Thursday, November 20, 2008

Cara Pengiraan markah Sejarah SPM

Kertas Sejarah SPM dikira berdasarkan Markah Kertas 1 ( Objektif ) ditambah dengan markah Esei kemudia dibahagi dengan 140 and darab 100.

(Kertas 1 + Kertas 2)/140 X 100 =

Contoh : Objektif 30 + Kertas 2 70/140 X 100 = Dapat 71/100 ( Dapat 2A )

Thursday, November 13, 2008

Pembetulan jawapan Sejarah Kertas 1 objektif SPM 2008

Terima Kasih kepada pelajar yang memberi komen...terutamanya Komen dari khai...Kerana Membetulkan jawapan Soalan no. 20.

Ini Jawapan Kertas 1 Objektif

1: B 11: C 21: D 31: C
2: B 12: A 22: B 32: A
3: B 13: C 23: D 33: C
4: A 14: C 24: A 34: A
5; C 15: A 25: B 35: C
6: B 16: A 26: D 36: D
7: A 17: D 27: D 37: C
8: B 18: D 28: A 38: C
9: B 19: B 29: D 39: A
10:D 20: C 30: B 40: D

sTASTIK ; A: 10, B ; 10, C; 10, D; 10.

Pelajar yg mendapat betil 26 ke atas...Biasanya akan mendapat 1A dan 2A jika kertas dua juga mendapat markah 70 ke atas..

Tuesday, November 11, 2008

Ramalan Sejarah SPM berdasarkan analisis Kertas 1 objektif 2008

Berdasarkan analisis Soalan Objektif SPM 2008, Bebarapa bab tiada dalam soalan Kertas 1, ia boleh diberi perhatian kepada Soalan Kertas 2 Antaranya ialah :

1. Bab 1 : Tumpuan kepada Tam Mesir, Indus dan Hwang Ho Untuk Tema 1
2. bab 5 ; Piagam madinah dan pembukaan semula Kota makkah Untuk Tema 2
3. Bab 10 : Tumpuan kepada dasar British terhadap Pertanian dan undang-undang tanah: Tema 4
4 Bab 2 ( Ting 5 ) Tumpuan kepada Gerakan Islah Tema 5
5. bab : Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan tanah Melayu
6. lambang-lambang Negara
7. Perang Dunia Pertama, Komanwell, Nam - Atau semua tajuk Pertubuhan Dunia

Monday, November 10, 2008

Selamat Menghadapi SPM 2008

Esok 11/11/2008 Peperiksaam SPM Sejarah Kertas 1


Cikgu Ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Tersebut...Cikgu Doakan Semua Pelajar Saya di SMK. Manek Urai, Pelajar sekolah yang Cikgu memberi Ceramah teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM, SMK. Dato Perdana, SMK. Temangan, SMK. Pahi, SMK. Hamzah, Machang dan Pelajar yang melayari Blog Ini. Semuga Semuanya Dapat Menjawab Soalan Sejarah dengan tenang dan menjawab soalan tersebut dengan Sempurna.......

Tip-Tip Terakhir Sejarah SPM 2008

Ramai yang menghubungi cikgu untuk menanyakan tip-tip terakhir untuk menghadapi Peperiksaan SPM Sejarah 2008
Memandang peperiksaan adalah 11/11/2008 iaitu esok...pelajar seharusnya sudah menguasai dan mengingati fakta-fakta penting Sejarah ting 4 dan ting 5

Biasanya soalan peperiksaan Sejarah SPM di soal mengikut tema yang terdapat di dalam huraian Sukatan Pelajaran, pelajar seharusnya menumpukan pada setiap tema

Tema 1 : Bab 1, 2 dan 3 - Wajib 1 soalan keluar SPM
Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho
Monumen latar belakang pembentukan tamadun India
Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
Sistem perundangan tamadun India
Tema 2 : bab 4 bab 5 bab 6 bab7 dan bab 8 : Wajib 1 Soalan keluar
Zaman Jahiliah, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan Semula Kota Makkah
Teori Kedatangan agama Islam, Undang-Undang Melaka, Adat Temenggung dan Perpatih, Gaya hidup Rakyat dan amalan mulia masyarakat Melayu, Faktor Perkembangan Melaka dan system cukainya.
Tema 3 : Bab 9 dan 10 - Satu Soalan kluar SPM
Zaman Gelap, Renaissance dan Reformation
Dasar British terhadap Pertanian, Undang-Undang Tanah, Akta Tanah
Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.
Tema 4 : Bab 1 dan bab 2 Ting 5- satu Soalan wajib keluar SPM
Gerakan Islah, PASPAM, Penentangan di Perak dan Kelantan
Tema 5 : Bab 3 - bab 8 - Wajib 1 Soalan keluar
Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Lambang-lambang Negara, dasar Pendidikan Kebangsaan
Tema akhir Bab 9 Tingkatan 5 : Bab ni memang wajib utk soalan SPm...Setiap tahun ia keluar dalam spm kerana tiada pilihan bab...Beri Perhatian tajuk PRG Dunia Pertama dan Pertubuhan Dunia...

Tip kertas 1 :
1. latih tubi Soalan kertas model ojktif
2. Dapatkan score 30 ke atas
3. jgn tinggal semua bab.

Tajuk Popular Sejarah SPM 2008

Terangkan sistem perundangan dalam tamadun India?
- Kitab tertua Dhrma sastra
- memastikan perjalanan kerajaan
- Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang
- Segala kesalahan dikenakan denda
- Hukuman bergantung kepada kesalahan
- Brahmin dominan dalam bidang undang-undang
- Mereka mahir hukum hakam agama
- Undang-undang Maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja
- Titah perintah diukir pada tiang batu
- didirikan ditepi jalan
- supaya undang-undang dibaca oleh rakyat
- Tiang batu dikenali sebagai Tiang asoka
- Pemerintahan yg adil
- Asoka berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat

Tajuk Popular Sejarah SPM 2008

Mengapakah zaman Asoka dianggap sebagai zaman kegemilangan maurya?
- Menamatkan perang saudara\
- Menakluki negeri Kalinga
- Memiliki penduduk yang ramai
- Menekankan kedamaian
- Menekankan kemajuan sosial
- Meluaskan empayar melalui agama Buddha
- Meninggalkan penaklukan melalui ketenteraan
- Maharaja berkuasa mutlak
- Birokrasi pentadbiran

Tajuk-Tajuk Popular 2008

Terangkan latar belakang pembentukan tamadun India/

- Bermula dilembah bujang dengan kedatang orang aryan
- membawa budaya baru
- Dikenali sebagai zaman vedik
- sempena kelahiran Kitab veda
- permulaan kehidupan beragama
- lahirnya agama Hindu
- Beralih ke lembah ganges
- pemerintah daripada golongan raja
- Kerajaan Kecil
- Kerajaan Besar
- Pemerintahan Maurya kerajaan kecil disatukan
- Zaman kegemilangan semasa Asoka

Sunday, November 9, 2008

Ramalan Sejarah Terkini SPM 2008

Tema 1 : Bab 1, 2 dan 3 - Wajib 1 soalan keluar SPM
Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho
Monumen latar belakang pembentukan tamadun India
Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
Sistem perundangan tamadun India
Tema 2 : bab 4 bab 5 bab 6 bab7 dan bab 8 : Wajib 1 Soalan keluar
Zaman Jahiliah, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan Semula Kota Makkah
Teori Kedatangan agama Islam, Undang-Undang Melaka, Adat Temenggung dan Perpatih, Gaya hidup Rakyat dan amalan mulia masyarakat Melayu, Faktor Perkembangan Melaka dan system cukainya.
Tema 3 : Bab 9 dan 10 - Satu Soalan kluar SPM
Zaman Gelap, Renaissance dan Reformation
Dasar British terhadap Pertanian, Undang-Undang Tanah, Akta Tanah
Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.
Tema 4 : Bab 1 dan bab 2 Ting 5- satu Soalan wajib keluar SPM
Gerakan Islah, PASPAM, Penentangan di Perak dan Kelantan
Tema 5 : Bab 3 - bab 8 - Wajib 1 Soalan keluar
Pakatan Murni, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Lambang-lambang Negara, dasar Pendidikan Kebangsaan
Tema akhir Bab 9 Tingkatan 5 : Bab ni memang wajib utk soalan SPm...Setiap tahun ia keluar dalam spm kerana tiada pilihan bab...Beri Perhatian tajuk PRG Dunia Pertama dan Pertubuhan Dunia...

Tajuk-tajuk Ini juga perlu di beri Perhatian

Beberapa tajuk terkini perlu juga diperlu perhatian oleh pelajar untuk menghadapi SPM 2008 :
1. latar belakang pembentukan tamadun India
2. Mengapakah zaman Asoka dianggap zaman kegemilangan
3. Sistem perundangan tamadun India
4. Piagam madinah
5. gaya hidup masyarakat Melayu
6. Faktor perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan terpenting
7. Sistem Cukai di Melaka
8. Usaha British menghalang orang Melayu terlibat dalam sektor Perladangan Getah
9. Mengapakah akta tanah Simpanan Melayu dilaksanakan
10. Sebab-sebab British mengubah sistem pemilikan Tanah.

ini tajuk terbaru....tapi jangan abaikan tajuk-tajuk terdahulu...Untuk Cemerlang study semua soalan...Buat persedian dgn mengulangkaji semua bab penting...jangan mengharapkan soalan ramalan. Soalan ramalan dapat membantu jika kita dah bersedia..Terlalu bergantung kepada soalan ramalan akan menyebabkan kita kecewa...apabila melihat soalan sebenar nanti...Ia HNANYA RAMALAN SEMATA-MATA.....

Saturday, November 8, 2008

Ulangkaji Kertas 1 ( Soalan Objektif )

Sejarah Kertas 1 SPM tidak boleh diramal bab mana yang akan keluar. Semua bab ting 4 dan 5 adalah penting, setiap bab akan keluar dua atau tiga soalan. Pelajar tidak boleh memilih bab mana yang akan keluar. Untuk mengulangkaji Kertas 1 ni pelajar haruslah membuat latih tubi soalan dengan mencari faktanya menerusi Buku teks ataupun Buku Rujukan...Jgn mudah percaya dengan jawapan di belakang Buku, jika tak pasti pelajar boleh berbincang dengan guru sejarah masing-masing...

Friday, November 7, 2008

Peperiksaan Sejarah SPM Kertas 1 ( 2008 )

Peperiksaan Sejarah di mulakan dengan Kertas 1 Pada 11/11/2008 ( Selasa ) Untuk menjawab Soalan Kertas 1, Pelajar semestinya sudah bersedia dengan mengulangkaji semua bab ting 4 dan 5. Soalan Kertas 1 biasanya mengandungi 20 Soalan Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 20 Soalan sukatan Ting 5. Pelajar tidak boleh memilih bab mana yang perlu di baca dan bab mana yang tidak perlu di baca. Soalan biasanya di soal mengikut objektif pelajaran yang terdapat di dalam huraian Sukatan Pelajaran. Mengulangkaji latihan objektif secara berterusan dan perbincangan dengan guru akan meningkatkan lagi ingatan pelajar terhadap fakta sejarah...

Untuk Mendapat 1A dan 2A dalam Sejarah Pelajar seharusnya menguasai 28 betul ke atas, dan cemerlang di dalam Esei...Biasanya mengikut pengalaman Cikgu pelajar yang betul 30 ke atas pasti akan mendapat 1A atau 2A dalam Subjek Sejarah.

Thursday, November 6, 2008

Pecutan Akhir....

Tinggal Seminggu lagi peperiksaan SPM akan berlangsung...Beberapa tajuk perlu di beri perhatian untuk minggu-minggu akhir :

Kedudukan Firaun
Organisasi sosial Hwang Ho
Sumbangan Tamadun China
Perjanjian Hudaibiyah
Piagam madinah
Teori kedatangan agama Islam
Zaman jahiliah
Adat perpatih adat Temenggung
Nilai Murni Masyarakat Melayu
Melaka dan sistem percukaian
zaman gelap, Renaissance dan Reformation
dasar British terhadap Pertanian, Akta tanah Simpanan Melayu
Gerakan Islah
Pakatan Murni
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
lambang-lambang negara
Akta sistem pendidikan
lambang-lambang negara
Perang dunia Pertama
Pertubuhan Dunia
globalisasi

Sunday, November 2, 2008

Download Soalan Kertas 1 pilihan 1

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

Soalan aras 2 :
Huraikan …..
Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN
Terangkan …..
Ceritakan …..

Persembahan isi memerlukan FAKTA + HURAIAN + CONTOH (jika ada

CONTOH Soalan :
Huraikan faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. [8 markah]


F1 - Pengenalan sistem politik Barat
H1a memusnahkan sistem politik Tempatan
F2 - Pembesar tempatan digantikan dengan pegawai Barat H2a menjatuhkan maruah orang Melayu
H2b mencabar amalan tradisi
F3 - Pengenalan sistem pendidikan
H3a melahirkan intelek Melayu H3b mereka menyedarkan bangsa H3c menggunakan idea menentang penjajahan
F4 - Wujudnya jurang sosial H4a Orang Melayu tinggal di kampung H4b Mereka kurang mendapat kemudahan
H4c Kemudahan hanya terdapat di bandar H4d Jurang taraf hidup antara bandar dengan luar bandar
F5 - Dasar ekonomi British H5a Menggalakkan kemasukan orang asing
H5b ramai imigran menetap di Tanah Melayu
H5c Bersaing dengan penduduk
H5d Mereka menguasai ekonomi dagangan

Contoh Penulisan esei

Faktor-faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua ialah Pengenalan Sistem politik Barat, Pengenalan tersebut telah memusnahkan sistem politik tempatan.
Pembesar-pembesar tempatan telah digantikan dengan pegawai-pegawai Barat.Keadaan ini telah menjatuhkan maruah orang Melayu dan mencabar amalan tradisi masyarakat Melayu.
Semangat nasionalisme di Tanah Melayu juga telah dibangkitkan oleh pengenalan sistem politik Barat, Peluang pendidikan tersebut telah melahirkan intelek Melayu dan seterusnya mereka menyedarkan masyarakat Melayu tentang penjajahan barat dan menggunakan idea tersebut untuk menentang penjajah.
Keadaan Jurang sosial penduduk Tanah Melayu juga telah membangkitkan semangat nasionalisme. Keadaan Orang Melayu yang tinggal dikampung tanpa kemudahan infrastruktur seperti di kawasan bandar telah menyebbkab jurang perbezaan semakin ketara.
Dasar ekonomi British yang telah menggalakkan kedatangan buruh asing telah menyebabkan ramai imigran datang menetap di Tanah Melayu. imigran ini telah bersaing dengan penduduk tempatan yang ketinggalan menyebabkan mereka menguasai ekonomi tempatan.

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

1. Soalan Aras 1 ;
Apakah …..
Mengapakah …..
Bagaimanakah …..
Sebutkan …..
Nyatakan …..
Jelaskan….

Persembahan isi memerlukan : FAKTA sahaja. Huraian / Contoh tidak diperlukan

CONTOH Soalan : Nyatakan kedudukan Firaun dalam organisasi sosial masyarakat Mesir Purba.
F1 - Raja 1M
F2 - Berkuasa mutlak 1m F3 - Menjadi raja secara warisan 1m
F4 - Dianggap suci 1m
F5 - Jelmaan Tuhan Horus 1m F6 - Dipercayai Anak Tuhan Matahari / Amon-Re 1m
F7 - Ketua Pendeta 1m
F8 - Ketua Hakim 1m
F9 - Ketua Pahlawan 1m F10 Pemilik tanah

Contoh penulisan Esei ;
Kedudukan Firaun di dalam Organisasi Mesir Purba adalah Sebagai Raja, Firaun juga mempunyai kuasa Mutlak.
jawatan Firaun adalah secara warisan daripada Firaun kepada anaknya.
Firaun juga dianggap suci, beliau adalah jelmaan tuhan Horus.
Firaun juga dipercayai sebagai Anak Tuhan Matahari atau Amon Re.
Kedudukan Firaun di dalam organisasi Mesir Purba juga adalah sebagai Ketua hakim
Firaun juga dianggap sebagai Ketua Pahlawan dan pemilik Tanah.