Alhamdulillah urusan rumah semua dah settle. Masa memula beli rumah tatau nak tanye sape jadi banyak explore sendiri. Kat sini dah senaraikan sikit step by step nak beli rumah sub sales ye..Rumah baru senang je..Rumah sub sales banyak songeh sikit. Kebetulan tuan rumah yg kitorang sewa mmg nak jual rumah. Jadi kitorang amik kesempatan untuk beli terus dengan direct owner. So kitorang tak pakai agent. Lebih kurang setahun gak settle semua bende..OK leh tgk kronologi kat bawah. Maaflah penerangan penjang sangat hehe
Jenis Rumah: Teres 2 Tingkat - Intermediate (Belakang rumah dah tambah simen n dinding)
Area: Bandar Saujana Putra
Selling Price: 280K
Market Value Price: 310K (price on 5 July 2013..skrg dah naik lagi)
1 May 2013
Start tanye dengan owner nak jual tak rumah. Kebetulan dia mmg nak jual. Pucuk dicita ulam mendatang. TQ. So owner decide nak jual 310K. Gulp...Pengsan nak carik deposit je la..Huuu so kena start apply loan bank.
15 June 2013
Nak apply loan bank susah gak. Nak cari interest rate yg paling rendah. Maaflah saya tatau sgt terms2 bank. Jadi bgtau term yg saya tau je la ye. Memula pegi RHB sebab RHB panel bank tempat keje kami. So ingat senang la dapat kan. Sebelum tu kita kena mintak S&P Agreement (Sales & Perchases Agreement) dengan tuan rumah. Sebab nak apply loan kena ade S&P ni baru boleh apply. Lepas tu siap-siap amik gambar rumah luar dalam depan belakang semua n print untuk diorang leh bagi anggaran kasar harga rumah tu. Beli umah sub sales kita kena dapatkan market value yg paling tinggi ye. Sebab jumlah loan yg kita dapat nanti ialah 90% dari harga market value rumah tu.
Kami ingat kalau lepas satu nama. Nak pakai satu nama je. Rugi kalau pakai dua nama untuk buat loan. Nanti sangkut plak untuk pinjaman lain. Memang nak pakai nama suami. Check2 status suami terlebih bersih plak pasal takde hutang langsung dengan bank. Credit card pon takde. Itu pon tak boleh sebab nanti dokumen tak strong. *(Eh teringat cikgu izzudin plak hahaha. What the fish!)*. Nama kereta plak nama ayah mertua. Jadi suami mmg takde hutang langsung dengan bank. So decide nak bukak ASB la untuk tambahkan CCRIS (credit rating) untuk pinjaman.
Lepas dah buat ASB okla sikit CCRIS. Dokumen yg diperlukan untuk buat pinjaman di RHB:
1) Slip Gaji Latest 6 bulan
2) Photostat IC pemohon
3) S&P Document Rumah yang nak dibeli (boleh mintak dekat owner)
4) Latest bank account statement and muka depan akaun bg yg takde buku
5) Borang income tax
6) Statement KWSP yg latest
6) Statement KWSP yg latest
7) Letter Offer from company (untuk membuktikan yg kita tgh keje kat company tu)
8) Gambar-gambar rumah untuk evaluation kasar
1 July 2013
Dalam 2 minggu baru tau result. Nasib kami tak baik. Loan approve tapi market value rendah. Paling tinggi dia bagi sampai RM270k sahaja. 90% dari tu kami cuma dapat RM243k je. Kena tambah lagi RM67k. Pengsannnn! Interest agak mahal 4.6%.
Jadi kami pergi tanya harga market value di bank-bank lain. Rasenye loan mmg boleh approved. Market value sahaja yg menjadi problem. Padahal kawasan tu maju cuma poskod Jenjarom menjadikan market value dia rendah. Sedihhhh...Pegi CIMB and Maybank sama je dia boleh bagi sampai RM270k. Cawangan lain, lain plak harganya. Bergantung pada cawangan dan evaluer. Nak cari evaluer sendiri pon boleh tapi better pakai bank punyer. Berbekalkan gambar-gambar yg kami print. Diorang direct telefon evaluer rumah. Itu je boleh bagi. Sedih lagi dan hampir putus asa. Dahla siap cuti nak uruskan hal ni.
5 July 2013
Tuhan nak tolong. Kita berdoa tuhan tolong. Akhirnye last pegi Bank Islam seksyen 18 Shah Alam. Kak Wani nama akak ni. Baik orangnya. Akhirnye Evaluer dia je yang memuaskan hati kami. Dia boleh bagi sampai RM320k. Alhamdulillahhhhh...So terus submit document semua. Tapi akak tu kata Bank Islam cerewet sikit. Kena ade dokumen tambahan. Document semua sama macam yg sebelum ni cuma penambahan:
1) Slip Gaji Latest 6 bulan
2) Photostat IC pemohon
3) S&P Document Rumah yang nak dibeli (boleh mintak dekat owner)
4) Latest bank account statement and muka depan akaun bg yg takde buku
5) Borang income tax
6) Statement KWSP yang latest
6) Statement KWSP yang latest
7) Letter Offer from company (untuk membuktikan yg kita tgh keje kat company tu)
8) Gambar-gambar rumah untuk evaluation kasar
10) Surat Persetujuan jual beli rumah (surat bank islam ade sediakan). Kena ambil tanda tangan penjual dan pembeli. Sehelai je kertas tu..
6 July 2013
Pergi jumpa tuan rumah. Jumpe di KFC Giant Senawang. Makan bersama-sama. Tujuan utama ialah nak negotiate lagi harga rumah and nak ambil geran tanah & tanda tangan surat perjanjian jual beli. Harap2 abang n akak ni dapat la turunkan sikit harga. Sebab seksa nak sediakan deposit banyak2. Kelakar plak. Sebab bertentang mata. Pastu nak bincang dedua main bisik-bisik. Kelako hahaha. Memula dia turunkan jadi 300k. Tapi akhirnye abang n akak tu bersetuju turunkan lagi 20k and jual dengan harga RM280k. Alhamdulillah, penjual pon muda n melayu so senang la nak negotiate. Sebab lebih kurang sebaya je.
9 July 2013
Document tu kami email je. Kak wani bagi. Nasib senang nak deal. Aritu jugak kak wani submit application ke HQ.
25 July 2013
Loan approve! Nak sign tapi suami plak outstation so jadi delay sikit. Kebetulan dah nak raya takut la proses jadi terganggu kan. Haih cuak betul masa tu.
2 August 2013
Sign offer letter loan bank. Tapi ade kesilapan sikit. Salah nama kat muka depan. Nanti kena sign sub offer letter untuk muka depan sahaja. Nanti kak wani submit document ke lawyer. Kami decide nak ambik lawyer yang sama untuk lawyer loan bank & lawyer S&P. Lawyer pon kami ambik yang bank punye panel, Rusman Arunan Associates. Baca kat internet ade pros n cons ambik lawyer yang sama. Ade yang kata laju ade yang kata slow. Kami berdoa je harap2 semua ok. Jadi loan kami approve and market value rumah dapat dalam harga RM310k. Ntah bila dia evaluate rumah aku pon tatau. Patutnye ade org dtg rumah. Tapi rasenye dia lalu gitu je and tup tup letak RM310k. So loan dapat 90% + 5% (untuk legal fee, insuran, evaluer n bla bla). RM279k + RM5000++ cmtu. Sebulan bayar kat bank RM1264.73. Detail seperti di bawah kalau korang nak tau:
6 August 2013
Kami cancelkan application loan dekat RHB. Kami pastikan betul2 dah secure dengan Bank Islam baru cancelkan application yang dekat RHB.
14 August 2013
Lawyer collect document from bank. Lambat sikit sebab masa tu kan raya puasa. Banyak cuti.
15 August 2013
Lawyer call tanye no. owner and mintak copy S&P yang lama. Maka startlah proses S&P.
20 August 2013
Lawyer mintak copy IC isteri sebab kitorang nak letak dua nama untuk rumah.
29 August 2013
Lawyer call cakap S&P dah boleh sign, bawak deposit 10% and bawak payment untuk bayaran legal fee S&P sekali. Jadi 28K deposit + RM6716.60 untuk legal fee = RM34,716.60. Gila habis duit bank kami korek n pinjam la tabung pama sikit. Kami tak buat personal loan pasal tak mampu dah nak berhutang. Untuk first time beli rumah ade diskaun sikit kat stamp duty. Banyak gak la diskaun dalam beratus gak. S&P legal fees kita bayar sendiri yang untuk loan bank legal fees nasib baik dah masuk dlm loan sekali. So tak payah sediakan duit tu. Owner kena bagi cukai tanah & cukai pintu yg latest and dah berbayar masa nak sign tu.
Sebab nak kena keluarkan deposit yang banyak, tu yang banyak orang mark up S&P. Deal ngan owner. Tapi kami segan sebab diorang dah turunkan 30K takkan nak deal mark up S&P plak huhu.
2 September 2013
4 September 2013
Sign S&P & Agreement Loan Bank di Pejabat Peguam, Rusmah Arunan Associates di Plaza Perangsang, Shah Alam. Pembeli and penjual kena ade sekali. Bayar sekali deposit and S&P legal fee. Bankrupt hahahah. Penjual yang kaya dapat 28K terus. Seronokkkk dia terus renovate rumah dia kat N9 and beli kereta. Masyuk woooo.
Sign Sampai lebam. Haha kita sikit je. Suami banyak sangattt kena sign. Nampak kan dokumen setebal ade. Tak sempat nak baca semua. Check nama, IC and bende yang penting je. Datang sekali dengan owner rumah. Senang keje huhu. Pssttt belakang tu owner kitorang bosan tunggu, lambat bebeno nak dapat duit ni hahaha
5 September 2013
Mintak Kak Lin, yang jaga kes kitorang ni forward details S&P legal fee. Penjual punye dalam RM2104. Pembeli yang mahal RM6716.60. Memula dia kata RM6466.60. Tersilap kira rupanya, so balance bayar cash je. Untuk first time beli rumah, ade 50% diskaun dekat Stamp Duty. Jadi dari RM4600 kena la bayar RM2300 je.
Ingat tak? ade yang silap sikit details dekat muka depan loan offer letter tu. So kitorang sign balik tapi Kak Wani datang rumah. Sign kat rumah. Senang kan? Thank you to Kak Wani sebab bersusah payah. Suami selalu outstation so weekend je ade masa.
17 October 2013
Collect copy of Sub Offer Letter dekat Bank Islam.
22 October 2013
Pegi opis lawyer lagi untuk sign Acknowledgment Letter untuk masuk consent Pejabat Tanah. Ape ntah ni aku tak paham sangat. Tapi ni ade hal dengan kebenaran untuk pindah milik. Rumah kami lease hold jadi susah sikit. Every 2 weeks aku akan call lawyer untuk tanye update tapi jawapan yang sama. Sangkut kat pejabat tanah. Wah lamanya pejabat tanah buat kejeee..
2 December 2013
Call lawyer tanye update. Kak Lin yang uruskan file kami dah berhenti. Ganti dengan Encik Adi. Tapi nasib la Encik Adi ni lebih efisyen. Tak tergendala and tak effect pon kes kami. Letter of Consent dah dapat on 18 November 2013. Bermaknanya ade masa 3 bulan untuk settelkan semua hal pindah milik n pembayaran bank dan penjual. Kalau freehold dia akan start 3 bulan dari tarikh S&P. Lebih dari 3 bulan ade penalti. Tapi Leasehold start dari tarikh consent. OK bila consent ni dah dapat. Baru kami boleh mintak copy S&P untuk keluarkan duit KWSP kami yang akaun ke-2. Pastu Encik Adi proceed untuk proses redemption statement antaran bank. Maknenye bank pembeli nak bayar baki kepada bank penjual.
23 December 2013
Call lawyer tanye update. Document S&P dah settle. Saya suruh dia buat 2 copy. Laywer update cakap owner kena bayar cukai kt LHDN dalam 4k. OK takpe tu dia settlekan dengan owner. Dia bgtau update je kat saya.
24 December 2013
6 January 2014
Apply Pengeluaran untuk akaun ke 2 KWSP. Isi borang pastu bawak S&P yang dah disahkan. Dia tau plak mana copy and mana copy yang dah disahkan tu. Nasib mintak lebih. Dokumen yg diperlukan:
1) Photostat IC
2) Copy front page buku akaun bank ataupon kat online banking yg front page ade tulis nombor akaun tu
3) Copy S&P yang disahkan
3) Copy S&P yang disahkan
4) Kad Nikah
5) Borang Pengeluaran KWSP
6) Borang Pindah Milik KTN 14A (Yang dapat dari Pejabat Tanah - boleh mintak dari lawyer)
7) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Letter Offer Bank)
6) Borang Pindah Milik KTN 14A (Yang dapat dari Pejabat Tanah - boleh mintak dari lawyer)
7) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Letter Offer Bank)
11 January 2014
Sekejap je proses. Apply hari Isnin. Hari sabtu dah masuk dah duit. Boleh keluar sikit ataupon semua. KWSP transfer online je n masuk terus dlm akaun.
13 January 2014
Redemption Statement Expired. Kena apply balik. Sebab bank penjual lambat bertindak. Owner kena bayar cukai tanah & cukai taksiran 2014.
22 January 2014
RM157k advise bank transfer from Bank Pembeli ke Bank Penjual. 2 minggu lepas tu bank akan settlken payment untuk owner. Redemption statement baru dapat 22 January 2014. Lepas tu tarikh last consent yang 3 bulan tu 18 February (maknenye kena settle pindah milik sebelum 18 February). Tapi lawyer kata takpe boleh extend sampai 18 March 2014 tak kena penalti pon sebab bukan salah pembeli. Salah bank. Ok nasib baik. Lega dengar. Sebab baca ade org kena penalti sebab lambat.
6 February 2014
Bank penjual dalam proses nak bagi all document dekat Bank Pembeli. Document pelepasan gadaian extend until 18 March 2014.
28 February 2014
Masih dalam proses nak bagi document ke bank penjual. Wah lama betul nak passing. Tapi Bank Islam dah hantar sms yang nak kena start bayar rumah bulan pertama start March ni. By 5hb every month kena bayar sebanyak RM1264.73 kat Bank Islam. So automatic sewa rumah untuk next month dah takde. Seronok rase sebab kua duit bayar untuk rumah sendiri =)
18 March 2014
Call lawyer. Dia kata tengah setelkan final purchase price. I guess yang ni bayaran untuk penjual plak. Baki yang dia dapat tu. Lawyer bagitau nanti kitorang kena bayar partial untuk cukai tanah & taksiran dekat owner. Nasib baik sikit je.
Cukai Tanah : RM36.20
Cukai Taksiran: RM142.20
Lawyer cakap dah boleh start tuka nama untuk bil api, air, indah water and taksiran. Untuk cukai tanah sepatutnya dia akan automatic update masa pindah milik geran tanah tu. Tapi kena check gak update ke tak nanti data.
18-March-2014
Nak pindah milik untuk cukai taksiran. Ambik Borang I dekat Majlis Daerah Kuala Langat Saujana Putra. Bukak kol 8. Bagus. Singgah sebelum g keje amik borang n isi. Dia kata takpe kalau nak pakai nama suami tapi suami takde. Kita boleh buatkan. Hayat outstation lagi macam biasa -_-. Jadi i la uruskan semua.
Dokumen yang diperlukan:
1) Borang I
2) Photostat IC
3) Salinan S&P
19 March 2014
Submit document kat MDKL n done. Gitu je. Senang betul. Dah la takde orang huhu.
Lunch hour pergi Indah Water kat Seksyen 9 Shah Alam. Dekat Ani Sup Utara. Tak penah tau Indah Water kat situ. Lalu tapi tak penah nampak hahaha. Ni pon senang. Borang tak payah isi. Cuma bagi:
1) Salinan S&P
2) Latest Indah Water Bill
3) Photostat IC
31 March 2014
Pegi SYABAS yang dekat Klang. Dokumen yang kena ade. Print siap-siap borang ni kat rumah and isi. Senang nanti sampai terus submit.
1) Borang tukar nama
2) Photostat IC
3) Salinan S&P
4) Latest bill (jelaskan mane2 baki tertunggak)
5) Deposit RM100
Pastu settle.
Pastu g TNB Shah Alam. Nasib tanye boleh plak tuka nama kat situ. Sepatutnye kena pegi Jenjarom tapi kan jauh. Shah alam lagi dekat. TNB leceh sikit ye pasal banyak beno nak bayar. Dokumen yg diperlukan:
1) Borang Tukar Nama (mintak dekat kaunter pertanyaan and isi)
2) Photostat IC
3) Salinan S&P
4) Latest bill (jelaskan mane2 baki tertunggak)
5) Deposit RM500 bagi rumah jenis teres 2 tingkat.
6) Setem Hasil RM10. Ade jual kat situ tinggal bayar jerk.
7) RM3 - Processing Fee
Pastu settle dah semua. Fuhh
1 April 2014
Geran Tanah dah siap pindah milik tapi silap alamat. Jadi kena submit balik ke Pejabat Tanah. Adoi Pejabat Tanah dah la lambat.
11 April 2014
Call lawyer. Pon tak settle lagi Geran Tanah. Aku dah cakap dah, leceh sikit urusan kat Pejabat Tanah.
18 April 2014
Owner rumah call sebab nak pulangkan deposit rumah. Sewa rumah RM900. Deposit ade dua bulan so RM1800. Owner dah dapat payment hasil jualan rupanya. Dia untung dekat 100k gak tau! Rumah tu dia beli dulu 170k. Jual 280k. Untung jual beli rumah ni. Owner nak pulang deposit sbb janji lepas dapat payment terus nak pulangkan deposit. Satu je tak best sebab dia nak air cond balik. Yang lain semua free, kitchen cabinet, rak kasut, rak dapur, heater, kipas and lampu yang dah tukar. Hehe alhamdulillah. Lepas tolak Air cond yang dia charge RM600 n tolak cukai tanah n cukai taksiran semua. Adela balance RM1000. ok la kan dari takde. Air cond second hand pon harga dalam RM600. Nasibla owner ok n kita ok. Senang nego, taknak gado-gado.
28 April 2014
Call lawyer lagi tanye update geran. Alhamdulillah geran dah dapat. Lawyer tengah uruskan nak bagi kat bank n nak bagi copy geran tanah dekat kita. Geran original bank akan pegang sampai la kita habis hutang ye -_-'. Insyaallah boleh habis bayar. Every month bayar lebih sikit huhu. Copy geran tanah kita simpan untuk rujukan kita.
OK tu serba sedikit urusan pembelian rumahku yang memakan masa hampir setahun. Tanpa guna agent ye. Sendiri semua. Alhamdulillah nasib baik lawyer OK. Ade yang dapat lawyer yang malas, sampai bertahun2 tak settle urusan. Sape-sape yang nak beli rumah good luck and semoga dipermudahkan. Beli rumah sekarang sebab nanti makin mahal =)