TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, December 28, 2011

BBQ













Kenapa tak explain setiap gambar? sebab nama pon wordless wednesday. hehe..Yang pasti sangat enjoy bbq dengan labmates di Feringgi. Korang mai la penang buat bbq. nak port lagi cun kena naik sampai Spice Garden. air laut kat situ lawa lagi..Jernih biru hijau gitu..


*mungkin entry terakhir untuk tahun ini. Selamat Datang Tahun Baru 2012*
Azam-abiskan azam yang belum tercapai lagi tahun ni. Kawen?? Tiada dalam list buat masa sekarang.Noted. :)

Wednesday, December 21, 2011

21.12.12


bukan cake betul


*Happy anniversary to my parents* Kalau 26 tahun dulu mak tak kawin ngan ayah, aku pon tak wujud. :)Semoga makayah sihat dan diberi kebahagiaan dunia akhirat.ameen.




Jatuh pada hari yang sama. hopefully ada good news nanti. Tawakal aje.
* nak beli apa kat alif sempena besday dia eh? kat makyah?




Saturday, December 17, 2011

CuCi mata di Wang Kelian


Kejadian berlaku 2 minggu lepas. Masa balik kampung ayah, tetiba ayah ajak pi jalan-jalan Wang Kelian. Rasanya memang tak pernah pi sini sejak kecil. Kawasan dia jauh sikit dari umah tok, jalan pulak macam naik Bukit Larut. Huyoo. Mau cuak kalau bawak keta manual. PJT dah masuk Thailand, sebab ayah pi parking dalam kawasan gerai-gerai. Kebanyakkan orang yang datang sini park keta kat luar je. Last-last kena la tunjuk geran keta kat Imigresen Thailand. Sempoi kena bayar RM 2 je. Kesimpulan, aku rasa tak best mai sini. Lagi best pi padang besar. leh makan tomyam. haha..




Nak sampai dah


Di pintu masuk- Dekat sini la ada imigresen Malaysia dan thailand jaga




Gerai-gerai yang beroperasi di tepi jalan



Menjelang tengahari, jumlah orang yang datang makin bertambah



Ayah dok deal harga



Periuk-periuk murah kat sini.




Sebelum balik posing jap.
Aku tukang pegang periuk yang mak beli je. huhu. Nampak beg plastik ayah pegang?
Rasanya buah-buahan kut. Ayah memang hantu buah. aku hantu makan bila ayah dah potongkan. haha :)


p/s: Dilanda demam + gatal-gatal naik bintik merah banyak kat kaki. rasa tensen terjaga tengah-tengah malam sebab gatal. huhu. Doc tipu bagi ubat tak berkesan langsung. Esok ada bbq. Hope larat nak pi, kalau tak larat pon gagah juga la. Sebab tekak sekarang rasa pahit, mungkin menu-menu yang yummy esok dapat kembalikan selera makan yang besau itu. hehe.

Tuesday, December 13, 2011

Bulan Nasi Minyak


Apabila cuti sekolah bermula, maka banyak la pasangan bercinta menamatkan episod percintaan ke alam baru iaitu alam rumahtangga. Tak terkecuali dua orang kawan sekolah ku, Tiqah dan Ilah. Kenduri tiqah berlansung pada 19 november dan ilah pada 10 december. Thanx jemput ku, nanti korang balas la balik ye. tak nampak batang idung korang nampak hadiah pon cukup la. hahaha. Tapi kalau korang datang lagi la best. Selamat Pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat..



Mesti malu semua orang duk tengok-tengok. kelas kau Tiqah dapat Vios sebijik.

nak gak tapi taknak keta. bagi umah pon jadi la. :)


Sedap sangat.



aksi wajib.hehe




Kami bertemakan pink harini.



Tema oren di hari kenduri Ilah. Baju tak sempat basuh dah terus pakai. hehe




kami hanya dapat berjumpa bila balik taiping kecuali ada aktiviti percutian di tempat lain. tak sabar tunggu bulan 7 tahun depan. hehe. jalan sampai lebam kaki kan..


tahniah cekgu. betul la UPSI- Universiti Perkenalan Suami Isteri..





Tuesday, December 6, 2011

Gambar Marshanda yang Comel

Nak share benda yang dah lama pon. hehe. Cuma suka tengok tudung yang die pakai. Nampak stylo sungguh. Sape yang nak kawen leh la try copy idea ni. Cun cun tapi kalau orang yang dah cun pakai style apa pon lawa.










Congratulation Marsha.



Friday, December 2, 2011

Review Ombak Rindu




Cover novel Ombak Rindu

Semalam sempena hari pertama movie ni released, aku pon pi la tengok di TGV 1st Avenue. Macam aku yang dah baca novel Ombak rindu masa zaman remaja, mestilah excited nak tengok. Jalan cerita masih sama, plot mungkin berbeza sedikit sebab bukan mudah nak abiskan semua babak dalam buku di dalam Movie berdurasi selama 2 jam. Yang paling tak suka banyak sangat aksi mesra aoraon dengan maya. Camne leh rating filem U? Ke aku yang kuno takleh nak accept cerita melayu ada bab-bab gini. Sebab kalau baca novel memang ada details aksi-aksi begini, cuma bila tengok depan mata rasa Oh Nooo. haha. Sebab kanak-kanak la bahaya, nanti terpengaruh. Aku takpe. dah besar. heheehe. Lisa Surihani Hebak Mung. Rasa seram tengok muka die bila marah!! terus terfikir kalau die marah Yusri macam gitu gak ke? haha. Mau kecut perut Yusri. Overall, lagi best baca novel dari menonton wayang. Sebab aku menangis bila baca novel, masa tengok rasa pelik kenapa ada orang menangis-nangis macam yang aku dengar masa di tandas. hahaha. sebuk kan aku duk pasang telinga.


Lisa meroyan dapat tahu Maya madunya. Sian.sian Tapi Mulut Lisa seksi la.suka tengok..



Isteri Aoron mesti profesional. Kalau aku, mau tak tengok dah.
Conclusion cari la calon suami bukan artis gitewww.
#Bajet macam ada artis syok kat aku la sangat#




Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...