Kedai Saya Jugak...

PROMOSI TERKINI...!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!

~ Program Kesetiaan Pembeli ~

Follow..Beli ..Kumpul Point RM10=1 point....Dapat Hadiah bagi setiap 20 point. Bagi 10 pembeli pertama yg bernilai RM50, secara automatik anda mendapat 10 point.Terhad yer...apalagi..jom lah beli..banyak barang ada... ** Jika anda peniaga Online..beli buku RM50 di sini dan saya letakkan banner anda di bahagian atas ini. **
Showing posts with label Buku Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Buku Kekeluargaan. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Menempuh Gerbang Perkahwinan



Menempuh Gerbang Perkahwinan
Harga setiap unit (piece): RM19.90


Penulis : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria

Kod Katalog : TBBK1003

Kod ISBN : 978-983-4244-84-3

HARGA : RM 19.90, CP : 6

Petua Menangani Anak Bermasalah



Petua Menangani Anak Bermasalah
Harga setiap unit (piece): RM19.90

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Kod Katalog : TBBK1011

Kod ISBN : 978-983-4244-89-4

HARGA : RM 19.90, CP : 6

Buku ini adalah sekelumit bantuan yang dapat membantu para ibubapa dalam menangani anak-anak yang bermasalah. Ia juga menerangkan kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak serta kaedah penyelesaian masalah tersebut.

Saturday, June 5, 2010

Rayuan Cinta Buat Isteriku



Rayuan Cinta Buat Isteriku
Harga setiap unit (piece): RM4.00


Penulis : Ibn Abdul Azib

Kod Katalog : TBBK1144

Kod ISBN : 978-967-5102-83-7

Harga : RM4.00 , CP : 1

Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.

31 Tips Suami Idaman



31 Tips Suami Idaman
Harga setiap unit (piece): RM19.90


Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Kod Katalog : TBBK 1013

Kod ISBN : 978-983-3494-12-9

HARGA : RM 19.90, CP : 6

Apakah ukuran suami yang ideal? Buku ini menggariskan ukuran ideal pada kaca mata Islam. Apakah ini bermakna kita menjadi begitu fanatik dan ortodoks?

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya



Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya
Harga setiap unit (piece): RM20.00


Penulis : Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kod Katalog : TBBK 1093

Kos ISBN : 978-967-5102-21-9

HARGA : RM 20.00, CP : 6

Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas.
Sementara orang berkemampuan menjadikan nikah kahwin sebagai satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan. Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
Buku Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia agenda terpenting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.

10 Terminal Rumah Tangga



10 Terminal Rumah Tangga
Harga setiap unit (piece): RM17.00


Penulis: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Kod Katalog: TBBK1132

Kos ISBN: 978-967-5102-64-6

HARGA: RM17.00, CP: 5

Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia.
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat.
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Kaedah Mendidik Anak dan Isteri



Kaedah Mendidik Anak dan Isteri
Harga setiap unit (piece): RM17.00

Penulis : Abdul Rahman Mohamed

Kod Katalog : TBBK 1091

Kos ISBN : 978-967-5102-26-4

HARGA : RM 17.00, CP : 5

Buku Kaedah Mendidik Isteri dan Anak:

Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan yang melanda umat Islam kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar. Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan “memberi muka” menjadi punca segala kegagalan ini? Atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini? Bacalah buku ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...

Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari



Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari
Harga setiap unit (piece): RM12.00


Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid

Kod Katalog : TBBK 1089

Kos ISBN : 978-967-5102-18-9

HARGA : RM 12.00, CP : 4

Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.

Anakku Hebat Anakku Soleh



Anakku Hebat Anakku Soleh
Harga setiap unit (piece): RM39.90

Penulis : Zahazan Mohamed - Anakku Hebat Anakku Soleh

Kod Katalog : TBBK 1050
Kos ISBN : 978-983-3494-78-1
HARGA : RM34.90, ( Kulit Lembut )

Kod Katalog : TBBK 1030
Kos ISBN : 978-983-3494-59-5
HARGA : RM39.90, ( Kulit Keras )

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Tuesday, May 18, 2010

Amalan Ibu Mengandung



Amalan Ibu Mengandung
Harga setiap unit (piece): RM19.90

Penulis : Siti Noor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria, Jaafar

Kod Katalog : TBBK 1010

Kos ISBN : 983-4244-86-x

HARGA : RM19.90, CP : 6

Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.

Mak...Abah..Redhailah Anakmu



Mak..Abah..Redhailah Anakmu
Harga setiap unit (piece): RM12.00


Penulis : Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood

Kod Katalog : TBBK1120

Kod ISBN : 978-967-5102-53-0

HARGA : RM 12.00, CP : 4

Buku ini teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Siapa pun kita, kita selalu lupa bahawa kita masih seorang anak. Selanjut mana usia, dia adalah anak ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi.

Cakar Harimau



Cakar Harimau..
Harga setiap unit (piece): RM19.90

Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood

Kod Katalog : TBBK 1007

Kos ISBN : 978-983-3494-04-8

HARGA : RM19.90, CP : 6


Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik “Cakar Harimau” dan “Urutan Labah-Labah” yang popular.

Nota Hati Seorang Lelaki



Nota Hati Seorang Lelaki
Harga setiap unit (piece): RM20.00


Penulis : Pahrol Mohd Juoi

Kod Katalog : TBBK 1112

Kos ISBN : 978-967-5102-48-6

HARGA : RM 20.00, CP : 6

Sinopsis
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Tarbiah Anak-anak Dengan Zikir dan Doa



Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa
Harga setiap unit (piece): RM12.00

Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Rohidzir Rais

Kod Katalog : TBBK 1092

Kos ISBN : 978-967-5102-23-3

HARGA : RM 12.00, CP : 4

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

* KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.

* KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran.

* KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.

* ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.

Monday, May 17, 2010

Soal Jawab Seks



Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya
Harga setiap unit (piece): RM19.90


Penulis : Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais

Kod Katalog : TBBK 1052

Kos ISBN : 978-983-3494-80-4

HARGA : RM19.90, CP : 6

Membicarakan pelbagai isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab per-tanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada pasangan yang sudah lama men-dirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.