TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Monday, September 17, 2012

Room Design Ideas


Alhamdulilah. Teratak rumah manis rumah hampir nak siap. Happynya. Paling happy mestilah ayah. Setiap minggu ulang alik balik kampung tengok proses pembinaan. Memang ada onak dan ranjau. Bab-bab kena tipu lumrahla adat manusia rambut sama hitam tapi hati busuk. Tapi nasib baik belum terlambat untuk sedar penjahat tu nak makan duit je. Tak hidup amanla dia kat akhirat sebab tipu orang. Orang kata kita kena maafkan perbuatan orang, tapi kami sekeluarga takkan maafkan. Hello penat ayah kerja kumpul duit, dia senang senang tipu nak songlap duit. Rasakan setiap kali buka posa, dia dapat habuan dengan doa doa yang tak elok. Haha. Tutup buku pasal tu, sekarang aku nak cerita pasal benda-benda yang cantik. Cantik juga bab duitnya. Nasib baik ada biz online ku yang boleh tampung hasratku ini. Hehe

Ayah bagi kebebasan nak cat warna apa untuk bilik masing-masing. Untuk mak, haruslah dia akan buat umah jadi English style. Semua kabinet atau perabot nak warna putih. Dah macam-macam perhiasan mak beli untuk realisasikan impiannya. Tapi not bad juga warna putih. Nampak tenang dan suci. Kat bawah ni antara idea-idea bilik yang menarik hatiku. Pink kena ada sikit-sikit tak kisahla bunga atau cadar ke. Haha. 




Yang ini yang menarik hati part katil dan juga wallpaper tu. Kalau reti, buat sendiri je yang wallpaper tu. Cuma kena kreatif dan ada tangan yang berseni! 




Cantik juga yang ni, tapi tak sesuai bahagian TV menghadap katil. 
Serabut, nak tido ke nak tengok TV.




Super sweet. Sesuai untuk yang share room. Aku mestilah tak boleh share. 
Umur berapa doh? Esok lusa leh kawen dah. Share dengan partner la. haha



Hati tersentuh tengok decoration ni. Ringkas, tenang, gabungan warna purple dan putih betul-betul IN.
Macam tak susah nak buat, kena cari katil, almari putih. Cari wallpaper yang sesuai. 
Jom mulakan pencarian dari sekarang. 

Ikea tak nak buka di Penang ke? Tapi ada rumours cakap Ikea tengah dibina depan Tesco Jelutong tu. Kalau betul, tolong siap sebelum aku pindah masuk umah boleh? Hehe

*nanti ayah nak buat housewarming. Bukan party party cuma kenduri kesyukuran. 
Ada kawan bagi idea, apa kata aku tunang sekali masa tu. Save bajet. Hahaha




Saturday, September 8, 2012

Syawal 2012


Alhamdulilah. Hampir berakhir musim raya. Semoga tahun depan jumpa lagi. Bahagia dapat cuti seminggu.Tapi bahagia lagi bila perut sebu dengan macam-macam makanan. :)  Seperti biasa, cuti raya di Kedah kemudian raya di Taiping. Sememangnya tahun ni sangat terasa yang kawan-kawan banyak yang dah kahwin sebab tiada konvo raya seperti selalu. huhu. 











Model raya tak femes. hihi 

Friday, August 17, 2012

Masa kumpul duit raya!

Salam Ramadhan.lama nyaa tak update blog.Oh ya. Sangat Bz dengan kehidupan sekarang. sampai nak dating pon tak sempat. haha.. ini tak tipu..serius. k bye.. Just Nak ucapkan selamat hari raya kawan2..Maaf zahir batin sekali. Mesti ada salah silap cuma kita manusia kadang2 tak sedar kan. JOM GEMUKKAN DIRI DENGAN RENDANG DAN KETUPAT/LEMANG. :)




Bonus abis kat sini. terlebih lagi ada la. heee..
Alhamdulilah murah rezeki di bulan Ramadhan.



Saturday, April 28, 2012

lelaki yang bosan



Lazimnya, dalam menjalinkan dalam sesuatu perhubungan, ada beberapa kesilapan yang jarang lelaki perhatikan. Bagi mereka, ia hal biasa dan telalu remeh untuk difikirkan tetapi tidak pula bagi pasangan mereka. Akibat kesilapan yang dilakukan ini, pasangan mereka beranggapan lelaki yang mereka cintai itu sudah berubah hati atau mungkin sudah mempunyai pengganti baru yang lebih baik daripadanya. Antara kesilapan-kesilapan yang sering kali dilakukan oleh lelaki dalam menjalinkan hubungan adalah antara berikut : 

Pentingkan Diri 
Hal ini merangkumi pelbagai aspek misalannya, pakaian berjenama, soal seksual dan pelbagai aspek lagi. Bila anda mementingkan diri sendiri bermakna anda merosakkan hati wanita yang mungkin mencintai anda setulus hatinya.

Memaksa Pasangan
Tanya pada diri anda, adakah anda suka orang memaksa diri anda? Tentu jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang suka dirinya dipaksa malah ada juga yang menganggap ia dianggap perlakuan ganas. Justeru itu, kalau anda tidak suka diperlakukan begitu, samalah seperti pasangan anda juga. Paksaan ini mungkin merangkumi soal berpakaian, penampilan diri, melakukan aktiviti yang tidak disenangi wanita dan sebagainya. Jadilah lelaki yang baik di mata wanita kerana anda akan lebih disayangi.

Berubah Watak
Lelaki budiman lazimkan dikaitkan dengan lelaki yang sangat baik. Namun awas, ada lelaki tampak budiman hanya di hadapan anda dan kemudiannya berubah watak di belakang. Itu hanya sebagai taktiknya untuk memikat. Wanita suka akan lelaki yang pandai bergurau dan sesekali membuat humor dan anda tidak perlu menjadi lelaki ‘kebodoh-bodohan’. 


Tiada Variasi

Umumnya, sesiapa sahaja akan berasa bosan jika hubungan agak statik. Daripada mula mengenalinya sehinggalah hubungan bertahun-tahun, anda mungkin tidak melangkah ke satu fasa lain yakni ke alam perkahwinan. Sebagai lelaki, anda mungkin tidak kisah hendak berkahwin pada usia berapa tetapi tidak bagi wanita semakin meningkat usia, mereka akan dikatakan anak dara tua. Sebaiknya, anda perlu berani untuk membuat satu pembaharuan dalam perhubungan. 


Terlalu Menguasai
Tentu anda pernah mendengar ada pasangan yang merungut bila pasangannya mahu ‘menguasai’ tanpa berbincang. Mereka biasanya tidak mahu berkompromi dengan pasangan dan berasa hanya mereka sahaja yang benar. Jika ini berterusan, pasangan akan membenci diri anda kerana beranggapan anda seorang keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebaiknya, berkompromilah kerana tidak rugi untuk berbaik dengan pasangan kerana adakala ideanya lebih baik dari idea anda. 


Menafikan Hak Wanita
Umumnya, wanita dikenali sebagai insan lemah. Ada juga yang mengaitkan wanita sebagai jinak-jinak merpati. Namun demi melindungi wanita, anda jangan sesekali menafikan hak mereka khususnya untuk menyuarakan pandangan, idea dan sebagainya. Sebagai lelaki, anda mungkin berhak tetapi berpada-padalah dengan hak tersebut kerana wanita juga punya hak mereka. 

Tidak Menjaga Perasaan
Lelaki bercakap lepas lazimnya tidak disukai wanita. Ini kerana hati sesuatu yang sangat sensitif dan sukar dimengertikan. Ia bersifat misteri. Jika anda berasa tidak salah tetapi ia mungkin salah pada mata orang lain. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata-kata buruk padahnya. Demi menjaga hati wanita yang selalu mengimpikan suami atau pasangan yang romantis, anda seharusnya pandai menjaga hati dan perasaan wanita. 


Tidak Menghargai
Lelaki lazimnya jarang mahu menghargai pasangan. Bagi mereka, apa yang mereka buat sudah memadai tetapi tidak bagi golongan wanita. Wanita biasanya minta dibelai dan dimanjai. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar satu penghargaan yang mampu membuatkan wanita tersenyum. Secara kesimpulannya, jadilah lelaki yang paling disenangi oleh kaum wanita pasti hubungan anda akan lebih intim dan bahagia. 

“You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world”


p/s: Tetiba blog jadi macam blog jiwang.haha Al-kisah nak cari info pasal study tapi dah terjumpa artikel ni share je la.


 



Tuesday, April 3, 2012

Aku ni Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?




Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


p/s: Tertarik dengan puisi ini yang dipetik dari laman iluvislam.com By Naziha Khorlid.

Saturday, March 17, 2012

Scientist ke?


Salam. Lama sungguh tak menjenguk blog. tak sangka ada gak orang prihatin yang sudi melawat blog.hehe. Life sekarang dah ada dua benda nak buat. satu settle kan urusan tesis kedua kena kerja. Moga Allah permudahkan segala urusanku. Yang penting bulan 7 boleh dapat cuti pi melancong. woot woot.






MRS ? belum kawin lagi pon. huhu.
nama post RO dah la. scientist cam hebat sungguh. ^_^


Sunday, March 4, 2012

Universal Studio Singapore


Berkurun nak update pasal trip singapore ni. Cita pon dah basi kan. Sesiapa yang nak ke USS boleh naik bas, atau kenderaan sendiri masuk ke singapore. Macam kami, dari tune hotel ke USS, kami menaiki bas. Cuma leceh kena turun dua kali di Imigeresen Johor dan Singapore. lepas cop pasport kena naik bas semula.Nasib baik bas still bas yang sama. Yang muda okay la. kalau yang tua, datang bawa anak-anak kecil, rasanya lebih selesa menaiki kereta sendiri. Satu lagi nak pesan, datang awal ke USS. Kalau tak memang tak sempat nak main semua mainan. Lainlah kalau korang beli Express Ticket. Harganya lebih kurang RM150. Tak payah beratur pon memang express. Laju laju sangat sesuai masa tunggu game Transformer. Kami beratur 1 jam 20 minit. nasib baik berbaloi baloi. Tapi nak beratur lagi sekali memang tak sanggup. hehe. Korang layan la gambar-gambar semua...



Yihoo. enjoy sangat



Show ni best. Silakan duduk di bahagian belakang kalau korang tak mahu kena siram bermandikan air. Tapi memang happening!!








Kusyuk makan. Lapar lapar.







Last game kami main. kena pakai ni, kalau tak balik Johor pakai baju basah la beb.




Jumpa lagi di next trip eh travelmates. Mimi je tak boleh join. hehe



Tuesday, February 21, 2012

Johor Premium Outlet


Tempat best untuk dilawati. Best masa duit dan poket tebal. tak best bila cuma mampu melihat. Kalau ada nafsu yang hebat, sila jangan ke sini. Pasti cair beb. At least satu benda mesti korang beli gak. Camne nak datang ke sini? Senang je. dari Tol Plus. Exit Kulai Jaya. Nanti ada signboard JPO. Kawasan persekitaran JPO belum maju lagi, tapi dah banyak pembangunan yang wujud. Bagus juga la siapa punya idea yang buat JPO ni. Kami datang pukul 3 dan balik pukul 9. Tak tau la apa yang kami buat lama sangat kan.. Tawaf satu JPO usya barang sebab kami semua jauh ooohh nak pi lagi. Lainlah kalau ada kampung kat jb. tak pon kawen orang sana. Macam saira untunglah cik abang orang Jaybeee. Nanti kirim pelisss. Coach yang murah gila tu!






Memborong handbag di C& K.


Fav store. :)

Wednesday, February 15, 2012

Tune Hotel Johor Bahru


Nak update sikit pasal percutian uss+singapore. Kalau rasa nak jimat macam aku and the geng, stay je kat JB. macam tune hotel ni harga dia cuma rm55 semalam. kalau promo leh dapat murah lagi iaitu rm38. murah kut. lagi murah dari Anggerik Lodjing kat penang ni. bilik dah cikai je. tapi kat tune hotel ni bilik walau tak la besar sampai boleh lari-lari main kuch kuch hotak hei, tapi setakat nak selesa tu boleh je. Sebelum pi, asyik ingat mesti bilik kecik sangat. tapi bila sampai..Tadaaaa.. see the pictures u alls..


baru sampai duk berpura pura ni..





yang ni Mimi. bakal menamatkan title Cik pada bulan 5 ni. percutian ni sebenarnya wujud sebab dia la. konon-konon last cuti cuti zaman gadis. ho ho nak ikut kami pi bercuti bulan 7 ni sila mintak izin incik suami dulu yek..



bilik air pon ok la. but kalau partner tengah mandi, then yang sorang lagi nak guna toilet. nahas tu.cermin clean and clear gitew..haha



Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday!!!



Telah menjalani hujung minggu yang sangat best sempena cuti panjang.


woot woot nak pi lagi time honeymoon boleh? haha



Ni sebahagian dari wang satu geng yang rabak di Johor Premium Outlet (JPO).
Fossil, Charles n Keith dan lain-lain lagi boleh buat gila sekejap.
rasa nak swipe- swipe aje debit card. Naseb aku waras lagi walaupon hampir nak tercabut iman di dada dan bersyukur takde credit card. takut tak mampu nak kawal nafsu.
Tunggu full entry. Semua gambar tunggu Cik Yana upload. ce cepat sikit..


Tuesday, January 31, 2012

Kejadian Minggu Lepas


Salam. Minggu lepas minggu yang sangat hectic buat aku sekeluarga. Tetiba adik-khalida kena tahan wad di hospital kangar. gayanya aku habiskan cuti seminggu di wad sahaja. naseb lecturer aku cuti CNY, so tak bagitau dia pon aku escape lab seminggu. huhu. adik sakit apa? hard to explain here. yang dah tahu doakan semoga khalida sentiasa sihat. aminn..Seminggu aku tido wad jaga dia berat pon turun 2kg. hehe. ayah kata jagalah lama sikit. ohhh. tak sanggup baik adik sihat sentiasa.

Masa kat hospital, ada 2 jenis lelaki yang aku perhatikan. Pertama- Lelaki yang bersekang mata menjaga ibunya yang sakit. Kedua- Lelaki yang hanya datang melawat isterinya sekejap sahaja macam 30minit, pastu tak nampak muka dah dan semua kerja diserahkan bulat-bulat kepada nurse. Paling dahsyat: aku dengar- Misi mana? ni bukan kerja aku. depa ada suh la depa buat..kata pakcik tersebut apabila isterinya menyuruh tunggu sekejap untuk tolong buang plastik muntahnya. OHHHH..rasa nak cakap je kat pakcik tu..pi balik cepat, menyemak mata ja tengok muka hang. dahla keja makan ja, makanan bini pon hang makan..

*tapi berani cakap dalam hati je la* haha
satgi tak pasal-pasal kena penampaq sedas.

Yang lelaki jenis pertama tu memang aku salute la. Jaga mak dari pagi sampai malam, gilir-gilir dengan adik beradiknya. Aku siap suruh adik lelaki aku ikut cara dia nanti bila makayah dah tua, tak sihat kena buat macam tu. Mudah-mudahan kami semua boleh berbakti seperti itu juga. Sekarang aku dah jadi kawan fb dengan lelaki jenis pertama. Nanti belanja cheq makan ikan bakar kuala perlis naa..:)


Jom baca doa ini untuk adik khalida


go adik go. nanti kakja beli jam baru okeh.



Thursday, January 19, 2012

Flashmob at KLIA


Weh, lama tak update belog. actually kehabisan idea nak citer ape.T_T
tapi yang ini betul-betul menarik hati. sebab macam hiburan untuk orang-orang yang menanti kepulangan atau diri sendiri yang nak ke mana-mana. contohnya, bila kita menanti kepulangan seseorang mesti ada perasaan bosan sekejap padahal hakikatnya excitedddddd dan rindu sangat gitu. Tak caya tanya mak ayah, masa balik cuti sem, makayah tunggu kat bus station, kat lcct, kat depan pintu umah ke, mesti depa rasa sangat tak sabar nak jumpa anak-anak comel masing-masing. tambah-tambah comel macam aku. haha. penampar sedas..tambah excited kalau nak jupa si boifren or girlfren. Sebab rindu kan?
aku tak macam tu * ayat tipu saja*

layan-layan.




Wednesday, January 4, 2012

SweetChat Cafe



Happy New Year Korang. Tetiba rasa teringat sangat-sangat dekat cafe ni. Sebab food and drinks sangat sedap dan best!! Tapi kat penang takde. sob sob. Thanx to Liny sebab bawa lepak kat SweetChat The Mines Sabtu lepas. Menu-menu dia sangat menyelerakan. naseb baik sebelum lepak situ, aku dah lunch. so alang-alang lepak try mushroom soup with bread. sedap sangat. creammy and yummeeh.



Menu


kaunter


Durian pancake



Cendol Durian


Soya Bean Jelly with Mango



Soya Bean Jelly with Strawbery


Terliur tak tengok gambar-gambar makanan ni? Rasa nak makan try semua kan? huhu.
Korang boleh gi try dekat Mines, Times Square, Midvalley, The Curve.
Sweetchat tolong la buka satu outlet kat Penang. Jauh kut nak pi KL semata-mata nak makan.

details lebih lanjut refer sini http://www.sweetchatcafe.com.my/

p:s- Semua pic dapat dari google. :)

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...