Jom...

Monday, August 24, 2009

n3 tambahan untuk hari semalam...

lepas bersahur....lepak2 bukak tenet sementara menunggu subuh....

Tiba-tiba terlayan lagu raya....M.Nasir...Satu hari di Hari Raya...mak Aiii....cepat betul masa aku berlalu. kalah masa orang lain..

Posa baru 3 hari dah nak raya..kah kah kah...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan yang mulia..


*

Tengok ke tajuk...macam tajuk tazkirah ramadhan...
Minta maaf ye. Tak berhajat langsung untuk bertazkirah..
apatah lagi bermuzakarah...

Cuma terkedu bila masuk ke bulan Ramadhan. Kata orang yang aku dengar, bulan ramadhan bulan mulia. Bulan Ibadat. Bulan barakah. Dan bulan ini juga arwah ayah aku ke alam Barzakh...

Tarawih pertama aku, kelmarin dulu...di surau Taman Universiti. Sg. Tangkas. Malam yang dingin dek hujan. Usai 8, aku cabut balik. Dalam kedinginan itu, fikiran aku melayang. Melayang jauh menilai diri. Aku sudah semakin laghoooooooo....

Dan, ketika ini juga. Juga dalam kedinginan malam.
Aku cuba membetulkan diri...

Moga aku mendapat kekuatan dan tetap istiqomah dalam perjalanan aku..


*

Tuesday, August 18, 2009

demam...

Hai...

saya Nurul Khairina

saya Nurul Izzah

kami anak cikgooden...

baba cakap dia tak sehat..tak larat nak update blog..
baba dah pegi klinik...nasib baik bukan H1N1
baba demam biasa ja..

.
.
.
.
.
kt
rrrt..tteett. tett...



*

Friday, August 14, 2009

siapa punya...















Dah lama aku tak mencoret sesuatu di sini. Bukan sebab tak masuk jengok. Masuk. Setiap hari aku menjengok. Malah dalam sehari, berkali-kali. Namun untuk meng-update, terasa seperti ada tangan-tangan yang menghalang. Menarik dan menggesa aku supaya jangan menulis...Perasan malas pun ada sikit-sikit. (apasal macam gampang je ayat aku ni..ha ha ha)

Sehinggakan terasa dalam otak takdak benda nak ditulis. Hari ni aku rasa nak godek gambar-gambar dalam komputer ni. Akhirnya aku terjumpa gambar ni. Dah lama aku snap...

Ada satu hari tu, aku dah lupa tarikhnya. Dari tingkat atas pusat perubatan Apollo, aku terpandang kereta ni...Lawa sungguh. Aku tak kenal siapa tuan empunya. Dan aku tak kisah siapa pun, cuma aku terpegun melihat kereta ni. Comel. Anggun. Tertawan. Tertarik.

Malam itu jugak mimpi aku tiada cerita lain. Hanya berkisar kepada kereta ni. Jenis apa?..Aku tak tahu. Hati aku berdegup degap bila memandang.

Berkenan ........



*

Tuesday, August 4, 2009

Rijek...berdengung...

Apa dialog yang sesuai nak bubuh di sini?...cha habaq sat?..


















*