira2 29 dari 30 cawangan PAS dlm DUN Gaal telah membuat penafian diatas surat bantahan yg dibuat W Daud itu, termasuk 8 cawangan yg disebutkan, hatta Cawangan Nering sendiri memberi sokongan kpd saya memimpin Pas P/Puteh dan mendesak Badan Perhubungan PAS Kelantan melantik saya menjadi calon di DUN Gaal dlm PRU 1990. Surat tersebut ditandatangani oleh 3 orang drpd kepimpinan PAS cawangan masing2. Surat yg dibuat oleh 29 cawangan itu telah tidak diambil kira oleh pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan. Salinan surat tersebut tak dapat saya kembarkan sama kerana banyak. Insyaalah saya kan kemukakan dalam perbicaraan nanti.

6.13 Pd bulan September 1990 selepas selasai TGNA member ceramah umum merasmikan penubuhan Cawangan Atas Kob/ Kg Raja, tiba2 datang anak sepupu TGNA bersama Tuan Zahari selaku Bendahari Pas cawangan tersebut, menuduh saya mencuri wang dalam tabung derma minum the bagi cawangan itu dan meminta saya supaya menggantinya sebanyak mana yg telah saya curi. TGNA sepatahpun tidak kata apa2 dan tak campur tangan langsung di atas peristiwa malang ke atas diri saya itu dihadapan pemimpin2 PAS dan Semangat 46 termasuk penceramah undangan ( Cikgu Mat Rafie Salleh) selaku Pegawai Penerangan Semangat 46 Kelantan. Tak ada langit nak dijunjung, tak ada bumi nak dipijak diketika itu, malu dan hinanya tiada terhingga saya kpd orang ramai. Hanya kepada Allah saja saya berserah dank pd Allah saya meminta tolong. Satu hari nanti Insyaallah Tuhan akan tunjuk, siapa benar dan siapa bersalah. Ekoran dari itu, berlaku pula perkara yg tidak diingini seperti berikut :

6.13.1 Selepas beberapa hari dari peristiwa itu, berlaku pergaduhan yg hebat, yg mana orang yg kena pukul terpaksa masuk hospital beberapa hari dan yg dituduh ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah, yg berkesudahan mereka yg didakwa itu dikenakan hukuman nmahkamah

6.13.2 beberapa hari sesudah berlaku pergaduhan itu, pihak yg kena pukul itu, memukul pula orang yg memukulnya. Tapi orang yg kena pukul kemudian itu tidak membuat aduan polis.

6.14 Pada 6/10/1991 ( malam) ketika TGNA berunding dengan beratus2 orang PAS P/Puteh diatas Masjid Kg Pulau Melaka, yg mereka merayu TGNA “ Tok Guru ambillah Cikgu Musa jadi calon PAS DUN Gaal.Kalau tak hancurlah PAS P/Puteh”. Dgn angkuh, takbur dan sombong disamping menepuk dada, TGNA menjawab “ Kalau Cikgu Musa PONGOH, hamba PONGOH lebih dari dia.Kalau PAS P/Puteh nak hancur, hancurlah. Kalau jenis macam sampah,padan kuis dengan kaki disamping menggayakan kakinya sekali. Kalau Cikgu Musa lapar nak jadi calon, masuklah calon Bebas supaya senang kita bertindak. Kalau setakat Cikgu Musa nak jadi Ketua PAS P/Puteh, peganglah sampai mati. Adek kakak, tangan hamba ni haram sain Cikgu Musa jadi calon disamping menunjukkan tangannya, kalau hamba sain juga berdosa besarlah hamba. Hamba nak ambil seseorang tu menjadi calon PAS, bukan sehari dua hari, bukan sebulan dua bulan, bukan setahun dua tahun hamba kaji bahkan 4 tahun Istikharah baru hamba terima”. Pendek kata banyak lagi kata2 angkuh dari TGNA yg tak perlu dituliskan.

6.15 Dlm tahun 1991 selepas TG Hadi Awang selaku Timb YDP PAS Pusat berucap merasmikan Pelancaran Tabung Derma Serambi Mekah di Balai Islam, Lundang Kota Bharu, YB Hj Omar Mohamad ( Speaker DUN merangkap S/Usaha Badan Perhubungan PAS Kelantan) memberitahu saya, mendakwa yg ianya mewakili Kepimpinan PAS dan Kerajaan Kelantan suruh bertanya dan berjumpa Cikgu Musa, “ Sanggupkah Cikgu terima @ menolak bekerja dengan Kerajaan Kelantan yg gaji/pendapatan bulananya lebih kurang sama dengan pendapatan Wakil Rakyat”. Saya menjawab, “Insyaallah saya akan terima dan hendaklah kemukakan apa jenis jawatan itu”

6.16 Pada 16/3/1991 ( 2 hari sebelum puasa) saya datang berjumpa dengan TGNA dibilik pejabatnya di Kota Darulnaim bercakap dengannya. Antara lain:

6.16.1 Saya meminta maaf di atas kesalahan dan kesilapan tindak tanduk politik saya .TGNA menjawab “ kesalahan Cikgu kepada hamba, hamba maafkan.Tetapi kesalahan Cikgu kepada parti dan jamaah, hamba tak dapat maafkan”.

6.16.2 Saya juga merayu TGNA dan memohon belas ihsan dan simpati, agar berikhtiar mendapatkan saya bekerja dengan Kerajaan Kelantan, yg gajinya cukup untuk nafkah hidup saya sekeluarga, kerana saya sekarang hidup dalam kesusahan dan miskin. TGNA menjawab, “ Cikgu cari sendirilah, bila ada kosong, Cikgu datanglah berjumpa hamba dan hamba akan memberi surat sokongan.

6.17 Pada 29/4/1991 ketika berucap merasm


ikan mesyuarat agong PAS P/Puteh, Yb Ust Ab Halim Ab Rahman Timb MB merangkap Timb Pesuruhjaya PAS Kelantan, antara lain ucapannya beliau menegaskan “ Samada Cikgu Musa menang @ kalah dalam pertandingan merebut YDP PAS P/Puteh pada hari ini, kita (Kerajaan dan Parti) akan member Cikgu Musa kerja dengan Kerajaan Kelantan, kerana kerja itu sudahpun ada dan sedang diuruskan. Kita tahu dan sedar, bahawa Cikgu Musa ini banyak jasa dan berkorban harta benda dan berjuang siang malam bagi menjayakn perjuangan PAS kita, yg tak dapat dinafikan”. Justeru itu saya membatalkan urusan menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah pada tahun itu.

6.18 Dlm mesyuarat agong PAS P/Puteh pada 29/4/1991, satu kekecohan berlaku oleh YB Ust Muhamad Hussin dan konco2nya, yg mana Ust Muhamad Husin hendak bertanding sendiri jawatan YDP Pas P/Puteh sedangkan beliau tak menjadi ahli PAS P/Puteh, kerana tidak mendaftarkan sijil keahliannya dalam Buku Daftar Ahli PAS Kawasan dan tidak ada tanda tangan s/usaha PAS Kawasan serta cop rasmi Pas P/Puteh. Berkali2 kawasan memberitahu beliau supaya berbuat demikian sebelum drpd berlaku mesyuarat agong PAS Kawasan, malahn dengan surat rasmipun dikemukakan juga kpdnya, memaklumkan beliau tak boleh bertanding kerana bercanggah dengan Perlembagaan PAS Fasal 12 (3), Fasal 15 (2) dan Fasal 24 (2). Akhir sekali terpaksa PAS Kawasan P/Puteh menghubungi S/Usaha Agong PAS untuk pengesahan kehendak Perlembagaan PAS itu. Oleh kerana Ust Muhamad Husin berdegil juga nak bertanding, maka terpaksalah YB Omar Mohamad selaku Pengerusi Tetap menyerahkan mandate kepada perwakilan, samada membenarkan @ tidak beliau bertanding. OLEH KERANA ADA PERWAKILAN BERSETUJU membenarkan dan ada yang menentang, maka pengundian dijalankan. Di antara lebih 400 orang perwakilan yg hadir, hanya 79 undi saja menyokong membenarkan beliau bertanding, selebihnya adalah penyokong PAS yg tidak membenarkan beliau bertanding. Keputusannya jawatan YDP P/Puteh dimenangi oleh saya tanpa bertanding.

6.19 Selepas muktamar PAS Pusat tahun 1991, saya berjumpa Yb Ust Ab Halim Ab Rahman di Kota Darulnaim. Saya bertanya beliau tentang masalah kerja/ jawatan saya dengan kerajaan Kelantan. YB Ust Ab Halim memberitahu saya “ jawatan untuk Cikgu sudah ada di Kelantan Baja Corporation sdn bhd (KBC) anak syarikat PKINK. Cikgu pergilah berjumpa dengan Hj W Ab Rashid W Mahmood Pengurus Besar PKINK @ Hj Aziz Nawi Pengarah Permodalan Kelantan Bhd (PKB) anak syarikat PKINK”.

6.19.1 Keesokan harinya saya telah dapat menghubungi Hj Aziz Nawi Pengarah PKB dipejabatnya. Saya bertanya tentang jawatan saya sebagaimana yg diberitahu oleh YB Ust Ab Halim TMB. Hj Aziz memberitahu saya “ Ya, memang betul selaku URUSETIA PENERANGAN DI BAJA CORPORATIOAN ( KBC) , sudahpun siap dengan tugas2 dan gaji/elaun bulanannya. Tapi dukacita perlantikannya tidak dapat dibuat kerana ditahan oleh Cikgu W Ab Rahim W Abdullah Setiausaha Politik MB. Kalau Cikgu W Rahim arah suruh buat surat perlantikan kepada Cikgu Musa, esok pun hamba boleh buat, kerana hal itu sudahpun siap”.

6.19.2 Keesokanpaginya pula saya dating berjumpa dengan Cikgi W Ab Rahim SUP MB di Kota darulnaim. Saya beritahu beliau tentang jawatan saya itu sepertimana diterangkan oleh YB Ust Ab Halim TMB dan Hj Aziz nawi itu disamping merayu jasa baik dan kerjasamanya menyelesaikan dan membuat perlantikan segera jwatan itu kepada saya. Beliau menjawab “ Jawatan itu memang ada tapi perlantikan kepada Cikgu Musa tak dapat dibuat sebelum dibincang dan diluluskan oleh Dewan Harian Perhubungan PAS Kelantan terlebih dulu, kerana jawatan itu adalah jawatan besar”. Saya merayu Cikgu Ab Rahim supaya mengemukakan masalah jawatan saya itu apabila mesyuarat Dewan Harian diadakan nanti.

6.19.3 Seleps berjumpa Cikgu W Ab Rahim, sya terus berjumpa YB Ust Halim TMB dan beberapa anggota Dewan Harian Pas Kelantan serta Exco Kerajaan dari PAS, menceritakan masalh jawatan saya itu dan merayu jasa baik dan kerjasama mereka supaya meluluskan perlantikan Jawatan Kerajaan saya itu dlm mesyuarat Dewan Harian yg akan dating. Semua mereka sanggup. Mungkin sekarang ada antara mereka yg sudah lupa di atas kesanggupan mereka itu.

6.20 tunggu punya tunggu, pd 10/9/1991 S/Usaha PAS P/Puteh telah menerima surat drpd Pejabat Menteri Besar, Ruj: MB(KN) SUP.55/(12) bertarikh 4/9/1991 yg ditandatangani oleh Cikgu W Ab Rahim W Abdullah selaku SUP MB Kelantan dlm ruangan “B” surat tersebut, yg mana beliau menyatakan TGNA tak pernah menjanjikan apa2 jawatan dlm Kerajaan Negeri samada kepada YDP PAS P/Puteh @ mana2 YDP PAS Kawasan lain. Islam apakah ini yg diamalkan oleh Badan Perhubungan PAS dan Kerajaan Kelantan . Hati siapa tak sedih,pilu, marah, meradang bila dirinya dipersenda2, diperkotak katik bermacam2 cara sepanjang masa.

6.21 Pada 21/10/1991 PAS P/Puteh menghantar surat kepada TGNA ke alamatnya di Kg Pulau Melaka Ruj PAS/K024/2.02 (8)/91 di atas 2 masalah:

6.21.1 Ingin mendapat penjelasan drpd TGNA samada benar @ tidaknya maksud surat dan ditandatangani oleh Cikgu W Ab Rahim SUP MB Ruj MB(KN) SUP.55/ (12) bertarikh 4/9/1991 dalam paragraph “B” itu benar2 arahan drpd TGNA

6.21.2 Mohon TGNA member satu tarikh khusus perjumpaan untuk membincang dari hati ke hati di antara Kepimpinan PAS P/Puteh dengan TGNA bagi menyelesaikan masalah PAS P/Puteh, yg kononya sentiasa dalam kegawatan dan kekecohan sepanjang masa di bawah kepimpinan saya. PAS P/Puteh telah melantik 5 orang wakil dari Dewan Harian PAS Kawasan diketuai oleh YB Ust Othman Ab Wahab selaku Timb YDP PAS P/Puteh. Nama saya kerana terbabit tak disenaraikan.

6.22 Pd 27/10/1991 PAS P/Puteh telah menerima surat jawapan bdari TGNA bertarikh 24/10/1991 sebagai jawapan surat PAS Kawasan dgn mempertahankan Cikgu W Abd Rahim. Barangkali TGNA tak tahu, siapa sebenar melantik YB Ust Abd Halim Ab Rahman sebagai TMB. Kalaulah TGNA tahu dan ingat, yg dialah melantik jawatan TMB kpd Ust Abd Halim, pastilah TGNA tak mempertahankan Cikgu W Abd Rahim sampai begitu sekali, sedangkan Yb Ust Abd Halim terang2 mengisytiharkan Jawatan Kerajaan kpd saya di dalam mesyuarat agong PAS P/Puteh itu tidak diambil kira. Perangai apakah TGNA sampai semacam itu. Wallahuaklam. Tentang permohonan PAS P/Puteh minta nak berjumpa dan berunding, tak disebut langsung dalam surat jawapannya.

6.23 Pd awal Disember 1991 ketika saya bercakap dgnYB Rozali IsohakTMB2 dipejabatnya di Kota Darulnaim dengan disaksikan oleh Hj Fuad Hassan selaku S/Usaha sulit KDYMM AL Sultan Kelantan yg telah sedia ada dalam bilik itu. Yb Hj Rozali memberitahu saya, katanya “ kelmarin Hj W Ab Rashid Pengurus Besar PKINK berbual dgn saya di sini, yg mana dia telahpun melantik Cikgu Musa Saleh Pasir Puteh kerja sebagai Urusetia Penerangan di Kelantan Baja Corp (KBC) kira2 DUA bulan yg lepas”. Saya jawab kpd YB Hj Rozali (TMB2) itu tak benar, kerana sampai sekarang pun jawatan tersebut dll tak pernah ditawarkan kepada saya.

6.24 Pada 17/12/1991 Hj Fuad Hassan S/U Sulit KDYMM al Sultan menghubungi saya dengan telefon ke rumah saya memberitahu tentang pihak Istana Kelantan hendak tahu “ samada benar @ tidak, yg Cikgu Musa telah menolak Tawaran Kerja Jawatan Kerajaan Kelantan yg bergaji RM1,500 sebulan dgn alas an “kecil dan tak padan”. Saya jawab, ini adalah satu pembohongan yg amat besar yg dirancangkan oleh orang yg tak bertanggungjawab dgn niat jahat, supaya pihak istana murka kepada saya.

6.25 Pd Bulan Mei 1992 YB Dr Daeng Sanusi Marion selaku N/Presiden PAS Pusat datang ke rumah saya dengan 3 orang lagi rakannya dari R Panjang. Antara lain dlm perbualan kami, YB Dr Daeng Sanusi memberitahu saya “ Hamba telah diberitahu oleh YB Ust Abd Halim dan beberapa orang lain Pemimpin PAS Kelantan, betullah Cikgu Musa telah diberi kerja Jawatan Kerajaan Di (KBC) tapi malangnya ditahan @ dibatalkan TGNA

6.25.1 Saya bertanya kpd YB Dr Daeng Sanusi “ kenapakah begitu marah sekali TGNA kepada saya hingga sanggup berbuat demikian?”

6.25.2 Yb Dr Daeng Sanusi menjawab “ Adakah suatu masa dulu Cikgu berunding dengan TGNA di Pejabat PAS Kota Bharu, yg mana Cikgu telah membuat keputusan tak akan bertanding mempertahankan Jawatan YDP PAS P/Puteh”

6.25.3 Saya menjawab “Ya, betul, iaitu pada tahun 1987 dulu, kerana pada masa perundingan antara saya dengan TGNA menyatakan ramai orang2 PAS P/Puteh termasuk sahabat2 Cikgu, tak mahu Cikgu jadi ketua. Macamana Cikgu nak buat? Bila saya fikir TGNA kata termasuk sahabat2 Cikgu tak mahu kepimpinan saya, maka tak ada guna lagi saya menjadi pemimpin. Justeru itu saya berkata “ Kalaulah benar apa yg dikata oleh TGNA itu, Insyaallah saya takkan bertanding dll yg sebutkan lagi”. Bilamana saya balik dan melaporkan kepada Anggota Dewan Harian PAS tentang kenyataan TGNA itu, mereka menafi dgn sekeras2nya dan mereka mahu supaya saya menjadi YDP P/Puteh itu. Maka itulah sebabnya saya terpaksa bertanding. Kerana saya bertanding juga, itulah menyebabkan TGNA terlampau marah, benci dan dendam kesumat yg tak sudah2 dari tarikh itu sampai kpd harini. Ulama jenis apakah ini?

6.26 Saya rasa setakat inilah sahaja untuk saya laporkan didalam surat ini ditambah dengan alasan2 lain lagi yg telah saya nyatakan dalam surat perletakan jawatan saya yg salinan photostatnya dikemukakan kpd saudara. Lain2 kenyataan dan bukti penyelewengan TGNA terhadap Parti dan Kerajaan apakala diperlukan nanti, samada dalam majlis bicaraan di Pejabat Agong PAS ini antara saya dengan TGNA dan konco2nya atau di mahkamah adat ( Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Agong) kiranya berlaku perkara yg tak dapat dielakkan.

7. Sukacita saya menarik perhatian, bahawa saya tidak akan membuat rayuan di atas penggantungan Keahlian PAS saya oleh J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat itu sebagaimana yg diperuntukkan mengikut fasal 13 (3) @ fasal 75 (6) Perlembagaan PAS ( Pindaan 1993), kerana penggantungan itu tidak sah, yg mana saya orang yg kena tuduhtidak pernah diberitahu apakah jenis kesalahan yg telah saya lakukan dan saya juga tidak pernah dipanggil untuk perbicaraan @ diberi peluang membela diri secara bersurat, tiba2 hukuman Gantung Keahlian PAS saya dilakukan setelah kononnya menerima Representasi dari Badan Perhubungan PAS Kelantan. Saya juga menganggap bahawa J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat juga bertindak bercanggah dan berlawanan dengan Parti lebih2 lagi Ugama Islam Yang Maha Suci, yg mana bercanggah dengan Perlembagaan PAS mengikut fasal 3, fasal 5 (1) dan (2), fasal 6 (1) (2) (3) dan fasal 7 (1). Disamping pemimpin2 dan ulama2 PAS berceramah disana sini, kononnya memperjuangkan Islam mengikut contoh Perjuangan Rasulullah saw dan sahabat2nya dengan berpandu Quran dan Hadis, Qalallah, Qalarrasul, tapi apakah yg sebenarnya yg berlaku “ cakap tak sama bikin”

8.Saya ingin mendapat tahu Quran mana, Hadis mana, rasul mana dan sahabat2 Rasul mana yg diamalkan TGNA dan konco2nya sehingga sanggup melakukan kezaliman dan kekejaman serta pengkhianatan terhadap saya dan PAS P/Puteh sepanjang masa. Suka mendengar fitnah dan ampu bodek sepanjang masa tanpa usul periksa dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah secara Islam, tak dapat mencegah orang2 disekeliling pinggangnya melakukan kegiatan serta tindak tanduk yg bercanggah dengan dasar Parti dan Agama Islam.

9. Saya menghulurkan tangan sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kekasaran bahasa kurang adatsopan saya membuat surat semacam ini, oleh kerana penindasan, kezaliman melampaui batas yg dilakukan oleh TGNA & konco2nya ke atas saya dengan menanggung malu, hina dan aib dengan memperkotak katikkan pada sepanjang masa. Sudah tidak tertanggung lagi oleh saya seorang manusi yg lemah, daif, kerdil, miskin dan jahil, meminta sedekah kepada kawan2 secara belas ihsan mereka di atas hasil perjuangan Islam di dalam Parti PAS, yg mana sesudah menang dan berjaya, mereka Pemimpin2, pengampu bodek, penipu yg berada disekeliling pinggang TGNA dan konco2nya hidup mewah dan lumayan. Tapi saya jadilah sepertimana kata pepatah orang tua2 “ ibarat tebu, habis manis, hampas dibuang”. Ibarat isi kelapa, habis santan hampas dibuang”. Hidup mengulong dan menghisap jari pada sepanjang masa. Insyaallah sama2lah kita tunggu apa yg Tuhan balas kepada kita nanti, kerana Tuhan itu Maha Adil dan Maha Pembalas.

10.Drpd saya hidup dengan sebegini seksa, maka dengan hati yg bersih dan tulus ikhlas serta dengan perasaan yg penuh merendah diri, saya menyeru saudara dan pemimpin2 PAS Pusat “PECATLAH SAYA DARIPADA MENJADI AHLI PAS PADA BILA2 MASA SAJA”, supaya PAS Malaysia, lebih2 lagi PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA, seorang ulama besar lagi alim dan warak serta adil saksama dengan dibantu oleh konco2nya seperti Cikgu W Ab Rahim W Abdullah, Hj Mohd Amin Yaacob, Hj Hassan Abdullah, Yb Ust yahya Othman dan YB Ust Muhamad Husin yg pandai, cekap, bijaksana serta jujur dan ikhlas, akan bertambah majunya Parti PAS dari masa ke semasa. Justeru itu terlepaslah saya daripada berazam dan bercita2 berjuang untuk menegakkan Islam di dalam PAS di bawah Kepimpinan Ulama hingga hembusan nafas yg akhir.

11. Sukacita saya menarik perhatian dan member peringatan, yg mana sebelum daripada Tindakan PemecatanKeahlian PAS saya dibuat, demi keadilan Islam yg dikehendakki ALLAH dan RASUL, hendaklah diadakan suatu perbicaraan secara terbuka dengan seberapa segera di antara saya dengan TGNA dan konco2nya oleh J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat, atau oleh AJK PAS Pusat atau oleh J/Kuasa Syura Ulama, sebagaimana yg dituntut oleh ALLah subhanahu wataala di dalam Alquran ul Karim dalam surah AL IMRAN ayat 105, surah ANNISA ayat 58,59,105 & 107, surah ALMAIDAH ayat 49, surah ALANFAL ayat 13,25, 27, 51 & 71, surah YUNUS ayat 47, surah ANNAHLU ayat 124, surah ANNUR ayat 51, surah ALQASMAN ayat 75, surah ASSAJDAH ayat 22, surah ALHUJURAT ayat 9 & 10, dan surah ALMUMTAHANAH ayat 6, surah ARRUM ayat 54.

Mudah2an terlepaslah kita daripada yg dimaksudkan oleh Allah di dalam Alquranul Karim, surah ARRUM ayat 41.

Sekian, terima kasih, Wassalam.

Dengan segala hormat takzimnya,

Yg sentiasa mempertahankan hak dan kebenaran,

Cikgu Musa Saleh

K/P NO 2429511

Sunday, January 24, 2010

SURAT CIKGU MUSA SALLEH KEPADA PIMPINAN

.
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
DAN KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) AKAN DATANG KEBENARAN, DAN AKAN LENYAPLAH KEBATHILAN, SESUNGGUHNYA KEBATHILAN ITU SEPERTI BUIH DI LAUTAN

Seorang sahabat ‘istimewa’ telah memberi Cilipadi sepucuk surat yang dihantar oleh Cikgu Musa Salleh kepada pucuk pimpinan PAS. Isi kandung surat itu memberi gambaran kedudukan beliau yang tersepit bahana konspirasi untuk menjatuhkannya.Baca di sini

Adalah lebih molek kandungan surat ini didedahkan untuk membersihkan arang yang terconteng di landskap politik Arwah Cikgu Musa Salleh. Terpulang kepada kita untuk menjadi hakim hasil skrip tulisan beberapa pemimpin yang kita kasihi.Sabda Rasulullah saw BERKATA BENARLAH SEKALIPUN PAHIT.

Surat Cikgu Musa terpaksa di edit tetapi tidak lari dari maksud versi asal kerana isi kandungan surat tersebut terlalu panjang 14 m/s kesemuanya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Amat Murah lagi Amat Mengasihani, Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa,Tuhan Yang Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Melihat Lagi Maha Bijaksana, Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Pembalas.

Cikgu Musa Bin Saleh,

Kg Wakaf Lanas,16800 Pasir Puteh, Kelantan Tel : 09-762194

24 November 1993

Kepada yang dihormati lagi dikasihi,

Kepada yang dihormati lagi dikasihi,
1) Sdr Setiausaha J/Kuasa Tatatertib merangkap Setiausaha Agong PAS
2) Al Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am Pas Pusat
3) Al Fadhil Ustaz Presiden Pas Pusat
4) Al Fadhil Tuan Guru Timbalan Presiden Pas Pusat
5) Al Fadhil Naib-Naib Presiden Pas Pusat
6) Sdr Bendahari Pas Pusat
7) Al Fadhil Tuan Guru Ketua Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan
8) Al Fadhil Ust Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat
9) Sdr Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
10) Semua AJK Pas Pusat
11) Setiausaha Syura Ulama Pas Pusat

PER : POHON BATALKAN SERTA MERTA PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PAS MUSA SALEH K/P 2429511

Dengan hormat takzimnya merujuk surat saudara PAS/PA/1.06/Jld 1 bertarikh 23 Jamadilawal 1414 bersamaan 8 November 1993 berhubung dengan perkara di atas, telah selamat saya terima dan faham.Diucapkan terima kasih.

2. Dengan perasaan terperanjat sedih dan pilu, dukacita saya nyatakan, bahawa tindakan penggantungan keahlian Pas saya yang dibuat /dihukumkan ke atas saya oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat yang bersidang pada 8 November 1993 sesudah menimbang satu Representasi yang dikemukakan oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan mendakwa kononnya dalam beberapa ketika dahulu hingga sekarang bercanggah dan berlawanan dengan Parti.
Tinadakan itu adalah suatu tindakan prejudis, dzalim dan kejam serta mengandungi unsur2 yang tidak sihat, seolah-olah “ ada udang disebalik batu” yang dilakukan oleh Kepimpinan Pas di bawah Pimpinan Ulama ke atas saya yang mendakwa kononnya hendak melaksanakan hukum Islam secara keadilan dengan berpandukan Al Quran dan As sunnah.

2.1 Beginikah caranya pembalasan atau pengurniaan habuan kepada saya yang berjuang bermati2an siang dan malam dengan penuh penderitaan dan azab sengsara, mengorbankan harta benda, tenaga dan titik peluh serta nyawa hampir2 melayang bagi menghidupkan Parti Pas yang hampir berkubur di Kelantan setelah mengalami kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Kebangsaan 1978 dahulu, yang hanya tinggal DUA kerusi Dewan Undangan Negeri ( Sering dan Manek Urai ) dan DUA kerusi Parlimen ( Pengkalan Chepa dan Bachok ), ketika itu diibarat “ayam tak patuk,itik tak sudu.” Kata pepatah orang tua2 “ Bunga yang saya berikan, tapi tahi yang dibalaskan”.” Susu yang saya berikan, tetapi tuba pula yang dibalaskan”. “ Bunga dipersunting, perdu diberekkan”.

2.2 Begitu juga bagaimana bersusah payahnya saya untuk menjayakan kerjasama antara Parti Semangat 46, Bersa dan Hamim ke dalam Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ), sehingga di waktu saya pergi tolong banti pilihanraya kecil bagi Parti Semangat 46 ( ketika itu masih digunakan calon Bebas ) bagi Parlimen Johor Bahru yang calonnya ialah Dato Shahrir Samad dan DUN Parit Raja yg calonnya ialah Hamdan Yahya, pada masa itu, terutama waktu saya mengempen menyokong Bebas ( Dato Shahrir ), saya dituduh dengan perkataan keji oleh penyokong2 PAS “ Cikgu Musa kafir, toghut, murtad dll” sehingga sibuk di merata2 bercakap suruh pecat saya daripada ahli PAS. Boleh dikatakan ketika itu semua Pemimpin2 PAS seluruh Kelantan dari semua golongan menentang habis2an kerasama dengan Parti Semangat 46 ( ketika itu Bebas ) dan ada diantara Pemimpin PAS yang mengatakan dalam ceramah umum, samada UMNO Mahathir maupun UMNO Ku Li ( Tg Razaleigh –BEBAS/46) “ ibarat biawak seekor kerat 2, kepala pun biawak, ekor pun biawak”. Tetapi bila Berjaya menjadi Kerajaan dalam APU dan Berjaya membentuk Kerajaan di Kelantan, mereka dapat nekmat, tetapi saya dihina dan dipersendakan dengan berbagai cara sehingga digantung keahlian dan berkemungkinan besar akan dipecat daripada ahli PAS.

3. Kenapakah tindakan penggantungan keahlian PAS ke atas saya baru sekarang dilakukan diwaktu menjelangnya mesyuarat agong PAS kawasan Pasir Puteh pada 29/11/1993 akan datang ini. Sepatutnya tindakan itu dilakukan selepas saya mengadakan wawancara dengan TV1 & TV3 serta persidangan akhbar tempatan pada 5/2/1992 membuat kenyataan perletakkan semua jawatan saya di dalam Parti PAS dan Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh serta salinan surat perletakkan jawatan itu telah saya utarakan kepada sudara ketika itu sepertimana Photostat surat tersebut yang dikembarkan bersama ini, disamping ketika itu disusuli ceramah terbuka saya kepada umum di beberapa tempat di Kelantan menerangkan kenapa dan mengapa saya meletakkan semua jawatan tersebut, itu pun mesti mengikut prosedur parti yang betul sepertimana yang dikehendakki oleh Islam dan Undang2, iaitu mestilah mengadakan perbicaraan di hadapan J/Kuasa Tatatertib Parti terlebih dulu.

4. Saya tahu kenapa dan mengapa tindakan penggantungan keahlian PAS saya baru sekarang dilakukan, “ ibarat kata orang tua…Kilau dan kilau ikan di lautan, tahulah saya jantan betinanya”, “ Masakan tempua bersarang rendah, kalau tidak kerana padi sedang menguning”. Tindakan itu adalah semata2 untuk mencegah/ menghalang saya daripada bertanding jawatan YDP atau AJK PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan yang akan diadakan pada 29/11/1993 ini.

4.1 Pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan tahu yang Insyaallah kemungkinan besar saya akan dipilih @ dilantik menyandang semula jawatan YDP PAS Kawasan Pasir Puteh untuk sessi 1993/1995 di dalam mesyuarat agong itu.

4.2 Oleh kerana pihak Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Kelantan tahu yang kemungkinan besar saya akan dipilih @ dilantik semula jawatan YDP Kawasan Pasir Puteh itu di dalam mesyuarat agongnya, maka itulah sebabnya :

4.2.1 Badan Perhubungan PAS Kelantan menasihatkan kepimpinan PAS Kawasan Pasir Puteh , supaya tidak mengadakan mesyuarat agong elum daripada siding muktamar PAS Pusat pada bulan Jun 1993 yg menyebabkan PAS Kawasan Pasir Puteh telah tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam muktamar itu. Ini adalah satu amaln yang tidak sihat dan bertentangan dengan Islam.

4.2.2 Selepas muktamar PAS Pusat itu, berkali2 pula tarikh mesyuarat agong PAS Kawasan Pasir Puteh ditunda, mula2 ditetapkan pada pertengahan bulan julai, kemudian ditunda pada bulan Ogos, kemudian bulan September, kemudian bulan Oktober dan akhir sekali ditetapkan padab 6/11/1993 dengan berbagai2 helah dan alasan, termasuk YB Ust Haji Omar selaku Speaker Dewan Negeri merangkap Pengerusi Tetap PAS Kawasan Pasir Puteh berada di luar negeri.

4.2.3 Pada 30/10/1993 Badan Perhubungan PAS Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan AJK Pas Kawasan P/Puteh di Pejabat Perhubungan PAS di Kota Bharu. YAB TGNA Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan meminta supaya mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh pada 6/11/1993 itu hendaklah ditangguhkan kepada selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan bersidang pada 20 hingga 25/11/1993 dengan alas an “ PAS Kawasan P/Puteh tidak memaklumkan tarikh mesyuarat agong pada 6/11/1993 itu kepada Perhubungan PAS Kelantan terlebih dahulu. Alasan itu amat tidak logic. Kemudian dapat persetujuan bersama tarikh mesyuarat agong Kawasan P/Puteh itu ditetapkan pada 29/11/1993.

4.3Apakah muslihat sebenarnya mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh pada 6/11/1993 itu ditunda kepada 29/11/1993, rupa2nya pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan menunggu surat resmi Penggantungan Keahlian PAS saya daripada Pejabat Agong PAS hasil daripada representasi YAB TGNA Pesuruhjaya PAS Kelantan dan konco2nya. Budak bodoh sekalipun mengerti dan faham apa maksud yang sebenar apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sungguh ganjil dan memalukan.

5.Saya juga sangat hairan, kenapa dan mengapakah YAB TGNA dan konco2nya sejak dari 1987 ( tahun Mesyuarat Agong PAS Kawasan P/Puteh) hingga sekarang tak habis2 berdendam dan sakit hatinya kepada saya hingga sanggup membuat representasi kepada J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat yang mendakwa kononnya tindak tanduk dan aktiviti saya dalam beberapa ketika dahulu hingga sekarang adalah bercanggah dan berlawanan dengan kepentingan parti yang mana sekarang baharu mendesak supaya mengambil tindakan disiplin parti kepada saya, kalau benar apa yang didakwa:

5.1.1 Sepatutnya sesudah saya meletakkan jawatan YDP dan semua jawatan dalam PAS sejak tahun 1992 ( 5/2/1992) hingga sekarang PAS P/Puteh bertambah maju, aman dan damai. Tetapi sebaliknya pula makin bertambah tidak sehat dan kecoh sehingga menyebabkan :

5.1.1.1 Mengikut pendapat saya bahawa AJK PAS Kawasan P/Puteh yg ada pada hari ini adalah tidak sah kerana melanggar/ bercanggah dengan Perlembagaan PAS sepertimana berikut :

5.1.1.2 Fasal 24 (2) dan Fasal 24 (5) – maksudnya sudah luput @ terlepas tarikhnya (lebih daripada DUA tahun ), yang mana mesyuarat agong pemilihan PAS Kawasan P/Puteh berlaku pada 29/4/1991

5.1.2 Pada tahun 1992 ( tahun saya meletakkan jawatan ) mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh terpaksa berlaku DUA kali mesyuarat baharu sah.

5.1.3 Pada tahun ini juga ( 1993) berlaku macam2 karenah,angkara, kempen mengempen, lobi melobi dimainkan oleh Yb Ust Muhamad b Husin ( ADUN Gaal ) sebagaimana budaya UMNO, sehingga tergamak mengadakan perjumpaan kumpulannya dengan menyembelih lembu di tempat maksiat ( Perkelahan Jeram Linang, Gaal ) bagi membincang supaya memilih kumpulan mereka menjadi Ketua dan AJK, samada PAS Kawasan, sehingga senarai nama2 calon dikemukakan, lebih2 lagi calon Dewan Pemuda, semua nama2nya dan gambar dimasukkan ke dalam Poster dan dikemukakan kepada umumPerbuatan ini adalah asabiyyah, yg sepatutnya amalan itu tak wujud dalam Harakah / Jemaah Islam terutama Parti PAS kita.

5.2 Saya yakin Insyaallah PAS Kawasan P/Puteh tidak akan aman damai harmonis buat selama2nya selagi pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan tidak berhenti dari kegiatan membela dan berikhtiar untuk menaikkan/ menjadikan YB Ust Muhammad Husin itu menjadi pemimpin (YDP) PAS Pasir Puteh, sedangkan sebilangan besar ahli2 dan cawangan2 tak dapat menerimanya, kerana mereka tahu siapa sebenar YB Ust Muhamad Husin itu “ telunjuk lurus, kelingking berkait”, yg mana PAS Kawasan mulai huru hara dan kacau bilau tidak berhenti2 dari dahulu sampai sekarang dicetuskan oleh YB Ust Muhamad Husin ( mulai Yb Ust Muhamad Husin datang ke P/Puteh pada tahun 1985) untuk mengambil alih pucuk pimpinan PAS Kawasan P/Puteh. Selagi cita2nya tak tercapai, selagi itulah kegiatan sumbangnya itu tak akan berhenti.

5.3 Setahu saya PAS Kawasan Bachok juga turut dihalang oleh Pejabat Agong PAS drpd mengambil bahagian dalam Muktamar PAS Pusat, yg kononnya mesyuarat agong PAS Kawasan itu didakwa tidak sah. Saya hairan kenapakah peristiwa itu boleh berlaku, sedangkan Kawasan Bachok itu salah satu drpd Kawasan PAS Kelantan ramai terdiri drpd tokoh2 yg terpenting PAS dan Kerajaan Kelantan :
Hj Mohd Amin Yaakob - Timb P/Jaya PAS merangkap Penasihat Khas MB
YB Ust Omar Mohamad - S/Usaha Badan Perhubungan PAS merangkap speaker DUN
YB Ust Idris Ahmad - YDP PAS Bachok merangkap EXCO Kelantan
Ust Hassan Mahmood - Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan
Ust Wan Nik Yusof Ngah- S/Usaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan
Ust Shaari Awang - S/Usaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan
YB Ust Buniyamin Yaacob – Pegawai Penerangan merangkap S/Usaha Lajnah Penerangan PAS Kelantan

5.4 Saya juga mendapat tahu samada benar @ tidaknya ( wallahuaklam) di Kawasan lain di Kelantan ada dengan masalahnya masing2 berlaku peristiwa yg tak sihat.

5.5 Sesungguhnya peristiwa2 dan tragedy yg berlaku sepertimana yg saya sebutkan di atas itu dan beberapa perkara yg tak sihat terhadap Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) Kelantan di atas ketidakcekapnya kepimpinan TGNA dan konco2nya seperti Ust Mohd Amin Yaacob,Hj W Abd Rahim W Abdullah, YB Ust Yahya Othman, YB Ust Muhamad Husin, YB Hasan Abdullah. Di samping Qada Tuhan Yang Maha Pembalas, kerana menzalimi dan mengkhianati ke atas saya dan PAS P/Puteh melebihi @ melampaui batas, supaya sedar dan insaf serta kembali kepada AL Quran dan As Sunnah. “ Keroh air di kuala disebabkan keruh air di ulu terlebih dahulu”, “rosak bawang ditimpa jambaknya”.

6. Sukacita juga saya menarik perhatian, bahawa sesungguhnya apa yang didakwa tindak tanduk dan aktiviti politik saya itu bercanggah dan berlawanan dengan Parti, adalah tidak benar. Apa yang saya lakukan itu adalah semata2 menentang secara terus terang dan terbuka di atas tindak tanduk dan perilaku TGNA dan konco2nya kepada saya dan PAS P/Puteh dari dulu hingga sekarang tidak berhenti2 yg telah dan boleh mengancam dan menjejaskan kestabilan dan kesinambungan

6.1Parti PAS dan kewibawaan Kepimpinan Ulama sepertimana berikut : 6.1 Bermula tahun 1985, bila Ust Muhamad Husin dating ke P/Puteh bersama rakan2nya dari Kota Bharu ( termasuk Ust W Mustafa Rushdi Ab Ghani, Ust Othman Ab Wahab dll ) dan seorang dari trengganu bernama Zainal Abidin Husin untuk menggulingkan saya drpd memegang jawatan YDP PAS P/Puteh. Maka bermulalah kecoh dan huru haranya PAS P/Puteh.

6.2 Dlm majlis Mesyuarat Agong PAS P/Puteh pada tahun 1985,Ust Muhamad Husin dan rakan2nya cuba menggulingkan saya daripada jawatan YDP PAS P/Puteh dengan melagakan antara saya dengan arwah Tuan Guru Ahmad Daud ( Naib Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Alhamdulillah saya menang.

6.3 Pada tahun 1986, Jasin B Isa ( Pakda Yasin) orang kuat dan pengawal tubuh Ust Muhamad Husin telah menampar muka Che Man Che Ahmad ( S/Usaha PAS P/Puteh) di atas pejabat PAS P/Puteh kerana Pakda Yasin itu tidak Berjaya untuk menjadikan Ust Muhamad Husin mempengerusikan majlis ceramah Ust Fadhil Nor dan saudara Ridhuan Onn di Kg Gong Serapat P/Puteh

6.4 Selepas sahaja selesai majlis ceramah itu, Ust Muhamad Hussin telah tidak memberitahu berapa banyak jumlah wang didapati daripada hasil pungutan derma kilat majlis ceramah itu dan wang derma minum the kepada kepimpinan PAS Kawasan, malahan kepada tuan rumah tempat ceramh itu sendiri dan melarikan wang itu tanpa pengetahuan kami.Selang beberapa lama selepas itu ( berbulan2 ) bari diserahkan wang itu kepada PAS Kawasan dengan kenyataan yang tidak terang dan lengkap serta wang tidak cukup sepenuhnya. Sampai sekarang wang bakinya masih belum diserahkan lagi kepada PAS Kawasan.

ber bersambung