Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Perkembangan Psikomotor



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com


Komponen ini menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak taska, tadika dan sekolah rendah secara sihat, selamat, ceria, memupuk keyakinan diri dan personaliti yang baik. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal dengan yakin. Ia meningkatkan kemahiran motor, menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan serta meningkatkan kemahiran motor halus. Contohnya dengan pergerakan jejari dan menggunakan alat muzik tertentu.


Muzik Menggalakkan Pernyataan Kendiri

Pengalaman awal kanak-kanak adalah penting bagi perkembangan emosi dan intelek kanak-kanak. Kanak-kanak yang mencapai perkembangan emosi yang baik akan membentuk personaliti yang tenang, ceria, berkeyakinan tinggi dan cemerlang. Pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata. Muzik membolehkan mereka meneroka pelbagai perasaan.


Muzik boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran. Kanak-kanak berpeluang untuk menyatakan, memperhalus dan membentuk emosi yang stabil dan lebih matang.


Muzik Membantu Kanak-Kanak Mempelajari Nombor

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak membina pemahamannya berdasarkan tindak balas mereka dengan objek, interaksi dengan orang lain, tindak balas persekitaran atau pengalamannya setiap hari (kematangan). Kanak-kanak mudah mengingat nombor-nombor melalui lagu yang sering dinyanyikan. Proses ini berlaku secara semulajadi dan penuh keseronokan tanpa melalui paksaan. Kanak-kanak boleh mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain. 


Muzik Meningkatkan Kemahiran Sosial

Pada peringkat pra operasi, kemahiran sosial kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak sudah pandai menggabungkan perkataan dan membentuk ayat. Kanak-kanak suka berinteraksi dan bercerita. Muzik dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai di dalam kumpulan mereka. Kanak-kanak boleh belajar membentuk tingkah laku yang baik dan membina hubungan yang harmoni bersama rakan sebaya.

Justeru, kanak-kanak akan belajar memberi respon yang sesuai dan menunjukkan perasaan dengan cara yang baik dan saling menghormati rakan-rakan sebaya. Ia turut membantu kanak-kanak memahami keperluan diri sendiri serta orang lain, menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Bentuk Bujur.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com


Dah lama tak update tentang aktiviti bagi Tunjang Fizikal dan Estetika. Malam ni Cikgu Faiz ingin berkongsi aktiviti melukis 'bentuk bujur'. Semua dah sedia? Mari kita mulakan...


Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk bujur sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk bujur.
  3. Menghasilkan bentuk bujur secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk bujur.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur.

Persediaan guru : Menyediakan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :-
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kulit telur ayam dan burung yang berbentuk bujur kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada kulit telur tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk bujur.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali kulit telur yang berbentuk bujur dan melukis bentuk bujur.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kulit telur yang berbentuk bujur, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bujur serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bujur.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


TOLONG YE. (korang memang terbaik)


Yang benar,

Nuffnang bagi CPUV lagi. Rezeki bulan Januari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi ni Cikgu Faiz nak update Nuffnang pulak la. Hehe. Nuffnang ni kan, bila dah beberapa hari Cikgu Faiz tak jenguk, tengok-tengok ada CPUV baru. Kempen kali ni dari Nilai Uni. Ini merupakan kempen yang pertama bagi tahun 2013 dan yang ketiga muncul di blog Cikgu Faiz. Terharu sangat-sangat dengan Nuffnang yang sudi bagi kempen ni. Sobsob. 





Agaknya entah berapa pulak nilai yang terkumpul untuk kempen ni. Yela, sebelum ni berapa sen aje yang dapat. Huhu. Oh ya, CTR bonus tu untuk apa ye? Ada tak sesiapa yang boleh terangkan? Hehe. Cikgu Faiz tak berapa faham lagi tentang Nuffnang ni. 





Inilah rupa kempen tu. Nilai University. Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon memasuki universiti ini boleh la klik ye. Jangan malu-malu. Terutama kepada adik-adik yang baru lepas SPM tu. Sebelum menamatkan entri ni, Cikgu Faiz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang dan Nilai University kerana membenarkan kempen ini singgah di blog Ding Dang. Sehingga berjumpa lagi.


Sekian.


Transfer money to your friends on FACEBOOK via OctoPay! KLIK.


Yang benar,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...