Thursday, May 12, 2011

agak lucu membaca catatan ni

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 12:40 AM 0 comments
aku belajar sesuatu yang baru kini..perasaan kita kadang kala tidak dapat kata hiruakan kerana ingin menjaga keluarga.....kita kena mengorbankan diri dan selalu terkorban...sayu bila melihat kejadian


Kalau Suami ...



  • Kalau suami mula berahsia.
    Itu tandanya dia tak setia
    Kalau suami meninggi suara
    Itu tandanya dia dah ada mak we
    Kalau suami mengaku bujang tua
    Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
    Kalau suami selera tak ada
    Itu tandanya dia nak pasang dua
    Kalau suami lambat balik aje
    Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
    Kalau suami tidur di ruang tamu
    Itu tandanya dia dah jemu
    Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
    Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
    Kalau suami garang macam singa
    Itu tandanya hati dia dah tak cinta
    Kalau suami asyik komplen aje
    Itu tandanya dia dah tak suka
    Kalau suami mula sepak terajang ke muka
    Itu tandanya dia nak memberimu gelaran JANda



Monday, May 9, 2011

renungan diri sendiri

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 6:11 PM 0 comments

Salam..Lama sudah tidak bekata-kata disini.semoga perasaan yang tercurah tiada siapa yang tahu kecuali diri sendiri.....


32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna

Solat tepat waktu
Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
Bercakap dengan rendah suara.
Lembut dan halus tingkahlakunya.
Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
Pandai mengambil hati orang tua.
Menghormati dan taat ibubapa.
Kesayangan keluarga dan tetangga.
Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
Rambut tak diwarnakan.
Banyak dan murah dengan senyuman.
Banyak mendengar dari bercakap.
Senyuman adalah ketawanya.
Tidak ketawa terbahak-bahak.
Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki
.

Wednesday, March 2, 2011

biarkan kengan itu berlalu

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 11:28 PM 0 comments
Hari berganti hari, usia makin bertambah...memohon keberkatan dalam kehidupan.Indahnya Allah yang Allah berikan untuk ku..alhamdulillah.. anak-anak ku berkembang dan mewangi..hati ku terus luluh......

kasih semerah mawar itu

Tuesday, March 1, 2011

luka hati ku bertambah parah

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 4:21 PM 0 comments
salam.
tidak mahu berkongsi dengan sesiapa kesedihan ini.Dengan Maha Pencipta diri ini dan dengan Kekasih Allah sahaja.
Kelukaan ini bertambah parah.... tersusuk disudut hati kekecweaan ini.jiwa menangis mengenangkan nasib..Namun kepda ALLAh di serahkan diri yang hina ini.sujud kepadaNYa mohon kekuatan iman dan diri...Ya ALLAH ampon nilah dosa ku.

semalam jumpa datok yang nak bantu

Friday, February 25, 2011

Februari hampir berlalu

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 12:36 AM 0 comments
anak-anakku
along,angah,ayang,acik dan ayoi
Ibu terlalu sayang kamu semua..seluruh kehidupan ibu adalah untuk kamu semua.Ibu rela bergadai nyawa untuk kamu...ibu jua tahu kamu terlalu kasihkan ibu......namun banyak perkara yang harus kamu tahu tentang kehidupan.....bagaikan nak pecah jantung ini menahan kesakitan.
Mudah-mudahan masa yang menentukan semuanya..Ibu tetap bersama kamu walau apa akan terjadi
mawar merah

Thursday, February 24, 2011

mecari kebahagiaan

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 11:52 PM 0 comments
Salam
Terlalu lama meninggalkan blog ni..ingin melahirkan rasa kasih sayang kepada Pencipta dan penghulu diri ini.Penderitaan ini memang diketahuiNYa.Namun sejauh mana kekuatan hamba yang lemah ini tahan menghadapinya......
Ingin berkongsi cerita kehidupan sedih sesama manusia.Mendoakan semoga ada kesihatan untuk menulis...wasalam

Februari 25

Sunday, July 25, 2010

lama tak menulis

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 10:41 PM 0 comments
lam tidak kemaskan blog ni nak berazam kemaskan .nak berkongsi cerita dan peristiwa..nak munafaatkan sisa umur ini...

Friday, April 16, 2010

HARI LAHIR

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 9:20 PM 0 comments
2010 dah masuk bulan April,,Bayak masa dihabiskan untuk menyelesaikan arahan ppd..sukan permainan dan ko akademik....agaknya dengan cara ini tak sedar tahun ni akan berakhir dengan cepat. lama betul tak bercerita disini agaknya rakan yang tengok pun dah menyampah..tak kemas kini kan blog. apa nak buat kerja tak sudah-sudah,
12 Mac hari lahir acik
11,april hari jadi mak de..
hari ni 17 april 2010 -hari lahir jejaka idaman saya..abah...
27 april nanti hari jadi bujang saya..ayoi..
ini membuatkan saya rasa diri semakin tua..
tambahan banyak pulah sang penyakit dan menintai-intai saya...
anak -anak memang klas..dahlah comel dan hemsem ,rajin belajar...bijak dan pandai..dan satu yang tersangat cantiknya ..mereka semua kuat semangat....
Ya Allah kuatkan lah semangat kami.Bantulah kami keluar dari musibah ni.Amponkan lah ya ALLAH segala dosa2 kami amin ....

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 9:15 PM 0 comments
sELAMAT HARI LAHIR MAHMUD BIN AB SAMAT YANG KE 52 TAHUN.

Tuesday, March 2, 2010

kasih sayang sepanjang hayat.

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 10:02 PM 0 comments
Salam lama sungguh tak mengemaskini lama ni..oleh kerana terlampau sibuk dengan berbagai hal..Apa-apa pun semua nya sudah suratan dari ALLAH. Semuanya Kehendak ALLAH... Anak-anak merupakan permata yang terlalu memahami perasan ini..Tanpa sokongan mereka rasanya nak berdiri pun tak mampu...
Dunia dan Alam Ciptaan Allah ini terlalu indah ,Allah masih sayang kan hambanya yang lemah ini.Ya Allah kasihanilah aku...bantulah aki dalam menghadapi masah ini...Kasih sayang untuk anak2 dan suami tercinta....I love u
 

KiSaH Sa-OrAnG GuRu Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal