Monday, November 29, 2010

Kegembiraan Para Graduasi :)

Hai. Selamat malam semua. Heee. Memandangkan gambar konvo dah publish dekat FB, now dekat blog pula. Tapi harap gambar ini tak di copy yea. Tak sempat la nak watermark semua gambar.

Konvo saya pada 26 November 2010. Ini konvo untuk Diploma. Ijazah belum lagi. Heee. Around 5.45 pagi dah gerak dari rumah. Sampai Shah Alam around 6.30 macam tu. Lepas daftar, jumpa kawan-kawan semua. Bertangkap gambar, memakai jubah dan beratur menuju DSB. Sumpah excited sangat. Heeeee. Belum tengok dalam dewan. Macam mana excited nye kami kami ni. Ok. Kita mulakan dengan gambar. Errr maaf yea. Gambar yang dekat FB sama jea dengan ini. Gambar lain belum dapat lagi sebab kamera dekat adik so masuk dewan berlenggang bawak beg jubah dengan buku tebal :)





Tahniah :)

Weewitt. Marya Hana in da house :P






Selesai pengiktirafan ecehh terus keluar dewan menuju meja makan. Minum alas perut sikit terus cari parents. Dan terus ke kedai membeli bebear. Yeeehaaaa. Ok. Tengok gambar :P


Terima kasih mummy :)

Pakcik belakang : Eh aku masuk dalam frame ke? :P


Driver saya. Hehe. Ayah saya :)


Ibunda saya :)



And finally :

Hampir sempurna


Err sorry kawan kawan batch 2007, Penulisan Artistik sebab tak dapat spend time lebih. Hari Jumaat kan? Semua kelam kabut nak mengejar Solat Jumaat. Ada rezeki jumpa lagi. :


Tahniah pada semua graduasi :)

BM - Bahasa Melayu


Status lain sebenarnya. Apa yang di komen lain. Itulah perangai adik dan kakak :P
Perasan tak sekarang ayat ayat sebegini wujud :


Yeke dow?
Itew windu awak larh.
Shaye rashe shaye dah temok larh.


What the?? Selalunya ayat ayat begini akan wujud di kalangan remaja remaja belasan tahun. Nasib i dah puluhan tahun :P Tapi masa saya dulu tak pernah pulak jumpa ayat sebegini. Sekarang jea tetibe wujud. Tak salah pun. Selalu ayat macam ni wujud dalam bentuk teks. Bila kita baca mesti rasa macam ehh apehal kau ni? Gelinye ayat ko. Kan? Betul tak? Budak budak sekolah selalu sangat macam tu. Kalau tengok komen budak remaja macam ni rasa macam nak pelempang. Elok elok perkataan contoh saya jadi shaye. Tapi masalahnya bukan budak remaja belasan tahun jea, yang sebaya saya pun ade. Siap edit gambar lagi tulis temok kan shaye? Haaa. Tak ke rase macam euwwww mengadenye ko.


Tolonglah jaga bahasa sendiri. Pergi sekolah cikgu ajar bahasa Melayu macam tu ke adik adik? Macam mana lah nak lulus subjek BM kalau kau sendiri menulis tak betul? Haaa marah marah. Kenyataan apa.

Friday, November 26, 2010

Hari Ni Hari Takut Saya

Saya dah balik convocation. Nantilah update. Orang lain balik sambung tido. Aku gagah online hahaha. Ok bye!

Thursday, November 25, 2010

Kecoh sekarang kes Dr Rozmey filem 2 Alam pecah panggung la pecah punggung la. Saya sendiri tak pergi lagi tengok. Teringin tapi review kawan saya cerita die klishe. Macam cerita cerita drama Melayu lain. Yela pasal kisah lelaki jadi perempuan and then hidup macam manusia normal. Then meninggal. Kan banyak cerita macam tu kat tv. OK cukup cukup. Kang Dr Rozmey baca aku kena saman. Hahaha macam la blog kau hebat Fana :P

Dekat Facebook sendiri berapa banyak page orang buat sebab bengang habis dengan dia ni. Orang paling bengang dengan rambut dia. Hahaha tu lawak. Tapi itu imej dia kan? Suka hatilah dia. Tapi yang paling orang tak boleh terima adalah dia punya perangai yang berlagak habis. Haishhh susah la orang yang berlagak ni. Tapi saya tetap salute jugak bila tengok thriller filem ni dengan klip lagu Andai Ku Tahu tapi versi Ramli Sarip. Errrr sayu jugak la.

Pendapat peribadi saya sendiri kalau pengarah filem ini bukan Hairie Othman mungkin boleh naik. Kadang kadang faktor pengarahan juga boleh menaikkan rating filem. Kalau Khabir Bhatia ke, Ahmad Idham ke takpun Rashid Sibir. Awww Rashid Sibir. Cerita dia semuanya menginsafkan belaka. Ok cukup jugak. Nanti i kena sue taw hahaha :P


Adik saya punye wall tengok kitorg buat ape haha


Nak lagi? Tengok blog si download sampai mampos ni hahaha

Wednesday, November 24, 2010

Pandainya Makcik Ni

Adakah sebab saya budak penulisan asyik suka bercerita jea? Naaaahhhhh tak jugak. Tujuan cerita ni bukannya nak malukan makcik tu tapi makcik pk la sendiri. Kalau rasa taknak malu, tolong jangan buat lagi yea makcik?

Nak kata baru tak baru, nak kata lama pun tak lama hal makcik ni. Lepas saya melawat pakcik saya dekat hospital Sg Buloh hari tu, balik singgah dekat gerai Nasi Kukus Utara dekat area kilang kilang belakang BRP sana. Nasi Kukus dia terbaik woo. Ayam besar. RM4.50 jea tak silap tapi memang puas hati. Ok bukan nasi kukus yang saya nak cerita. Masa saya singgah situ, pelanggan yang ada cuma saya dan mak, dengan makcik ni dan anak perempuan dia. Anak dia kecik lagi around 3 atau 4 tahun. Muka makcik ni taklah makcik sangat tapi panggil jea la makcik :P

Mak pun order la :

Nasi kukus bagi 4 yea.

Yang makcik ni duk korek korek ayam yang dah goreng. Eh makcik ayam sume sama jea la. Takde beza pon. Sume potong sama besar jea. Tengah makcik ni korek korek ayam anak dia berlari lah ke tempat lain. Lalu, makcik ni pun menjerit :

Adik, adik nak wing ke kepak?

Kakak 2 orang yang jaga gerai tu dah senyum senyum dah. Nasib la time tu nasi kitorang dah siap. Sambung gelak dalam kete jea. Kalau tak, mesti makcik tu kene gelak dengan saya dan mak. Pandai makcik speaking London kan? Ke makcik nak tunjuk yang makcik sorang jea tau wing tu ape? Makcik, wing dengan kepak tak sama ke makcik? Lain yea?

Selalu sangat saya berhadapan kes macam ni. Budget nak speaking jea dengan anak kau. Kalau ayat tu betul saya tak kisah. Ni jenis yang campur campur BM dengan BI. Adoi. Nak gelak jea rasa.

Baby nak eat ape?

No no no. Mama tak teach macam tu.

Hey. Dont touch that sayang.

Ok fine. Korang jea pandai cakap omputih kan?

Tetiba terbayang kalau dari kecik mak dengan ayah cakap English dengan anak anak dia. Tak ada masalah apa pun sebenarnya kau nak cakap English tapi biarlah betul sikit ayat kau tu. Ni kepak dengan wing pun tak tahu beza ape kes kan?

Print Screen

Tahu tak macam mana nak print screen u guys punye page untuk nak jadikan dalam bentuk JPEG so that u guys boleh la upload kat blog ke, facebook ke kalau kalau nak tunjuk sesuatu. Macam yang saya selalu buat dekat entry sebelum ni. Ok. Before this saya memang tak tahu macam mana nak print screen tapi kawan saya dah ajar. Saya pulak nak ajar orang yang tak tahu. Errr sape yg dah tahu baca je la yea hahaha.

Pertama, pergi dekat page yang u guys nak.

Kedua, dekat keyboard ada button PRTSCRN kan? Tekan button tu. Siapa yang pakai Compaq maybe macam susah sikit. Kalau Acer tak perlu tekal CTRL tapi untuk Compaq saya suggest tekan CTRL+PRTSCRN.

Ketiga, pergi dekat paint and tekan CTRL+V atau paste.

Keempat, u guys boleh crop imej yang u guys nak saja atau tak payah crop and then click CTRL+S. Kalau yang nak crop imej tu, lepas dah crop tekan CTRL+X and tekan CTRL+N untuk bukak new paint. Lepas tu paste balik.


Mudah kan? And jangan lupa save imej as a JPEG. Sebab takut kalau format lain nanti tak boleh nak upload kat mana-mana pulak.

Selamat mencuba :)

Err sorry kalau explanation saya tak memuaskan. Saya kurang dari segi penjelasan fakta hahaha :P

Thursday, November 18, 2010

Bloggers

Nak tukar background and tertarik dengan istockphotos tapi tak tahu nak guna istock tu. Haha. Sesiapa yang pakai istock boleh tolong ajar? Pelisssshhh :

Wednesday, November 17, 2010

Suka Dengan Petua?




Tadi gatal tangan cari petua. Nak petua hilangkan masalah muka minyak la, nak rambut cantik la, hape la. Banyak jugak yea petua petua orang kongsi. Kalau yang malas nak search kat google tekan jea pada gambar. Kalau rajin pegi google sendiri yea? :P



P/S : Haaa. Makcik ni ada petua nak kurangkan masalah bibir kering. Mudah saja yea anak-anak. Sebelum tidur malam atau bila bila sahaja, pergi dapur, ambil sedikit halia, kupas kulitnya, tumbuk bagi keluar air dan sapukan pada bibir anda. Bibir anda tidak akan kering lagi. Makcik dah cuba. Memang menjadi. Kalau nak lagi kawww, masa bibir korang luka letak la halia tu. Woahhh pedihnya menusuk kalbu. Hahaha :P

Hari Ni Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidiladha. Again :)


Aktiviti harini hanya di penuhi dengan makan makan dan makan. Menu hari ini :

-Nasi impit macam biasa
-Rendang ayam yummy
-Kuah lodeh
-Sambal kerang
-Kek coklat
-Puding pelangi

Woahhhh mummy memang terbaik laa! Haha. Nak harap anak perempuan dia ni, tahu masak kuah kacang jea. Tapi mummy tak bagi masak. Kalau tak saya dah tunjuk skill dah :P

Jumaat ni kena balik rumah sewa sebab Sabtu ada rehearsal untuk konvokesyen. Minggu depan pula hari konvokesyennye. Woahhh tak sabar! Ok semua kawan kawan satu batch saya 2007, kita jumpa di sana yea? :)


Wangi saya tanya kau apehal asyik woahh jea? Eh tak macam harimau mengaum ke tu? Comel hapeeee :P

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM :)

Woahh gambar takde kena mengena

Monday, November 15, 2010

Bukan Susah Nak Wangi

Tak tahu lah ini boleh di panggil tips atau ape tapi ini sekadar share.

Seperti tajuk di atas. Semua orang suka bau yang harum kan? Persekitaran yang bersih, wangi. Even diri kita sendiri pun kita nak wangi selalu kan? Kadang kadang bangun tidur pun nak bau wangi. Siapa kata tak boleh? Boleh boleh. *Ini apa yang saya tahu dan dengar dari orang then aplikasikan :)


Tapi sebelum tu, ramai orang cakap perempuan cantik selalunya pengotor. Hahaha. Kalau ikut saya, saya memang mengaku 80%. Saya ada kawan. Cantik comel lawa gebu segalanyalah. Tapi ada perangai buruk. Selalunya kita boleh tengok perangai sebenar orang masa dekat rumah atau bilik orang tu. Kalau dapat orang style tak kisah macam saya tak apalah. Dapat jenis yang 'sound direct' jea, tak terkedu makcik? Hahaha. Ala sendiri mahu ingat la. Toksah la pemalas sangat. Semua orang bz kot tapi ada juga masa nak mengemas.



1.CARA NAK BAGI WANGI PADA BAJU

Kalau yang pakai machine basuh tu senang, letak sabun serbuk atau jenis cecair, then bilasan terakhir letak pewangi fabrik. Simple. Tapi kalau macam makcik ni ha yang duk umah sewa takde mesin basuh. Meh makcik ajar meh.

- Rendam baju dalam baldi. Letak la sekali sabun basuh kain serbuk atau cecair. Biar dalam 10 minit atau semalaman. Haaaa kenapa baju korang akan berbau bila rendam semalaman? Sebab kalau baju yang korang rendam tu jenis macam jeans ke, cardigan ke atau any type of shirt yang korang kerap pakai then lepas sebulan ke baru nak basuh korang rendam kejap pun bau dah. So jangan berangan nak rendam lelame. Beza dengan baju yang korang rendam lama tapi tak bau. Baju tu mungkin korang baru pakai kejap then terus basuh.

Kenapa 10 minit? Macam makcik yang selalu pegi kelas ni, pakai baju semata nak pergi kelas. Bukan pergi main lecak. So rendam tak payah lama pon takpe. Kita cuma nak hilangkan bau dan kuman di baju akibat peluh. Eceh. Tapi kalau makcik ni dah malas biar jea dalam bakul kain. Tak payah rendam dulu. Haaa tu tips jugak tu kalau agak agak lambat lagi nak basuh jangan rendam. Kang semerbak bau baju korang.

Lepas dah berus, gonyoh gonyoh baju anda tu, bilas dan rendam dengan pewangi fabrik. Kalau nak melekat bau dia, rendam lama sikit tapi awas. Kalau lama sangat boleh jadi berbau nanti.


*Contoh


P/S : Bagi yg dah berkahwin. kalau nak pakaian dalam anda wangi ini tips. Masa bilas baju anda tu, titikkan sedikit pewangi kegemaran. Then jemur macam biasa. Pasti wangi. Boleh juga di jadikan untuk tips wangikan pakaian lain :)

Oh yea. Nasib ingat. Nak nampak cantik dan berbau harum ketika bangun tidur? Sebelum tidur sikat rambut. Calit sikit perfume terutama kat bahagian nadi kita. Baca doa tidur, ayat kursi. Tidur dengan sempurna Insya Allah nampak cantik dan wangi lepas bangun tidur.


2.MEWANGIKAN BADAN

Haloh haloh haloh senangnya. Semasa anda mandi, gunalah sabun yang bau dia satu rumah korang akan cakap 'wanginya' bila korang keluar jea dari toilet. Aha. Mesti korang bangga kan? Dan korang pun pasti selesa dengan diri korang. Kalau nak guna sabun anti-kuman macam Dettol ke ok jugak. Lagi selesa kan? Sebab dah berpeluh sakan badan korang mandi dengan sabun Dettol. Memang berbaloi.

Lepas mandi tu rajinkan lah pakai bedak. Eh bedak baby Johnson tu pun lagi elok. Wangi taw? Makcik ni ha memang everyday pas mandi pakai bedak baby taw. Bau pun wangi macam baby. Hahaha. Tapi saya dah biasa dari kecik pakai bedak lepas mandi. Then kat ketiak tu ehem ehem bawah lengan tu sapulah Rexona ke Nivea ke or apa apa jea deodorant yang ada. Lagi bertambah wangi. Tak adalah bila kau angkat tangan bau peluh. Haa lepas tu kalau lagi rajin sembur perfume tak kisah la kau nak duk rumah jea ke atau nak keluar.


*Contoh

3. UNTUK BILIK

Yang ni mudah. Belilah penyembur udara yang segar dan wangi. Then sembur. Tapi kalau kedekut sangat sembur jea perfume korang kat bilik. Tapi kalau kedekut lagi tabur bedak talkum kat lantai kao genyeh genyeh ngan kaki. Lagi kalau kedekut aku tak tahulah.



Bila guna tips 1 dan 2 korang akan lebih wangi. Yelah. Badan dah wangi baju pun wangi. Haiiii memang ramai la orang nak dekat dengan kau. Tapi janganlah kau dah wangi pakai selekh pakailah kemas sikit. Kalau kau wangi tapi selekeh takde sape pun nak dekat. Eh orang selekeh wangi ke? Tettttt~

SELAMAT MENCUBA!

New York Katenyeee



Ha ni lah dia budak budak sekarang. Mesti ramai yang dah tengok kat Facebook kan? Komen saya :

Find a room laaaaa!! Ni Malaysia bukan NY sial.
Murahnye kau perempuan. Murah sangat. Kerana cinta kau sanggup gadaikan maruah kau tepi jalan. Serius kau murah.

Monday, November 1, 2010

011110

What a beautiful number kan? :)

Well hello my November. Semestinya bulan ini adalah bulan saya. Kenapa? Oh rasanya pernah bagitahu dulu. Bulan ini saya akan genap berumur 21. Sudah besar rupanya saya. Memang saya besar. Sendiri tengok pun tahu saya besar kan? :P
Ada sesuatu yang saya mahukan pada ulang tahhun kali ini. Kita lihat siapa lah yang jadi mangsa saya.
Ok. Enough about you Farhana. Mari tengok gambar. :)

Jumpa lagi :)

Gambar seterusnya jumpa dalam phone Atiq before pergi kelas beberapa minggu lepas. Sila abai background yea. Bukan saya punya. Tapi kamar saya. :P


Sweet tak makcik? Hahaha