Sunday, February 27, 2011

Treasure Hunt Sempit

  Hari tu eh tak last wednedsay 15 Februari hari tu ada Treasure Hunt under mentoring activity ( one of our SCD **Student Career Development subject ) benda ni wajib okeh. Wajib! maka dengan penuh kewajipan aku dll kene pegi la. Espcially budak-budak yang intake plus batch yang sama dengan aku. Hari tu jugak ada FBMP day/event. Memang 1 hari tak de kelas. Segala event bagai bagi meraikan fakulti kiteorg. FBMP? Faculty Business Management and Professional Studies. 

  Hari tu ada macam-macam. Ada main jual buka-buka booth ade yg open rumah hantu. Seriusly aku benci hantu. Haha. Siap ada babak kejar mengejar time promosi hantu tu. But untuk mentor kiteorang boleh plak dia nak main Treasure Hunt pepetang. Tak pelah kewajipan aku turutkan walo hati meronta tak nak pegi.

  1 group 5 orang tapi group kami just aku berdua dengan Mazni jerk. Mana yang lain? entah la yang lain aku tak tahu . Tapi aku tahu 3 orang yang lain dalam group kami adalah lelaki. So bila dah habis main baru depa nak datang. Aku buat tak tahu jerk malas layang. Kuang .. kuang ...! Tulah sape soh ngelat tak nak join. 

Bebekalkan 2 otak yang genius kami dapat la no? aha saguhati jerk la. Tapi puas hati la beza markah kami 2 markah je dari no 3 . So group kami no 4 lah kan? Start pukul 4 lebih dalam pukul 5 dah habis kot. Best sebab hadiah kami balun 2 orang je. Haha so kalah pun tak pelah kot.






 TQ Mazni sebab kita kalah . hoho!



Dorang dapat no bape erk????~ **dengki .

Okay itu saja . Byeeeeeeeee...~

tak baik mengeluh

 Final exam around the corner da. Begining on 7 march ended 15 march. Diam tak diam dah final dah kan. Too fast. Untuk 4 bulan pertama dalam sem 1 ni still lagi blurrr! Tapi tak lah blurr sangat. Tapi memang aku rasa everything gonna be fast okeh. Wauu!

Tak sabar nak tunggu cepat-cepat habis belajar. Tapi cane nak cepat habis kalau belajar pun banyal main-main. Oh nurul ! memang pemalas kan? Abah faham nawaitu utama anak dia dan abah mak juga faham anak apa yang anak mereka buat. Aku harap aku tak temui ape ape kekecewaan untuk first sem ni even aku belum dapat lagi adapt dengan enviroment espcially financial yang tak menentu. Loan kene reject aku sedang redha. :)

Aku harap aku dah ada kesedaran yang tinggi untuk hadapi final exam ni. Tapi sebenarnya kesedaran yang ada belum cukup tinggi . Masih main-main, masih banyak tidor. Haishhh Nurul bila la nak bertaubat nih .



Monday, February 21, 2011

Sedih pun tiada guna

        Kalau ada peluang untuk kembali dekat masa lampau memang aku nak . Perbaiki apa yang tak boleh aku buat lagi sekarang. Tapi memang tak boleh la kan. Itu mustahil yesss aku repeat itu mustahil. Menyesal pun dah tak de guna. Bila nak masuk alam dewasa di akhir remaja memang sangat-sangat menguji segala nya. Sampai 1 tahap aku rasa penat. Senang kata aku putus asa. Orang selalu kata jangan mudah berputus asa. Tapi itu amat susah okeh bagi aku. Amat susah. Yeayhh i'm the looserrrr one. Kadang aku bosan dengan benda yang aku kene hadapi sekarang. Jiwa aku meronta okeh. Aku benci semua ini.

      Haha apa yang bagus nya baru aku paham tanggungjawab itu amat berat. The only thing aku mahu lihat famili aku kembali seperti dulu. Heyyy orang melayu. Nope bukan orang melayu saja sume orang yang tamak. Kenapa perlu pecah belah kerana duit. Because money is everything rite? Yaaa aku dah mula speaking. Aku benci speaking kadang-kadang. Itu pun kerana masa silam. Bila pasal duit ada je yang sanggup tikam-tikam dari belakang. cucuk sana cucuk sini, batu api sana batu api sini. Tapi aku tak nafikan okeh itu sume sifat nafsi-nafsi.

     Apa yang aku nak cakap aku penat terlalu penat. Kalau boleh aku tak mahu apa-apa lagi. Tapi itu tak boleh sebab aku memang perlu ada tanggungjawab. Bila sume nye datang serentak aku tak mampu. Aku lagi penat kalau ada yang susah nak faham. Aku harap-harap ade orang terdekat mampu faham aku. Tapi terima kasih buat kali ke 2 aku terguris lagi. 

      Aku dah tak nak apa-apa. Yang aku nak tolong tinggal aku. Tolong faham aku dan cara terbaik untuk faham aku tolong jangan cari aku. Jangan risau pasal aku. Jangan dan jangan lagi. Apa aku patut buat sekarang? Aku patut yakinkan diri sendiri aku boleh berdiri tanpa harapkan belas kasihan sesiapa. Sebab aku benci orang yang kesian kan aku.
Financial, Famili ? Studies? Ini semua masalah. Dan masalah utama adalah masalah diri sendiri. Yesss diri sendiri. 

     Time kasih untuk famili-famili yamg dah buat kami jadi macamni. Apa yang aku faham sekarang hidup tak payah nak mengharapkan pertolongan sapa-sapa bia la susah macamana kita dan diri kita kene cari ikhtiar sendiri. Aku dah mula rasa aku tak perlu famili besar itu. Tiada siapa suka orang yang sedang susah, Terima kasih. Itu konsep terpenting sekarang. Dan aku tak perlu percaya pada sesiapa. Haishhhhh aku cuba tutup mulut tutup hati kunci tangan untuk terus meluah kan . Currently aku sedang terpikir stopping my studies. Pleasure it. Sebab ? aku ada sebab tersendiri.

     Untuk si tua itu aku pesan kan. Terima kasih untuk semua nya jasa dan budi hanya mampu aku balas dengan cebis-cebisan doa. Orang kata anda terkena guna-guna itu sebab anda amat membenci budak ini. Guna-guna atau tidak itu bukan alasan nya kerana cukup lah dan itu kali terakhir kami di perlakukan begini. Membenci kami seperti kami hanya hamba abdi dan bukan darah daging sendiri. Untuk kenduri yang kamu buat tapi langsung tak beritahu kami. Dunia ini kecil saja. Kami tahu dari orang lain dan kami sedang sisihkan orang yang sedang susah itu tak mengapa. Kami faham. Doa ku agar tuan hj dan puan hjh tenang di tanah suci nanti. Terima kasih.



Monday, February 14, 2011

Ape makna weekend kali ini?

    Hari-hari weekend semalam segalanya berjalan dengan lancar. Nawaitu itu penting. Niat utama tak mahu balik Johor minggu ini kerana assigment semata. Assigment okeh ! haha Aminnn.... ! tercapai jua hasrat Nurul mahu jadi budak baik. 

Jumaat tu memang macam-macam plan yang timbul. Konon nya Sabtu plan mau main basikal dekat Cerakah bersama Su konon la. Tak tercapai. Kemudian sabtu juga ada plan mahu ke Jengka berweekend bersama family En Mon jua tak tertunai. Maaf Kak Ngah! Nurul memang macam ni, kata je nak datang haha tapi hampes result nya. Apa lagi plan untuk Sabtu tu? Ya ada plan juga nak pergi mengebom Datin Affira aka Kakak juga tak sampai-sampai pun pijak kaki kat Gombak pun tidak. Yang terakhir konon nak ikut Kecik melalut dekat BB Bukit Bintang pun tak jadi sebab? Sebab kecik nak pegi pagi aku pulak memang liat la weekend nak bangun awal pagi. Ha so conclusion untuk Sabtu memang dah nampak kan? Cakap je berhabuk plan memang banyak gila. Tapi last sume tak jadi kembali ke niat asal hanya buat assigment mengikut niat di hati.

** tak sedar diri lagi tu niat utama nak buat Assigment okeh . untuk weekend ada hati plan macam-macam. Nampak tak? 

Untuk Ahad pula? Konon ahad tu nak pegi main badminton kat Uitm macam yang Fiana pelawa. Haha tapi? Aku bolee terlupa ahad tu aku plan nak pegi main badminton. Ada pasang niat nak pegi shopping dekat Times Square cari dress. Ha yang ni je yang menjadi sebab aku memang dah darurat tak de dress baru. Tapi lari dari rail sikit sebab plan nak keluar pukul 2 or 3 tapi delayed beberapa jam pukul 5 lebih baru nak terkedek naik tren dari Padang Jawa. Tapi last-last tren sampai pukul 6 setengah kot. Ha tren memang cari pasal. Dari Padang Jawa naik hanya sendiri dan sorang-sorang . Sebab ape? sebab aku malas nak tunggu sesape bersiap sebab dah petang kalau nak ajak sesapa mesti dah macam lambat plak. Drive dari rumah park kereta dekat Padang Jawa turun KL Sentral amik monorail pegi Imbi. Ha itu pun sensorang. Tapi sampai Times Square dah ade la yang menunggu. Uhuk !


Sampai Times Square dah pukul 8 pm kot. Ha memang awal dan ringkas untuk slot shopping aku kali ni. 2 kali tawaf dekat 3rd and 4th floor. Memang mati kutu tak yah cakap la. Aku tak suke shopping untuk masa yang singkat tapi aku pun tak tahu nape still nak pegi jugak. haha Nurul. Nurul memang cari pasal. okay result untuk shopping yang hanya dari pukul 8 hingga 10 pm tu berjaya jugak dapat dress and belt yang menawan hati walo tak capai sangat taste. Haha tapi bule la kan dari takde. Bila balik rumah testing. testing ade terasa anggun itu dah memadai la kan . Menakjubkan juga sebab dress tu okay ! Wahh ! tapi siyes Times Square memang bodo! buat aku rambang mata sampai tak tau nak pilih dan keliru dalam buat pilihan. 



12.30 pm sampai rumah. Aku tengok ade kekecohan kat bawah rumah. Ha ape jadi? Owh rupa nya ada budak india buat hal tadi. Ada 2 biji kereta park menghadang laluan moto dan 2 orang budak india dengan panas hati nya amik kayu tak cakap banyak terus pukul pecah-pecah kan kesemua cermin kereta tersebut. Ha? Simple! itu la yang sorang pak cik tu cerita dekat aku time nak naik tangga. Kejadian tersebut berlaku jam 8pm tak cukup dengan tu around 12 pm budak india tadi buat bising-bising main pulas minyak pulakk . Ramai jiran turun sebab panas hati report polis dan kedua budak india tu tertangkap. Mak ai ~

Tak sampai sehari aku tinggal dah macam-macam jadi. Ape lagi yang jadi Yaaa! ni memang buat aku murka motosikal yang encik mon park bawah rumah aku sepanjang die bercuti pun jadi sasaran. Huh! terasa amat scary pulak. Tapi memang aku sumpah sape buat durjana dekat BKC Encik Mon tu jadi Beruk peti ais tak pun TV. Huh! Biar ada function sikit. 






Thursday, February 10, 2011

Big Colors of msu

     Ini cerita saya . Budak rajin budak malas dan juga budak ikut mood nak masuk kelas ** certain subject saje. Terbaik kan? Event minggu ni dekat MSU je time hari kelas ha yang tu lagi terbaik. Apa yang lagi terbaik? Hari event tersebut ada kelas tapi sebab compulsory to attend event tu so skip kelas. Yang lagi baik-baik time kelas tu ada test. Ha terbaik kan? Apa yang lagi antara terbaik? Lecturer kata nak buat test, talk show sume tu time date di luar jangkaan. Plan date lain mana nak tahu tarikh tu sume di rombak. So memang kelam kabut la kan. Ha yang tu lagi-lagi terbaik. Okay nurul under control. Okay. Okay je. 

    Apa event sampai skip-skip kelas ni? " Colors of Ranggoli " alaaaaaaaaa ade indian culture tu la yang ade cetak or create bunga or corak-corak kat lantai tu. Sama la dengan yang kiteorang kene buat ni. Tapi beza nya buat dari hampas kelapa kot kalo tak silap i. Dengan corak MSU and PTPL.  Nak tengok tak?






   i tak sure about width and length benda yang kat lantai tu. Tapi memang besar la seluas Cancellor Hall kiteorang taburan hampas kelapa tu . So event ni memang including Malaysian Book of Record (MBR). Except budak baju hijau dekat atas ni ha yang memang tak masuk lah dalam MBR tu kan . haha but kalau dalam BBM punya record memang die ranking paling atas lah . haha . Aifaaa.. kehadiran kita just tolong . tolong tengok je kan? okay kita memang rajin .


   Event lain pada hari tu macam Big Kolam, Kabbadi Competition, Pot Breaking, Ponggal Competition, Sareeeee and so on . haha. Untuk this month and next month macam banyak je event yang dorang nak buat dekat MSU ni. Konsert, Pidato dll nak tahu kena datang MSU la kan . haha. First picture kat bawah ni, ni lah debu-debu hampas kelapa tuh.




   Kiteorang punya Chancellor Hall. Haishh memang melekat la bau kelapa ni . Kat bawah ni event after perasmian untuk yang dekat atas ni. Ni one of event la yang lain tak sempat nak snap-snap. 






   Yang ni nak categorize kat dalam event ape erk? Haha pikir-pikir dulu .. I tak mau introduce tak mau komen ape-ape takut tuan punya badan marahhh . Sebab ni gambar curi-curi. samapi tuan punya badan bolee cakap " Nurul, bole tuka course dah, take Paparazi Course" haha . Baik-baik .  Apepun kat gambar ni tak de unsur-unsur kontroversi ye. Depa ni tak de ape pun . Saje gempak sikit . Alalala....~




   MSU dan hidup . Now it also one of my event in my life. Tak boleh nak tired sangat even kadang-kadang suka sangat tak mahu ikut peraturan hidup. Tido lambat, main-main. 

Friday, February 4, 2011

terima kasih kehidupan

     Ini hari yang ketiga aku di sini, di kampung, di sisi mak dan abah juga bersama encik dan puan jiran kampung yang amat baik pada keluarga kami. Walaupun segala pahit-pahit terpalit pada hari yang lepas tapi alhamdulilah selain itu masih ada lagi insan yang juga prihatin dan mengambil berat. Malam ini bukan entry untuk mencarut seperti yang sebelum ini.

    Alhamdulilah mak makin beransur baik ada petanda positif pada kondisi emak.  Hari ini tika bangun pagi tadi tersedar usapan lembut dari tangan mak. Mak dah boleh tersenyum dan apa yang penting nampak mak seperti kurang rasa ketakutan lagi. Makkkk ! sembuh la mak.... Nurul rindu semua ni . Currently mak, abah hantar ke Darus Syifa' untuk berubat. Abah seperti kuat dan tidak putus asa itu menjadikan aku makin tabah mengharungi dugaan ini menemani abah menghadapi masalah ini bersama. Mahu rasa nya aku peluk mak dan abah aku kata kan, abahhh Nurul ada disini. Mak dan abah ada sorang anak dan sekarang anak mak dan abah yang 1 ini sentiasa bersama. 

     Pagi tadi lewat 6.30 pagi kami sampai dirumah selesai pulang dari berubat, Sepanjang aku di samping abah emak tanggungjawab menjadi pemandu peribadi mereka akan aku galas. Aku tahu abah amat penat kebelakangan ini. Abah penat menjadi doktor on call mak, penat menjadi pengawal keresahan mak. Penat juga menghantar mak kemana saja asal mak kurang rasa derita ini. Maka semalam tadi dan besok aku lah pengganti pemandu mereka pula.

    Besok pagi kami akan ke Kempas untuk sambung berubat. Ini memang saat-saat getir bagi kami keluarga kecil. 

     Semalam kami sekeluarga ada berborak kosong. Ada terselit 1 topik tentang perancangan abah untuk aku mungkin pada hujung tahun depan. Ya Allahhh terkejut dan amat terharu. Tapi abah kata bagi abah masa sikit. Hah apa yang abah plan kan untuk diri ini? Abah kata perancangan itu untuk jangka masa hadapan dan di jangka di laksanakan pada penghujung tahun depan. Kali ni aku terkejut lagi. Oh dasat nya pemikiran abah yang jauh itu, Aku gembira bahagia dan tak perlu risau. Apa perancangan penting yang abah buat untuk anak dia ni? Debaran nya hujung tahun depan. InsyaALLAH. Malahan untuk kali ini ..




Aku termenung kembali......... 

Thursday, February 3, 2011

kurang pasti tajuk ini

    . Don't ask me to delete it if u unlike.
       
     Terus terang aku kata kan . Begitu susah nak mencari orang yang senang dan menyukai orang-orang yang tengah susah. Oh rumit nya hidup. Biar pun itu adalah keluarga sendiri tidak semestinya mereka akan betul-betul 1 keluarga jika ada di kalangan mereka orang yang sedang susah. Am i'm wrong? 
    
       To these bullshit family what I want to say. If u wanna send some santau or bullshit thing to my famili yess sila kan. My famili mak abah sedang menderita sekarang dan persilakan juga if u wanna said a bad impression and hasut embah juga . Yessss sila . sila and sila kan. Tapi ingatlah balasan dari Allah akan menanti. Hey bitch and also your husband . Mak meracau mak terpekik terlolong, suara mak jadi lain mak juga sering meracau guna bahasa yang kami tak fahami. Bawa emak ke klinik sudah ke hospital sudah and the result doktor kate mak tak sakit. Abah and me sedang tahu ini angkara siapa. And yesterday doktor terpaksa refer mak to Specialised Psiaktri Hospital and now nak kata mak depression pula.

     Cukup lah and thanks you. Embah sedang menjauh. Yaaaa memang kami sedang susah ade juga certain yang sudah pulaukan kan kami. Kamu pak cik dan mak cik sudah puas?
Hanya kerana takut kan harta embah habis untuk kami kerana kami baik dengan embah. Harta embah adalah embah punya dan kami punya sendiri. 



    Abah tak pernah ajar saya menjadi sorang yang biadab. Mak juga sudah tatang untuk berbuat baik dengan orang. Tapi apa yang saya dapat? Now emak sedang sakit satu family sedang susah. Apa yang lagi susah tiada spesifik ubat untuk emak. Memang saya rasa mahu carut carut lagi di sini. Baik lah kerana kami terlalu baik dengan embah kamu 1 famili hantar pada kami sakit yang bukan-bukan . Oh man! ini lah orang melayu. 

    Is'it enuf for u man? and also u bitch? 

Tuesday, February 1, 2011

kerana itu saya begini

    Abah cuma ada sorang anak saja. Anak abah amat dasat degil nya. Semua orang tahu itu. Kerana anak abah memang macam abah. Ganas.. Oppss ! Kasar.. Panas baran .. Suke sound orang tapi anak abah juga amat penyayang, baik hati sama macam abah. Hari ini destinasi pulang bertemu abah. Bukan abah saja tapi mak embah juga. Oh rindu nya sama abah!
bukan abah  saja ya. 




   Seperti budak ini juga hanya punya sorang abah sorang emak dan 1 keluarga yang amat bahagia. Mungkin ini genap sebulan mak jatuh sakit. Kejap lagi anak abah akan pulang ke pangkuan mereka. 
Untuk kembali memikul tanggungjawab menjaga emak membantu abah. Oh Tuhan ! tolong lah buat segala nya kembali okay. (: 

   Abah juga pasti rindu senyuman emak yang menawan, gurauan emak yang tak habis-habisan. Bukan abah saja malahan saya juga. Diri ini merayu sesiapa yang buat emak sakit tolong lah berhenti menyakiti emak dan abah. Saya hanya ada mereka iaitu 1 abah dan 1 emak. Mak dan abah tak pernah cuba untuk menyakiti hati mereka. Jangan lah buat emak sakit menderita. Saya terlalu rindu keluarga bahagia ini. 

   Tutup segala hubungan di alam internet selama 5 hari. Mahu beri perhatian pada abah dan emak. Jadi sila jangan rindu budak ini ! (:


Selamat Tahun baru Cina !