TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Sunday, November 27, 2011

Nak Blogwalking!!!


Salam Maal Hijrah. Moga tahun baru menjanjikan kejayaan buat kita semua. dan aku boleh capai target ku!!

Sempena cuti ni, aku boleh stay kat umah siapkan tesis. Tapi bila otak dah tepu, jadila stress. bila stress alamatnya aku blogwalking la. haha. So korang yang nak aku terjah blog korang boleh la drop your link kat sini.




p/s : Kalau sudi follow la blog sekali. hehe. nanti bagi upah klik nuffnang korang :)


Scroll down untuk baca post lain..


Wednesday, November 23, 2011

Jakarta Yang Bingit

Dah bersarang post ni. tapi baru ada masa nak habiskan. Tak kisah la ada orang nak baca ke tak kan? hehe. Maaf Entry ini penuh dengan gambar. Ini kiranya sambungan cerita Bandung. Aku ke sana dengan menaiki bas ekspress. Nak bas punya la awal, pukul 4.30 pagi. Satu yang aku nak puji pasal sistem bas mereka, syarikat bas akan call setiap penumpang jika mereka rasa dah lambat tak sampai-sampai lagi. Hebakk kat Malaysia ada ke? :)




Sampai Jakarta lebih kurang pukul 9pagi akibat jalan jam. Dahsyat gila jam kat Jakarta, sampai jalan yang sepatutnya ada 4 lane boleh muatkan 8 kenderaan. Memang boleh bontot cium bontot pon. Aku nampak bas bergesel dengan kereta. amik kau kemek terus. Sampai di airpot, Ferdian yang menjemput kami. Oh Ferdian ni kenalan baru yang aku kenal melalui Saira. Sangat baik sebab melayan kami dengan penuh ekslusifffffff..bawa Jalan-jalan Jakarta sampai capet. hehe..



Kesempatan untuk tangkap gambar aiport, takkan dilepaskan. hehe.




Dufan adalah tempat pertama yang aku jejaki di Jakarta. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi sebab tak puas main aritu. Entrance fee die lagi mahal dari Genting, 150,000 rupiah dalam RM60. Nasib di sponsor. hehe..





Roller coster ni lawak ah. Baru nak feeling-feeling tetiba dah abis. Dia pusing seround je. haha.





Kalau ke sini, cuba la main benda ni. tapi awas. Boleh muntah untuk orang yang senang pening.




Frust sebab mainan ni under construction. Kalau tak aku pasti cuba. Agak-agak sama tak rasa naik dengan SpaceShot yang Di Genting?



Ini di Rumah Miring. Pening sikit kena jalan senget. Opss. berpeluh sudah.



Di sekitar Pantai Anchor. Ada kabel car tu.



Ini pulak salah satu tarikan pelancong di Jakarta. Namanya Monash Tower. Ada polis jaga sebab yang di puncak tu dibuat dari emas. Maling-maling kan banyak kat sana. Tak pasal-pasal hilang tower ni. haha


Sibuk-sibuk main tak terasa perut lapar. Bila malam mula kalut mencari makanan Di Sky Dining, Plaza Semagi . Cun lampu lip lap bandar Jakarta kelihatan dari atas tempat makan tu. Rasa kesian pulak dekat orang-orang yang dalam kereta tu. Pegi keje stress, balik pon stress. Naseb baik aku belum kerja lagi. haha. dekat penang yang jam sekejap-sekejap pon aku dah benci, tambah kat Jakarta ni.





Keesokan harinya kami ke Kedai Nasi Bakar. Makanannya enak-enak belaka. Paling tak tahan kepedasannya. Sampai balik malaysia dekat seminggu aku duk cirit birit. haha. Best gila pengalaman mencret.Mencret tu cirit birit la.





Nampak cili bertaburan? hanya perut tahan kebal je yang mampu habiskan. Macam aku.



Bye-Bye Jakarta.

Kesimpulannya, aku tak puas lagi jalan-jalan di Indonesia. Banyak tempat lagi yang belum aku jejaki. Macam kat Jakarta ni haruslah ke Tanah Abang. Tunggu next trip. InsyAllah. Jumpa lagi Kaka and Kak Mia yang tak terbalas budi mereka. dan juga Ferdian, Masdika, Pak Yayan dan juga Agung. Thank You Soooo Much!!


Thursday, November 10, 2011

Short Communication

Adoi, awat dia ada kat sini juga.


Aku- pura-pura tak nampak.

Dia- eh, x cuti ke?


Aku- buat-buat pekak. pandang ke akak pos. (lama juga aku settlekan urusan dipejabat pos, toleh kiri kanan, mamat tu dah tiada. fuuuhhhh Lega!)

elok melangkah kuar dari pejabat pos tetiba..


Dia- mai la jap nak cakap. awak ku nadia kan? awat nampak lain, aritu nampak lain.

Aku- camne tau nama?
* dalam hati, mesti dia nampak aku gemuk, sebab arini aku pakai baju macam orang ngandung* Cisssssssss

Dia- la..takkan lupa, aritu awak datang klinik saya kan ada.

Aku- *tak sangka la pulak si mamat ni pi usya nama aku. aku buat muka selenga. tau muka selenga camne? muka orang takde perasaan tu la. haha*

Dia- aritu saya mintak no hp awak, ajak kuar lunch awak buat taktau je. Nape? dah nak kawin ke? ke dah berpunya?

Aku- aah, dah nak kawin. * haha, bajet alasan yang boleh buat dia tak banyak tanya dah*

Dia- Ala, kalau dah kawin pon takkan tak boleh nak kawan. dari masa kat clinic lagi saya dah berkenan kat awak. muka manis, comel bla bla.

* kang aku mention sini rasa riak pulak, haha*

Aku- eh takpela, saya dah lambat ni.

Dia- Bagila no hp awak dulu.

Aku- * masa ni teringat cerita gosip dengan Z, kalau tak suka lelaki jangan tolak keras-keras, nanti dia boleh buat macam-macam* Terus aku cakap, awak bagila no awak. Buat-buat keluarkan hp.

Dia- nah ni die. awak miscall la sekarang. Sebab saya boleh terjun bangunan kalau awak nak contact lepas ni.

Aku- Yeke? Takpe nanti saya miscall awak atau saya meseg sila terjun bangunan sekarang! haha.



* moral of the story, jangan jadi comel macam Agnes Monica sangat setiap masa*

hehehe









Wednesday, November 9, 2011

Bandung

Dah karang lama, tapi tak publish-publish. Otak macam dah berkarat dan macam takde idea naktulis camne. haha. Ape nak cerita pasal bandung eh? Tempat shopping? makanan? Aku memang excited nak pergi Bandung, bila sampai memang pack la jadual aku hari-hari sebab kuar umah pagi, balik dah lewat malam. amik kau. naseb baik sakit kaki masa tu dah sembuh. Berkat aku pergi urut kat Taiping. Syukran!!. Trip ke Bandung hanya 3 hari. 2 hari lagi aku ke Jakarta pula. Meh aku story tempat menarik boleh lawati bila ke Bandung.




Atas flight ke Bandung. Macam lawak je translation Malay tu. hehe



Kota bandung Di waktu Malam..

Kalau korang yang suka menikmati permandangan yang indah, aku suggest kan korang ke Tangkuban Perahu. tempat kawah gunung berapi. Jangan di sangka tak aktif ye. Tiket masuk ke tempat ini sebanyak 17000 rupiah. Itu kalau local, kalau macam aku foreigner harganya double. Tapi aku bernasib baik dapat harga local. Gi mana? hahaa. pura-pura tido dalam kereta, nanti kawan aku yang memang orang indonesia beli tiket cakap semua dalam kereta adalah local. hahaha. Bijak!! Tapi hati-hati jangan sampai terkantoi sampai mereka minta ID.




Dah selesai posing-posing dekat berjam-jam juga la kami kat atas gunung ni. Sambil tunggu si lelaki sudah solat jumaat. Masa turun dari gunung, kami singgah ke ladang teh. Cool gila.


Macam kat Cameron la kan?



Kami sambung acara berjalan dengan acara shopping di kawasan yang terkenal dengan Factory Outlet. Banyak kedai di sini kena pandai cari kedai supaya dapat baju, jeans yang best best. Shopping sampai tak sedar dah malam. hehe. Balik umah terus pengsannnnnnnnnn..


Hari ketiga aku ke Pasar Baru. Di Pasar Baru, memang korang kena pergi awal awal pagi. Sebab masa tu customers tak ramai lagi. So bila korang tawar menawar boleh la nak demand sikit. Dan paling penting jaga semua barang-barang. Yang bawak handbag make sure beg korang di bawa ke bahagian depan. PICKPOCKET sangat banyak dan pandai je amik peluang. Aku asyik membeli belah di sini. Murah siot. hahaha. Jemmm mata macam berpinau pinau rasa nak borong semua. dan duit rupiah aku hampir habis di sini. Sempat rembat dua tiga barang untuk bisnes. hehe. Next time nak pergi borong lagiiii. Barang-barang kawin pon murah. Kain lace, doorgift..boleh gila tengok design-design yang sangat cantik. Okeh aku dah ajak meow2 pergi taun depan. haha..Die kata ok. OK die tu boleh caya ke? :)







excited dah lama tak pakai skirt kembang-kembang gini.wee



Hari Keempat aku ke Garut. Tempat ni femes dengan barangan Kulit. OMG. memang sangat murah. Mana nak dapat handbeg kulit kambing/ lembu dalam harga tak sampai seratus. Paling best kasut kulit dalam harga rm40 je. Tapi aku berjaya mengunci nafsu aku haritu. aku beli untuk ayah,alif dan meow2 je. Untuk diri sendiri, takpela aku dah ada beg kulit yang cantek tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi . huuuuu..



ais yang sedap. super duper like..




Semuanya kulit. kasut boleh dapat dalam harga rm40. juling mata kejap.




Lepas seharian shopping Di Garut, kami ke di Hot Water Springs. Tapi masa otw, kami singgah ke Mulih K' Desa. Tempat ni memang syokkkkk..sejuk perut lemak aku tengok sawah-sawah. kalau yang nak bermalam pon boleh. Bilik die boleh tahan gak cantik. Sesuai orang yang nak honeymoon. Sunyi sepi. hahaha. Bilik pulak parking baik ditepi sawah dan kolam. Port menarik untuk berposinggggg..hehe







Boleh lepak makan minum juga.








Memang best, tapi aku tak mandi pon. sebab malas nak salin baju. Entrance fee die 20,000 rupiah. Ada kamar mandi sorang-sorang, atau kolam renang dan kolam air panas. Aku hnya lepak di tepi kolam air panas sambil rendam kaki je dengan usya ragam orang yang mandi manda. haha.


Tamatlah aktiviti aku di Bandung yang mantop gitewww. Keesokkan harinya aku ke Jakarta pulak. Nanti update kat entry lain.



Capet Bangat!! Sangat enjoy di bandung. :)






Tuesday, November 1, 2011

29.10.2011


Genap 25 tahun pada tarikh ini. Alhamdulilah. masih dipanjangkan usia oleh Nya. Moga-moga ucapan yang diterima dari kawan-kawan menjadi kenyataan. Ameeen..:)
Thank You sebab ingat tapi majority ingat sebab kuar di Fb kan..haha..




Sambut besday . Happy bornday to me :)
tapi kesian lighter xdop. haha..pacak candle buat syarat je..




nafsu makan die makin menjadi-jadi sejak sakit. Bulat!!




susah nak ajak die ni bergambar tau!
rugi la kalau dapat boyfren photographer. hehe..





Isnin pegi lab, labmates pulak belanja makan. Yeay, thanx y'alls..

Hadiah ape dapat tahun ni? ehem ehem. suka :)

Menanti meow meow ke penang segera.

kalau tak datang, nak dating dengan orang lain aci tak?



Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...