Friday, 31 May 2013

[Advance Joint Health Tablet] Soalan Lazim tentang Advanced Joint Health Tablet (AJHT)





Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?

A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia?

A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?

Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?

A : Ya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Advance Joint Health Tablet] Meningkatkan dan Menyokong Kesihatan Sendi


Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
Bagaimana Ia Berkesan? 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :

1) Menyokong Keselesaan Sendi

Ekstar Boswellia : menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. 


Ekstark Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejal berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2) Bertingak Sebagai Kusyen 

Ekstrak jagung : membantu mengekalkan tulang rawan.


Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun - tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3) Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat 

Zink, tembaga, managan & vitamin c : Nutrien penting dalam kesihatan sendi. Membekalkan sokongan nutrien unutk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Keistimewaan Shaklee 

1) Sentiasa Berkesan 

Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi penyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi dahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioativiti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

100% bebas konroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Penyelidikan baru - baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina)

2) Sentiasa Selamat 
  • 100% berasaskan sayur - sayuran 
  • Kaplet mudah telan 
  • Bebas gluten 

3) Sentiasa Mesra Alam 
  • Botol yang dikitar semula 
  • Pembukusan yang bebas bisfenol-A (BPA)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 25 May 2013

[Info Vitamin] Keberkesanan Shaklee : Antara Testimonial dan Sains Dalam Shaklee


" Betul ke produk Shaklee ni berkesan ye. Saya tengok testimonial, macam best "

" Saya dah search pasal Shaklee, rasa confident nak ambil sebab tengok Shaklee ni macam dah lama "

Normal la kan, bila kita nak beli sesuatu produk, sudah semestinya antara sebab yang membuatkan kita tertarik atau membuat keputusan untuk membeli produk itu, antaranya adalah testimoni dari pengguna dan juga berapa lama produk itu sudah berada di pasaran. Dan yang paling utama, sudah tentunya produk itu haruslah yang terbukti dan dijamin selamat.

Saya tertarik dengan perkongsian dari Mommylyna mengenai produk Shaklee dan keberkesanannya yang bukan sekadar testimonial:)

Jom kita baca sama-sama k....

***********************************************************

Terpanggil untuk menulis topik ini memandangkan cadangan dari seorang teman (doktor) tentang bukti  keberkesanan Shaklee, bukan sekadar testimonial semata-mata.

Shaklee dikatakan terbukti berkesan adalah kerana ia menjalani ujian klinikal dan diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menjadi rujukan pada saintis. Ramai orang/produk boleh claim ‘ujian klinikal’ tapi berapa banyak yang boleh memberi bukti bertulis dan diterbitkan di peringkat antarabangsa?

Shaklee bukan berdiri atas pilihan ramai, tapi dorongan sains.

Antara jurnal2 saintifik yang pernah menerbitkan kajian tentang Shaklee ialah:

JAMA

The American Journal of Clinical Nutrition

jurnal of nutrition


Shaklee juga telah menjalankan kajian yang dinamakan ‘Shaklee Landmark Study’ dengan kerjasama UC Barkeley School of Public Health untuk menilai tahap kesihatan jangka panjang pengguna Shaklee.

Kajian ini menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berdasarkan 4 penanda biologi ini:

shaklee 2007 landmark study result

Ini juga satu tips untuk anda yang sedang mencari suplemen yang sesuai dan terbaik. Utamakan yang menjalani ujian klinikal yang telus iaitu dijalankan oleh pihak ketiga, yang mana tiada unsur-unsur yang diragui dalam kajian yang dijalankan. Ini kerana semua suplemen mengakui pelbagai penyelidikan dijalankan namun seperti pengalaman Dr Bruce Miller hampir 30 tahun lalu, tatkala beliau meminta syarikat2 suplemen memberikan jurnal mereka, hanya Shaklee yang memberi respon.

Usah anggap ‘semua suplemen sama saja’, ya kerana ia tak sama. Sedangkan haiwan yang diternak secara organik pun tak sama dengan haiwan yang dicucuk hormon dan antibiotik, inikan pula suplemen yang boleh dibuat dalam lab saja!

Buatlah pilihan yang betul untuk kesihatan anda. Ramai orang yang ambil suplemen tapi makin sakit.

landmark study shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 19 May 2013

[Pregnancy] Risiko dan Cara Menangani Anemia/Hemoglobin (Hb) Rendah Semasa Hamil



Apakah itu Anemia

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Tanda-tanda dan Gejala Anemia

1) Gejala yang paling biasa berlaku adalah: 
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan. 
  • Kelihatan pucat 
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas 
  • Loya 
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat 
  • Sakit kepala dan pening 
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah 
  • Mudah lupa 
2) Gejala yang jarang berlaku: 
  • Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit 
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa Berlakunya Anemia 
  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian. 
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid. 
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia. 
  • Thalassemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika. 

Siapa yang Berisiko Mengalami Anemia
  • Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah. 
  • Wanita yang mengandung kembar 
  • Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat. 
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah Anemia Berbahaya kepada Saya dan Bayi

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

1) Kepada ibu
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin 
  • Tekanan darah tinggi(eklampsia) 
  • Keguguran 
  • Kematian 
2) Kepada bayi dalam kandungan
  • Kematian janin 
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan (pre-mature baby) 
  • Kelahiran bayi kurang berat badan 
Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

Seriuskah Masalah Anemia Saya

Tahap anemia adalah seperti berikut:
  • < 6.9 : SANGAT TERUK 
  • 6.9 < 8.0 : TERUK 
  • 8.0 < 9.5 : SEDERHANA 
  • 9.5 - 10.5 : RINGAN 

Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement


  • Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
  • Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
  • Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

Buat semua ibu-ibu hamil yang comel dan manis, jom cuba Set Kehamilan Shaklee khas untuk kesihatan ibu dan bayi.

Klik sini untuk info lanjut Set Kehamilan Shaklee

Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Tip Kurus Langsing] 10 Tips Mudah dan Berkesan Untuk Kawal Nafsu Makan


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Dah lama rasanya saya tak share tips untuk kurangkan berat badan kan. Ok, tips meletop kali ni pastinya akan membantu anda yang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, tapi selera mak aii, membuak-buak, spoil la kan:)

Sukar kawal nafsu makan untuk kurang berat badan?

Dalam proses mengawal berat badan, nafsu makan sering menjadi musuh utama. Kalau nafsu tu dah bergelora, memang sukar untuk mengawal diet dan pemakanan.

Keinginan biasanya timbul akibat keadaan tertentu. Nafsu coklat berbeza dengan nafsu gula. Badan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan isyarat pada kita tentang apa yang diperlukan. Hmmm sebab-sebabnya ada pelbagai – termasuklah kesimbangan hormon, kekurangan mikro-nutiren, masalah emosi, stress, kehamilan dan lain.


Walaupun kita tidak dapat elak adanya nafsu makan langsung, tetapi kita dapat mengawalnya.

Jom saya kongsikan di sini antara tip-tip mudah untuk mengawal nafsu makan, yang saya petik dari ebook pakar diet Kevin Zahri.

1) Makan Setiap 3 – 4 jam

Ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu. Mengapa?
Kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberi ruang untuk berasa lapar.

2) Karbo Kompleks

Pastikan karbohidrat kompleks (oats, wholegrain, nasi perang, roti perang) menjadi pilihan diet anda. Ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahanan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks ini kepada gula.

3) Air Masak Sepanjang Hari

Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah.

4) Jangan Bawa Balik

Hmm jika anda gemari coklat atau makanan manis, cuba jangan bawanya pulang ke rumah. Anda mungkin akan tertewas dengan keinginan anda.

5) Keajaiban Melalui Senaman

Senaman hasilkan endorphin yang secara semula-jadi kurangkan selera makan. Senaman juga mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan memulakan senaman!

6) Suplemen Boleh Bantu

Terdapat pelbagai makanan tambahan yang boleh bantu mengurangkan nafsu makan, antaranya:
Asid Amino : Tyrosine, Phenylalanie, GABA, Tryptophan & glutamine bantu dalam membekalkan pengeluaran bahan kimia pada otak yang boleh memodulasi emosi dan nafsu.
B-Kompleks: Penting dalam pembentukan cecair kimia pada otak dan selalunya kurang di dalam diet kita.
Mineral: Kromium, magnesium & kalsium bantu kawal nafsu makan.
Multivitamin: Boleh membantu anda tidak terlalu lapar. Kebanyakkannya mengandungi Vitamin B dan mineral.

7) Protin Baik Untuk Anda

Protin adalah kunci untuk mengawal keinginan terhadap karbo dan sememangnya mengenyangkan.

8) Jangan Biar Anda Lapar

Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.

9) Kurangkan Garam
 
Mengurangkan pengambilan garam dapat menurunkan keinginan anda terhadap
gula. Disamping itu pengurangan garam dalam diet seharian anda juga mampu untuk mengurangkan
takungan air berlebihan dalam badan.

10) Katakan Tidak!

Antara cara yang terbaik mengawal nafsu atau keinginan ialah DIRI SENDIRI Anda perlu kuat, komited dan berani mengatakan TIDAK. Minda mengawal tubuh badan anda. Kawal minda anda sebaiknya.

Sebenarnya. Kevin Zahri berkongsi 45 tips di dalam blog beliau, tapi saya pilih 10 je untuk saya kongsikan di sini, 10 cara yang pada saya paling mudah untuk anda amalkan.

Cuba tau jangan tak cuba:)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 18 May 2013

[Info Vitamin] Panduan, Pantang Larang dan Jadual Pengambilan Supplemen untuk Kesan yang Optimum


"Kak, macam mana nak makan set berpantang ni eh, kawan saya bagi hadiah, tapi dia suruh saya google jer cara nak makan"

"Kak, boleh tak saya makan Alfafa dengan Vitamin E serentak"

"Kak, kalau saya minum kopi, ada effect apa-apa tak kalau lepas tu makan vitamin"

Ini antara soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya mengenai cara pengambilan supplemen Shaklee, dan kalau nak disenaraikan semua soalan-soalan lain di sini, sampai esok pun tak habis:)

Jadi, sebagai panduan kepada anda semua, terutamanya yang baru atau pertama kali mengambil supplemen, berikut adalah cara dan jadual pengambilan supplemen Shaklee secara umum yang boleh dijadikan panduan.

Tetapi, kepada yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop, sudah semestinya anda tak perlu risau atau pening, kerana sudah semestinya saya akan menyediakan jadual yang bersesuaian untuk anda. And of course, i'm always there for u jika anda ada sebarang pertanyaan.


Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin perlu diambil mengikut cara dan jadual yang betul.

Jadual pengambilan vitamin secara umum
  • Sebelum sarapan : ESP, Meal Shake, Performance Drink, Cinch 
  • Selepas sarapan : Vitalea, B-complex, Vitamin C, AJHT, Omega Guard
  • Antara sarapan dan makan tengahari : ESP, Cinch, Meal Shake 
  • Selepas makan tengahari : Zinc, Alfalfa, Lecithin, CarotoMax, Garlic 
  • Antara makan tengahari dan makan malam : ESP, Cinch, Meal Shake 
  • Selepas makan malam : Lecithin, GLA, Alfalfa, Nutriferon, DTX, Peppermint Ginger Plus 
  • Sebelum tidur : OsteMatrix, Vitamin E, Vivix, Collagen Powder, Herblax (weekend)

Antara perkara yang perlu dielakkan semasa mengambil vitamin
  • Jangan ambil Vitamin E bersama Alfafa kerana Vitamin E akan mengganggu penyerapan Alfafa
  • Jangan ambil GLA Complex bersama Alfafa kerana GLA Complex mengandungi Vitamin E, jadi sama seperti di atas, akan mengganggu penyerapan Alfafa
  • Jangan ambil Vitalea bersama produk tenusu atau Ostematrix kerana Vitalea mengandungi Iron, kalsium akan menghalang penyerapan Iron
  • Jangan ambil vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin

Panduan dan tips pengambilan vitamin


  • Vitamin larut air (B-complex dan Vitamin C) : Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.
  • Vitamin larut lemak (A, D,E K) : Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
  • OsteMatrix @ Calcium : Diambil bersama produk tenusu seperti susu. 
  • Ambil vitamin mengikut kadar yang dicadangkan dan secara konsisten setiap hari
  • Jangan ambil vitamin lebih dari kadar yang dicadangkan kerana vitamin yang berlebihan boleh bertukar menjadi toksin
  • Antara vitamin yang tidak disarankan semasa mengandung ialah Vitamin E, GLA Complex, Alfafa, Vivix dan Cinch Shake

Apapun, selepas anda membeli sebarang supplemen, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar anda ye, agar pengambilan vitamin ini memberi kesan yang optimum kepada anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Set Breastfeeding] Q & A Tentang Tips dan Cara Pengambilan Vitamin Set Breastfeeding/Penyusuan Shaklee


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop

Seperti yang ramai telah ketahui, supplemen Shaklee sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan ibu-ibu menyusu iaitu Set Breastfeeding kerana set ini bukan sahaja membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan ibu, malahan juga meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan si ibu supaya ibu kekal bertenaga, cergas dan cantik berseri.

Entry kali ni adalah koleksi soalan-soalan lazim yang sering diutarakan oleh ibu-ibu menyusu setelah mengambil Set Breastfeeding.


So, here we go, khas untuk ibu-ibu menyusu, anda boleh refer di sini ok jika ada sebarang kemusykilan mengenai Set Breastfeeding.
   
1) Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini? 

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron).

2) Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)? 

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

3) Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari? 

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

4) Apakah cara terbaik untuk mengambil Alfafa?

Alfafa boleh diambil 2 biji setiap kali selepas sesi pam atau menyusukan anak. Disarankan juga pengambilan Alfafa bersama dengan 1 sudu ESP. Jumlah Alfafa yang perlu diambil setiap hari bergantung kepada penerimaan badan individu sebenarnya, ada yang perlukan 2 biji sahaja, ada juga yang perlu lebih dari 2 biji, dan ada yang tidak cukup dengan Alfafa sahaja, perlukan Ostematrix dan/atau ESP untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Berdasarkan pengalaman-pengalaman ibu menyusu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee, pengambilan 2 biji Alfafa bersama dengan 1 sudu ESP, 3 kali setiap hari akan memberikan hasil yang paling memberangsangkan.


5) Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu? 

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct).

6) Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak? 

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

7) Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur? 

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

8) EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal? 

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

9) Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee. 

Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di entry ini .

Kepada semua pelanggan yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop, jika ada persoalan-persoalan lain, atau sebarang masalah, jangan segan-segan untuk bertanya saya ya. I'm here to help you, anytime and anywhere:)

Selain supplemen, pastikan anda juga sentiasa mengamalkan 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu. 
  • Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam. 
  • Minum air tidak kurang 3 liter sehari. 
  • Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt. 
Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 17 May 2013

[Breastfeeding] Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu


Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.

  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

 Credit

***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

[Breastfeeding] Menyusu Badan Membuat Kanak-kanak Lebih Cerdik


Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.


Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.

“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.

Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

Credit

***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Thursday, 16 May 2013

[Pregnancy] Perhatian Buat Semua Ibu Hamil, Berikan Bayi Anda Suatu Permulaan Yang Baik Dalam Kehidupan : Omega Guard


Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

 

DHA Kaya Dalam Susu Ibu

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplimen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk penbangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.



KAJIAN 1

The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji.

Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.

Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan.

Dan didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung memlahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung.

Bukan itu sahaja malah, ia juga menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.

KAJIAN 2

American Journal of Clinical Nutrition, 2007

Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil. Suplemen yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran.

Dapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA.

Banyak lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.


Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA

Sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang cukup di dalam makanan kita.

DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid faty Omega 3 lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplimen Omega 3. Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus.

Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang kita mesti jauhi.

Atas sebab ini suplimen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.

Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Suplimen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama skali dihapuskan.


***********************************************************
 
Cadangan Supplemen Shaklee : Omega Guard

 
Sekarang anda sudah tahu, jika ingin membeli suplemen Omega, haruslah menitik beratkan ciri2 di atas. 
Kenapa anda harus pilih Omega dari jenama Shaklee? 
  • Kerana OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
  • Minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi 
 Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Testimoni Set Kurus] Berjaya Kurus dan Kurangkan Berat Badan dengan Mudah dan Selamat. Set Kurus Shaklee Memang Berkesan dan Terbaik!!


Wahh, sekarang dah pertengahan bulan May kan. Cepatnya masa berlalu, lebih kurang 2 bulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Lepas tu raya. Raya dan kurus, sinonim? Sudah semestinya la kan, bagi yang dah lama teringin nak pakai baju cantik-cantik raya tahun ni, teringin nak tunjuk imej baru bila jumpa balik kawan-kawan lama raya ni, apa kata anda mulakan cabaran nak kurangkan berat badan anda mulai hari ni. Sempat lagi ni, cuba target nak kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10kg sebelum raya, hah, jom sahut cabaran saya. Anda mesti boleh punya.

Kalau rasa-rasa perlukan supplemen untuk membantu anda mencapai impian anda, saya sarankan anda cuba Set Kurus Shaklee. Ramai yang dah mencuba rangkaian produk di dalam Set Kurus Shaklee ni, dan sudah semestinya mereka dah berjaya mencapai impian mereka untuk kurus dan kurangkan berat badan mereka.

Jom kita baca dan lihat perkongsian kejayaan mereka:

Testimoni 1


Testimoni 2


Produk yang diambil : Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfafa dan ESP

Testimoni 3


Produk yang diambil : Herblax, Lecithin dan ESP

Testimoni 4


Testimoni 5




Teruja tak. Mereka dah berjaya, anda bila lagi:)

Jom sahut cabaran kurus dan langsing secara sihat dan semulajadi dengan Set Kurus Shaklee.
Jenama Shaklee ni, adalah jenama yang sudah 50 tahun lebih established dan telah terbukti selamat, semulajadi dan berkesan.
Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Kurus Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi saya ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 12 May 2013

[Parenting] Cara Mengatasi Anak yang Selalu Demam, Selsema dan Batuk Berkahak dengan Mealshake dan Omega Guard


Testimoni Saya : Anak-anak Semakin Sihat dengan Mealshake dan Omega Guard

Setiap ibu bapa pastinya rungsing apabila anak-anak jatuh sakit, lagila yang kalau yang kerap sakit, setiap bulan demam, selsema dan batuk. Saya dulu sangat rungsing kalau anak-anak jatuh sakit, bukan sebab apa, saya ni tak suka berikan anak-anak ubat, tak elok berikan ubat yang banyak dan kerap kepada kanak-kanak ni. Ubat-ubatan mengandungi dadah. Walaupun kandungannya adalah sedikit dan dibenarkan, tetapi kalau diambil selalu ia akan memudaratkan anak. Tapi kalau tak berikan ubat, nanti melarat pula. Contohnya batuk berkahak, kalau dibiarkan lama sangat, takut jadi jangkitan paru-paru pula. Maklumla anak-anak hantar nursery, memang mudah terkena jangkitan terutamanya kalau ada budak lain yang sakit. Masuk keluar hospital macam dah selalu sangat dulu, sampaikan ada dua kali raya kami anak beranak terpaksa beraya di hospital, gara-gara anak sakit.

Itu cerita dulu, sebelum saya mengenali Shaklee. Tapi kini, setelah meng'Shaklee'kan keluarga saya, termasuk anak-anak saya, kami kini tak lagi perlu bergantung kepada ubat. Untuk tingkatkan antibodi anak-anak saya, saya berikan Omega Guard dan Mealshake, Alhamdulillah, anak-anak saya jarang sangat sakit sekarang ni, memang jarang sangat-sangat. Kalau nak selsema atau batuk pun, macam acah-acah jer, dalam dua tiga hari, tengok-tengok dah hilang.

Bonus, anak saya yang sulung semakin berselera makan sekarang ni, kalau tak dulu, jenuh nak kena pujuk makan. Kulit pun dah semakin cantik dan lembap, dah tak allergik macam dulu lagi, sebab anak saya ni memang ada allergik kulit/ekzema yang agak teruk dari dulu, sampaikan dah bermacam-macam ubat cuba. Buang air besar pun dah ok, tak sembelit macam dulu. Kalau dulu, sampai pedih-pedih punggung bila nak basuh sebab luka. Memang saya bersyukur sangat dipertemukan dengan Shaklee. Seriously, i love Shaklee:)

Itula serba sedikit pengalaman saya memberikan anak-anak saya Omega Guard dan Mealshake.
Meh kita baca pula sedikit info ringkas mengenai kedua-dua produk yang superb ni:


Omega Guard
  • Meningkatkan dan mengawal sistem imun  
  • Menyihatkan paru-paru
  • Memperbaiki Alergik/ekzema
  • Memperbaiki Asthma 
  • Mengandungi DHA yang merupakan nutrien utama untuk otak. Ia membantu tumbesaran & perkembangan otak.. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

Mealshake
  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh anak.
  • Kaya dengan protin(tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun.
  • Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan Kalsium dan Magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk prises membesar.
  • Mengandungi Vitamin A, E, C, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak mVlawan jangkitan.
  • Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • Kaya dengan serat larut untul membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Testimoni Mealshake dan Omega Guard





Apa salahnya anda laburkan sedikit wang anda demi kesihatan dan masa depan anak-anak anda. Bukankah kita keluar rumah, bekerja seharian suntuk mencari wang demi anak-anak kita? Sebenarnya tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan kualiti dan kesan yang bakal kita dapat:) Untuk penjimatan dan harga istimewa, anda boleh hubungi saya sekarang, hanya di Sweet Moms Vitamin Shop.

Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat, cergas, bijak, comel dan menjadi anak yang soleh !

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit