Thursday, April 28, 2011

Hot Tempered terus nak Post!

Baru nak mula study selepas makan malam tapi jiwa tak tenang. Hati terasa sakit teringat hal tadi. Macamni, dalam pukul 8.10 selesai tapau nasi goreng aku terus balik rumah. Yela besok exam nak cepat cepat sambung study. Sampai dekat parking lot rumah tempat parking aku yang tadi orang dah ambil. Tak kisah parking hak bersama. So anak mata terus melilau cari parking okay ada parking. Tapi dekat depan aku time tu ada perempuan bawak kereta besar tengah terkial kial nak masuk parking bontot. Okay so aku tunggu dia setel baru parking. Kesian.

So dia dah setel parking aku pun parking dekat dengan kereta dia tempat aku selalu parking tapi aku tak pernah nampak kereta dan tuan punya kereta tu sebelum ni. Nak ikut kan tempat yang perempuan tu parking tempat laluan moto. Dan aku parking dekat selekoh tepi jalan tak de lah blocking kereta dia. Cuma dekat dekat dengan kereta dia. Okay setel aku dah park kete aku. Turun kete ... Jalan jauh sikit ..

Pompuan tu panggil aku ." Hoi . Hoi. Hoi pompuan ! " Macam tu la nada ayat dia panggil aku. Perempuan yang terkial kial nak masuk parking tadi panggil aku sebaya macam kakak kakak aku cuma beza dia pakai blazer, pakai baju office. Okay ada aku heran? 

So aku macam pelik dia panggil aku, aku pergi je lah kat dia event macam kasar dia panggil kan. Kau tahu apa dia cakap ? Camni dia cakap " Eh ! awak parking dekat kereta saya, muat ke saya nak keluar nanti? " Dalam hati aku " besar sangat ke kete kau, tak de adab" Okay aku layan kan balik pompuan tu .. "Errrrr muat je la kak, selalu pun saya parking situ boleh je kete lain kuar" 

Bentak nada kakak tu kat aku " Dahhh kau pegi parking kete tempat lain, selalu je orang blocking kat depan kete aku ni nanti tak muat nak keluar, lagi pun kau tak faham ke tak nampak kete aku?" Ayat betina ni memang macam gampang. Dalam hati aku tak boleh ke kau cakap baik baik? Selalu je aku parking kat situ, mana ada kereta kau. Pleaseee ye kaum pompuan jangan jadi camni kalau korang pakai kereta besar sekali pun .

Sambung citer ..

Aku jawab " Alaaa muat je  kak nak keluar saya tak park pun depan kete akak" Time tu aku tahan sabar sebab aku sedar aku kena behave control baran aku. Then akak tu cakap " Masalah nye orang selalu blocking kete aku ( Ehh kejap apa kena mengena dengan kete aku yang park dekat dengan kete dia tak blocking pun okay!) Okay fine kalau kau nak sangat parking dekat dengan kete aku kau tak yah tarik handbreak. So senang nak tolak.

Aku selamba je jawab " Saya park kejap je lagi pun banyak gila space akak boleh kuar okay saya tak tarik handbreak" Aku malas nak bertekak dengan akak ni. Sebab aku pikir dia gila kot baru balik keje penat, laki tak de kat rumah dalam kete tu aku nampak anak dia pakai baju sekolah so aku mengalah je la. Aku pergi kat kereta then akak tu blah.
Haha apa yang aku buat kat kereta? Aku tarik je handbreak malas aku layan kakak gila tu.

Naik atas aku terus melantak nasi yang aku beli. Makan makan sambil hilangkan sakit hati aku on fb. Lebih kurang 8.35 pm, aku tengok dekat tingkap dari bilik aku. Kereta akak tadi dah takde parking yang park tu kosong. 

Moral of the story :
Cakap lah sopan sikit bila nak tegur orang, kau pakai kete besar besar sangat kete kau tu? Ala besar lagi bajak bapak aku. Lembut cara teguran lembut lah santun orang yang menerima. Okay aku dah lega. Nak pegi study besok paper marketing. Kbai.


Wednesday, April 27, 2011

Akibat Jadi Perempuan

Penat main tolak tolak kete malam tadi. Time nak exam ni la ada je kan halangan syaitonnnn eh tak godaan syaitooonn fuhh! Entah kenapa semalam tetibe babywhite *kereta saya mogok. Mengada lah babywhite ni tetime camni nak manja pulak. Okay tapi dah okay semalam dan pagi tadi start dia dah function balik heharap dia tak mogok lagi sebab aku malas nak pegi workshop sensorang. Biasa bila tengok perempuan yang bawak kete pegi workshop mula lah orang kat kedai tu cakap itu rosak ini rosak. Sume nak rosak sume nak kena ganti.

So dengan berbesar hati semalam lepas start kereta tak hidup hidup saya terus call "Encik Mekanik Hati" Meh datang Shah Alam tolong tengok apa yang patut. So beliau confident kata bateri weak. Okay malam beliau datang tolong tolak kereta then saya yang duduk dalam handle kete.

Haiyohhh what a sweet accident da. Selama ni tak pernah main tolak tolak kete ni and ni first time. Sama lah macam bila tayar kete pancit tak cakap banyak teruk call Encik yang sama datang baiki tayar kete. Tak kire tak kire time die tengah keje pun kena datang jugak bila kerosakkan berlaku luar dari kawasan rumah macam dekat MSU. Sebab part of my life dia sudah pun diwajibkan jadi Mekanik on call, driver on call, Doktor on call, Chef on call jika keadaan mendesak.


Gambar : Tak de kena mengena hanya hiasan semata

Moral of the story, lepas ni balik Johor memang kena amik tuisyen dengan abah balik cane nak tukar tayar kete, camana nak jumper bateri kete. Haha. Dengan erti kata lain perempuan moden bukan sekadar hanya boleh memandu tapi boleh jugak tahu basic part of component kereta itu wajib ye. Takdelah nak mengharapkan mekanik je. Macam ramai je perempuan tahu bawak tapi bila rosak melopong. Yeahh saya pompuan tu. Hihi.

Kbai.



Tuesday, April 26, 2011

Pengalaman adalah CIKGU TERBAIK

Just a bit advises.

A bit sharing. Actually every single bad matter yang pernah korang hadapi macam kena tikam dengan kawan, putus cinta tak bersebab, juga dekat mana mana lelaki dan perempuan yang dah frust sangat dengan jantina berlainan korang. Bila perkara macam ni berlaku jangan nak terus salah kan bekas pasangan masing masing. Mungkin ada hikmahnya. Bila korang tak nampak future yang berlaku apa yang terjadi sekarang adalah perkara sebaik kejadian. Tu sebab aku kata ada hikmahnya. Contohnya korang ditinggalkan menduda menjanda dengan ex korang tak payah dah nak fikir sangat sebab mungkin korang akan jumpa yang lebih baik. 

Bila korang pernah jumpa kawan yang macam puaka dok sendeng sendeng dengan korang time senang bila susah dia blah itu juga perkara sebaik kejadian. So after that korang akan beringat cara terbaik untuk memilih kawan yang sejati.

Mungkin apa yang aku ada sekarang perkara terbaik buat aku. Bahagia punya  mak abah yang sangat memahami aku. Mesti korang pun ada kan? Juga ada embah lanang dan wedok yang sangat supportives. Dan yang last sekali punya "Cinta Hati" yang sering memanjakan aku, bertahan dengan perangai puaka aku. Sebab ini lah aku terkadang tak sampai hati untuk berselingkuh terlalu lama. 

Sedikit pedoman yang aku faham, kita jangan meminta sangat yang terbaik untuk setiap benda yang kita nak, sebab bila tak dapat kita akan kecewa atau bila dapat tapi tak macam yang kita harapkan kita akan jadi tak bersyukur sebaik nya berusaha lah untuk terus mendapatkan apa yang kita inginkan hingga puas.

Bersyukur lah kerana ini sume adalah sebaik baik kejadian yang aku ada.

Sunday, April 24, 2011

Aizat Live with Hujan, at MSU

Rabu lepas 20 April Aizat Amdan serta Band Hujan datang MSU. Bagi sesapa yang tak tahu ape MSU tu, tu tempat mengaji aku Management & Science University dekat Shah Alam seksyen 13. Sebab beforre this ada yang dok tanya aku MSU tu apa kan? 

Baiklahh so far event tu best je. Bila ada Aizat aku sokong je. Tapi macam macam hal lah kan yang tak syok nya bila lecturer perempuan guna kuasa beto dok menggedik serabai aih. Malas nak tambah dosa. 

Event start dalam pukul 6 jugak la pukul 7 habis. Aizat perform setengah jam Hujan perform setengah jam lepas tu siap siap bentang sejadah semayang magrib. Dalam mulut mulut busuk kata event start pukul 4 bagai. Aku datang awal siap kena halau dengan guard tuh. Takpe pengalaman. Kelas tak nak datang awal plak kan. Terhegeh. 

Antara lagu Aizat bawak Years from now, Emotion, Sg Lui dan ada lagi. Actually ni program sponsor dari TV9 untuk Ekspresi Remaja macam macam aktiviti ada macam catwalk * betul ke aku spell?* Ada Battle of the Band judges by Noh Hujan and last sekali petang tu perform by Aizat and Hujan dengan tiket RM5 yang MSU charges. 
Memula setting setting dulu ... 







Lepas tu interprame tuan tanah pulak. Haha nak jugak....



Sesape yang tak kenal MSU boleh google. Tak nak sudah . Ni MSU. 


Yang ni ape pulak??? Oppssss..


Terlebih sudah

Sedikit komen, ceh ingat Adlin Aman Ramli sorang je ke nak jadi pengkritik? Haha okay komen aku so far sume nye okay, crowd pun crowd tapi sound system macam ada yang kurang. Rasa macam tak dengar sangat so tak dapat lah nak amik feel mana masa lagu emotion tu. TV9 aku tunggu kau show dekat TV okay. 

Thursday, April 21, 2011

Cara Tackle Hati Perempuan Tengah Moody

Jadi perempuan mesti ada pasang surut moody moody tu sume dah kira sinonim lah kan dengan perempuan. Kadang kadang hal kecik pun boleh jadi besar bila emosi tak stabil. Aku nasihat kan pada sesapa yang tak nak terjerat perang mulut dengan Girlfriend korang baik take note bila end of month or notice putaran wanita wanita korang. Mood perempaun sukar nak diramal. Kadang tetiba je naik hanginnn tak pasal pasal. Tu sebab ada orang kata perempuan sukar di ramal. Salah korang lah kan . Ahah!

Cara paling baik nak atasi perempuan yang tengah tak de mood ni antara nya :
- Kenalpasti punca tak de mood berlaku. Kalau mood datang 
   bulan memang tak boleh buat ape la kan. Tu sebab aku cakap baik korang take note.

- Beri masa dan ruang. 
   Kalau dah nampak dia tak de mood tak payah la dok banyak tanya.
   Biar kan bersendirian itu yang terbaik lah. Konon korang nak tunjuk caring kan.
   " Hai dah makan ke belum, sihat ke tak?" 
    Pleaseee jangan nak harap la respon positif time tu. Jangan salah kan 
    pompuan bila korang kena maki balik. Haha tak de lah tu aku je.

- Jangan buat lawak paling penting lawak bodoh.
   Espcially pagi pagi if korang ade nampak ofismate ke, girlfriendmate ke hape
   nak time tu nampak dia tak de mood kan so jangan cari nahas la buat lawak bodoh.
   Niat korang baik cuma masa je kurang tepat.

- Buat apa yang boleh di sejuk hati.
   Kalau nampak tanda tanda yang dia dah cool down try la pujuk slow slow.
   Perghhh..! Bukan apa kengkadang pompuan suka di pujuk.
   So try to amik hati dia semula confirm makin sayang dia kat kau nok.

- Berpura-pura.
   Haaa yang ni aku rasa tak penting sangat kot. Camni, even korang tak faham
   sangat dengan perangai pompuan tapi bila ada certain certain part camni 
   time dia nak citer masalah ke hape ke korang buat buat lah faham.

- Jangan ungkit benda lepas.
   Yang ni aku nak cakap, if korang tengah gaduh hingga melibat kan hati dan perasaan
   sampai dia tak de mood nak cakap dengan korang selama beberapa hari bila dia
   dah okay jangan mulakan perbualan dengan isu pergaduhan korang tu. 
   Kalau nak setelkan masalah sekalipun guna teknik sandwich yang macam aku belajar
   untuk subjek psychology. Perlahan lahan lah ye. Guna kan isu lain dulu isu yang best
   best bila agak dia dah okay korang try cakap slow slow untuk isu persalahfahaman
   korang tu.


- Jangan terlalu cerewet.
   Kadang kadang memang diri sendiri tak perasan yang sebenarnya korang terlalu
   cerewet. Tak salah cerewet sume orang nak kan yang terbaik. Tapi berpada pada.
   Jangan banyak sangat complaint bila hati perempuan tu dah mula sejuk.
   Itu tak kena ini tak kena nescaya hati perempuan yang dah mula sejuk panas semula.

Aku cakap ni macam dari pengalaman aku dan aku tak cakap benda ni sume nya betul. Orang lain aku tak sure. Tapi kira boleh jugak la sebab aku tujukan benda ni kat Kaum Adam. Ada je perempuan yang korang nampak tough, tegas, kasar, cakap main lepas, selamba luaran tapi sebenarnya hati dia nipis gila macam kulit bawang. Dan perempuan yang macam ni mudah berkecil hati dari dalam sebenarnya. 

Ada jugak pompuan yang nampak lembut, sopan, comel tapi sebenarnya dia ada hati batu, kental tak kisah tu sume. Berjaga jaga :)

Wednesday, April 20, 2011

Great Weekend

Weekend bersambung dengan aktiviti yang terus menarik. Amat menarik.Untuk


17 April 2011, Ahad 
Destinasi di teruskan pada pagi hari. Around pukul 9 pagi saya dan Encik Mon bertolak dari Subang menuju ke Felda Sg Klah, Trolak untuk kenduri kahwin kakak kepada kawan Encik Mon. Plan asal pada ahad hari tu nak pergi mandi air terjun ke apa dengan Kak Fira tapi tak jadi. Sebab tengok cuaca macam asyik mendung je kan semendung hati saya. Ewah ! 

So saya dengan rasa gedik dan tak malu tak kira apa memang nak ikut jugak Encik Mon. Beliau yang pada awalnya plan nak pergi dengan memember beliau batal kan untuk pergi bersama saya. Kesiannn beliau tapi untuk kekasih hati beliau saya tahu dia tiada alasan. 

Oh terharu kejap...!

Lagipun kami dah lama tak spent masa bersama untuk weekend. Senang cerita dah beberapa bulan ni bila time weekend kami akan berpisah seakan bercerai. Sebab haruslah saya akan pulang ke Johor bersama family dan beliau setia di Subang untuk buat OT. See see ... 
Ini lah alasan kukuh kenapa saya bersama beliau Sabtu dan Ahad lepas. Macam pergi berbulan madu rasa nya berjalan jauh time tu. Haha. 

Kesian juga saya lihat beliau, tak dapat bersama rakan yang lain mandi manda di Hot Spring bersama, konvoi bersama sebab saya nak ikut. Tapi apakan daya dia ada kekasih cengeng merindui masa berpacaran pada weekend hari. Wahhh! Haha. Siyess makin dekat aku duduk Shah Alam dekat dengan dia makin jarang kami bersama weekend. Bersama maksud dating bukan maksud lain ..

Ape pun trip to Perak to so amazing kawan kawan. Dengan 8 biji kete berbelas bikers. Korang memang superb. Aku doa rezeki korang melimpah ruah so bole nanti bawak superbike pulak. Aku dengan muka yang tak reti malu or tak tahu segan yang macam mozek (bukan nama sebenar) maksudkan tu memang aku. Nyehehe ataupun kata dasar tontoi time kat court futsal tu " Karem pun nak privasi dengan kawan kawan jugak"Kalau yang macam tu memang aku tak tahu malu. Nanti dah ada bini korang faham lah. Haha. So memamng tak rugi korang single mingle skank. Sebab bagi aku sendiri macam  leceh sebab ada girlfriend. Haishh rumit la malas nak explain. Sebab aku tahu half of life aku memang hanya di kelilingi oleh Encik Mon. Aku kekasih gila yang nak bersama 25 jam kalau boleh. . Nyehehe....


Okay sambung citer, selepas pegi kenduri kahwin dekat Trolak tu kami singgah umah Toad's nak lawat dia sebab dia eksiden. Apapun saya doakan Toad cepat sembuh. Apalagi? Dalam pukul 4 lebih kot kami sume gerak balik KL tapi! Sampai je KL saya dan Encik Mon singgah Tropicana Hospital pulak nak lawat Alif sakit appendik pecah. 


Itu saja. Kbai.









Timun aku grab pic ko :)
Halal eh. Hehe

Tuesday, April 19, 2011

Good Weekend

Weekend lepas memang pack dengan event yang berfaedah. Terima kasih untuk cinta hati dan sahabat handai untuk wekeend yang bermaksud. Sangat meriah dan sangat seronok. Terasa macam usia remaja terkembali. Wahhh !

Sabtu 16 April 2011,
Kelmarin nya saya janji dengan Encik Mon nak support dia main futsal untuk sabtu itu. Ewah ewah pompom girl lahh konon. Beliau ada main futsal inter batch bersama MAS seawal 8 pagi sabtu itu. Haha kengkonon juga nak keluar rumah sewala 8 pagi tu straight pergi Platinum Sport Planet. Oh tapi apa kan daya nyah . Saya tak terbangun pukul 8 pagi. Kesian beliau janji tinggal janji. Tapiiiii ! Saya tetap pergi juga melihat beliau kalah dalam competition itu. So bermakna saya tetap hadir bagi kata semangat untuk orang yang kalah okay. 

Tapi saya pergi dengan Cik Anisah. Even lambat kita tetap pegi kan Chah? Haha
Oleh kerana mereka kalah jadi tak sampai ke petang lah main futsal tu. Dalam pukul 12 kami sampai then dalam 1 lebih saya dengan Anisah layan Subang Parade kejap cari aksesori kaki. Sempat tu weh ... 

Apalagi? Event untuk Ahad akan bersambung ;)



Friday, April 15, 2011

Percubaan Pertama Gagal

Macam biasa setiap semester saya akan belajar benda yang berbeza. Untuk semester pendek ni ada satu subjek Multimedia yang saya ambil. Segala group project bagai dah start kena buat. Tak rumit mana pun sebenarnya Multimedia ni tapi saya belajar satu perkara yang selama ni selalu kita guna dan tanpa tanpa teliti dengan lebih mendalam. 

First project Lecturer suruh saya buat video hanya untuk seminit bertajuk poyo. First trial gagal. Gagal sebab arghhh! Kamonn lah video yang harus kami create bertajuk "Poyo" memang dah looser habis la time buat video ni. Bila presence video ni dekat kelas saya dapat komen yang kurang baik. Ah tak puas hati la kan camni.

Sir cakap dari segi jalan cerita bagus tapi ada part yang tidak terkawal. Oh apakah? Dannnn ramai je yang ambil dari internet sejibik kau ! Sir cakap Bagusss I loike, Saya suka tu yang sir cakap tentang video cedok dari you tube. Of course la my dear darling dari internet dan hasil reka cipta yang di cedok dari internet dah baik kan. Dari segi grafik, animation, sound blaaa blaaa blaaa..

Nak compared dengan yang buat sendiri memang nampak la cacat cela nya. So kira hasil kerja sendiri la bole buat kita jadi pandai dari ciplak hasil kerja orang lain. Eh kejap bukan nak kata bagus tak de la. Tapi ni la proses belajar nak pandai nak teror bermula dengan yang buruk dulu. Bukan dapat dapat je hasil kerja terus bagus terus cantik, smart, lawa kan, kan sir kan? ** Kalau lah sir baca blog ni mati aku. Haha

Yang penting usaha dan tak putus asa dari diri sendiri. Tetiba terjatuh cinta plak kan dengan Multimedia Course. Kot ada rezeki bole la buat Master in Multimedia plak kan. Hehe ada cita cita. Serius aku suka Multimedia.

Diploma hari tu Psychology Budak Budak, Degree Human Resources so apa salah nya Master untuk Multimedia.  **Heh dah lah Nurul pening bapak kau nanti botak kepala asyik belajar tak sudah ... Tak pun ape kata hantaran kahwin nanti " Sponsor" untuk sambung master dengan studio sebijik. Cun jugak.

So dengan kental setiap hari saya semakin berani nak belajar dan buat lagi apa yang termampu dalam editing video project. Sebab nak hilangkan kekecewaan dari kata kata sir tu dan semua nya bermula dari bawah.




Eh kejap korang paham ke apa yang aku cakap nih? Haha ** Pengsan.

Thursday, April 14, 2011

Bila perempuan teringin bertunang

Semenjak dua menjak ni gejala orang nak kahwin, tunang semakin menjadi jadi. Ramai jugak kawan kawan saya tak kira la kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan main banjir, kawan mandi parit kawan kolej juga kawan kampus dah ramai yang dah nak kawin, sudah berkahwin atau sudah pun jadi ibu dan bapa kepada anak anak mereka. Fuhhh!

Bila tengok fenomena ni berlaku saya tak rasa meluap sangat nafsu nak kahwin tapi ! Bila saya tengok gambar wedding, gambar atas pelamin gambar dalam bilik tengah nervous haha so gilaaa kalut terasa nak kahwin jugak. Oppss okay okay.
Pembetulan bukan rasa nak kahwin ye tapi teringin nak jadi milik orang. Cop! Maksudnya ada tittle status bertukar. Macam tunang orang ke. 

*Tapi nak jadi bini oarng aku belum bersedia lagi nyah ** blurr.

Konon lah kan bila pegi satu satu event tu dengan couple saya teringin juga orang cakap cenggini

" Ohhh dia tu tunang si isi tempat kosong ?? " Okay bukan apa ye kengkawan tittle ni kadang kadang bole merubah mindset orang dekat kita.
Contoh nya .

" Oh tu tunang dia la, dorang dah 2 tahun couple setia jugak sampai tunang sampai kahwin"

Haa kau nampak tak tu nyah? Betapa tittle tu penting la kot untuk pompuan yang tak sabar macam aku ni. Haha gatal kan? Setahun setengah yang lepas masa Encik Mon saya eksiden dan mengalami kecederaan yang teruk sempat lah jugak saya jaga beliau dekat wad. Time tu perception harus orang dekat kami adalah kami pasangan husband and wife. Haha mentang mentang lah time tu saya penat jaga beliau, muka penat, selekeh dorang anggap saya bini orang. Bagus jugak sebenarnya sebab perempuan tak boleh jaga kat wad laki kecuali ada hubungan yang sah macam laki bini. So bila saya dok melangut dari pagi sampai malam sampai pagi semula saya dah macam bini orang lah kan? Keadaan sendiri pun tak terurus, Haih tapi tak pe asalkan beliau cepat discharge tu je yang terfikir masa tu.

Panjang lebar kan? Itu lah nak bagi rumusan kadang kadang tittle memainkan peranan penting. 

Saturday, April 9, 2011

Entry Basi utk En. Engineer

Special dedication video during My Mr Love Birthday. Enjoy it ;)


Other word for him,
I love you love, My HANIS ISMAIL..

Ini tahun kedua saya meraikan nya untuk awak juga tahun ketiga saya bersama awak
Hari hari saya menunggu awak .
Bila usia makin meningkat kehidupan jua pengalaman makin bertambah
Saya tahu saya memang degil tahap puaka
Nakal tahap dewa .
Dengan usia matang awak, awak tetap bertahan
Selalu mempertahankan . Oh bahagia nya.
Moga sayang saya di panjangkan usia
Di murah kan rezeki serta hidupnya di berkati
Dalam usia yang makin meningkat saya harap awak makin kuat berusaha
Moga saya cepat cepat dapat Mr Engineer saya ;)

With Love,
Nurul.

Friday, April 8, 2011

Hanis Ismail Birthday

Assalamualaikum,
Only a short story it's about suprised party for my beloved Encik Merong, Monchery, Karem, Hanis Ismail or anything what you call him because there are lot of names from him. Apa pun this is nice celebrated and party this special for him. 

Happy Birthday Dear 06 April.
Thanks a lot also to those are involved. I love all of you no regret.

Just  a simple party actually. Wahh broken ! Haha never mind. 
What a best and amazing party ? Birthday boy totally not expect guys!. That's why it make me much more love u sayang sume espcially for Gori, his schoolmate,  All of his housemate his friend. Really really love you darling. 

Okay lets go to some story. 
Gori which a person yang memainkan peranan besar call birthday boy untuk mintak pertolongan dekat KFC 500 menyatakan motor beliau rosak mintak En Karem datang bantu. Okay memula birthday boy ingat yang we all saja nak pekena and suprise dia kat area KFC tu. Siap call i tanya dekat mana sebab jenguk KFC macam tak de sesapa. Line clear. But then dalam hati beliau a bit kecewa sebab time dah sampai dekat Gori there's no suprise there.
Lagi pun i bagitahu i demam okay so can't go dekat dia malam tu. Mak aihh .

Okay moto dah siap baiki, we need setup and prepare dekat rumah. So Gori kena ajak En Karem lepak dulu to give us make it well prepared. Done for setting apa semua Gori ajak Birthday boy pulang. 

At house lampu tutup sume, senyap sunyi. Dia park moto macam biasa and the last when opening the door.  Supriseeeeee! Video are recorded time tu but saya terlalu malas nak upload. So sorry.

Meh layan pictue as usual la kan. ;)







Alahai Wak macam manja je dengan Am. Haihh.



A long distance guest, thanks untuk darling darling saya yang ini ;)





Thanks jugak for this one ;)


See see . hihi 
Birthday boy teman kan i basuh basuh
Bila lihat gambar yang ini 1 baru saya realize saya dah gemok tahap tak de cutting
Patut lah tadi En Merong saya sms dia kata jaga fizikal. Kalau tak nanti dah jadi engineer dia cari perempuan lain. Haihh . Ape la nasib badan. Lol.

Okay yang bawah ni the last one yang sangat exclusive
Doakan jodoh kami panjang, nanti saya akan bagi anak cucu kami lihat
Betapa handsome dan jelita nya wajah future future engineer juga teacher 



Eksklusif kan mereka?

Alhamdulilah done for your 23 tahun birthday
" Semoga di permudah kan urusan, murah kan rezeki segala nya"
Next month anniversary pula. Haih!



Nota kaki : Psstt pada hari kejadian birthday boy sibuk nak buat OT ada ke patut time birthday nak buat OT macam kesian je kann?
 Ke dia saja nak pancing i bagi cuak . HOOHOO.



Thursday, April 7, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Ini souvenir dari Sabah. 
Thanks my dearest friend Chah. Saya suka souvenir yang awak bagi ni and really terharu. Siap ada present untuk Birthday Boy lagi semalam. 
Apa pun thanks honey teman kan Nurul semalam. 




Pssttt ! 
Nanti set date lain kite dating eh !


Untuk sume kisah sedih yang melanda tu Nurul harap Cha tabah okay.
Now pun rasa macam awak dah terlalu tabah je. Kan?
Apa yang orang nak cakap tu lantak lah
Nanti lelama bila dah penat dorang akan senyap. No worries.

.Yes they can be a judges but then they are not totally right.