nak share sikit..sama-sama lah kita perbaiki diri..
diri ini terlalu lemah untuk semua itu..:(
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
~ Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat
sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
~ Hal
ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,
kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi
serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
~ Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi.
~ “Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat
Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
~ Sabda
Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
~ Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
~ Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada
Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
~ Rasulullah
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah
sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.
~ Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang
lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti
letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
~ Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad,
tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
~ Ada
terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah
posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila
sedang duduk, maka perlu berbaring.
~ Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan
gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
~ Sikap
optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa
selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal
kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
~ Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu
menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
~ Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati
dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu
rasa kemarahan.
~ Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
"BAHAGIA
sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak
lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan
Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)
c & p