Mendisiplinkan pelajar memang suatu tugas yang berat terutama apabila pelajar sudah berani mempersoalkan perbuatan cikgu. Sekumpulan pelajar lelaki tingkatan empat dibawa ke bilik saya kerana kesalahan merokok.
Semasa perbicaraan, mereka mengaku bersalah tetapi salah seorang daripada mereka bertanya, "Mengapa cikgu itu boleh merokok?"
"Mereka sudah bekerja, sudah tidak menyusahkan ibu bapa."
"Saya pun kerja cikgu, menjadi penjual ikan di pekan sari. Saya merokok dengan duit saya."
"Wah, mencabar nampak!. Jadi kamu hendak sama dengan cikgulah? Cikgu Abd. Jalil Yusof, tolong kumpulkan sepuluh orang guru kita yang free di bilik gerakan dan berikan buku persediaan mengajar cikgu kepada si Dol, ni."
"Maksud cikgu?" Dol kelihatan cemas.
"Yalah, kamu hendak sangat sama taraf dengan cikgu, kami beri kesempatan kamu mengajar, jadi cikgu."
"Tak bolehlah, cikgu!"
"Mengapa pula tidak boleh? Saya sekadar memenuhi permintaan kamu."
petikan dari cerita-cerita motivasi untuk guru
"walaupun kita digelar guru yang garang tapi masih lagi menjadi pujaan dikalangan murid-murid.....kan seronok"
Build Templates for Blogger.com
15 years ago
13 comments:
bukan semua orang sanggup memikul tanggungjawab seorang guru.
SALAM,
GURU ADALAH SEGALANYA..
moralnya
guru adalah contoh. jadi, seboleh mungkin, tunjukkan contoh yang wajar di hadapan pelajar
terbaru dari saya : tidak pandai saya mengait kata?
ragam murid2 sukar dijangka...cabaran seorang cikgu bukan senang tuh... cayalah cikgu..
mencabarnya tugas guru...hoho...
moga cikgu2 Malaysia terus vouge gituu
ibu Wawa,
betul tu adik, perlu banyak kesabaran...pastinya diiringi dengan jiwa yang kental
Cikgu Myri,
GURU ADALAH SEGALANYA...
Jika ada yang tahu menghargainya...
a kl citizen (Cikgu Normah),
pelajar sentiasa menyerap apa yang dilihat, tak gitu cikgu...
kata-kata ni tak boleh dipakai...
"Buat apa yang saya cakap tapi jangan ikut apa yang saya buat"
Adik Zikri,
fuuh...memang tak terlayan, penat...
Adik Ain,
makacih2...
moga adik Ain pun akan jadi seorang pendidik yang vouge...
salam iza, lama tidak mendengar berita smoga sihat hendaknya disisi keluarga...
anak2 sekarang semakin berani tidak spt anak2 dulu yg dimarah hanya tunduk tanpa menjawab...guru2 perlu tegas & berkorban masa demi melahirkan manusia yg berjaya...itulah harga yg perlu dibayar utk menjadi seorang guru yg disayangi & dihormati & dikenang sampai bila bila...
Yatie,
Alhamdulillah saya sihat2 je...cuma sebelum ni mood terhilang...
moga apa yang dilakukan dengan disertai niat yang ikhlas akan mendapat balasan yang baik... Insyaallah
شركة تسليك مجارى ببقيق
شركة تنظيف مجالس بالخفجى
Post a Comment