Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri
yang dimaksudkan dengan seorang guru
yang berkesan itu?
Mantan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia,
Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan
ciri-ciri guru berkesan
sebagaimana berikut:
·
Bersikap profesional.
·
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
·
Kaya ilmu.
·
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
·
Bermoral teguh.
·
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
hasil pengajaran.
·
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu
bapa.
·
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan
murid-murid.
·
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·
Menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud
di dalam kelas.
·
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak'
supaya murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
·
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
·
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan
pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm,
pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
·
Taat dan setia terhadap
perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
·
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
·
Profesional dan
menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah
semua ciri tersebut telah kita miliki?
Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya
telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun
dalam
organisasi?
No comments:
Post a Comment