Friday, December 31, 2010

Kisah hantu di bulan puasa. Oh ye bulan puasa.


Hahahah. Mari kita ketawa dahulu. Fifah one of my former housemate tag benda (gambar di atas) ni dekat Facebook. Memang peristiwa itu sungguh kelakar dan tak dapat nak di lupakan. Sesiapa yang terlibat turut sama komen dan terbukak lagi satu cerita. Ini semua masa aku still freshie lagi. Masa semester 1 diploma.

Kisah pertama : Tajuk - Hantu di bulan puase
Si Hantu : Fifah, Fifi, Farhana Zaini, Kak Pah
Mangsa si Hantu : Saya, Sidah, Atiq (tapi lepas Atiq kena dia masuk dalam list Si Hantu)
Lokasi : Kolej Puncak Perdana (rumah tingkat 2)


Nama pun hantu bulan puasa. Mestila jadi masa bulan puasa. Macam biasa aku, Sidah, dengan Atiq pergi kandang lepak makan waktu berbuka. Lepak sampai malam around 8 above lah. Then Atiq nak balik dulu. Aku ngan Sidah sambung lepak. Pastu Fifi kot mesej suruh balik tolong matikan desktop Fifah sebab die lupa nak matikan. Takut nanti fifah marah. diorang semua konon pergi tolong MPP siapkan banner semua. Aku ngan Sidah kelam kabut balik tapi malas nak terus balik rumah. Pergi lepak bilik TV.

Mesej Fifi cakap nak duduk dekat bilik TV dulu. Diorang suruh balik jugak. Cakap kunci ada dekat paip depan rumah. Aku balik sorang sebab nak matikan desktop jea pon. Bila sampai depan rumah nak tunduk ambil kunci, dengar suara mengilai. Tengok rumah kiri kanan macam gelap jea kalau nak anggap rumah orang lain yang bising sebab rumah aku memang gelap. Sumpah terus menggigil dan lari kepada Sidah semula. Tapi terfikir ini bulan puase.

'Sidah aku dengar suara orang gelak la. Takut.
'

Sidah pun dah lain macam. Kitorang balik rumah berdua. Dengar lagi. Terus turun tangga dan mesej Atiq cakap nak pergi rumah MPP tu. Takut punye pasal. Atiq cakap takpayah. Kak Pah ada dekat rumah Dayah. Rumah Dayah atas rumah kitorang jea. Kak Pah pun turun dengan tak bersalahnya.

'Kak Pah kitorang takut. Kitorang dengar. Betul Kak Pah.'
'Korang jangan. Aku pun takot ni.'

Yela Kak Pah. Kau pun takut. =.= Dah bertiga ni terus naik rumah. Sampai depan rumah Fifi terus bukak pintu suruh masuk. Aku, Sidah dengan Kak Pah masuk. Aku paling depan dan aku menjerit paling kuat sebab aku nampak ada hantu sebelah meja belajar aku. Dekat tepi desktop ada hantu jugak. Dekat luar balkoni pun ade. Dalam bilik pun ade. Haa. Banyak tak hantu dekat rumah aku. Sambil di iringi latar muzik belakang suara mengilai hantu. Sumpah time tu rasa nak pengsan sebab terkejut sangat tapi tak sempat pengsan diorang bukak lampu. Sambil gelak gelak. Demm! Aku terkena. Serius rasa nak pergi lempang muka sorang sorang.

Sidah jangan cakap lah. Terus diam. Dekat tangan aku ade choki choki 2 bungkus. Sambil aku tergamam dan terkejut aku bagi sorang sorang choki choki tapi Sidah taknak. Baik tak aku bagi orang coklat lepas dah kenekan aku? Baik kan? Tak lama lepas tu baru aku boleh gelak. Tapi Sidah memang muka ketat habis. Tak senyum tak ape. Yang si hantu semua ni semua takut dah. Tak habis habis cakap sorry. Haaaa tahu korang takut kitorang marah. Kalaulah antara kitorang ade sakit jantung dah mati dah. Siapa nak tanggung. Yang Kak Pah tadi bajet penakut padehal orang pertama kena adalah Atiq sebab die dah balik awal. Jadi masa Atiq kena Kak Pah one of the hantu hantu tadi.


Kisah kedua :

Bersambung nanti. Tak larat nak taip dah. :D

Happy New Year Everyone!

Jom lah update sebelum habis 2010 ni

Betul ke hari ni 31/12/2010? Betul ke? Selalau aku jadi macam ni la bila aku rasa macam tak percaya dah tahun baru.

Hari ni ada konsert dekat i-City tapi ayah keje lak. Siapa nak bawak? Aku? Memang retilah pulak aku drive. Hahahaha. Kesian kan takde lesen lagi. Insya Allah tahun depan. Insya Allah. Esok dah tahun baru. 1/1/2011. Tahun depan bertambah lagi umur aku setahun jadilah 22. Aku tak nak lah list kan azam baru sebab rasanya azam tahun lepas pun macam tak terbuat jea. Senang macam ni. Ikut jea. Tapi ikut yang positif la. Dan dalam masa yang sama kena usaha la ke arah kebaikan. Kalau macam tu aku lebih senang mengikut dari aku dah pasang azam awal awal nanti tak tercapai aku stress.

Hujung minggu ni dah balik rumah sewa. Nak balik esok atau ahad tak pasti lagi sebab esok schoolmate, Nurul Hidayah bertunang. Selamat bertunang Dayah. Finally. :) Sepanjang 2010 banyak kenangan pahit manis. Haritu cakap nak buat kronolgi lah konon tapi hampeh. Tak list down kan pun. 2010 dan tahun tahun sebelum ni akan selalu di hatiku ibarat UiTM di hatiku. Hahaha.

Selamat datang 2011. Semoga aku dapat memperbanyakkan amal ibadat dan kebaikan untuk tahun depan dan tahun tahun akan datang.

Wednesday, December 29, 2010

Mini holiday

Kenapa di panggil mini? Kerana mini itu kecil atau terhad. Ini yang aku selalu anggap tentang word mini.

Sepanjang 21 tahun aku hidup, tak semua negeri aku pernah pergi ni kan lagi negara orang. Memang tak la weh. Angan angan nak pergi Australia sebab budget tu paling dekat. Siap plan dengan housemate nak pergi sana. Tapi duit pergi jea la lepas. Sampai sana kau keje kumpul duit baru balik sebab duit tambang balik takde. Sedih kan bunyik? T.T

Dengan mak pulak cakap nak pergi Indonesia sebab nak shopping. Semata. Tak dapat jugak. Sabar sabar. Ada rezeki silap silap sampai ke tua aku asyik menjelajah jea negara orang. Berangan. Kalaulah dapat suami kaya. Tetibe berangan nak suami photographer. Ada kena mengena ke?(?)

Sebenarnya aku nak sangat pergi holiday holiday ni dengan kawan kawan. Yela sebelum habis ijazah ni. Dulu habis diploma rancang itu ini last last yang ado. Tak jadi. Menyampah. Tapi memang tak la kan aku nak jalan jalan dengan kawan kawan masa diploma except untuk yang rapat jea la. Nanti bising ade group group. Tah hape hape.


Dalam kepala ni nak pergi jugak few places ni untuk jalan jalan. Cuci mata. Cuci hati bersihkan diri. Hahahaha. :D

Tempat Pertama :


Genting Highland. Last pergi masa kecik comel lote dulu. Itu pun ikut Family Day company ayah. Kalau tak memang tak pergi la weh. Dengar orang cerita macam best jea. Nak sangat main game kat situ tapi tengok roller-coaster dia, memang turun turun aku cari tempat nak lambak muntah. Eyuwww. :D


Tempat Kedua :

Dah pernah pergi few years ago. Tu pun under GPMS. Bayar RM50 anda akan berada di Langkawi. Hahahaha. Seronok sangat pergi sana. Memang fun habis la tapi waktu pergi duit tak ada sangat sampai kena text Along la mintak duit. Kesian kan? Duit habis beli broadband. Hahaha. Pastu kena marah. Tapi pinjam jugak. :D


Tempat Ketiga :


Melaka oh Melaka. Tengok Aiza update pergi Melaka seronotnya. Melaka ni banyak kali pergi tapi masa pergi dulu tak matang lagi. :D Last pergi masa dah matang pergi rumah nenek Embun la masa program anak angkat. Ingat macam nak pergi lagi jumpa nenek. Boleh jalan jalan sekali.


Tu paling top 3 la kira antara tempat aku nak pergi. Belum aku letak lagi negara yang aku nak pergi. 1 yang paling lemah dekat aku ni bila jalan jauh aku fenin fenin. Rasa nak muntah. Memang tak boleh jalan melebihi kawasan yang selalu aku dah pergi. Dah besar sikit ni aku ok sikit. Tapi masa kecik dulu kalau nak jalan jauh mak akan cakap :

Ngah. Makan ubat tahan muntah ni dulu.

Sampai begitu sekali. Macam mana la nak bawak berjalan. Kesian kau Fana. Ada hati nak naik flight pergi negara orang. Tapi aku redah jea ape. Kalau tak takkan lah aku sampai Langkawi. Lagi nak kena redah laut. Dah la mabuk laut tapi alhamdulilah ok jea. Atiq siap cakap :

Yang u dah sampai Kedah yang.

Hahaha sebab masa ni pergi Langkawi. Tertidur. Sedar sedar dah sampai Kedah. Yang paling penting aku memerlukan orang untuk melayan kerenah aku seperti :

Pening la.
Nak pinjam bahu kejap boleh?

Siapa tahan? Boleh bawak aku jalan jalan lepasni. :D

Tuesday, December 28, 2010

Baca older post dan update

Bosan sangat pergi baca older post blog orang.

Minggu ni minggu terakhir keberadaan di rumah. Cakap macam belajar jauh benor. Alhamdulilah masih dapat sambung untuk semester baru tahun hadapan. Bila check jadual, demm! Hari Jumaat full sampai petang. Tapi tak la amik kesah sangat sebab kadang kadang dah bukak semester jadual berubah. Tak kesah la. Memandangkan tahun depan merupakan short sem dan semua perkara harus di buat dengan kelam kabut, saya harus menyiapkan diri supaya tidak mengekalkan gaya kerja lama iaitu kerja last minit. Sumpah tak seronok. Kenapa lah perangai aku yang satu ni tak berubah ubah? =.=

Belum masuk tahun baru lagi, housemate dah ajak bercuti. Setelah ku kira bajet 2011, adalah kira kira ratusan lagi duitku untuk ku pakai sepanjang semester tahun hadapan sebab lebihannya nak pakai untuk kegunaan lain. Demm lagi. Tak dapat la beli handphone baru. Dalam kepala asyik berangan handphone skrin hitamputih tukar jadi Nokia E63 :D Takpun Sony C903.
Lain tahun lah.

Nak buat azam baru untuk 2011, macam tak seronok jea main azam azam kan sebab kekadang tak terlaksana pon azam tu? Jadi untuk 2011, semoga pembelajaran saya semakin bagus dan semakin hebat. Boleh? :) Tak mau dah main main. Tak mau dah buat kerja last minit. Nak study smart. Tak nak study hard. Ecececeh. Wishlist lain tu biar lah saya sorang yang tahu.

Good luck semua. Dan tahniah untuk semua pelajar yang dapat sambung degree :)

Saturday, December 25, 2010

Serbuk koko dalam minuman Milo

Serbuk Milo sekarang bukan hanya serbuk Milo semata yea? Ia sudah di campur dengan serbuk koko. Mungkin ramai yang dah tahu pasal perkara ni. Ok. Mula mula aku sendiri pun tak tahu. Aku tak ingat siapa yang cakap dekat aku pasal ni. Patut la kalau order milo ais tu rasa dia tak kaww macam selalu. Pekat memang pekat tapi rasa dia lain. Sorang kawan aku Dila sampai tak minum milo dah padehal tu fav dia tu. Die bertukar kepada hohohorlicks yea mama? :D

Tak percaya? Few weeks ago aku pergi minum dekat kedai pakcik aku kat Damansara. dia cakap dekat mak aku nak pergi beli serbuk koko. Mak aku tanya kenapa?

'Mana tahan serbuk Milo jea.'

Maknanya kalau mereka ni berniaga semata jual air milo guna serbuk milo sahaja, rugi la. Adakah milo mahal? Tapi aku pasti sangat kalau milo 3 in 1 tu takdelah kot koko ni. Sebab yang pandai pandai tambah koko dalam milo tauke kedai makan minum kan. Rasa macam tak best la diorang buat macam ni sebab kira macam menipu pelanggan la. Orang nak minum milo ais bukan miko ais. Tapi kes ni macam di ambil berat jugak. Apa sebenarnya kesan koko? Aku sendiri pun tak tau. Memang kurang dah minum milo kat kedai. Kalau teringin pun buat sendiri jea dekat rumah.

Jangan lepasni serbuk teh pun dia letak koko sudah. Aku nak order air ape kalau lepak kedai minum selain teo? Teh ais? Horlick ais? Teo ais kan senang. Murah! :D


P/S : lepasni kalau order cakap saya nak miko ais yea?

Friday, December 24, 2010

Merry Christmas Everyone!


imej ihsan Google


Hohohoho. Merry Christmas! :D Selamat bercuti. Seminggu jea lagi then 2011 akan muncul meninggalkan 2010. Rasa macam nak buat kronologi setiap yang berlaku dari Jan sampai Disember. Tapi saya kena list dulu takut lupe. Heeee. Papai :)

Buat Cekodok Pagi Tadi Teringat Cekodok Rohana Dekat Melaka

Happy Friday everyone. :)

Ye. Nampak seperti mood happy kan? Biase biase saje. Pagi tadi buat cucur atau nama lain cekodok. Woahh lama tak buat cekodok sejak cuti cuti ni. Dulu dekat rumah sana dalam seminggu 2 3 kali jugak buat cekodok petang petang. Tapi sejak balik cuti ni jarang buat. Selalu adik mesti cakap :

'Ngah. Cekodok.'

Ada request baru buat. Kalau takde, memang tak buat la. Tengah nak sedia bahan buat cekodok pagi tadi, teringat kat nenek Melaka. Ingat tak nenek yang aku cerita dulu masa aku pergi Melaka untuk program anak angkat? Ok tengok gambar bawah.


Ingat kan? Masa dekat Melaka dulu duduk rumah nenek ni la. Masa mula nampak nenek ni terus berharap mintak mintak la aku dapat duduk dengan nenek ni. Tup tup dapat. Seronok! Dah sedap panggil ibu rasa kekok pulak. So panggil nenek since semua orang kampung sana panggil dia nenek. (rasa macam pernah cerita tapi dekat blog lama dulu.kan?takpelah. halal la :P)

Aku dengan 3 orang lagi dapat duduk dengan nenek ni. Rumah die besar. Rumah kampung. Aku lah over sikit excited sebab aku takde kampung yang jauh macam ni. Dan aku juga takde adik beradik perempuan yang ramai. Jadi bila malam kami berempat nak tidur masing masing berebut nak tidur belah mana. Kelam kabut semua baring nak cop tempat tidur. Itu kelakar sebab aku tak pernah rasa suasana macam tu. Yang cannot go nye nenek tidur kat ruang tamu nak teman cucu. Cucu tidur lena dalam bilik. So itu tidak baik. Kami pun keluar bentang comforter tidur dengan nenek. Sekali lagi berebut nak tidur belah mana.

Tujuan ke sana ofcoz la nak bermesra dengan penduduk dekat sana dan ada aktiviti lain memandangkan wujudnya urusetia dan peserta. Yang tu takmo cerita. Cuma nak cerita pasal nenek jea. Nenek Embun namanya. Sedap kan? :)

Nenek jea yang panggil aku Rohana sebab die dengar Na na agaknya belakang nama aku. Aku pun tak kisah la janji Na itu ada. Hekhek. Ada satu petang tu, biaselah. Petang. Aku rasa nak buat cekodok. Cakap la kat nenek :

'Nek. Nak buat cekodok.'

Dengan izin nenek aku pergi la geledah dapur cari tepung semua. 4 4 anak dara kat dapur ni. Jumpa tepung yang bertulis 'tepung goreng pisang'. Sama ada aku rabun atau aku rasa tepung tu sama dengan tepung gandum, aku tak tau tapi aku tibai jea tepung tu bubuh dalam bekas dan bancuh tepung. Bila goreng ia nya melekat lekat dalam kuali. Pelik dah tu. Selalu tak macam tu. Dah bising anak dara kat dapur nenek datang tengok. Dan nenek pun ke tong sampah mengambil plastik tepung tadi dan tunjuk :

'Ni tepung goreng pisang. Kan nenek cakap cari kat dapur ni tadi.'
'Oh yeke? Tak sama?'

Sambil senyum tanda salah buat tak tau jea la masak cekodok sampai habis. Nak taknak, semua orang kena makan cekodok tu. Ala tepung jea salah. Yang lain betul. :D Sedap bila dapat cecah dengan sambal goreng nenek. Pehhhh tak hengat!

Hari last dekat Melaka, anak dara cantik tidur lagi dalam bilik tapi aku waktu tu macam dah terjaga la. Dengar nenek panggil :

'Rohana. Bangun. Ni buat cekodok ni.'

Ye. Aku lah Rohana tu. Terus la bangun pergi dapur masak cekodok tu. Tapi jangan risau. Nenek dah siapkan dan aku hanya menggorengnya sahaja.

Seronok tahu duduk kampung dengan nenek macam tu. Ibarat macam aku datang tu macam cucu yang tengah cuti balik kampung duduk dengan nenek.

Alololo nenek ni comellah. Baik sangat. Tak tahu lah nenek ada lagi tak sebab last call die masa 2009. Ni dah nak masuk 2011 dah. Nak pergi Melaka belum ada rezeki lagi. Alamat rumah pun tah mana tah. Sorry nek. Tapi nenek simpan no kami kan? Nenek telefon lah. :D Hahahaa.

Harap nenek panjang umur lagi dan masih sihat. Ade rezeki Rohana datang jumpa nenek. Bawak Lin sekali. :) (kiss kiss nenek)

Aku takde kampung tapi aku duduk Kg. Merbau Sempak. Bhahahaha.(ala ala Tasya yang model Ilsyahijab :P)

Tuesday, December 14, 2010

Mood : Empty
Listening to : Cuba untuk mengerti/Siti Nurhaliza


Rasa mood macam hilang. Tak taulah kenapa. Yep. Masih boleh senyum, gelak tapi melahirkan perasaan tersebut tidak seikhlas selalu. Mungkin masih terkejut dengan kehilangan pakcik tersayang. Nak BW pun rasa macam tak berapa nak rajin. Tapi ada jugaklah BW beberapa blog tapi tak sekerap selalu.



(??)

Sunday, December 12, 2010

Pemergiannya Kami Redha

Pakcik saya yang pernah saya cerita dulu, telah pergi mengadap Illahi pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

Saturday, December 11, 2010

Sudah Pagi Laaa

Hey. Yayaya aku tau aku belum tidur lagi sebab update pepagi camni. Mata dah berat tapi sebab mengadap komputer, ada internet, gagah la jugak tahan mata jangan tidur lagi. Kalau tak waktu ni dah di ulik mimpi dah. Plus takde orang text. Selalu kalau ade orang text aku pepagi macam ni, aku mesti tertidur. Heee means jangan text aku ke pepagi macam ni so that aku boleh tahan mata aku? :D

Oh yea. Nampak header baru? Hahaha sorry. Terpulang la korang nak kata aku poyo ke hape. Aku dah cakap kan, hidup kena perasan. Hahaha. Nampak tak shades aku tu? Bukan real taw. Tu sume hasil editing aku dekat sini. Sebenarnye aku tengah giler main online make-up nih. Hahaha. Nak cuba. Pergi lah Taaz. Korang boleh edit muka korang atau muka model yang dah sedia ada. Ada 2 gambar aku dah edit tapi heheheh segan pulak nak tunjuk. :P

Hahaha ok nak fokus make-up nih. Jangan kacau. Papai!

Friday, December 10, 2010

Flash Back - Jangan Tidur Lagi

Pernah tengok rancangan Jangan Tidur Lagi yang dekat Tv3 tu? Ni nak cerita ni. Ehem. Dulu masa awal semester diploma dulu, ada bas yang akan datang bawak kitorang budak budak puncak ni pergi tengok rakaman rancangan JTL ni. Time tu aku baru habis kelas. Biasalah. Freshie* betul ke ejaan die. Pakai pun sememeh lagi. Kecoh siapa yang nak pergi rakaman JTL cepat naik bas. Aku pun nak pergi jugak tapi nak balik rumah dulu. Touch up. Tak sempat heh. Sempat pakai bedak jea. Dengan badan mashem tu pergi la dekat studio NTV7 rasanye dekat Shah Alam jea.

Hari tu ade buat 2 rakaman. 1 untuk rakaman Hari Merdeka. 1 lagi untuk musim baru rasenye. Masa rakaman Hari Merdeka aku duduk kat bahagian atas. Sambil pegang bendera duduk dengan Fizi aka Cangkul.*eh ade ke pegang bendera? Tak ingat. Oh rindu si Cangkul. Ehehe. Orang panggil ape. Peghak ye? Tapi aku tak la peghak sangat sampai tengok kamera say Hai mak. Angah masuk tv. Hahahaha. Takdela. Aku ni bila kamera zoom kat aku jea aku tak pandang. Malu. :D Masa rakaman Hari Merdeka artis undangan Datuk Aziz Satar. Wooahhh live tengok artis. Haaa tu ye aku peghak sangat. Sekarang tengok artis pun macam nampak kawan kawan jea. Tak excited tapi dalam tak excited tu sempat jugak aku nampak si Farid Kamil tadi. Hensem. Haaa cakap pasal Farid Kamil, tetibe nak flash back. Hikhik.

Masa promosi filem semester 2 diploma dulu, ada 2 filem tayang kat DSB. Tak sure cerita apa tapi Farid Kamil berlakon lah. So artis artis yang berlakon 2 filem tu ada yang datang, ada yang tak. Waktu tu aku tak masuk pun dewan. Lepak kat luar dewan jea dengan Bob and Sidah.Masa duduk duduk borak, Farid Kamil lalu. Dia salam Bob and cakap thanks datang. Aku yang tengah duduk pandang dia memang tak berkelip. Hahaha. Lepastu dia pandang aku cakap terima kasih yea sambil senyum. Awwwww jatuh hati lagi aku. Hahahaha. Dan lepas tu memang selalu la nampak muka die kat FACT sana sebab dia belum habis degree lagi. Seriusly die memang tak sombong. Amboi mentang suka puji melambung. Cukup Fana!

Sambung balik. Habis rakaman 1st, rehat kejap then tukar tempat. Yang ni mule mule aku tak paham kenapa nak tukar tukar tempat? Rupanye taknak kasi nampak la yang audiens semua orang yang sama. So siapa yang duduk atas untuk 2nd rakaman tukar duduk bawah. Macam tu la. Kalau rakaman tu lah kadang kita nampak muka orang sama jea sebab rakam hari sama cuma baju atis tukar lain. Tempat duduk audiens tukar tukar. Aku pun time tu tukar duduk bawah dengan Atiq and Sidah rasanye. Duduk betul betul depan stage tempat Adlin and Azwan Ali bercakap. 2nd punye rakaman artis undangan Fara Fauzana, Andy Flop Poppy dengan Farawahida. Yang ni lagi aku bertambah peghak. Fara Fauzana time ni kurus oo. Kurus gile. Memang cantik. Peramah. Tapi aku hanya mampu melihat dari jauh sebab time tu rakaman nak mula dah.

Masa rakaman dah nak break untuk iklan kejap, Adlin nak panggil 2 audiens untuk jadi pembancuh kopi. 1 untuk Fara 1 untuk Andy. Saya nak saya nak. Konon dalam hati. Sekali Adlin haaa adik baju pink ni. Sambil pandang aku. I was like? Huhhh aku ke? Eh aku la kot. Aku pakai baju pink depan ni. Tak pasal kena naik stage jadi coffee girl. Sorang lagi Fat. Then stop untuk iklan. Bukan bancuh kopi betul pun. Kopi dah siapa bancuh tinggal tuang and bagi je kat tetamu. Bila mula rakaman, aku hanya perlu jalan sambil bawak kopi tadi then pegi bagi kat guest. Biasalah aku dapat bagi kat Andy. Fat la untung dapat bagi kat Fara. Oh takpe takpe. Takkan pompuan nak bagi kat pompuan pulak kan? Kena paham konsep. Dah habis rakaman baru boleh tangkap tangkap gambar dengan guest. Aku tengok jea la. Memang tak dapatnye nak tangkap gambar sorang sorang dengan artis. Ramai masa tu. So tengok jea la. Sebelum balik dapat gift dari maggi and nescafe.

Budak rumah yang pergi rakaman, balik balik terus cakap dekat budak rumah yang lain. Fana masuk tv. Yang lain pulak bagi respons fuyyoooo. Huh nganjing ke hape? Ye saya tau saya femes. hahahahahaah.





Khas untuk anda video JTL Fara Fauzana. Tapi ini bukan rakaman, ini cume slide gambar jea tapi ade la 2 slide gambar aku bertempek kat belakang guest. I pakai baju pink ok? :D

Enjoy. :)

Memang Cantikkk *errrr

Kadang kadang kau hidup kena lah perasan sikit. Perasan cantik, perasan lawa, perasan hot, perasan pandai. Haaaa yang pandai tu jangan lah sampai orang panggil kau bodoh sombong. Dah perasan sangat. Tengok aku. Selalu perasan. Siap buat header blog lagi. Hamik kau. Siap tukar tukar lagi. Cuba tengok :






Aku ni tak boleh pandai sesuatu lah. Bila dah pandai aku jadi macam ni lah. Duk tukar itu, tukar ini, buat itu, buat ini. Heh. Kalau pelajaran kau macam ni kan bagus Fana?*yelaaaaa -.-

Lawa tak lawa. Janji aku puas buat header. Hahaha. Ini je aku mampu buat dengan software 'Photoscape'. Cuba bagi 'Photoshop', mesti granddddd! :D



Cuba baca ni. Taken from here.

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur menggunakan bantal ? Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal:

MEMELUK BANTAL

Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sgt prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL

Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

TIDUR DENGAN SATU BANTAL

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

MELETAKKAN BANTAL DI BAWAH KAKI

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

TIDUR TANPA BANTAL

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.

Ok. Aku amik MEMELUK BANTAL. Yayayaya aku suka tidur dengan memeluk. Nasib la roomate aku tak kne peluk dengan aku. And description pasal memluk bantal?

-Yup. Aku sangat berjiwa seni cuma tak ke arah kreatif. Tapi semua orang kreatif in their own way. Dan mungkin sebab tu aku masuk bidang Penulisan.

-I am romantic.

-Baca peristiwa melalui mimpi? Nahhhh tak selalu la tapi selalu aku mimpi jadi kenyataan taw. Aww takut makcik.

- Prihatin terhadap kesopanan dan kesusilaan hidup? Hahaha yeke? Aku tak perasan pulak mungkin orang lain perasan aku macam mana.

- Dan yayaya aku memang cenderung untuk memiliki tubuh yang kurus walau I dah kurus but still nak kurus lagi.

Itulah penjelasan kepada ke-kreatif-an aku buat header tu. Hamik. panjang lebar. Tak suka la nak buat entry. Nak buat pendek jadi panjang. :D cett podahhh tak suke buat entry. Hikhik.

Banana Fruit 2 Times U Know?

Tahniah untuk semua student UiTM yang dah selamat check result. Kali ni anta kat email so tak payah la nak sesak masuk Student Portal dan tak payah la aku ni di tuduh lagi bukak laman web UiTM orang kan? -.- Whatever!

Alhamdulilah keputusan ok. Not so good but not so bad but bad jugak la. Taknak la cakap. Sedih. Takpelah Fana. Sem depan cuba lagi yang terbaik. Bukan rezeki semester ni nak dapat pointer tinggi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Apa apa pun aku tetap bersyukur. Thanks dekat korang, Wangi, Bam, Ayu, Dila, yang dah dengar rintihan hati aku. Sekatang tengah text dengan Atiq. U dengar lah pulak ye rintihan I? Siapa lagi nak text dengan aku? Jangan lah. Nanti mesti korang kena dengar rintihan hati aku. Tak payah tak payah. Aku kesian kat korang nanti kena dengar nasib aku.

Jumpa lagi semester depan kawan kawan. Insya Allah.


Ya Allah Permudahkan segala urusan hambaMu ini. Amin~

Thursday, December 9, 2010

Ulalalalala

Harini tiada updates.

Seronok berblog-walking haa. Nanti saya letak link-link bukan darling dekat belah kanan laptop anda yea? :D
(dengan stok Apolo atas meja komputer. gagah nak BW)

Happy Weekend *tetibee

Wednesday, December 8, 2010

Jom Derma Darah

Hari ni hari rajin sedunia. Kalau rajin jea sedunia nak rajin. Over kau. Hari ni lepas mandi, tengok keliling bilik Masya Allah, bersepah. Berapa kali dah mak bising. Angah kalau balik rumah, bilik mesti bersepah. Penat lah mak kemas. Yang angah ni pulak nyengih jea. Ye ye nanti angah kemas. Eh mestilah mak kemas bilik aku. Dah aku duduk rumah sewa nun di puncak kasih sana. Takkan adik ngan abang aku lak kemas? Rajinnya la diorang kan. Ini bilik pompuan. Lelaki no entry. Cececeh. Tapi adik aku suka masuk bilik aku. Dia cakap segan masuk bilik along nak pakai baju. Eh masuk bilik aku kao tak segan ke? Kerenah mengade.

Kemas kemas dan kemas. Sapu lah habuk itu. Lap habuk sana. Buang sampah itu, sampah ini. Macam macam benda tak pakai simpan. Semak bilik jea. Kemas punye kemas jumpelah pelbagai barang lama yang dulu rasa aku macam ade lah benda ni mane ye sekarang aku letak? Lebih kurang macam tu. Then ah haaaa. Sila tengok gambar bawah.


Cuba baca cuba baca. Pandai. Aku ada sijil tau? Sijil penderma darah. Macam aku cakap. Aku rasa aku ada benda alah ni tapi hilang. Bila kemas siang tadi, tu yang terjumpa. Oh mari flash back. Macam mana aku ada benda alah ni.

Tahun 2008 kot, masa diploma sem 3, waktu tu dah study week ke macam mane. Tapi ada banyak masa jugak la. Kolej pulak macam ada buat open day. Haaa lebih kurang la. Hari tu ada macam macam game. Dulu masa duk kolej kalau ade apa ape majlis mesti nak pergi sebab kupon. Kupon tu lah penjamin hidup kami as a student dapat duk dalam ke tak. Kalau malas pun rajin kan jea la punggung tu bangun dari katil dan pergi berjalan ke majlis apa apa. So, hari tu jugak ada kempen derma darah. Hari tu terasa sangat nak pergi. Nak rasa sangat derma darah macam mana. Tapi nak derma darah bukan sesuka hati boleh pergi derma. Ada syarat dan terma. Kekekeke.

Meh sini aku bagitau tentang derma darah ni :

Kenapa kau kena derma darah?

Sebab darah yang kau dermakan tu boleh selamatkan orang macam :
-Mangsa kemalangan
-Pesakit yang menjalani pembedahan
-Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
-Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
-Ibu yang mengalami tumpahan darah


Kalau kau nak derma darah kenalah :

-Berumur 18 tahun ke atas
-Berat badan 45 kg dan ke atas
-Sihat tubuh badan
-Sihat pada hari menderma
-Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
-Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
-Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
-Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C



Tapi kau tak boleh derma darah kalau kau ada kriteria di bawah :
-Menggunakan dadah secara suntikan
-Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
-Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
-Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
-Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
-Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
Sifilis
Malaria
Sakit jantung
-Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
-Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
-Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
-Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja



Haaa. Itu diaaaa. Penting tau. Bukan main derma jea. Nanti jadi kes derma darah yang ada HIV kat orang yang suci. Tak pasal. So amik perhatian yea? Masa pergi derma darah tu, Atiq dengan Fifah teman. Yang Fifah nak jugak tapi bila check tak boleh sebab ape aku tak ingat. Yang Atiq pulak tak cukup berat badan. Last last aku jea yang kena. Ingat ada penguat semangat. 3 3 sekali kena. Last aku jea yang normal dan layak menderma. Ok jom derma. Takpe. Aku memang nak pun. Terus lah aku naik atas kerusi tu. Nurse tu pun pasangla wayar itu ini. Dekat tangan aku ada satu pam untuk aku picit picit masa nak derma darah. Tak sakit pun sebenarnya cuma masa nak mengepam darah tu keluar rasa macam errr payah la jugak. Rasa kebas. Tengah sedap sedap pam, heh lain macam bunyi kau. Depan aku rupenye si Azlee Khairi hero ponti anak remaja sekali tengah derma darah. Good good. Over tau nak promote si Lee ni sekali. :P

Dah settle derma darah, nurse tu sediakan cake dengan air nescafe untuk kami para penderma. Nasib la pergi bertiga. Selesai makan minum kepala aku pening. Balik terus tido dan terus demam. Hehh. Memang macam tu ke jadi lepas derma darah? Fifah cakap sian ko Fana. Tak pasal demam. Nasib badaaaannn.

Tapi ade jugak yang takut derma darah. I wonder why? Heh toksah berlagaka la kau derma orang lain tak. -.-


Haa. Darah B rupenye aku ni.

1st and last. Hikhik. Takde lah last cuma tak tahu bile lagi nak derma darah. Betul la orang cakap. Sekali dah derma darah, memang gian nak derma lagi. Ni minah gian lah ni nak derma darah lagi.

OK. Enuff. Ehhhh cube tengok :


Didi dengan Bibi ni buat ape berdue? Didi tu Fifah kasi. Bibi mak kasi masa konvo. Jadilaaa. Tak baik pulak bilik penuh teddy bear kan? :D

Monday, December 6, 2010

1432H

Salam Maal Hijrah kepada semua Umat Islam.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

(sumber : Wikipedia)


Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun taw?

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Tetibe rindu Jakim. Bila nak pergi melawat semua kakak err ustazah di sana? :) Ke sebenarnya kau rindu Ustaz Razif? Hahahaha pon boleh~

Saturday, December 4, 2010

Tutorial - Again

Tutorial ini khas saya tujukan kepada kakak saya. Cehh macam lagu pulak nak main tuju tuju. Ini cara paling mudah dan ringkas yang dapat I ajar U yea? Hahaha. Since U pon mintak I ajarkan. I ajarkan. Tadaaaa.

Setelah puas saya godek sana sini finally berhasil. Padahal orang lain dah lama tahu. Tak kisahla. Bukan dosa pun belajar haaa tinggi diri tinggi diri. Ok. Mari mulakan. Ini tutorial bagaimana nak menukar baju blog anda atau background blog supaya nampak lawa dan cantik :)

-Tekan design dan akan keluar ini.




- Then klik template design. Tapi sebelum nak edit background sila pilih template yang sedia ada dahulu dan pilih mana sahaja corak yang di sediakan. Nampak tak contoh contoh layout yang di sediakan. Klik sahaja.



- Lepas tu, pilih background dekat bahagian belah kiri. Klik di background imej dan akan keluar imej yang boleh di pilih atau upload mana mana imej yang anda suka. Seperti contoh imej di bawah.




Contoh atas : Imej yang dah sedia untuk di guna pakai atau klik upload imej untuk imej yang anda nak.


- Yang di tanda merah tu adalah gaya corak anda. Nak tile ke, horizontal ke hape ke. Tekan situ. Selebihnye gelebek la area situ. Dekat atas bahagian tile tu ada alignment yang boleh kita pilih untuk betulkan imej yang kita dah upload. Paham paham? Ok next.







- Yang bawah ini layout. Boleh adjust body, footer layout and adjust width. Pandai pandai la korang adjust sendiri ikut kehendak sendiri.



- And last but not least, boleh klik advanced untuk nak betulkan font text ke, warna font ke, dan sebagainya. Lepastu klik apply. Siap sudah.



Lepas tu kalau nak selalu tukar baju macam saya buat, boleh la pakai cara yang di tunjukkan. Kalau nak mudah atau pakai html, lagi senang. Bubuh jea html tekan save. Siap. Setakat ni faham tak? Macam saya cakap, saya dari segi penerangan ni ada masalah sikit tapi saya cuba untuk menjelaskan dengan lebih details.

-Sila klik gambar untuk pembesaran.

Friday, December 3, 2010

Nak Kerja Tak? Cakap Nakkk :P

JobsCentral. Lebih kurang Jobstreet dengan JobsMalaysia. Sebenarnya benda ni adik saya yang perkenalkan. Adik mana? Adik tua saya, Fais. Hahahah. Saya pun tak tahu sangat lah pasal JobsCentral ni. Yang saya tahu ia tempat meminta kerja. Errr betul ke ayat saya? Kalau nak lebih keterangan google kan ade.

Saya pun belum habis google lagi pasal ni nak tahu. Jadi sesiapa yang dah grade, masih menganggur cuba JobsCentral ini pulak. Mana tahu rezeki anda kan? Saya errr saya nak tapi saya tengah belajar lagi. Nanti nanti jea aku apply boleh tak dik? :P

Oh yea. Jangan risau. Peluang pekerjaan pasal bidang perfileman macam saya banyak jugak.






Haaa siapa yang nak berhenti kerja sangat tu? Yang sibuk nak jual tudung tapi tak jadi tu? Siapa siapa? Apply lah. Mana tahu dapat. Apa? Taknak jugak? Ok nanti kita bincang balik pasal jual tudung :P

Thursday, December 2, 2010

Disember 2010

Woahhh kejapnye masa berlalu. Hari ni dah 2 Disember (sambil jeling hp sebab lupe bape haribulan :P ) Bulan ni bulan terakhir lah untuk tahun 2010. Rasa macam kejap jea. Oh yela. Saya pun dah mula belajar balik. Satu semester habis dekat kolej, memang la rasa kejap. Sekarang ni ber-holiday jea dekat rumah. Tak sabar nak tunggu habis ijazah then kerja, kumpul duit sebab nak bayar hutang PTPTN lagi. Kalau ade rezeki nak sambung master tapi nak ambil kos lain. Dari ijazah hari tu nak tukar kos tapi takde rezeki :(

Hujung bulan ni dah mula untuk semester 2. Bermula lagi hari hari stress makcik dan kemungkinan entry meroyan akan kembali. Hahahaha. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Nak struggle habis. Insya Allah. :)


Oh 2010, jangan lah pergi. :P

Wednesday, December 1, 2010

Donia Donia


Lagi satu video New York. Hahahaha. Klik sini.



Yang merakam pun kenapa lah sorang ke semua ke pergi sound sikit? Lepas tu rakam sekali. Biar semua terkejut. Tempat open tapi tak tahu malu langsung. Budak sekolah ni. Haishhh. Tapi kali ni takde la die pilih KL ke hape ke. Hahahaha cuma kali ni extreme sikit. Siap buat lovebite. Hahahaha sumpah kelakar. Tak tahu lah nak jadi ape.