Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, March 7, 2014

Melayu buka kelemahan sendiri



Melayu buka kelemahan sendiri





Ipoh: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah, sumber kekuatan ummah dan bangsa Melayu kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran termasuk sikap mereka yang semakin berlumba mendedahkan kelemahan sesama sendiri. 







Baginda bertitah, mereka saling melukis wajah Melayu mana yang lebih hodoh bertujuan mendedahkan kelemahan masing-masing.
Titah baginda, jika keadaan itu berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini. 





Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat. 





Umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga pimpinan yang kuat di bumi ini pada era pra dan pasca merdeka kerana mereka ketika itu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya, lalu majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada sesama mereka, titah baginda. 









Baginda bertitah demikian pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Ke-186 di sini, semalam. 





Masih kekal bersatu





Raja Nazrin bertitah, pada era pra dan pasca merdeka serta era pra dan pasca penubuhan Malaysia, meskipun berlainan kabilah politik, Melayu Islam kekal bersatu dalam perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa serta umat Islam bersatu teguh mempertahankan perkara pokok menyentuh kesucian Islam. 







Baginda bertitah, umat Islam dan orang Melayu yang berlainan pandangan, dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan yang berusaha untuk membantu ummah menemui cahaya kebenaran. 







Orang Melayu dan umat Islam ketika itu, berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan, menolak suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara remeh. 






Mereka bersedia menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik, titah baginda.




 
Kesungguhan pemimpin





 
Raja Nazrin bertitah, pada era berkenaan kekuatan pemimpin Melayu Islam terletak kepada kepercayaan rakyat terhadap sifat ikhlas dan kesungguhan pemimpin hingga ke peringkat mengorbankan diri masing-masing.








Ini dibuktikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri Kedua) dan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman (bekas Timbalan Perdana Menteri) yang terus mengabadikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat meskipun menanggung keuzuran penyakit yang berat, titah baginda. 







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT24Emdjbul6u9dmlFgUSQL_L9t-lY361K0c0x1mscIMFyMopdWEFR0-yOdJtIuk44lkaiQKqlkrENiBh-227FIz352r7WERagNxB6aGrXopjit8WTVhSF3VyuBo_lVlqb2Qn9xph6767H/s470/486872_202943813163291_1571874737_n.jpg



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...