Wednesday, June 30, 2010

Tidak Berstatus

Status saya di YM sekarang adalah,

'tidak berstatus'

Tapi banyak pula yang rajin bertanya,

"kenapa tidak berstatus?"

Adoi. Maksudnya tidak ada status nak ditulis lah. Bukannya baru putus cinta ke apa. Bosan tengok ruang tu kosong saja. Jadi saya tulislah tidak berstatus. Bila tak ada status nak ditulis. Tengok, ayat pun sudah pusing-pusing.

Tapi ayat yang paling tak boleh blah,

"wei, status ko bukan janda ke? kan aku ceraikan ko dulu.."

Bongok.


Eh, kalau status tu apply untuk relationship status sajakah?









Faham?

Tuesday, June 29, 2010

Cerita Tidur

Sabtu bangun lambat. Jumaat malam tu tidur lambat, sikit. Sebab seperti biasa tonton 1n2d dan bergelak ketawa. Oh, episod ni memang terbaik sebab Hodong pulak kena tinggal sorang-sorang. Haha. Padan muka. I like. Itu la..asyik berlagak ajekan. Sebab sepanjang 3 tahun ni, dia tak pernah lagi kena tinggal sorang-sorang. Asyik bernasib baik je si bulat ni. Gembira tak terkata yang 6 orang lagi tu. Semua melompat bila Hodong kalah. Haha. I pun nak melompat juga rasanya. Tak tau base camp kat mana pulak tu. Kena figure out sendiri. Ada duit dalam 3.30 saja. Beli makanan semua balance ada 1.10 je. Tiba-tiba nak naik bas tambang adalah 1.50 so tak cukup 40sen. Hahaha. Lepas tu, err..bersambung.

Hoh. Panjang pula melalut pasal 1n2d ni. I'm such sucker for this show la. Sebenarnya nak cerita pasal mengantuk saja. Maklumlah, weekend 2 hari dapat tidur banyak. Bangun lambat dan petang pun boleh tidur juga. Tiba-tiba Isnin dah macam zombie bila bangun pagi-pagi. Bercinta betul nak ke bilik air.

Saya selalunya set jam pukul 5.50am. Wo..awalnya macam nak pergi menoreh pula. Taklah, saya bangun untuk solat saja. Sekarang azan dalam 5.40 macam tu. Kadang-kadang time azan dah terjaga. Lepas tu konon-konon akan cuba jawab azan dulu la dengan mata terpejam. Tapi selalunya azan belum habis saya dah doze off balik.

Tepat 5.50am alarm saya berbunyi,

niga niga niga mwonde..*

Oh, saya memang jenis cepat terjaga punya manusia. Kadang-kadang handphone baru vibrate saja saya dah terjaga. Terjaga sajalah. Bangun belum tentu lagi. Lepas tu saya ni jenis yang handphone adalah tidak diletakkan bersama di atas katil atau di bawah bantal seperti sesetengah orang. Saya akan pastikan hp saya di jauhkan sedikit dari katil. Kalau ada meja saya akan letak di situ. Sekarang belum ada meja, jadi saya letak atas lantai sajalah. Tumpang atas buku atau majalah yang saya baca sebelum tidur. Oh, ini adalah antara masalah dunia saya. Gila takut kalau wave dari hp akan merosakkan brain cell segala. Kalau hp dekat je masa tidur saya macam dapat rasa je wave tu bergerak ke arah badan saya dan terus attack secara total, lepas tu boleh mati. Hoh, pemikiran apa tah.

Eh, melalut lagi. Saya bangun awal sebab saya nak pastikan saya dapat tidur lebih lama lepas subuh. Cis, fikir tidur lagi. Bukannya nak beribadah ke, baca Quran ke, baca Al-Ma'thurat ke kan. Ye la. Saya kerja mula jam 9. Kalau saya bangun 6.30 ke, lepas tu terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Nak memasak memang tak la. Baik lah bangun awal dan dapat tidur ekstra lagi 2 jam, sampai jam 8. Barulah bangun semula dan kelam kabut bersiap. Gosok baju apa yang patut dan sampai ke pejabat beberapa minit sebelum jam 9.

Panjang pula cerita. Mengantuk la. Rasa macam mahu pergi makan. Eh, mengantuk pergi makan pula. Bertambah mengantuk la nampaknya.









Sunday, June 27, 2010

Lovely

Bones.


Slow..

I know. Baru teringat untuk tonton filem ini selepas terlihat iklannya pada lembaran akhbar tempat saya buat alas untuk kupas mangga.

Saya tonton filem ini sebab Mark Wahlberg sebenarnya. Jatuh cinta pada beliau sejak Shooter. Terus cari filem ini dan gigih habiskan 2 jam 15 minit menonton. Haha.

Dalam LB dia jadi bapa tahun 70 an. Pakai kemeja kotak-kotak butang sampai tengkuk dengan seluar bell bottom. Lovely Bones adalah sangat Lovely. Oh, dan mata Susan sangat cantik!

LB, kisah remaja yang mati dibunuh oleh jirannya.Tapi kematiannya menjadi misteri dan tidak dapat di kesan sehingga akhir. The murderer planned it very well which caused her family been in misery due to the murder. Berada di Blue Horizon katanya, because she still can't let go the feelings and family behind. Tragis. Geram. Marah. Sedih. Pening juga. Adrenaline rush! Mr Harvey sangat psycho. Saya terjerit-jerit sewaktu dia mengejar Lindsay.

Walaupun kurang puas hati but karma is always sweet kan? Its too easy. He died in tortured way. All by himself. Broke into pieces. Big time!


*Images from google, as always.

Friday, June 25, 2010

Bertukar!

Tukar colour macm kereta sebelah nice juga ye.


Oit kucing, apa tidur atas kereta saya ni?

Kucing ni hari-hari tunggu dekat tangga dekat basement tu. Tapi hari tu, dia berehat atas kereta saya pula.

Haip!

Thursday, June 24, 2010

Wednesday, June 23, 2010

Random II


I still love construction. I always do. Dengki juga dengan kawan-kawan yang buat construction ni. Tapi lepas 2 majikan construction yang macam 'oh!' sangat, I think I just put it onhold for sometimes.

I had gained almost 2 kilos. Hobi lain semasa bos tak ada. Masuk bilik dia ramai-ramai dan timbang berat. Yay! (nampak sangat aku senang hati kerja kat sini).

Office politics is everywhere kan. Tapi saya jenis yang, 'selagi dia tak buat hal dengan aku, I'm ok with it'. Walaupun ada orang lain yang burukkan dia sebab bla bla bla. Takkan tiba-tiba nak menyampah pada dia disebabkan cakap orang sajakan. Tapi once dia dah buat hal, hurm..malas mahu layan lagi la.

Oh, satu lagi. Saya memang cepat menuang sirap menyirap orangnya. Duluuuu..lagi teruk. Sekarang ok dah sikit kot. Sikit hal saja sudah mahu naik angin. Walaupun cepat marah, tapi cepat cool juga. Hari ini marah, esok sudah boleh tegur semula macam tak pernah kena marah pun sebelum ini. Saya ok saja. Tengah bercita-cita nak jadi macam Cik Misya meja sebelah. Lembutnya bercakap dalam telefon. Tak pernah tinggi suara walaupun orang dihujung talian bercakap punya kuat sampai saya pun boleh dengar. Sabar betul!


= tangga yang ngeri, heh!=

Friday, June 18, 2010

You'll Be Missed

http://1n2dfansubs.wordpress.com/2010/06/09/kim-c-musshiseoyo/

Ala..sedih la..
Sedihnya

sob..sob..

I wrote about how interesting he was before. Now he's leaving the show to concentrate on music. This is the only show left for me to watch on KBS. The one that makes me ROFL every friday night and now one of the original cast is leaving.

Thank you for making my day for the past more than 2 years. You'll very deeply missed.

Sedih!

Thursday, June 17, 2010

Random

Mahu makan nasi ulamlah! Nyum-nyum. Bila balik kampung asyik tak sempat saja. Bilalah boleh makan ni!

Dah lama tak tonton Oprah. 2 malam lepas tonton. Good show, heavy one tapi suka the way Oprah asked the question. Habis semua dia korek.

Oh, ada channel baru la. FOX, 710. Just started yesterday. Biasa je setakat ni. Semalam tonton Simpsons sekejap.

Need a very good DAY sleep la. Mengantuk! Tidur lepas lunch adalah terbaik. Mau sampai petang baru nak bangun. Hihihi. Tapi pastikan kena solat zohor dulu.

Kucing kuning is a real evil la. Jahatnya. Suka cari gaduh. Haih! Lepas tu pancut merata-rata. Ingat nak lutu je dengan batu. Padan muka!

World cup fever is ongoing. Tapi saya tak fever sangat la. Lagipun takde sport channel kan. Kalau tak layan juga. Way to go Asia!

Banyaknya makanan atas meja tu. Coklat, kacang, kerepek, jeruk, biskut, kek, wafer. Nasi lemak pun ada? Serabut. Nak termuntah..uweekkk!

Shrek is on the way. Ngeh!

Tuesday, June 8, 2010

You Free?

*Gambar tak berkaitan dari google.

Saya dirumah waktu itu. Telefon berdering. Terkocoh-kocoh saya menjawab. "Hello!"

Dia: You free?
Saya: Yes, I am

Kebetulan, saya memang free waktu itu, maklumlah, tengah menunggu panggilan mana-mana kerja. Sudah semestinyalah saya percuma lapang.

Dia: Are you you free?
Saya: Sorry?

Eh, kan saya dah katakan yang saya lapang. Kenapa mahu ditanya lagi. Beberapa kali juga dia tanya saya " you free..you free". Saya sudah keliru. Dia ini bertanya sama ada saya lapang atau mencari orang bernama Yufri?

Haha. Setelah beberapa ketika bertanya-tanya, betullah dia memang mencari orang bernama Yufri.

Saya: Sorry, I'm not Yufri. Wrong number.

Senget! Mengelirukan betul.

Semalam, telefon berdering. Lalu saya jawab.

Dia: Yufri, bla..bla..how bout quotation bla..bla..
Saya: Hah? Sorry?
Dia: Bla..bla..yesterday..bla..bla..

Semangat betul dia bercerita. Ini mesti sama macam kes haritu ni. Dah agak dah, nasib baik dah berpengalaman.

Saya: No..no..I'm not Yufri, wrong number.
Dia: Oh, sorry!

Sekali lagi. Siapakah ini Yufri. Nama kamu mengelirukan betul dan lebih malang, mesti nombor telefon kamu lebih kurang nombor telefon saya. Sebab itulah asyik tersalah dail saja. Sampai saya pun pening-pening.

Haih! Tolong jangan bagi nama anak Yufri lah. Eh, tiba-tiba pulak!

Friday, June 4, 2010

Saya Sebatang Pensil

Hari ni rasa nak tulis pasal pensil pula lah. Sebab tiba-tiba teringat pada pensil yang berjenis boleh cabut matanya bila dah tumpul dan cucuk dekat bontotnya dan mata baru akan keluar. Hu..pensil jenis ni glemer betul masa mula-mula saya sekolah rendah dulu. Ada 20 tahun dulu kot. Hoh..lamanya sudah.


Lebih kurang mcam gini la rupa bentuknya. (Imej dari google)

Kira memang hip la bila pakai pensil ni. Sebab lain dari pensil biasa. Bila tukar matanya tu, nampak la bersinar-sinar ketajaman lead pensel yang baru. Jaki je tengok orang lain ada tapi saya tak ada. Pensil macam tu mahal kot. Saya mana mampu nak beli (pada masa tu mahal la bagi saya ni). So kagum je tengok orang lain ada. Dalam hati simpan cita-cita satu hari aku mesti beli ini pensil juga.

Bila dah lama-lama, pensil tu dah murah sikit. Sebab dah banyak kot orang pakai. So saya beli la satu. Yang murah punya. Lead dia takdelah tajam mana. Tapi memang suka hati betul la. Pakai pensil tu sampai lah lead dia tumpul. Lepas tu lama-lama bosan. Tambah lagi bila 1 mata dia hilang saja, pensil tak boleh guna lagi. Jadi longgar sebab mata tak cukup nak support mata yang lain. Tak pun bila tengah-tengah tulis. Tup, lead dia termasuk ke dalam. Memang boleh bikin panas. Lama-lama campak saja ke bakul sampah. Senang hati. Pakai pensil kayu lagi best.

Oh, satu lagi. Bekas pensel juga boleh jadi transformer. Bila cikgu tak ada dalam kelas, bekas pensel dan peralatannya boleh jadi alatan untuk main pondok-pondok. Haha..kelakar juga bila di ingat-ingat. Pensel akan jadi orang, pemadam boleh jadi tv, buku akan jadi lantai, gam akan jadi sofa, sharpener jadi meja, pembaris jadi kereta & macam-macam lagi la. Lepas tu pensel-pensel tu akan pergi melawat jiran sebelah, takpun jiran sebelah datang rumah kita pulak.

Macam tu lah aktiviti budak-budak perempuan zaman saya dulu. Sekolah kampung, apalah sangat hiburan yang ada. Jadi, kenalah kreatif kan. Sampai mengarut-ngarut. Tapi nasib baik saya pandai dulu-dulu. Tiap-tiap tahun dapat nombor 3. Asyik nombor 3 saja. Haha!