BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 25, 2012

kisah si tudung labuh

Assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan yang ke 5. eh kejap je dah masuk 5 hari. :D
malam ni teringin nak update blog. lepas ade 1 peristiwa. hee. peristiwa apa? tak yah la tau. biarlahh rahsiaa bak kata siti nurhaliza. hehe :D

ceritera bertudung labuh : TIDAK TERTUMPU kepada aliran agama sahaja. sesiapa boleh memakainya. dengan niat IKHLAS LILLAHITAALA =))

       " awk amik  kos agama? syariah ke? "

       " eh tak. sy ambik kos biasa2 je "

         " habis tuuu? aa mesti bahasa arab kan?? "

         " eh tak jugak. arab pun tergagap-gagap lagi "
                         
  " ohh. sy ingatkan ustazah td. sbb siap pakai stokin segala bagai"


                  *senyum kelip-kelip. tu je yang mampu. *  >.<


soalan-soalan macam ni selalu orang duk tanya bila nampak si pemakai bertudung labuh.
asal pakai tudung labuh je , dah digelar ustazah. dah digelar alim plus warak.
haishhhh. sy bukan lah ustazah. bukan jugak anak ustaz. tapi suami ustaz, ye kot. kekeke :D

sy bertudung labuh sebab sy seorang muslimah. =') ye , memang betul , ustazah memang selalu bertudung labuh. kerana apa? kerana ALLAH..=))
tapi tak salah kan kalau kita2 yang biasa ni pun bertudung labuh. sebagaimana firmanNYA :

  " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung mereka hingga menutupi dada" . An-Nur : 31

ada juga yang menyangka , bila bertudung labuh , maka alimnya seorang wanita. hakikatnya TAK semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu2 ukhrawi.

   " dah tu kenapa bertudung labuh ?? "

awak...Islam menyarankan bertudung labuh kerana penuh hikmah nya. ALLAH tak kan suruh kita buat something tanpa sebab yang musababkan? ALLAH sayangkan hamba-hambaNYA. kita je yang jauh untuk menilai. Allahurabbi :'(

tudung tu mampu mendidik kita sebagai pemakainya. percayalahhh :')

cuba kita bayangkan , ada ke gadis bertudung labuh pergi disco? ada ke yang brtudung labuh pergi parti-parti sosial?       *ada kalau gadis tu memang tak tau malu*
even yang bertudung biasa pun malu apatah lagi yang bertudung labuh kan? =))

bila jalan-jalan kat mana-mana ,jarang lelaki berani tegur. paling tidak pun , dorang tegur camni ,

 " Assalamualaikum ustazah. tak jawab dosa taw "

haa tengokk. yang nakal pun tiba-tiba jadi baik. sudah jadi fitrah , lelaki mudah tertarik dengan susuk tubuh yang menggoda , jalan lenggang lenggok , suara yang manja. sebab lelaki ada 1 nafsu je. ;)
tapi kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlak mereka.

               " awak..sy nak berubah jadi baik. boleh tak awk bantu sy? "

               " kenapa sy?? sebab sy bertudung labuh?? "

               " sebab sy tengok awk nampak alim je .. "

awk... awk kan lelaki. seharusnya awk cari mereka yang sama jantina untuk membantu awk. bukan sy.
sebab itu lebih terjaga dari fitnah. ramai lagi lelaki yang lebih alim drpd sy.

mungkin awk nampak sy alim. tapi hakikatnya , sy masih lagi banyak ilmu yang kurang. iman didada masih lagi tahap negatif. kalau ilmu sy kurang , macam mana sy mampu nak bantu awk?? ='(

ilmu itu cahaya. penunjuk kepada kebenaran. dengan ilmu je kita mampu keluar dari kepompong jahiliyah :')
saya wanita. saya perlu dibimbing. dan seharusnya bukan sy yang membimbing. dengar tu tau awk... ;')

penghujung kata , tak bermakna yang bertudung singkat itu kurang ilmunya. mungkin dia lebih banyak ilmunya dpd kita. cuma mungkin belum tergerak hati untuk bertudung seperti yang disyariatkan.

moga ALLAH redha.. =)



 *dear my future zauj , please guide me to jannah. may ALLAH bless untuk life kita di 'sana'. bahagia   dunia, bahagia akhirat. insyaALLAH. * sincerely - ur future zaujah . =))

Friday, July 20, 2012

rindu.... :'D

subhanallah..
serius aku rinduuu..
rasa cam tak boleh nak tahan tahan da tahap rindu ni..
macam nak jerit kat dunia, saya rindu!

tapi tak boleh.
sebab memang tak boleh.
sangat tak boleh.
kalau rindu , sematkan dalam hati, sabar sabar sabar.
tahan diri dari msg yang bukan siapa siapa.
ALLAH knows the best.

                                                               
                                                                   yes, HE knows. =')

Thursday, July 19, 2012

inche RAMADHAN. ahlan wa sahlan =))

assalamulaikum.
uhuk uhuk uhuk.
nak batuk jap.
duk berblog walking.
ramai pulak yg update blog pasal inche ramadhan.
sebagai buah hati inche ramadhan ,
kena la update jugak kan?
tak gitu?
baru boleh jadi kekasih sejati.
ehem3.
hehe.
lusa da puasa!
yeay!
maknanya esok bole terawih!
seronoknyee dapat morehh..
err
terawih.
huuu~
kalau time ramadhan datang menjenguk,
nak jatuh cinta hari hari boleh?
ala boleh la kan...
jatuh cinta dgn inche ramadhan.
waa romantiknyaa.
heee.
semoge cinta inche ramadhan sentiasa ada segar bugar untuk sy 
selamat datang inche ramadhan.
saya tak sabar nak dating hari2.
err hari2??
oke abaikan hari2
kalau ada rezeki.
kekeke

rasanya , ni je kot latest update untuk hari ni.
untuk mengalu-alukan kedatangan cinta hati sy,
inche ramadhan!

semoga ALLAH redha ='))

Friday, June 29, 2012

layak ke jadi MUSLIMAH ?? ='(




MINYAK WANGI diguna luar biasa harumannya,
Bukan kerna TIDAK SENGAJA tapi SENGAJA buat buat LUPA,
Agar RAMAI yang memuji tanda SUKA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
andai tudung di kepala,
Namun ada nama yang bukan halal  terukir di hati?,
Maklumlah KATA hanya suka KERNA ALLAH,
Tapi NAFSU sendiri yang TIDAK BISA dipelihara...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai aurat SEMUA sudah TERJAGA,
Namun SOLAT dan PERINTAHNYA,
Dibuat sambil LEWA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Bertudung LABUH juga BERPURDAH,
Namun PROFIL fb tetap terpapar GAMBAR WAJAH,
Tanda diri ingin DIPUJA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Muamalat tidak TERJAGA,
Berborak dengan LELAKI bagai nak GILA,
Apa diKATA semua MEREPEK saja..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai IBUBAPA tidak diUTAMA,
Namun bila RAKAN dan juga TEMAN BERSUARA,
Yang SALAH pun DIBENARKANNYA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
CINTA pada ALLAH diKATA setiap MASA,
Tapi BUAT perintahNYA satu pun TAK ADA..

Sekian sahaja dari AKU yang INGIN bergelar MUSLIMAH,
Namun SUKAR sangat MENGEJARKANNYA..

Maafkan AKU andai SAHABAT semua TERASA,
Atas segala apa yang AKU kata..

Bukan NIAT nak MENGATA atau APA,
Cuma sedikit TEGURAN dari DIRI yang SAYANGKAN agama..

Wahai SAHABAT yang ingin bergelar MUSLIMAH,
Marilah UBAHkan diri agar MENJADI lebih BERGUNA,
Bukan UNTUK sapa sapa TAPI hanya UNTUK pada ALLAH dan AGAMA...

Buat MUSLIM diluar sana jangan asyik LIKE saja,
Tapi TEGURLAH pada semua WANITA,
Untuk LEBIH menjaga AGAMA..

FIKIRlah wahai SAUDARA semua,
ANDAI muslimah TIDAK kau JAGA,
Maka ROSAKLAH agama juga SURI rumah..

Sunday, May 27, 2012

nak jadi macho boleh tak?

Bismillahirahmanirahim..


nak nangis boleh tak?
agak2 macho tak kalau nangis?
mak kata kalau nak nangis , jangan tunjuk depan orang.
oke , fine , masuk toilet, nangis sorang2. :D
ALHAMDULILLAH.
lega pulak lepas nangis.
sesungguhnya nangis tu terapi paling mudah.

"tuntutan kerja seharian melebihi masa yang ada" (Hassan Al-Banna)

sory ye sahabat kalau ade yg cik bella ter lepaskan marah ari tu.
serius , time tuh emosi sangat tak stabil. >.<
balik dari annual grand meeting , banyak sangat keje.
tapi kerja tu 1 amanah.
amanah tu 1 tanggungjawab. =)

kita selalu sangat rasa kita orang paling sibuk,kan?
awak rase, awak dah cukup sibuk?
Rasulullah lagi sibuk.
awak rasa, awak dah cukup penat?
xpelah kalau penat keranaNya.

oke , sy bukan lagi adek2 yg perlu dimanjakan. hey, grow up sikit.
keje banyak sikit pun nak nangis.
tak macho sungguh..>.<
mak selalu pesan, buat kerja tu biar ikhlas.
biar orang tak nilai kerja kita, asalkan ALLAH nilai hati kita ikhlas.

"cinta yg menggerakkan dakwah"

agak2 nya cinta kita peringkat mana ek?

terdiam. takde jawapan.

sungguh , ukhwah kerana ALLAH tu indah.
penat, tapi insyaALLAH ade hasil nya.
terima kasih utk ukhwah yg osemm. :D

"SYURGA ALLAH tu MAHAL. ingat senang2 ke boleh dapat?"

isi isi usrah yg buatkan anak2 usrah semua terdiam. tunduk pandang bawah.

"kalau ALLAH inginkan kita berubah , ALLAH akan hantar orang2 yang baik bersama kita"

sweetkan ALLAH? perancangan ALLAH manis sungguh.
jauh dari family. tapi ALLAH gantikan ukhwah y macho.

"izinkan sy menjadi muslimah yg hebat. sila bantu sy" =)

jom sambung amanah yg dipertanggungjawabkan.

ALLAH ade di hati . sentiasa di hati. =)




Friday, April 6, 2012

ya ALLAH, peluklah hati ini =')

assalamualaikum w.b.t
bersawang suda blog ni.
kadang2 rasa nak menjenguk. tp kadang2 rasa busy sangat.
sekarang ni tuan , puan , makcik, pakcik segala assignment tunggu due date je.
bersepah2 esaiment.
selalu tido lewat. kdg2 tido bape jam je.
sob sob.
sekarang nga cuti mid sem.
seminggu.
rase cam kejap je kan?
tp x dapat balik pun.
tiket flight mahal.
kene berjimat.
sebab ade matlamat lain.
wink wink wink 
firstly, nak share pasal kesihatan abah.
alhamdulillah, abah makin sihat even bergantung pada ubat.
at least, dah dapat dengar suara abah macam dulu.
mungkin dah tiba masa tuk abah goyang kaki je kat umah
lagi pun time mude2 dulu, abah dah keje kuat sangat
nak cari rezeki.
ALLAHURABB,,,panjangkan umur ibu bapa ku..:')
bila gayut2 dengan mak, mesti abah ade kat sebelah mak.
ish romantik sungguh. huhu
dulu time kecik2, selalu berangan nak cari hubby cam abah.
sebab abah rajin buat keje2 dapur. huhu
selalunye, abah basuh baju. mak lipat kain.
abah sapu sampah , mak masak.
huu~
tapi abah fail memasak. kekekeke
abah retii masak air je..hehe
sebab tu kalau aku masak, aku suruh abah komen.
sbb abah komen, mesti sedap. mesti power. haha
kalau suruh mak komen , nanti mak cakap tawar , mak cakap masin.
heee~
rinduuu... =')
oke, stop pasal family. nanti banjir pulak bilik. huu~
takde ape pun nak tulis sebenarnye, just nak kongsi pengalaman kat sini je.
huhu

pantai yg cantik kat atas ni, pantai lundu. time family day kolej. cantik. subhanALLAH.


istana siput! hau yeah!
istana pasir kitorang paling cantik. hehe. ni grup time family day.cari la cik bella kalau dapat. haha


sempat sambut bufday housemate kat pantai. huhu.
penat sorok2 kek ni dr housemate. nasib baik succes. huhu


mase g menuai padi! fuhh penatt. bila da tuai padi , baru tau cmne penatnye petani2.
hargai lah nasi ye awk2..:)


before menuai padi, masuk sawah , pakai comel2 dulu..hehe


setiap rezeki yg ALLAH berikan itu adalah hak DIA.
carilah rezeki di bumi ALLAH selagi ianya halal. :)


mereka sungguh excited dengan padi. haha. banyak betul hasil hari tuh. puas :)


segala apa yg ada di bumi, adalah milik ALLAH.
jadi lah macam padi. makin berisi makin tunduk.
nape perlu sombong sesama manusia? 
kita kan khalifah ALLAH dan ummah Rasulullah :)

dan yang terakhir,,, jeng jeng jeng....


lelaki yg comel ialah lelaki yg tak tinggalkan solat walau dimana saja dia berada. =)
pic ni aku amik curi2 time budak2 laki tengah solat kat pantai. hehe.
islam tu indah. alhamdulillah =)


ALLAH tak pernah lupakan kita, tapi kita yg selalu lupakan ALLAH.
bila susah baru cari DIA.
tp bila senang, kita senang hati lupakan DIA.
tp DIA tak pernah membenci kita.
sebaliknya sentiasa mendengar luahan kita.
sweetnye ALLAH..:')

ampunkan kami ya ALLAH...:'(

Friday, March 2, 2012

ini kisah sahabat :')






assalamualaikum w.b.t
selamat pagi borneo!
awal nye la update belog kan? huhu
lepas subuh, dah tak elok tido. mak pesan. huhu 
erm sebenarnye update belog sebab dah tak tertanggung duk simpan sorang2.
rasa cam nak meletup pun ade. sob3 :(
ini kisah sahabat.
yup. tu tittle nye.
sbb update ni betul2 tentang kisah sahabat.
psychologist kata, kalau kita mimpikan seseorang, maknanya org tu yang sebenarnye rindu kan kita.
betul ke?
entah la. kadang2 macam betul. kadang2 macam tipu. 
2 hari lepas, aku mimpikan sahabat aku tu.
aku buat biase je la kan.
mimpi je pun. 
may be sahabat aku pun teringatkan aku.
tp disebabkan kebusyan yang sgt melanda kami bila masuk universiti,
so langsung takde tanye khabar.
takpe, tu perkara normal bagi aku. :')
tp bila kelmarin tibe2 sahabat aku message.
aku tertanya-tanya.
aku baru je mimpi kelmarin. and esoknye tup2 sahabat aku msg.
ohh apakah?
kebetulan kan.
tapi gaya msg sahabat aku yang buat aku macam kene hentak atas batu sekejap.
serius, aku menangis bila baca msg2 sahabat aku tu.
apa makna ni?
dihukum tanpa sebab yang aku langsung tak tahu.
ya ALLAH..:'(
kenape perlu msg macam tu?
aku tak tahu ape salah aku? :'(
tolonglah jangan hukum macam ni.
lepas msg2 tu, aku terus solat.
serius, dalam doa aku menangis.
aku risaukan sahabat aku.
bila sahabat aku msg macam tu, aku risau kan masalah dia yang belum settel tu.
serius aku risau.
sampai tak mampu nak tidur.
esoknye , pagi2 aku da msg sahabat aku.
risau sampai mimpi utk ke 2 kali.
sob3
tapi, sahabat aku langsung tak reply.
aku think positive. sahabat aku busy.
tp malam tu aku send msg lagi.
tapi sahabat aku tetap tak reply.
then , aku baca balik msg2 sahabat aku yang semalam tu.
" mungkin ini yang terakhir" 
ya ALLAH, ape makna ini yang terakhir tu?
mak,,tolong kak bilah mak...:'(
ape salah aku?
ape aku dah buat?
nape perlu mendiamkan diri?
kalau mendiamkan diri tu yang terbaik, terserah lah.
tapi bagi tahu lah, ape salah sy?? :'(
banyak kali aku baca balik msg2 sahabat aku tu.
serius, something wrong goes somewhere.
tolonglah, jangan buat macam ni...:'(
kalau sy salah, tolong bagi tahu.
kalau sy dah kecik kan hati, tolong bagitahu.
mendiamkan diri bukan jalannya.
menghukum tanpa sebab yang sy tak ketahui pun bukan caranya.
i need answer!
mungkin dia tak tahu, aku sangat hargai persahabatan ni.
mungkin dia tak tahu, aku sgt sayangkan persahabatan ni.
mungkin dia tak tahu, persahabatan ni betul2 ikhlas kerana ALLAH.
mungkin dia tak tahu, persahabatan ni byk ajar aku erti sabar.
mungkin dia tak tahu, persahabatan ni byk buatkan aku banyak berbicara dgn ALLAH.
berbicara dgn ALLAH dan menyerahkan sepenuhnya kpd ALLAH.
mungkin dia tak tahu dan takkan tahu...:'(

" if 10 people care bout u, i'm 1 of them, if 4 people care bout u, dat wud b me 1 of them again,if no 1 cares bout u, dat means i'm not in dis world anymore..." :')




p/s : jaga diri. jaga iman. and jaga peribadi. :')



Tuesday, February 14, 2012

sayangnya ALLAH pada wanita :')






Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung,

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.
Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya  ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

# hebat kan ALLAH? ALLAH sayang pada wanita..subhanALLAH.. bahkan seorang wanita solehah boleh diumpamakan seperti 70 orang lelaki soleh. 
bertutup lah sewajarnya..yang tertutup itu comel..
sabda Rasulullah s.a.w : Tidak ada fitnah sesudahnya yang lebih membahayakan bg org lelaki kecuali fitnah dr kaum wanita. 
dan ALLAH telah berfirman : 
" pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri sendiri , tentang segala yang mereka lakukan "  An Nur : 24

renung2kan dan selamat beramal :) *muhasabah utk diri sendiri cik bella juga :') *

Thursday, January 26, 2012

yang tertutup itu comel :)

" Sebaik-baik wanita ialah wanita yang tak memandang dan dipandang" - Saidatina Aisyah.

yang tertutup tu comel kan? bila semua tertutup, lebih rasa selamat . betul tak?
Mujahidah itu pahit. kerana SYURGA itu indah. =)
ALLAH nilai iman dan takwa kita. sejauh mana baiknya hati kita, sejauh mana kuatnya amal kita kepadaNYA.
ALLAH dah perintahkan kita, kaum2 hawa untuk tutup aurat. so, mari tutup aurat!
yang tertutup itu comel..=)
nah, cik bella ade buat analogi~ renungkan2 dan selamat beramal. =)





                                                                     ***********




ni suffiya. suffiya tak mau pakai tudung. degil. ;)


tapi, suffiya dah mula tanye, kenape dan sebab ape..;)


comel kan bila suffiya pakai tudung...;)


ALLAH dah mula cuit hati utk rasa manisnya iman..;)



alamak,,stokin lupe..hehe..kaki pun aurat ye syg..;)
kita boleh tunjuk muka dan pergelangan tangan je..=)



comel kan bila kita tutup aurat..? =)



oppss..wanita kena kaya dgn lemah lembut syg..;)


comel-comel. suffiya memang comel. semoge jadi muslimah sejati  ye syg..=)




"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan janganlah 
menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. 
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya 
dan janganlah menampakkan auratnya.."
An-nur: 31

Monday, January 23, 2012

jejak kembara :)





Assalamualaikum w.b.t


Syukur masih boleh bernafas kat bumi ALLAH..alhamdulillah. :)
ehem3, sekarang da ada kat rumah manis rumah! huhu. after almost 4 bulan jd anak perantau, akhirnya, sireh pulang ke gagang..( err betul ke peribahasa nih? huhu )  
Alhamdulillah perjalanan menuju rumah manis rumah semuanya selamat. even flight pagi and kabus tebal, tp alhamdulillah. umur masih panjang. :) even ade jugak dapat msg dr Triple A yg suruh pilot berhenti kalau ade traffic light. dush dush! haha


                                                                         ****


bestnye duduk kat rumah manis rumah. sebut je nak makan ape, semua dapat. hehe. untung kan? huhu
sebelum balik ag da pesan kat ma, nak makan ayam masak kicap. feveret tuh. huhu. tp lepas 4 ari duduk kat rumah baru dapat makan masakan ibu tercinta. sebab 1 family demam. alahai...takpe, sakit tu penghapus dosa..alhamdulillah..:')
belajar jauh-jauh pun untung. sebab mengajar erti rindu kat family. memang la sebelum nih da sokmo duk jauh, tp ni lagi jauh..berbulan-bulan baru dapat balik. kadang-kadang tuh, bila penyakit 'sakitrumah' dtg, rasa macam nak lari je ke airport. suruh angkut bawak balik rumah. huhu. 
cuti sebulan nih, duduk kat rumah jd housewife sepenuh masa. huhu. hari second duk kat rumah, adik da suruh masak da. konon2 rindu lettuw kat air tangan akak dia nih. haha. tp belum sempat dia order macam2, cik bella da sound awal2 da. 'makan je ape akak masak. no order2' haha. 
yang best duduk rumah sebab ade baby! hehe. kalau lah kalau lah kalau lah boleh angkut semua baby kat dunia nih, duduk dalam 1 rumah. ish bestnyeeee! bg makan tembam2 pastuh y gegurl pakai baju kurung pakai tudung. y boiboi pakai baju melayu pakai songkok..alalala comelnye!!! ishhh gerammm. 


                                                                          ****
oke, tutup cerita pasal baby. kalau cerita pastuh duk usha pic2 baby, sampai esok x habis. hehe
cik bella baru balik nih. baru balik dr kenduri kawen. pasai tuh duk gatai cerita pasai kawen nih. haha.
bila tengok org kawen, alahai cemburu pulak..huhu..sape la jodoh kita yep..rahsia ALLAH :) yang pasti kena yakin and redha dgn siapa jodoh kita. macam ayat yg sokmo ma pesan , " jodoh kita memang dah ada. tp kita wajib berdoa utk dapat jodoh yg baik." " biar org syg kita lebih, jgn kita syg org lebih"
ayat tuh sokmo la duk ulang2 oleh ibu tersayang. hehe. thanx mummy! :)
alhamdulillah, perjalanan ngn akak menuju ke perak utk memenuhi undangan perkahwinan, berjaya jugak kitorang sampai. huhu. perak,,jauh tuhh. penat duk dalam kereta. kejap bangun. kejap tdo. hehe. 
tp yang paling geramnye, time kat rumah org kawen tuh, ramai pulak yg tanye, 'ni akak ke? (merujuk pd cik bella ) , ' yg ni adik? (merujuk pd akak cik bella ) ish geram geram.  tak aci tak aci. kita mude ag taw. nampak tua dah ke? haha. then td singgah kat nilai. pastuh ade pakcik pakistan tuh tegur kitorang ,
'alahai...adik2 ni serupa muke anak2 sedara sy kat arab ngn pakistan'...cik bella ngn akak dah duk siku2 dah. pakcik nih,, orang datang nak membeli. dia nak buat jejak kasih pulak..=,= 
nasib baik memang ade darah arab, boleh la senyum2 ke pakcik pakistan tuh. kot2 sedara jauh ke..hahaha =,=
at last pukul 8.30 malam sampai jugak ke rumah manis rumah. before tuh pukul 7 ptg, abah da siap hantar message ngn col da. tanye kat mana. risau anak2 dara dia lambat noo balik. rinduuu lettuw. hehe
tp alhamdulillah. perjalanan selamat. even akak demam. and cik bella pun da jangkit virus demam dia tuh..tp cik bella kuat ag la..hehe .


before ending , ikhlaskan hati dalam apa jua yg kita buat. ingat lah ALLAH. sebab ALLAH tak pernah tinggalkan kita even kdg2 kita selalu melupakan ALLAH..sweet kan ALLAH tu? :')