TAHNIAH CALON SPM & STPM YANG DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....JIKA TIDAK JELAS, KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Perkara Sunat Pada Hari Raya Aidil Fitri

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya(Mandi sunat Hari Raya)
2. Memakai sebaik-baik pakaian(Pakaian Baru)
3. Menjamah makanan sebelum keluar untuk solat hari raya
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
5. Melaungkan takbir pada hari raya
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
7. Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin


Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Read more...

Sumber Ebook Terplilih...

Kepada spesis ulat buku dan juga yang nak berjinak-jinak dengan dunia pembacaan, bolehlah klik untuk melayari laman web yang tersenarai di bawah.....semoga berjumpa dengan apa yang anda cari.......cari yang baik-baik sahaja tau....

1. EBOOK.COM
2. MANYBOOK
3. FREEBOOKSPOT
4. GLOBUSZ
5. BOOKYARDS
6. FREECOMPUTERBOOK
7. FREE E-BOOKS.NET
8. EBOOKLOBBY
9. KNOWFREE
10. THE BOOK DIRECTORY

Bye...

Read more...

Cadangan Mansuhkan UPSR : Apa Pandangan Cikgupj?

Cadangan memansuhkan UPSR dan PMR oleh kerajaan telah mendapat liputan meluas di akhbar dan media alternatif. Justeru telah membuka minda masyarakat melihat pro dan kontra atau baik buruknya tindakan itu terutama dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan industri pendidikan/pelajaran negara. Bagi cpj, ini adalah satu perkembangan positif yang harus dilihat dari pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara bukan sahaja dalam sudut-sudut tertentu seperti akademik dan kokurikulum.

Bertitik-tolak daripada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (harap pembaca faham apa yang terkandung dalam FPK), permasalahan beban kerja guru, kemerosotan dalam sukan negara, bertambahnya masalah sosial dalam kalangan remaja sehinggalah hasrat kerajaan melahirkan generasi baru yang boleh menghadapi cabaran masa kini yang boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan negara maju tanpa meminggirkan nilai-nilai budaya dan agama masyarakat kita, maka cadangan kerajaan itu harus diberi sokongan sepenuhnya oleh pelbagai pihak.

Baca seterusnya...........

Read more...

Mansuhkan UPSR dan PMR

Jika diperhalusi, cadangan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ada benarnya.

Berdasarkan kepada pemerhatian, kecemerlangan sekolah diletakkan semata-mata berdasarkan kepada keputusan peperiksaan.

Sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PMR disanjung-sanjung....diberi pujian melangit...sedangkan pelajar-pelajar yang belajar di sekolah berkenaan merupakan pelajar-pelajar terpilih.

Sekolah-sekolah harian biasa yang rata-rata pelajarnya dari golongan sederhana dan lemah...walau pun ada peningkatan dari segi keputusan peperiksaan tetapi dipandang sepi oleh masyarakat.

Sudah sampai masanya, kita perlu berubah dan mengubah persepsi masyarakat dengan meletakkan sekolah bukan semata-mata tempat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik sahaja....tetapi cemerlang dari semua aspek baik sahsiah, kokurikulum.......

Biasalah...kalau keputusan cemerlang....pihak pentadbir yang pandai menguruskan sekolah. Kalau keputusan sebaliknya....guru-guru yang tidak pandai mengajar. Tekanan akan sentiasa ada, samada kepada pihak guru dan pihak pentadbir.....jika sistem mengejar keputusan peperiksaan masih diteruskan.....

Sekadar pandangan.......

Read more...

Page Cikgu Sains....Marilah Kita Ramai-Ramai Sokong

Read more...

SELAMAT HARI GURU

Read more...

Hilangkan bosan...........

Practice makes perfect....but.....nobody perfect.....SO, WHY PRACTICE?

Read more...

Kalau dah jenis malas.....

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Read more...

Sorry La Beb....

Maaf banyak2 kerana tak sempat nak update blog.

Meeting.....meeting.....meeting.

Pemantuan.....pemantuan......pemantuan.

Fail.....fail....fail...... & perancangan....perancangan...perancangan.

Perkara rutin setiap tahun......bosan, tetapi kita yang menurut perintah.....kena buat, selagi mampu akan buat dan terus buat dan buat.....

Balik sekolah pukul 3 biasa, sekolah satu sesi.

Kalau ada meeting pukul 5 baru sampai rumah.

Kelas tambahan dah bermula......nak cemerlang.

Anak juga perlu diuruskan.

Isteri juga perlu dibelai dan difahami......dia pun kerja juga, sama2 penat.

Dapur juga perlu bekalan.

Diri sendiri juga perlu rehat.

Kadang2 belum pukul 10.....dah pengsan.

What to do .....kerja kena kerja, kalau tidak dapur tak berasap.

Anyway....kepada Allah aku berserah, semoga diberikan ketabahan dan kesihatan yang baik untuk mengharungi semua ini.

Read more...

Budi Bahasa....Cermin Keperibadian Kita

Ini ada satu cerita sama seperti dalam iklan TV `burung Murai’ yang disiarkan pada hari raya tahun lepas tapi yang ini berkenaan dengan bapa mentua dengan anak menantunya , seperti yang kita ketahui siput mempunyai banyak spesis nya dan yang ini spesis kita selalu jumpa kat rumah, mari kita sama-sama menghayati dialog ini.

Menantu : Ini siput apa pak?
Mentua : (dengan penuh kelembutan dia menjawab) siput babi nak…
Menantu : Siput apa?
Mentua : (Lagi sekali dengan penuh kelembutan dia menjawab) siput babi nak…
Menantu : Siput apa?
Mentua : (lagi sekali dengan kesabaran adahari nya dia menjawab) siput babi nak…
Menantu : Siput apa?
Mentua : Siput BA……(tiba-tiba si bapa mentua terdiam dan tetanya-tanya dalam dirinya nape dia ni ? cakap belajar di Universiti Oxford?)
Menantu : Siput apa?
Mentua : (terus terdiam )
Menantu : Siput apa?
Mentua : (Dengan Angin nya tiba-tiba terkeluar ) SIPUT LA BABI!!!!!!*#&~+%*


Moralnya:
Wahai cikgu sekalian, bersabarlah dengan pelbagai kerenah dan ragam anak murid kita di sekolah.

Read more...

Contoh Melalui Tauladan....


Kalau cikgu hisap rokok dalam kawasan sekolah, maka cikgu berkenaan tidak layak untuk menegur perbuatan pelajar merokok di sekolah.....kerana....SEKOLAH ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

Jangan jadi seperti pepatah "Ketam mengajar anaknya berjalan betul".


Read more...

Cinta Monyet.....Pelajar


Read more...

Idea Yang Kreatif.....Sebagai Pendidik

Read more...

Jenis-Jenis Perangai Manusia.....Di Sekolah dan Di Mana-mana

1. Adventurous
- Manusia jenis ini suka mencuba perkara yang berbeza-beza dan juga perkara yang menarik, walau pun membahayakan diri sendiri.
- Tak banyak manusia jenis ini di sekolah, contohnya kalau P & P tu....dok ulang kaedah lama dari dulu, kini dan selamanya. Macam mana anak murid nak minat belajar....mengajar dah 15 tahun, modul satu apa pun tak buat....lepas tu dok mengaku bagus mengajar. Bagus tahik kucing.....Kalau pelajar tak dapat menguasai apa yang di ajar....mula lah nak salahkan pelajar. Ingat "Customer is the king". Kalau spesis cikgu-cikgu lama...nak mengajar menggunakan TMK jangan harap...dah la tak tahu....malas pulak nak belajar.....pelajar dah maju ke depan....cikgu masih terhegeh-hegeh.....

2. Aggressive
- berkelakuan atau bersikap mudah marah dan sentiasa ingin bergaduh.
- Contoh terbaru....guru bergaduh dengan guru....guru tampar pelajar....pelajar tampar guru....ibu tampar guru.....
- lepas ini....jangan ada pulak guru tampar guru besar.....guru besar tampar guru.....

3. Artistic
- sangat bagus dalam hal-hal berkenaan lukis melukis dan unsur2 kesenian. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
- biasanya guru Pendidikan Seni Visual....jadi mangsa untuk buat Mural di dinding bangunan sekolah.

5. Calm
- Sangat tenang, daya kesabaran yang tinggi dan sukar marah.
- Ramai jugak di sekolah jenis ini....yang dia tahu mengajar aje....kelas 'out of control'....anak murid di belakang lintang pukang.....dia tak kisah.....tenang....hinggakan cikgu di kelas sebelah ingat guru tidak ada dalam kelas tersebut.....intai-intai rupanya ada....sungguh calm guru tersebut. Kelas kotor pun, dia buat tak tahu jugak....mengajar...dan mengajar. Gua tabik....gua tabik betul dengan guru jenis ini!

7. Cheerful
- Sentiasa gembira, senyum dan ramah tamah.
- Jarang ada....kalau ada pun terlebih Cheerful...tak tahu apa benda yang dibuat di sekolah...yang dia tahu gelak....lepas tu ketawa...lepas tu gelak lagi....macam kat hospital sakit jiwa. Kerja habuk pun tak jalan....

8. Conceited
- Terlalu yakin dengan kebolehan dan pencapaian diri sendiri@Perasan Bagus
- Spesies masuk "bakul angkat sendiri". Buat kerja tidak perlu bantuan orang....buat senyap-senyap aje, tak nak orang tahu....takut-takut orang lain tiru idea dia. Spesies jenis ini, kalau pindah sekolah, dok jaja satu sekolah tentang kebaikan dan kebagusannya di sekolah lama....nak muntah kalau dengar ceritanya...kalau lu buat kerja bagus....lama2 orang tahu jugak, tak payah nak bangga diri.

9. Critical
- Selalu bersangka buruk dengan kerja-kerja yang dibuat oleh orang lain atau apa sahaja yang dikatakan oleh lain
- Ada la seorang dua...semua kerja orang lain buat tak bagus, hanya kerja dia aje yang baik. Mulalah nak komen kerja orang itu...orang ini. Kalau dalam mesyuarat tak ada pulak nak bagi komen, tapi selepas mesyuarat....mulalah dicanang satu sekolah...program ini tidak bagus...program ini tidak sesuai....dasar hati busuk.

10. Cruel
- Dengan senyaja, menyakitkan hati orang dan membuat orang marah.
- Jenis ini suka mengenakan orang...."Siap, dalam mesyuarat nanti aku akan hentam Bos, GPK dan siapa saja, asal aku puas hati...". Tapi kalau bos nak tukar manusia jenis, marah la pulak...kata bos kejam...bos tak sebulu dengan dia...wah hal...dia yang banyak komplen pasal bos...pelik..pelik.
- Bos pun, kadang-kadang kejam jugak....ada ke patut, sebut terang-terang nama individu yang buat kesalahan tak seberapa....macamlah dia tidak pernah jadi guru biasa....bertimbang rasa dan berbudi bicara la sikit....tak rugi pun.

11. Energetic
- sangat aktif dan boleh melakukan banyak kerja tanpa rasa letih dan jemu.
- Kalau ada jenis ini, bertuah sekolah tapi payah nak dapat...buat kerja sikit komplen....asyik aku je kerja lebih...cikgu lain dok goyang kaki.
- Kalau dapat jenis ini, bagi APC tiap-taip tahun tak apa.....ini nak APC, kerja malas nak mampus, tak dapat...mula lah jaja cerita satu sekolah.....GPK dan BOS tidak adil....pilih KRONI aje...

12. Fussy
- Cerewet.
- Cerewet aje tak apa, ini jenis cerewet nak mampos....sorry bahasa kasar sikit.
- semua nak perfect....biasanya BOS la bersikap macam nie...tambah-tambah lagi kalau jenis perempuan...kalau buat surat tu, silap satu perkataan pun...suruh diperbetulkan balik....
- Ideanya aje yang betul....idea orang macam sampah. Kalau dapat BOS jenis cerewet tahap tinggi, bukan sahaja guru yang menyampah....bah kan tukang sapu, tukang kebun dan makcik kantin tak suka....waima...kucing pun tak suka. Ada ke patut, hari ini tanam bunga kat sini....esok-esoknya diarah tukang kebun pindah kat lain....contoh cerewet tahap tinggi.


bersambung ke episod akan datang....

Read more...

Sekadar Perkongsian....

ADAB MENYAMBUT SUAMI

Sambutlah suamimu di muka pintu....
Terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami.

Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


P/S:
Suami juga harus memuliakan dan melayan isteri dengan sebaik-baiknya, kerana isteri:
1. Melahirkan anak-anak kita............buat sama-sama, tapi isteri sakit seorang-seorang ketika bersalin......bila bercerai baru nak mengaku anak....anak adalah hak isteri selagi belum akhil baligh....so, kalau sayang anak janganlah bercerai!!!
2. Sama-sama berkerja untuk meringankan beban kita....kalau tidak tidak merasa lah pakai kereta besar, rumah besar......Gaji hak mutlak isteri. Wahai para suami, kalau nak guna duit isteri, kena dapat keizinan dahulu.....jangan main pakai sapu aje....berdosa.
3. Menyediakan makan minum kita walaupun seharian penat bekerja.....jangan banyak komplen, ini tak sedap, itu tak sedap.....makan aje......kalau nak makan sedap-sedap, kahwinlah dengan tukang masak...
4. Menyusukan anak............dan bapanya sekali. Berat tugas tu....kekadang berebut....jangan ada sampai kena buat cerita dayung perahu sudahlah.....kah...kah...kah......faham? tak faham sudah.....
5. Berjaga malam jika anak-anak sakit....bapa buat tahik mata. Buat "keras pedal".....
6. Menjaga kita sewaktu kita sakit.....tu pun masih nak marah-marah lagi....nasib baik isteri tak doa pendek umur.....

Jangan jadikan isteri:
1. Tempat melepaskan segala amarah, cacian dan kata-kata kesat....selepas melayan anda bagaikan putera raja.....
2. Sebagai "Punch bag" untuk melepaskan segala tumbukan, pukulan dan sepakan. Carilah lawan yang sepadan.....barulah tahu sapa hebat, ini berani dengan isteri aje...dgn orang lain penakut macam tikus......
3. Mangsa penderaan mental....dengan segala perbandingan yang kadang-kadang tidak logik didengar dengan akal yang waras....

Sama-sama renungkan.....

Wassalam.

Read more...

About This Blog

Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan juga menghubungkan semua pihak, khususnya warga pendidik tidak kira di mana mereka berada.

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP