SPS Lite Modul Kehadiran Murid bermula Oktober 2014
Merujuk Pekeliling Bahagian Teknologi Pendidikan Kemenlerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan Sekolah Modul Kehadiran Murid akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2014.
Objektif SPS Lite:
- SPS Lite menyediakan pelantar mudah alih supaya guru mudah mengambil kedatangan pelajar.
- Guru boleh mengambil kehadiran murid menggunakan peranti Android atau IOS.
- SPS Lite merupakan pilihan merekod kehadiran murid selain daripada menggunakan buku kehadiran murid.
Ciri-ciri SPS Lite
- SPS Lite berhubung terus dengan sistem SPS pusat.
- Terdapat beberapa modul yang berada di dalam SPS Lite namun buat masa ini hanya modul kehadiran sahaja boleh digunakan
- SPS Lite adalah satu aplikasi yang ringan dengan hanya menjalankan beberapa fungsi sahaja berbanding sistem SPS pusat.
- SPS Lite boleh digunakan di dalam talian dan di luar talian internet.
Pra syarat aplikasi
Pra syarat bagi menggunakan SPS Lite :
- Modul Pengurusan Maklumat Sekolah,Modul Pengurusan Staf, Modul Pengurusan Pentadbir Sistem dan Modul Pengurusan Murid mestilah lengkap di isi.
- Peranti mestilah menggunakan android atau iOS .
- Aplikasi perlu di muat turun dari Google Play Store
Klik sini untuk SPS Lite - Android
PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT MURID DI SPS PUSAT
Guru Kelas perlu kemaskini maklumat murid di http://sps.1bestarinet.net SPS Pusat. Sebelum itu sila rujuk Update Murid SPS sebagai Panduan Mengemaskini Maklumat Murid di Sistem Pengurusan Sekolah Pusat.
DOWNLOAD PANDUAN DAN APLIKASI SPS LITE
Bahagian Teknologi Pendidikan KPM memperkenalkan Aplikasi SPS Lite yang bertujuan Memudahkan Guru Kelas mencatat kehadiran murid yang akan bermula sepenuhnya mulai Bulan Oktober 2014.
Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah mula dilaksanakan di beberapa sekolah tertentu diperingkat percubaan dan kajian bermula tahun 2013. Maklumbalas dan penambah baikan dilakukan secara berperingkat. Sistem ini dikatakan menggabungkan hampir semua sistem yang ada pada masa sekarang menjadi satu sistem sahaja.
Penggunaan Rekod Kehadiran Murid ke dalam Sistem SPS akan dimulakan secara rasmi bermula 01 Januari 2015. Namun secara berperingkat, sistem masih melalui ujian penggunaan bermula pada 01 Oktober 2014. Walaupun versi laman web Sistem Pengurusan Sekolah Pusat masih ada, namun penggunaan telefon pintar dapat dimaksimakan dengan adanya SPS Lite. Penggunaan SPS Lite ini memudahkan rekod kehadiran murid dibuat.
PANDUAN PELAKSANAAN (SPS) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. SILA CETAK SEBAGAI PANDUAN RAKAN GURU
- Panduan Pengurusan Kedatangan Murid Pentadbir Sistem
- Panduan Kemaskini Maklumat Murid di SPS Pusat
- Pengurusan Kedatangan Murid Oleh Guru Kelas
- Panduan Menggunakan SPS Lite - Kehadiran Murid
- Manual SPS Lite Modul Kehadiran Murid
- Bantuan Manual Pengguna Sistem Pengurusan Sekolah Pusat
Makluman kepada semua guru kelas,
Harap maklum
Harap maklum